!TEMAN-TEMAN BLOG!

Saturday 15 June 2013

MOM KARI AYAM KAMPUNG



Assalammualaikum...

Korang watper petang-petang hujung minggu ni... Aku satu hari ni mengemas rumah dan cuci baju yang bergunung tak bercuci hehehe.. Petang-petang macam ni dah selesai buat semua kerja, mesti rasa nak makan, yelah biasa orang panggil minum petang. Aku pulak bedal roti bantal dengan kari ayam mak aku buat ni. Semalam sempat balik Sibu sebab ada hal... balik hari lah...Sebelum balik Mukah tu mak aku sempat bekalkan aku kari ayam kampung ni...Kalau mak aku buat kari memang aku TWO THUMBS UP memang sedap, kalau raya memang sedara-mara aku akan carik kari yang mak aku buat ni especially raya pertama. Diorang memang suka giler kari mak aku, yelah mak aku kalau buat kari dia mesti guna ayam kampung. Kalau ayam biasa tu macam tak ngam pulak "berenang" dalam kuah kari tu. 

Kalau syarikat tempat lama aku bekerja dulu pun diorang suka suruh mak aku katering kari ayam, rendang daging dan sup ekor kalau ada majlis-majlis syarikat. Lepas aku berenti dari sana pun ada jugak diorang bertanyakan mak boleh masakkan kari dan sup ekor. Tapi jangan salah paham pulak, mak aku memang takder lah buat katering ni, setakat kalau ada orang order tu dia buat..kecik kecik jer.  Apa-apa pun aku memang dari kecik sampailah dah berjanggut ni orang kata memang suka kari mak aku ni...Payah nak carik tempat lain... TQ MOM sebab buatkan kari semalam...


3 comments:

  1. hahahaha...wah makan sorang ye...cik akak cerik juak...mana hebat rasanya...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. aoklah Cik Akak makan sorang jak tok huhuhuhu.... mun nak merasa kari polah mak kmk tok kelak raya jemput ke rumah ...hehehe

      Delete
  2. ayam kampung ori memang sedap dibuat kari..

    ReplyDelete