!TEMAN-TEMAN BLOG!

Thursday 25 April 2013

Lensa Malam Pesta Kaul 2013


Assalammualaikum

Kesibukkan bekerja pada waktu siang menyukarkan aku untuk melawat Pesta Kaul 2013 pada waktu siang. Agak rugi juga tak datang sebab daripada pagi hingga petang padat dengan aktiviti kesenian dan kebudayaan kaum Melanau dipertontonkan kepada pengunjung tapak Pesta Kaul. Hari ini kalau ikut program pelbagai acara kebudayaan seperti persembahan adat pertunangan dan perkahwinan Melanau di Ekspo Warisan Melanau serta persembahan tarian Inspitari yang juga diadakan di sebelah petang....

Apa-apa pun aku memang takkan melepaskan peluang untuk menjejakkan kaki ke Tapak Pesta Kaul ini walaupun hujan pada  sebelah malam. Acara sebelah malam lebih tertumpu kepada persembahan pentas iaitu  Muzika Magika Melanau dengan menampilkan artis2 tempatan dengan persembahan lagu2 Melanau. Persembahan magic juga turut dipersembahkan oleh ahli silap iaitu Kiku Khairil yang telah mendapat Anugerah Ikon Belia Negara 2011 Kategori Belia Kreatif...dia ni bukan sahaja menempa nama di negara Malaysia malahan juga mendapat tempat ke-3 di Asean Magic Festival V11 di Taskent Uzbekistan...

Persembahan Silap Mata oleh MR CK


Persembahan Artis Tempatan Melanau
Antara gambar yang ku ambil...................







Monday 22 April 2013

Kemeriahan Pesta Kaul Mukah 2013 Kembali Lagi.....

Assalammualaikum...

Tapak Pesta Kaul Mukah 2013


Tinggal 2 hari lagi Pesta Kaul Mukah akan berlangsung di Tapak Pesta Kaul Mukah. Dengan taglinenya..Tiada Yang Seuniknya. Memang Pesta Kaul adalah merupakan satu acara yang unik  yang diraikan oleh kaum Melanau sejak dahulu lagi. Pesta Kaul ini adalah satu cara tahunan pada bulan April dengan mengetengahkan pelbagai upacara dan adat resam kaum Melanau. Kini ia telah menjadi produk pelancongan yang unik di Mukah.



Kaul ni apa sebenarnya...??? Mesti kalau yang pertama kali dengar akan tertanya asal-usul Kaul ni. Sebelum kedatangan Islam dan Kristian, Kaul adalah merupakan salah satu perayaan yang berunsur mistik yang diamalkan oleh kaum Melanau "Pagan". Upacara Kaul ini adalah bertujuan untuk memohon restu daripada "Ipok" iaitu penunggu laut, darat, kebun dan hutan supaya "Ipok" ini tidak mengganggu ketika mereka mencari rezeki. Kaum Melanau selalu dikaitkan dengan nelayan dan Pesta Kaul ini diadakan sebagai tanda berlalunya musim tengkujuh.

Kehadiran agama Islam dan Kristian telah sedikit sebanyak merubah upacara Pesta Kaul. Pesta Kaul kini seperti satu perkelahan besar-besaran bagi suku kaum Melanau di Sarawak. Ketika ini kita akan dapat menyaksikan keberanian aksi permainan "Tibau". Tibau ini dibina dengan dengan 2 tiang kayu yang berukuran 30 kaki panjang dan beberapa kayu sederhana untuk dijadikan anak tangga. Ada pantun tersendiri ketika mengangkat untuk mendirikan kedua-dua tiang ini dinyanyikan secara beramai-ramai:
"Kat kerakat, kerurieng udat, tibau idei pada mekat". Pantun ini dinyanyikan untuk memudahkan untuk mendirikan tiang ini dengan pertolongan  Ipok Tibau..



Bagi yang belum pernah merasai sendiri Pesta Kaul ini, bolehlah datang bersama-sama keluarga bermula pada 24 April hingga 28 April 2013. Saksikan sendiri kemeriahan sosio-budaya suku kaum Melanau daripada hidangan makanan, permainan, kraftangan, permainan dan tarian. Jangan lupa merasa Tebaloi dan Sagu...dan bagi yang berani boleh juga mencuba Si'et (ulat sagu)... So marilah meriahkan Pesta Kaul Mukah 2013.






Acara Pesta Kaul Mukah 2013

Hidangan 1 Malaysia di Kopi O'Corner.....

Pasar Minggu Satok
Beberapa hari yang lepas masa aku turun Kuching singgah ke Pasar Minggu Satok di Medan Niaga Satok. Masa jalan2 kat Pasar Minggu ni, mata aku terlihat satu papan tanda ni Kopi O' Corner (KOC). Dari jauh tempat ni memang menarik perhatian aku. Dalam pengetahuan aku KOC ni ada satu cawangan jugak yang terletak di flyover Satok bersebelahan dengan Bangunan Mara...KOC ni beroperasi sejak tahun 1992 dan salah satu cawangannya yang terbaru ialah di Medan Niaga Satok....




Apa lagi aku menuju ke KOC yang terletak di tingkat atas Medan Niaga Satok. Tempatnya memang nice and cosy. Banyak pilihan makanan ni pelbagai jenis mi, nasi, roti dan sebagainya memang kira hidangan 1 Malaysialah semua makanan dari pelbagai budaya dan citarasa dihidangkan...memang tak tau nak pilihlah. Huhuhuhu sebagai peminat mi aku order Mi Kampua Special.. Mi Kampua ni terkenal di kalangan masyarakat Foochow Sibu, jangan risau KOC menghidangkan makanan halal dan Mi Kampua ni telah diolah semula selain mengekalkan keunikan mi kampua itu sendiri...

MI KAMPUA SPECIAL
First impression aku, tempat ni memang santai dan sesuai untuk keluarga. Mi Kampua memang lazat aku bagi A++ (harap dikekalkan) dan layanan pekerjanya memang mesra pelanggan. Kalau korang datang ke Pasar Minggu Satok di Medan Niaga Satok ni jangan lupa singgah ke KOC masa operasinya 6 am - 11 pm.  Harga kat sini adalah berpatutan memang tidak merabakkan poket anda hehehe.. KOC ni dah melebarkan sayap dengan membuka cawangan ketiganya di Samarahan..dan akan datang di Matang pulak....So KOC keep it up.....



Transit di Johor Bahru.....

Assalammualaikum...




Johor Bahru...apa aku nak cerita kat sini. Tak banyak sebenarnya sebab JB ni sekadar tempat untuk aku dan member2 aku singgah atau transit sebelum ke Singapura dan Melaka. Since kita org nak ke Singapura jadi JB is the place to transit... Lagipun aku memang tak pernah jejak kaki kat JB. Penerbangan dari Sibu ke JB lebih kurang 1 jam 45 minit dan touch down di Senai Airport. Sampai2 terus carik tempat makan dalam Airport Senai tu..KFC jer yang ada..hentam jelah.

Masa kat KFC ni ada satu peristiwa yang agak lucu sikit, tengah aku dengan salah sorg kawan aku ni beratur nak buat order..adalah sorg makcik ni dengan sorg budak pompuan (anak dia kot)..Nak kata dia berbaris nak order tak jugak sebab dia asyik berdiri di luar barisan dgn anak dia (betul2 depan kaunter)..Dia macam tengah tengok2 menu yang terpampang kat atas tu..sekejap2 mata dia ushar2 aku ngan member aku ni... Aku rasa macam tak sedap pulak, manalah tau ada something tak betul kat baju aku ker, seluar aku ker...Kawan aku sorang ni pun perasan jugak yang kami berdua tengah di perhatikan... Dah selesai sorg customer ni ambik order tiba giliran kita org...Makcik tu pulak toleh kat aku... Aku cakap "Makcik dululah.."  
yang terkejut tu keluar dialog makcik tu " La ingatkan orang Hong Kong tadi...boleh cakap Melayu rupanya"... Reaksi aku waktu tu nak gelak ker, nak nangis ker aku pun tak tahu.... Ada rupa org Hong Kong ker aku dengan kawan aku ni... Aku dgn kawan aku hanya mampu senyum sinis...Part manalah rupa kita org ni macam org Hong Kong huhuhuh...

Yang tu memang peristiwa yang aku tak boleh lupa masa di JB...Dah selesai makan kita org bergegas nak carik pengangkutan ke hotel... Hotel ni aku booked kat www.booking.com (tempah dahulu bayar kemudian) Hotel Grand Court bolehlah semalam RM98 termasuk sarapan pagi untuk 3 orang okeylah tu...Ini hari pertama di JB sebelum ke Melaka.. Tak banyak aktiviti yang kita org buat...Tak jauh dari hotel tu Danga City Mall.. Aku sempat beli baju melayu walaupun raya lambat lagi...Dah pusing2 shopping kat dalam tu hari pulak hujan lebat...Kita org main bowling kat tingkat atas (huhuhuhu dtg JB semata2 main bowling) sementara tunggu hujan reda apa lagi main bowling sampai 3 set...

DANGA CITY MALL


Selesai main bowling balik hotel...Blur jugak tak tau nak buat apa... So bertanyalah kat pekerja hotel ni kat mana boleh carik tempat makan... Suggestion diorg suruh pegi ke Bazaar Karat...Dah malam nak jalan kaki pun tak tau..Ambik teksi dari hotel ke Bazaar Karat RM5...Hanya lima minit ke Bazaar Karat kalau menaiki teksi... Dekatlah tu kan....huhuhuhu

Sebelum explore Pasar Karat ni kita org singgah isi perut dulu di gerai makanan berhampiran. Sebab berada di JB so aku try ni Mi Bandung...Kan JB terkenal dgn Mi Bandung. Memang rasa dia lain dari Mi Bandung yang aku pernah makan di Sarawak...yelah dah tempat asal dia...Rasa kuah dia memang terasa ramuan udang tu...Yummy...


MI BANDUNG ORI FROM JB


Pasar Karat fuhhh tempat ni memang ramai orang..Macam siang lah pulak. Tempat ni bukak dari petang sampai pukul 3 pagi....Walaupun dah pukul 11 tapi orang masih berpusu-pusu membeli barang kat sini... Kenapa tempat ni dinamakan Pasar Karat..sebab dulu kat sini banyak jual barang2 antik ...So dari situlah dia dapat nama... Lokasinya terletak di tengah2 bandar JB...

ROKOK ELEKTRONIK


Macam2 barang ada jual kat sini...daripada rokok elektronik, jam, beg, minyak wangi dan macam2 lagi...semuanya harga murah2 dan masih boleh tawar lagi... Next time aku datang aku nak ambik hotel dekat2 sini jer...sebab aku tengok banyak hotel2 bajet kat sini...Satu lagi senang nak carik tempat makan... First day datang JB aku tak nak membeli sangat sebab balik dari Melaka nanti akan bermalam lagi di JB so tak naklah bagasi aku berat sangat...

Keunikan Pasar Karat ni ialah  seperti open space museum.. daripada barangan antik dan vintage mcm kipas, piring hitam, beg dan perkakas dapur hinggalah foto2 lama. Sesetengah tapak niaga juga turut menjual dekorasi rumah, minyak wangi, pakaian dan barang2 bundle... Rasanya ni memang tempat wajib pegi bila ke JB...yang penting sediakan wang satu guni kalau korang memang tak kuat iman nak shopping huhuhuhu...





AKSESORI WANITA PUN ADA

SELUAR JEANS BERJENAMA

RAMBANG MATA.....

Ada satu benda yang menarik bagi aku kat JB ni, restoran yang menghidangkan Nasi Ayam Penyet yang memang sedap giler yang tu aku cerita kat my next blog check it out...










Sunday 21 April 2013

Sehari Di Melaka......

Assalammualaikum...

Arah ke Hotel Naza Tallya Hotel
Melaka Sentral



Alhamdulillah plan aku nak ke Melaka, Singapura dan Johor Bahru semuanya tercapai. Ambik cuti seminggu bermula 3hb-8hb April untuk menjelajah 3 tempat ni kira backpackers punya style bersama 2 org lagi rakan aku. Pada 4hb April kita org ambik bas dari Terminal Bas Larkin JB, memang takde pilih2 dah terus ambik mana2 bas paling awal untuk ke Melaka. Hotel dah aku booking melalui Agoda.com dan pilihan ialah Naza Tallya Hotel.

Zack dan Adi member hardcore traveller


Perjalanan dari JB ke Melaka lebih kurang 3 jam, sepanjang perjalanan memang tidur jelah dalam bas yelah penat kan dengan backpack yang berat2. Sampai di hotel terus check-in dan plan nak ke Kota A Famosa petang tu. Dah lama dah aku tak jejak kaki ke Melaka ni...last aku ke Melaka ialah masa masih bersekolah menengah..tak silap aku masa aku form 2 time tu aku masih bersekolah di Kuala Lumpur.

Macam ni keadaan bilik bila melancong


Naza Tallya hotel ni kira jauh jugaklah kalau nak ke Kota A Famosa...mula2 tu ingatkan nak berjalan kaki (based ngan review dalam agoda.com tu hotel ni dekat jer- tak leh caya jugak ngan review2 ni kadang2 huhuhu) apa-apa pun kita org naik teksi ke Kota A Famosa. Teksi dari area hotel kitaorg tambangnya RM12...okeylah dari menapak jalan kaki. Kawasan bersejarah ni terletak kat Bandar Hilir Melaka..1st time aku pegi dulu belum ada lagi bangunan tinggi2 kat area ni...memang jauhlah berubah... Kalau korang nampak Mahkota Parade tu..memang dah sampailah kat area kawasan bersejarah A Famosa tu....


Tak sabar kaki aku nak mendaki bukit St Paul ni...peninggalan sejarah yang paling terkenal di sini ialah Kota A Famosa yang hanya tinggal pintu kotanya sahaja di kaki Bukit St Paul yang  juga dikenali sebagai "Porta De Santiago". Puas bergambar di bawah kaki bukit...Kami mendaki anak tangga Bukit St Paul...Dalam bahasa portugis Kuno...A Famosa ni bermaksud Yang Hebat yang merujuk kepada kehebatan pembinaan struktur Kota itu sendiri...Panorama dari atas bukit ni memang mengagumkan kerana lokasi pembinaannya yang strategik dibina pada zaman penjajah portugis bagi mengawal selat melaka..





Dah habis posing sana-sini kat Kota A Famosa ni, kami cuba pulak menaiki Menara Taming Sari. Menara Pandang dengan ketinggian 110 meter terletak bersebelahan Dataran Pahlawan. Kalau nak melihat Bandar Hilir Melaka dengan lebih jelas bolehlah menaiki menara pandang ni kerana ia akan berputar 360 darjah dan korang akan dapat melihat panorama Bandar Hilir Melaka secara keseluruhan. Ini merupakan menara jenis Gyro yang pertama di Malaysia dan menelan kos belanja RM24juta dan telah dibuka pada tahun 2008. Kalau korang perasan bentuk menara ini seperti keris dan ia berdasarkan reka bentuk Keris Taming Sari (mungkin sebab tu ia dinamakan Menara Taming Sari-Keris Laksamana Hang Tuah....dibina dengan kepakaran  Switzerland).





Menara ini boleh memuatkan 66 orang dalam satu-satu masa...Harga tiket masuk taklah mahal sangat kalau anda pemegang MyKad akan diberikan diskaun 50%...Harga biasa ialah dewasa RM20, kanak2 Rm10 dan warga emas RM17...Menara ni berputar dalam tempoh 7 minit dan bolehlah korang posing sakan dengan latarbelakang Selat Melaka dan Bandar Hilir Melaka...Sebelum tu kita orang singgah di tempat jualan souvenir aku sempat membeli dodol melaka untuk dibawa pulang sebagai buah tangan...



Dah penat explore peninggalan sejarah Melaka ni, masa untuk mengisi perut pulak. Di Mahkota Parade (biggest shopping mall in Melaka) ni ada satu tempat Seleria Food Court Tingkat 2 yang menghidangkan Char Kuey Tiaw yang memang sedap...aku siap tapau satu bungkus untuk dibawa balik ke hotel... Thats a wrap for the day...esok dah nak berangkat balik ke JB for another exciting journey of hardcore travellers...

Recommended try order Kuey Tiaw kat sini

Gilerrr sedapppp!!!




Friday 12 April 2013

Universal Studio Singapore

Assalammualaikum...

Akhirnya tercapai hasrat aku kali kedua nak ke Singapura. Tujuan utama aku adalah untuk ke Universal Studio Singapore (USS)..hurmmm kali pertama pegi dulu tahun 2010 tak silap aku...time tu banyak lagi permainan belum siap sepenuhnya..




Okey kali ini aku jelajah Singapura bersama dengan dua lagi member aku yang baru pertama kali jejak negara yang suatu ketika dahulu dikenali dengan nama Temasek. So kita org ambik dalam bentuk pakej iaitu tinggal di New York Hotel JB+Tiket Masuk USS seorang dalam RM280. Hotel New York tu nanti aku cerita macam mana rupanya... Blog aku kali ni more on USS... Okey seawal pagi kami packing dan check out dari New York Hotel kerana bas ke USS pick up pukul 830 am...Last time aku pegi aku ambik direct flight dari Kuching tapi sekarang aku nak merasa merasa perjalanan darat menyeberang Johor Bahru ke Spore...



Untuk ke seberang tambak ada 2 check point imigresen yang perlu dilalui sebelum masuk ke Singapura iaitu Kompleks Imigresen JB dan Kompleks Imigresen Woodlands. Kami bertolak pada hari Sabtu jadi pemeriksaan imigresen mengambil masa agak lama sebab ramai orang berhujung minggu di Spore...Since aku travel backpack barang-barang aku hanya campak2 jer dalam beg...mungkin sebab barang2 aku dalam bagpack tu messy sangat...jadi nampak mencurigakan (heyhhh jangan fikir bukan2 aku tak pernah seludup barang2 haram)... well what to do aku follow the procedures...satu persatu barang2 aku pegawai tu check...kejamkan kalau korek2 bag aku nampaklah semua seluar bip dan sebagainya huhuhuhu.... Aku passenger paling last naik bas sementara 2 org kawan aku dah dalam bas...

Perjalanan ke USS memberi aku peluang melihat sendiri negara Spore yang memang dikenali dengan negara yang bersih...Bangunan pencakar langit tak payah cerita memang mendongak nak melihat ketinggiannya...Okey kita org sampai di USS lebih kurang jam 1030 am...masa sejam tadi banyak habis di Imigresen Woodlands...yelah orang ramai kannnn...

Sampai di USS perkara pertama yang dicarik dahulu ialah locker...ini memang memudahkan bagi yang bawak bag2 ke USS...sebab kalau heret bag ke dlm USS memang beratlah nak menapak dalam USS tu nanti... Ada dua bilik locker yang disediakan iaitu di luar USS dan dalam USS... Locker kecik $S10 manakala yg besar S$20 kadar ni untuk sehari...waktu tu dalam kepala aku memang buat calculation betul2 kalau melibatkan $S yelah 2 kali ganda duit kita...My advise kalau beg korang tak banyak bolehlah ambik  locker paling besar dan sharing ngan kekawan... Locker sini fully protected with our password...So korang boleh enjoy di USS...







Memang panjang barisan orang beli tiket masuk ke USS baru pukul 10 lebih...nasib baik kitaorg beli pakej so terus ke pintu masuk dan tunjukkan tiket and we are in...(korang boleh beli tiket online untuk elakkan beratur panjang...

Bila masuk pastikan korang ambil map dan jadual beberapa persembahan yang diadakan dalam USS...Ada 7 zon dalam USS ni... iaitu Zon New York, Zon Hollywood, Zon Sci-Fi City, Zon Ancient Egypt, Zon The Lost World dan Zon Madagascar... Kat dalam ni korang boleh tengok dan bergambar dengan kartun2 yang cute...Termasuklah juga watak Marilyn Monroe... Malangnya hari tu lebih kurang jam 1 ketika kami nak mencuba Jurrassic Park Ride hujan sudah mencurah-curah...berebut2 membeli poncho untuk cover dari basah...Poncho $S3...huhuhuhu imagine in RM...really damaging my wallet...


Dalam hujan2 tu kitaorang ambik kesempatan untuk mencuba indoor games Revenge of The Mummy...yang ni memang really bring adrenalin rush...walaupun dalam gelap roller coasternya boleh membuatkan korang rasa nak terhumban keluar huhuhuhu...Kalau sesiapa yang ada duit extra tu bolehlah membeli gambar aksi ketakutan korang dalam roller coaster tu dengan harga $S20...

Rugi kalau tak cuba semua permainan dalam USS yelah kita dah bayar $S74 (convert RM current exchange rate 2.515  = RM 186...mammpuuu). Kalau korang lapar jangan risau banyak makanan halal dalam USS tapi harganya memang tip-top... Untuk jimat korang boleh beli botol air yang ada mcm2 rupa tu harga lingkungan dalam $S12-$S25...Sebab apa aku kata jimat korang boleh refill soft drink dengan membayar $S2 kat mana2 kiosk yang ada jual air dalam tu...atau nak jimat lagi isi jer dgn air sejuk kat mana2 mesin drink water dispenser... Apa2 pun keseronokan dalam USS memang berbaloi dengan harga yang dibayar...




Sebelum meninggalkan USS bolehlah beli souvenir kat kedai2 souvenir USS ni...jangan risau kalau tak sempat beli kat dalam korang boleh juga beli di kiosk yang berada di luar USS...Pengalaman kali kedua ni memang berbaloi...Tak sedar jam dah hampir pukul 6pm...dan masa kami untuk ke hotel dan bermalam di Spore...


Apa2 pun memang fun sepanjang berada di USS ni lets picture tell u the stories.......















#tips ke USS from JB dari Larkin Terminal korang pergi ke ke platform paling hujung di Larkin terminal JB ada SBS Transit no 170 ( tulis Queen St atau MRT Kranji)... pilih bas menuju ke Kranji MRT... dari MRT Kranji carik MRT menuju ke Harbor Front dan pegi ke bus stop di luar Vivo City dengan bayaran $S2 menaiki bas RWS8 menuju ke Resort World Sentosa..........