!TEMAN-TEMAN BLOG!

Tuesday 29 March 2011

JOM MEMASAK - 365 1 Hari 1 Resepi

Tengok Cover Saja Dah Leleh Air Liur

Biasanya kalau waktu lapang apa korang suka buat? Kalau aku selain dari menonton wayang, baca novel etc. aku suka memasak.Kebetulan aku mencari resepi membuat onde-onde, so hujung minggu ni bolehlah membuat onde-onde. Sebab tu lah hari tu aku sempat ke Popular membeli sebuah buku memasak ni. Yelah mana tau satu hari nanti boleh buka restoran sendiri (berangan). Okey buku yang aku beli ni 1 HARI 1 RESEPI - 365 Resepi Istimewa Chef Hanieliza terbitan PTS Millennia Sdn Bhd.
Ni Resepi Yang Aku Carik My Fav. Onde Onde

Macam-macam Resepi Ada


Dalam buku ni ada 365 resepi semuanya dan dibahagi mengikut 15 kategori. Kategori Ayam, Ikan, Daging, Kambing, Makanan Laut dan banyak lagi yang boleh korang cuba. Bagi yang baru nak merasa ke dapur tu buku ni memang sesuai sangat kerana bukan hanya sekadar ilustrasi makanan dipaparkan malahan juga ilustrasi memasak dan penyediaan makanan turut diselitkan pada setiap resepi.
Cara Memasak Pun Ditunjukkan Sekali


Kalau korang tak tahu jenis-jenis rempah dan bahan masakan, sebelum membelek resepi tu korang boleh belek muka surat hadapan. Kat situ ada ditunjukkan pelbagai jenis bahan masakan yang digunakan. Yelah mungkin ada jugak yang tak tahu jenis-jenis rempah tu.
Jenis-jenis Rempah-ratus


Buku ni boleh didapati hanya di POPULAR BOOKSTORE. Murah saja kalau kat Sarawak ni RM39.90 sahaja. Lepas ni bolehlah memasak dan makan.

Jom Memasak

Saturday 26 March 2011

...DALAM BOTOL BUKAN FILEM PORNO



Semalam aku pergi menonton …Dalam Botol, kat Kuching satu cineplex jer yang tayangkan cerita ni. Tarikan aku menonton filem ni bukan kerana aku minat pelakon dan pengarahnya, tapi kerana kontroversi yang dicetuskan seawal pembikinan filem ni. Mungkin Raja Azmi yang sebelum ini sering dikaitkan sebagai produser kepala kuning dan filem yang pernah diterbitkannya berunsur SX. Tertanya juga kenapa Raja Azmi berani untuk menerbitkan sebuah drama yang berat temanya yang mengisahkan percintaan lelaki gay, bisex dan penukaran jantina. Judulnya yang dulu mungkin agak lancang dan menggemparkan kini hanya dipendekkan ...Dalam Botol.

Homoseksual, Transeksual dan Gay mungkin satu perkara yang masih taboo bagi kita di Asia yang masih berpegang kepada nilai-nilai ketimuran. Tapi sebelum ini kita pernah di momok dengan filem-filem pendek yang memaparkan isu-isu seperti ini, macam Bukak Api, Comolot dan Cukang yang dilihat sebagai filem yang berani namun tidak ditayangkan secara umum.


Kalau dinilai secara moralnya filem ini bukanlah filem seks atau porno. Inti filem ini adalah paparan realiti yang diambil dari kisah benar tentang manusia yang mengikut nafsu dan tidak berfikir panjang. Ruby/Rubidin sanggup mengorbankan kelelakiannya hanya kerana cintanya pada Ghaus.  Namun pengorbanan itu hanya sia-sia kerana tidak dihargai. Akhirnya dia hilang segala-galanya dan kembali ke kampung. Bermula dari situ dia kembali semula menjadi Rubidin.  Di kampung dia mula mengenali Dina dan mereka mula jatuh cinta. Kebenaran yang  cuba dipaparkan oleh Raja Azmi ialah kesan buruk apabila manusia sanggup menukar jantina demi mengejar sebuah cinta yang mustahil.

Menonton filem membuatkan kita merungkai erti sebuah cinta dan impian dan kita sebagai penonton perlu bijak memahaminya. Khir Rahman mungkin menggunakan pendekatannya sendiri melalui  bahasa filemnya melalui setiap babak dan struktur penceritaannya. Muzik hanya dimasukkan apabila perlu sahaja mungkin ada penonton akan menanggap bahawa karya ini adalah mendatar. Bagi aku sebagai penonton kesunyian filem itu tanpa muzik memberi aku ruang untuk memahami filem dan menghayatinya melalui emosi dalaman.


Arja Lee begitu menjiwai wataknya Rubidin, seorang lelaki yang mengalami konflik diri terhadap cinta sejenis dan impiannya untuk mencintai seorang perempuan. Konflik inilah yang menyebabkan dia lari dari kehidupannya yang hakiki. Secara dasarnya, filem ini cuba membawa kita kepada satu elemen yang berbeza. Yelah, kita sering disogok dengan filem-filem Melayu yang banyak menggunakan pendekatan komersial untuk menarik minat penonton. Keberanian Raja Azmi menerbitkan filem ini harus dipuji kerana aku sendiri sebagai penonton filem-filem Melayu mungkin sudah dikaburi dengan filem-filem komersial yang kadang-kadang isinya kurang relevan dengan kehidupan realiti kita sebenar.

Tidak salah kalau aku katakan teknik arahan dan olahan begitu teliti oleh Khir Rahman memberi kesan mendalam kepada …DALAM BOTOL dan mungkin Khir Rahman Berjaya meletakkan dirinya diantara nama U-Wei Hj Shaari, Mamat Khalid dan Yasmin Ahmad.

Babak Ruby balik ke kampung dan bertemu ibu dan ayahnya, digambarkan dengan penuh emosi dan penjiwaan bila mana ayahnya terkejut dengan kepulangan anaknya yang telah bertukar jantina. Tak perlu dipertikaikan lagi lakonan Fauziah Ahmad Daud begitu juga Jalil Hamid babaknya walaupun babaknya hanya sekejap, emosi seorang ayah dilakonkan begitu baik oleh Jalil Hamid apabila melihat perubahan anaknya. 

Tahniah kepada Raja Azmi kerana filem ini turut mendapat pengiktirafan antarabangsa kerana Library of Congress (LOC) yang berpusat di Washington DC berhasrat menyimpan satu salinan filem ini di sana untuk dijadikan bahan kajian pengunjung perpustakaan itu serta pelajar pusat pengajian tinggi. Jelas dengan ini karyawan Malaysia juga turut diberi penghormatan di peringkat antarabangsa. Tahniah buat Raja Azmi dan Khir Rahman. Bagi aku inilah filem paling terbaik yang pernah Raja Azmi terbitkan. Kalau yang belum menonton tu, filem ni bukan hanya sekadar untuk dilihat, ditonton dan dengar sahaja namun perlu memahami intipatinya.  

Aku bagi 3 BINTANG untuk filem ni.

AKU BENGANG......Please Upgrade Your Service....................

Borang Untuk Activate
Borang Terminate Akaun



Hari ni iman aku betul-betul tercabar. Yelah aku ni bukan jenis yang mudah nak marah-marah, sebab aku akan kesal bila aku marah kat seseorang. Tapi bila aku dah baik pulak orang buat “selamber”,  mungkin diorang ingat aku ni tak akan marah dan tak akan rebel.  Apa lagi bila suis kemarahan aku ditekan korang rasalah apa aku boleh buat. Korang boleh tengok aku naïf tapi jangan pandang rendah bila hati aku ni terbakar. Tapi hari ni aku memang piss off!!!

Kejadian ni bermula bila aku nak terminate akaun broadband aku yang lama dan aku nak upgrade ke speed yang lebih laju. Yelah promo yang baru tu RM68 speed lebih laju lagi, dulu aku register RM68 tapi speed dia rendah. So aku decide buat termination. Aku register baru, mula-mula memang happy bukak website laju jer youtube streaming. Tapi gembira tak lama suddenly on Khamis 24/03 tu akaun aku yg baru tu kena terminate. Aku pun heran jugak sebab aku dah bayar RM68 naper boleh terminate. So aku mintak penjelasan di cawangan syarikat telekomunikasi ni. Lepas di semak rupanya akaun aku yang baru kena terminate jugak, aikk tergamam aku kejap naper boleh jadi macam ni takkan baru register dah kena terminate. This guy yang register aku hari tu, dia cakap kat center diorang wrongly terminate akaun aku. So okey, mungkin ada technical error somewhere. Then aku disuruh register satu kali lagi, isi borang seperti biasa. Then budak tu promise akaun aku akan activate semula by Friday 25/03. So berpuasalah aku tak online satu hari, just guna handphone.

Then today Saturday 26/03 aku try connect, arggghhh masih terminate lagi. Aku pun apa lagi terus pegi cawangan ni mintak explanation. Tapi orang lain yang bertugas, so budak tu call orang yang uruskan akaun aku tu. Budak tu bagitau aku akaun aku, ambik masa untuk activate. WHAT THE F***!!! Kata hari Jumaat dah boleh ni yang buat aku naik angin. Aku tak peduli aku nak korang settlekan jugak problem ni by today. Aku tak berganjak dari cawangan syarikat telekomunikasi tu. Aku memang dah ketap-ketap jari, ni yang buat hati aku makin bergelodak. Okey aku terus ke pusat syarikat telekomunikasi ni aku nak tau kat mana problem sebenarnya yang melambatkan proses reconnection akaun broadband aku ni.

Sampai kat Pusat Syarikat Telekomunikasi tu, aku cerita semua, so lepas check akaun aku memang diorang wrongly terminate akaun aku. Aku bagi tau cawangan yang aku pergi tu dah proses untuk reconnection akaun aku. Kat pusat ni aku bercakap dengan customer service perempuan. SEDAP MULUT JER BAGITAU AKU KENA BAYAR RM10 untuk connection fees. Wahhh!!! Makin aku nak rasa mengamuk. Siapa punya salah ni sebenarnya, aku yang kena bayar hanya kerana reconnect akaun disebabkan their mistakes. OWWWWWHHHHH!!! Tak boleh jadi ni, so aku bagi tau perempuan aku akan check dengan cawangan tu.

Sekali lagi aku ke cawangan Syarikat Telekomunikasi ni di Satok. Aku bagi tau lelaki tu yang aku tak akan bayar untuk reconnection fees RM10. Bukan aku nak berkira, RM10 tu memang aku boleh bayar tapi disebabkan kesilapan diorang aku yang kena tanggung. SORRY!!! Either u guys refund my RM68 or u reconnect my account with immediate effect. Aku betul-betul naik angin, rasanya time tu itu bukan sifat aku sebenar, aku menjadi pemarah dan baik punyer aku marah diorang. Solution yang diorang boleh bagi ialah aku register sekali lagi dan bayar RM68. WHAT THE F***!!! Makinlah aku naik angin, walaupun RM68 tu diorang akan transfer ke akaun baru aku, aku takkan register baru. Then aku mintak borang yang aku suruh diorang terminate hari tu. Borang tu aku terus bawa pegi ke pusat Syarikat Telekomunikasi tu, and I said “I want to see person in charged on this?”. Relax jer customer service tu cakap person in charge ni sibuk buat balancing. BALANCING TAIK KUCING dalam hati aku berkata. “Korang ni nak balancing akaun cepat jer, hantar bil cepat je!!! Tapi servis macam tak payahlah aku cakap. Aku nak jumpa jugak person in charged. Aku takkan berganjak dari sini.!!!. Bila aku naik hantu baru diorang sibuk nak mencari orang tu.

Tak sampai 5 minit benda ni settle, akaun aku dah boleh diaktifkan. Kan ke senang, aku tak perlu bayar RM10 dan aku cuma tunggu 1 jam jer untuk broadband aku aktif. Tengoklah macam mana servis yang boleh siap dalam masa 5 minit, aku kena ulang-alik antara cawangan dan pusat Syarikat Telekomunikasi gergasi ni. Buang masa aku 2 jam ulang-alik antara 2 tempat ni.

Thursday 24 March 2011

Sucker Punch - Minah Seksi Yang Berani

Empat Minah Seksi Yang Berani


Kali blog aku nak cerita pasal Sucker Punch. Ni kira movie action fantasi di mana kita akan dibawa masuk ke dunia imaginasi khayalan seorang gadis yang cuba melarikan diri dari dunia kejam, Dengan imaginasinya dia boleh pergi ke mana sahaja dan sukar di tafsirkan yang mana benar dan yang mana fantasi dalam dunianya. Babydoll (Emily Browning) berjuang untuk mendapatkan kebebasan dan telah berjaya memujuk 4 gadis lain menyertainya. Si petah Rocket (Jena Malone), yang bijak Blondie (Vanessa Hudgens), teman yang setia Amber (Jamie Chung) dan semangat waja Sweet Pea (Abbie Cornish) bergabung dalam usaha mereka untuk melepaskan diri dari cengkaman penjaga mereka Blue (Oscar Isaac), Mdm Gorski (Carla Gugino).


Babydoll hanya mempunyai tempoh masa yang singkat untuk melepaskan diri sebelum dirinya diserahkan kepada High Roller (John Hamm). Dalam usaha meraih kebebasan itulah Babydoll mula berimaginasi dan telah membawa mereka semua di dunia fantasi yang diciptakan oleh Babydoll. Saksikanlah sendiri cerita, plot yang menarik, CGI 360 darjah yang berkesan dan anda sendiri mungkin akan turut tidak percaya bahawa anda juga telah masuk ke dunia imaginasi Babydoll. Berjayakah mereka melepaskan diri....????


Kalau menonton cerita ini pastikan akan teringat kepada filem Inception di mana kuasa minda digunakan untuk sesuatu tujuan tanpa kita disedari.Jalan ceritanya mudah dan senang untuk difahami. Aku betul-betul kagum dengan CGI tu, biasalah Hollywood memang "antu" CGI. Teknik pertahanan diri oleh minah-minah seksi ni pun bukan calang, pelbagai musuh dan makhluk mereka temui untuk memperjuangkan kebebasan mereka. Tapi aku paling suka dengan soundtrack filem ni memang 1st class, sesuai dengan setiap scene dan kekuatan melodi muzik itu memang nampak rebel. Tak silap aku heroin ni pun ada menyumbangkan suaranya untuk OST filem ni. Lagu-lagu dalam ni memang best. Aku bagi 4 star for this movie nak nonton lagi rasanya

Saturday 12 March 2011

Hikayat Merong Mahawangsa - Epik dan Teknologi CGI

Siapa dah menonton HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA (HMM)? Siapa belum tu kira satu kerugian besar lah aku rasa sebab filem bajet juta-juta produksi KRU ni memang hampir setanding dengan Hollywood. Aku cuma pernah dengar nama Merong Mahawangsa ni, tapi tak tau sangat detail yelah aku dulu tak minat sejarah. Sejarah SPM sekadar lulus huhuhu. Filem ni memang filem yang aku tunggu-tunggu since last year cos aku memang minat apa sahaja cerita berkaitan epik zaman-zaman dahulu kala ni. Dua kali nonton baru puas hahaha, takpelah kira berbaloi nengok 2 kali. Tak menyesal aku tahan diri nak ke toilet sebab nak concentrate cerita ni.

Hikayat Merong Mahawangsa


Sinopsis cerita ni macam ni al-kisah nya. Kerajaan Rom menghantar rombongan meminang puteri Negara China, on the way nak pegi meminang tu ribut taufan pulak melanda habislah ranap segala kapal-kapal kerajaan Rom ni. Dalam keadaan terdesak diorang mintak bantuan di Goa untuk mendapatkan anak kapal dan kapal untuk berlayar sementara menunggu bantuan dari Rom datang. Masa kat Goa ni lah diorang jumpa si Merong. Pujuk punya pujuk akhirnya Merong ni bersedia bagi bantuan untuk membawa Putera Rom tu ke sebuah pulau di mana rombongan Puteri Negara China sedang menunggu. Sampai kat pulau tu kira dah nak merisik puteri yang jelita tu, datang pulak geng-geng lanun yang digelar Geruda ni menculik puteri dan dibawak lari. Apa jadi dengan puteri tu? Berjayakah Merong menyelamatkan puteri? Korang tontonlah sendiri kalau nak tau.

Komen aku pasal cerita ni, pertama sekali aku salute dengan KRU ni sebab berani melabur juta-juta untuk teknik CGI. Walaupun kalau tengok memang ada cacat sikit yelah macam part Taji ketua lanun Geruda tu menggunakan kuasa sakti menjadikan kawasan pulau tu dalam keadaan ribut taufan, kalau tengok betul-betul khemah-khemah rombongan China tu nyaris melayang, tapi pokok-pokok kelapa yang berderet kat belakang tu sikit pun tak bergoyang. Macam tipu lah pulak kan, yelah kalau ribut taufan melanda mesti ada pokok-pokok yang jatuh, tapi pokok-pokok tu statik jer. Aku pun kira salute juga ngan dialog dalam filem ni, memang klasik dan penuh bermakna macam kata-kata ini.
"sampai masa tibanya waktu, redup hati kau berdua, bila dua jasad bersatu, hidup mati jadi bersama"
Dua tiket 11/03/2011 pukul 6.00 pm dan 12.00 mn

Tapi takpe maybe ni percubaan KRU dalam usaha mendalami teknik CGI siapalah aku nak kritik kan. Lepas tu scene Marcus (Putera Rom) kena bunuh dan pedang tu pun tembus ke belakang, tapi agak mengejutkan dan macam tak percaya bila Marcus tu tiba-tiba okey jer.(ooops nampaknya korang tau yang Marcus tu tak mati di hujung cerita ni). Apa-apa pun aku bagi 4 bintang lah sebab kalau aku nonton sampai 2 kali memang kira two thumbs up lah. (Teringin nak proposed KRU filemkan novel karya Ramli Awang Murshid, Laksamana Sunan-Epik jugak tu)

Okeylah kawan-kawan, sesiapa yang belum menonton tu serbulah pawagam sekarang.

Sunday 6 March 2011

Aku dan Gym - Aku Pun Nak Kurus

Lama dah rasanya tak update blog ni. Kali ni nak cerita pasal fitness pulak okey. Kalau sebut pasal gym mesti korang semua akan imagine badan yang berketul-ketul, ada Six Packs dan tubuh badan yang sasa. Tapi itu bukanlah niat aku nak join gym. Sebelum ini aku boleh dikategorikan sebagai seorang yang berisi dan pinggang aku pernah mencapai hingga 35 cm dengan berat 78kg. Waktu tu aku memang tak kisah sangat pasal bentuk badan, sebab aku memang suka dengan makanan. Foods is my passion selagi makanan itu menarik minat aku memang aku akan sental sampai habis. Hinggalah aku bekerja di sebuah company kat Sibu ni, jadi satu hari tu kita org ada satu pemeriksaan kesihatan. Terkejut juga dengan kadar kolestrol dan darah tinggi aku memang menakutkan. Aku menerima nasihat dari boss (wanita) yang menyarankan aku untuk menjaga pemakanan dan berhenti tabiat merokok. Tinggi aku hanya 170cm dan berat aku ketika itu 75-78 kg.

Aku Suka Makan
Feveret Aku Ni Black Forest
Tak Boleh Tahan Kalau Tengok Makanan Macam Ni

Nasi...Urggghhh Lagilah

Akhirnya Jadi Tembun Macam Ni
Godaaannnnnn!!!!




Bermula dari situlah aku mula ambil perhatian untuk menjaga tubuh badan dan kesihatan walaupun hati aku masih ingin makan dan makan. Aku mula mengenali dunia gym ketika masih bekerja di Sibu tapi ketika itu gym yang pertama kali aku daftar hanya sekadar untuk latihan kardio dan senaman ringan. Hinggalah aku mengenali Level Up Fitness tahun lepas semangat aku untuk menguruskan badan makin berkobar-kobar. Aku  mula mengetahui gym Level Up Fitness melalui satu voucher free trial for one week. Aku ambik peluang untuk mengetahui apa yang ada kat Level Up Fitness. So aku cuba untuk 1 minggu.

Tak Silap Aku Gambar Ni Lepas Seminggu Aku Join Level Up Fitness
Antara Option Class Yang Boleh Dipilih


Hari pertama aku didedahkan dengan group exercise Body Pump. Mula-mula memang blur apa menatang Body Pump ni, yelah tengok pamplet orang angkat besi. Since free aku masuk join the class. Aku datang tanpa kawan, terima kasih kepada instructor tu, Encik Jafrey dia memang friendly and willing to help. Okey Body Pump ni kira weight exercise kira macam angkat beratlah. Menggigil jugak kaki masa first time join, yelah biasa aku dulu join gym angkat dumb bell yang 2-3 kg jer. Macam aku orang kali pertama ikut Body Pump ni memang sakit satu badan baru rasa macam mana payahnya nak kurus dan dapatkan bentuk badan yang mantap. Kelas ni dibahagikan kepada 10 rutin untuk tempoh satu jam. Yang seronoknya korang more motivate untuk workout sebab diiringi dengan rentak muzik yang sesuai dengan setiap rutin tersebut.

Equipment Untuk Body Pump
Pakaian Untuk Workout
Studio Baru Level Up...Kat Sini Lah Member Buat Group Exercise
Ni Lepas Sebulan Join



Alhamdulillah selepas seminggu usaha mendatangkan hasil. Aku pun ada juga ikut group exercise Body Combat, tapi rasanya Body Combat ni macam kardio rutin. Body Combat ni gabungan teknik-teknik seni mempertahankan diri Muay-Thai, Cappoeira, Taekwondo, Karate dan lain-lain lagi. Sama juga seperti Body Pump, rutinnya ada 10 bahagian dalam tempoh masa 1 jam. Bukan mudah jugak nak mencapai sasaran bila aku join gym ni. Kalau masuk gym banyak yang perlu aku korbankan terutamanya makanan kegemaran, masa dan tenaga. Aku mendaftar gym ni kerana pada aku ia memberi dorongan dan juga memotivasikan aku lebih fokus dengan matlamat aku.
Untuk Body Combat

Taken 4 March 2011


Kalau sesiapa yang berada di sekitar Kuching tu bolehlah mendaftar sebagai ahli di Level Up Fitness ni. Jangan risau terdapat pelbagai pelan pembayaran untuk menjadi ahli di situ. Kalau korang blur dan pertama kali datang ke gym, korang akan dibantu oleh staff-staff yang friendly. Klik di bawah ni jika korang nak mengetahui mengenai Level Up Fitness lebih lanjut. Physical Activity Is Fun....