!TEMAN-TEMAN BLOG!

Wednesday 17 July 2013

JOM BELAJAR BAHASA MELANAU



Assalammualaikum...

Korang mesti biasa dengar etnik Melanau kan.. Kalau aku sebut umai mesti korang akan familiar..Salah satu makanan tradisional suku kaum Melanau di Sarawak selain tebaloi dan linut... Kat Sarawak kaum Melanau ni dibahagi mengikut bahagian di Sarawak, jadi bahasa melanau itu sendiri ada banyak jenis dialek..


  • Melanau Mukah
  • Melanau Dalat
  • Melanau Oya
  • Melanau Matu-Daro
  • Melanau Belawai-Rajang
  • Melanau Ba'ie (Bintulu)
  • Melanau Balingian
  • Melanau Miri
Mai aku ajar sikit bahasa Melanau ni.. Manalah tau suatu hari korang jejak kaki ke Mukah jadi bolehlah berbual bahasa Melanau... Bahasa Melanau pun mempunyai tatabahasanya sendiri..Tak susah sebenarnya kalau bergaul dengan orang melanau setahun kat sini korang Insya-Allah boleh berbahasa Melanau..

Ini antara bahasa melanau asas...

Pagi = Suab
Tengahari = Tengah Lau
Petang = Abei
Makan = Keman
Minum = Tuteng
Air = Nya'am
Rumah = Lebok
Apa = Inou
Bila = Paya
Kenapa = Inohal
Awak = Ka'au

p/s : Bahasa Melanau di atas adalah daripada dialek Melanau Mukah.. 

Contoh lagi :

Siapa nama awak ? = Sai ngadan ka'au?
Asal dari mana? = Ka'au likou gan?
Apa khabar? = Wakno dengah

Kalau aku nak ajar semua tak muat blog ni hehehe... Insya Allah nanti ada masa aku bukak segmen belajar bahasa Melanau...Amacam ada sokongan tak...




32 comments:

  1. Sokong. Buka seminggu sekali pun dah kira ok. Dapat juga belajar.

    ReplyDelete
  2. Insya Allah akan saya adakan entri bahasa Melanau.. Mungkin juga bahasa Melayu Sarawak dan bahasa-bahasa etnik lain (^_^)

    ReplyDelete
  3. cik akak melanau matu daro...hihi...in ko mei tao kakar mukah

    ReplyDelete
  4. ann... Cik Akak tegan lah bak telabau yen hehehe

    ReplyDelete
  5. susah jugak bahasa negeri ni ye. nuan tu maksudnya awak ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nuan tu maksudnya awak dlm bahasa iban...dan digunakan di beberapa daerah..

      Delete
  6. Syoknya belajar bahasa lain dri melayu...nak belajar..nak belajar..hee=D..ada ke buku dia?

    ReplyDelete
  7. syuk : nuan tu bahasa iban maksudnya awak :)

    Zahara : ada kamus yang dah diterbitkan oleh DBP tak silap untuk bahasa melanau

    ReplyDelete
  8. ahaaa boleh lah belajar ckp melanau. letak kat resume ada bahasa melanau. hehehe.. apo ni adhieee . terjah blog orang x comment !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aniss...ampun ampun tau awak pakai topi putih hari terakhir hehehe...tak tau nak komen apa hehehe

      Delete
  9. wahhh thanks baru tahu bahasa melanau

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome...melanau ni banyak dialek..lain tempat lain bahasa melanaunya :)

      Delete
  10. seronok jugak dapat belajar pelbagai bahasa...barulah 1 malaysia kan...salam kenal

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahasa budaya bangsa (^_^)...salam kenal juga

      Delete
  11. salam...datang ziarah ramadhan sini..waalid dh join follower sini..jemput ke teratak waalid ya..tq:D

    http://permataperjuangan.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. memang jauh beza dengan bahasa Melayu sebenarkan..langsung tak faham..hehe..kalau bahasa Kelantan ada jugak yang faham..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak susah sebenarnya bahasa melanau hehehe

      Delete
  13. wah, best2. sokong cadangan tu. nanti boleh cakap melanau jugak.

    p/s: salam kenal dan selamat berpuasa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq fifi...salam kenalan dan selamat berpuasa

      Delete
  14. bunda pernah bersekolah kat kuching dlm tahun 70'an,

    kamek pandei dikit2 bahasa melayu sarawak jak..mun bahasa kitak melanau tok kamek sik belaja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh Bunda pernah pun pandey kelaka Sarawak juak duhal...kelak kmk ajar bahasa melanau gik

      Delete
  15. menarik bahasa melanau ni ye... kalau camtu dialek melanau pun berbeza2 lah ikut bahagian2 ye~

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu...tiap bahagian ada dialek melanau sendiri...cuma saya masih tak belajar lagi Melanau Bintulu sebab bahasa diorang lain sikit...

      Delete
  16. wakno dengah adhie? aiza cuba praktikkan..
    aiza sangkakan melanau tu satu kaum dan satu dialek je.. rupa-rupa dialek berbeza ikut daerah ya?

    ReplyDelete
  17. Kmk pun nk bljar bahasa melanau.. kmk tauk jumit2 jk.. wlau pun bpk org melanau..mukah..
    Test lok

    Inou dengah... selamet bah abei.. salm lau minggu...

    ReplyDelete
  18. best ada blog cm ni...leh gak belajar..dulu sempat belajar bahasa iban tp lama duk semenanjung dah lupa banyak...

    ReplyDelete
  19. Bh teleu bljr bhs melanau..
    liko teleu debei pun nda berapa tau menaah

    ReplyDelete
  20. Kmk maouk bljr juak.. Kmk urg malaya.. Arwah mak mertua kmk urng Mukah,klkr Melanau lh bila blt mukah.. Fhm cikit2 jak.. Mun ada terjemahan dr bahasa Melanau ke bahasa Malaysia.. Why not kan.. Tq

    ReplyDelete
  21. Tepi laut dlm.bahasa melanau mukah , camney madah?

    ReplyDelete