!TEMAN-TEMAN BLOG!

Tuesday 28 May 2013

BOT EKSPRESS KARAM DI BELAGA

Assallamualaikum wbt

Cuti Gawai di Sarawak akan disambut beberapa hari lagi. Namun suatu tragedi telah menimpa kepada penumpang-penumpang bot ekspress yang ingin pulang bercuti bersama keluarga sempena Hari Gawai. Bot ekspress yang membawa penumpang untuk sambutan Hari Gawai dipercayai tenggelam di kawasan Jeram Tukok/Jeram Bungan. Bot Bakun Mas yang membawa lebih dari 100 penumpang karam antara jam 8-9 pagi tadi berpunca dari masalah enjin selepas melanggar serpihan kayu di sungai itu.



GAMBAR PENUMPANG YANG TERSELAMAT

Apa yang menjadi isu ini ialah bot ekspress tersebut telah terlebih muatan di mana dengan kapasiti hanya 67 orang penumpang pegusaha bot ekspress telah membawa muatan melebihi 100 orang. Adakah pengusaha bot ekspress ingin mengaut keuntungan semata-mata di musim perayaan ini? Setakat ini 181 orang selamat dan 23 orang lagi masih belum ditemui. Diharap pihak berkuasa akan lebih memantau pengusaha bot-bot ekspress yang mungkin cuba mengaut keuntungan pada musim perayaan ini tanpa menghiraukan nyawa penumpang.




Sunday 26 May 2013

MY NOVEL REVIEW : Kekasih Halal

Assalammualaikum wbt…


Dalam seminggu dua ni aku banyak habiskan masa dengan baca novel, sebenarnya banyak novel yang aku beli tapi masih terperap berbungkus kat rak buku. Sibuk kerja dengan travelling sana-sini. Since ada masa free ni aku pun baru jer habiskan baca novel Kekasih Halal. Catchy tajuk dia kan. Lagipun aku beli sebab tertarik dengan sinopsis kat belakang novel ni

Sinopsis (Dari Belakang Novel):
Lutfa Shirin Mawar. Seorang  gadis yang gemar mencari konklusi untuk permasalahanny dengan berfikir dan terus berfikir. Dia tahu dia perlu membuang rasa cintanya buat lelaki yang pernah dia tunggu satu masa dulu. Dan, dalam sanggup ataupun tidak, kakinya sudah terikat dengan sebuah pernikahan walaupun baginya terlampau awal untuk dia bergelar seorang isteri.

“Mama awak kata, kalau awak nak keluar dengan saya, maknanya awak setuju nak tunang dengan saya. Cuti semester nanti, kita kahwin.”

Lutfa memanglah tak nak Feroz. Tapi seperti yang orang kata… tak kenal maka tak cinta, tak mengerti maknanya sebuah cinta, maka ta adalah pulak rasa saying. Membina rumah tangga atas dasar tuntutan keluarga membuatkan Lutfa jatuh cinta kepada suami sendiri. Cuma Lutfa tidak membuka mulut memberitahu dia sudah berkahwin. Orang bertanya pun, dia senyum. Kan dah letak status Married kat Facebook tu!

Jadi bila orang lain Nampak Lutfa bersama Feroz (suami Lutfalah tu!), tanggapan mereka adalah Lutfa bercinta sahaja dengan Feroz. Kadang ada ke sana ke sini bersama. Bila ada Nampak Lutfa tidur rumah Feroz, mulalah kata Lutfa perempuan begitu , perempuan begini. Lutfa pula bukan jenisnya buka mulut bercerita. Sebab kawan Lutfa dah jadi tukang cerita. Lutfa dan Feroz kekasih halal! Suami isteri! Tapi kalau orang dah tak percaya…

Sungguh ! Lutfa mencintai suami yang begitu penyayang, yang menepati semua ciri-ciri lelaki yang dia pernah idam-idamkan. Namun ada satu perkara yang dia tidak tahu.
Kecurangan si suami dalam dia tidak sedar!
Juga ada lelaki lain yang menyimpan rasa hati untuknya. Siapa Johan dalam hatinya?

Review Aku:

Okey pertama kali aku membaca karya Orkid Edyliyne (OE) tajuknya  Tuan Rumah Pembantu Rumah. Secara jujur; maafkan saya yer OE, aku memang tak dapat layan novel tu.  Dua tiga bab aku dah bosan jadi aku biarkan novel tu tanpa penghujung bacaan. Berbanding dengan Kekasih Halal ni ada tarikan bagi aku untuk terus membaca dari satu bab ke satu bab.  Walaupun sekarang banyak novel dengan idea yang tipikal kahwin paksa, kahwin tanpa rasa cinta, kahwin itu dan kahwin ini…(berapa banyak kahwin daaa…). Penceritaannya berbeza bagi aku dan ada kejutan yang memang aku tak jangka.

Lutfa sebagai seorang anak yang patuh dengan ibu bapanya telah berkahwin dengan anak kawan Mamanya. Hatinya memang memberontak yelah umur baru 20 tahun dah disuruh kahwin, dah tu tengah menyambung pelajaran. Kebetulan pulak suaminya ni student medik final year di Universiti yang sama. Sorok macam mana pun statusnya sebagai isteri orang, akhirnya diketahui jugaklah oleh teman-teman rapatnya. Feroz samalah jugak dengan si Lutfa ni berkahwin atas kehendak ibu bapanya. Dia terpaksa akur dan tidak membantah.

Lutfa dan Feroz masih meneruskan pembelajaran seperti biasa. Perkahwinan yang diatur keluarga ni ambil masa jugak untuk mengenali hati budi masing-masing. Feroz dengan sifat seorang suami yang romantik tetap melayan Lutfa walaupun Lutfa tidak dapat menerimanya sebagai suami. 

Sekeras-keras hati seorang perempuan akhirnya Lutfa ni menerima cinta kekasih halalnya, iaitu Feroz. Okey.. tengah-tengah diorang bahagia ni memang akan muncul watak jahat yang nak memusnahkan kebahagiaan diorang ni. Irin! Siapa Irin, dialah kekasih si Feroz ni sebenarnya.

Lutfa menyedari dia tertipu dengan lakonan Feroz yang menyayangi dengan penuh romantis. Rahsia terbongkar apabila Lutfa terjumpa thumb drive yang menyimpan seribu satu rahsia hubungan antara Irin dan Feroz. Waktu ni Lutfa dah berbadan dua. Sebelum ni memang Lutfa ada suspek ada sesuatu yang tak betul antara Feroz dan Irin ni, tapi Feroz berjaya meyakinkan Lutfa mempercayainya. Tapi rahsia dalam thumb drive tu telah membuat Lutfa hilang kepercayaan terhadap Feroz.

Kebenciaan Lutfa sebenarnya adalah kemenangan kepada Irin dan Feroz. Feroz tetap meneruskan tanggugjawabnya sebagai suami kerana dia mempunyai motif terhadap Lutfa. Sampai satu ketika Feroz menyedari Lutfa adalah jodohnya dan KEKASIH HALAL untuknya.

So agaknya macam mana ending cerita ni? Mesti korang tertanya-tanya apa isi kandungan dalam thumb drive tu kan? Apa sebenarnya motif Feroz berkahwin dengan Lutfa? Bila kepercayaan Lutfa dikhianati berjayakah Feroz menawan semula hati Lutfa  setelah menyedari jodohnya sebenar adalah Lutfa. Korang akan terkejut apabila ada kisah-kisah silam yang sebenarnya berkait rapat dengan jalan cerita ni. Siapa pula Irin yang dikenali Feroz semasa zaman kanak-kanaknya?

Kalau korang baca novel ni pastikan korang fokus, jangan gopoh-gapah sangat nak abiskan. Sebab ada plot-plot dalam novel ni banyak mengimbas kembali memori silam. Tapi masih tak mengganggu jalan cerita. Yelah aku sendiri tengah khayal baca novel ni tetiba pulak ada flashback cerita lain huhuhu… Tapi masih dapat diselamatkan oleh teknik penceritaan penulis yang memang tip top.

Novel ni setebal 610 mukasurat terbitan Fajar Pakeer. Harga Sem: RM24 S/S: RM27. Since aku ni member Popular Bookstores kebetulan hari tu ada diskaun 20% so dapatlah murah. Bagi sesiapa yang belum baca novel ni dapatkan segera kat kedai-kedai buku memang aku highly recommend buat peminat novel tegar.


Saturday 25 May 2013

Shakshouka...(Tunisian Eggs Poached In Tomato Sauce)





Assalammualaikum wbt.

Hujan-hujan ni perut mesti lapar kan. Tetiba teringin nak try masak Shakshouka ni. Resepi ni paling simple dah mudah dan tak banyak bahan diperlukan. Biar aku cerita sikit pasal Shakshouka ni. Shakshouka ni kira macam makanan ruji orang di Turki, Algeria, Libya dan Morroco. Biasanya diorang makan dengan roti untuk breakfast, tapi aku makan ni dengan nasi since kita ni orang Asia kan.. Bahan utama Shakshouka ni ialah tomato dan telur. Maksud Shakshouka ni sendiri ialah "All Mixed Up" telur dicampur dengan tomato...jadi ada macam2 versi. Biasanya bahan2 yang diorang gunakan Cumin Seeds (kita panggil jintan putih), tumeric (serbuk kunyit), lada hitam dan paling penting buah tomato...sekarang dah moden boleh guna tomato puree yang melambak kat supermarket tu...

Ni aku punya resepi simple (Sebab ni jer bahan yang ada kat dapur aku pun) :

Telur 4 Biji
1 labu bawang besar
Cili Merah (bagi pedas)
1 Tin Sardin
Sedikit Sos Tomato
Sedikit Sos Cili (Kalau nak pedas banyakkan yang ni)
Minyak untuk menumis

Potong dadu bawang besar dan cili merah dimayang. Sardin dilenyek2 hingga hancur. Sediakan frying pan yang sederhana besar dan panaskan minyak. Bila minyak dah panas masukkan bawang tadi dan tumis hingga sedikit keperangan. Lepas tu masukkan sardin tadi bersama sos tomato dan cili. Gaul rata dengan api sederhana kecil hingga masak. Pecahkan empat biji telur tadi dan masuk di atas sardin biarkan ia masak (membentuk telur mata). Ikut selera kalau nak telur tu separuh masak/masak sepenuhnya. Hidangkan dalam pinggan. Dan sedia untuk dimakan.... Korang bolehlah tukar sardin tu dengan minced beef ker dan taruk sayur campur SELAMAT MENCUBA


Klik sini : RESEPI SHAKSHOUKA
Shakshouka


Friday 24 May 2013

Filem : Warm Bodies...Cinta Manusia dan Zombie

Assalammualaikum wbt...

Siapa minat kisah cinta yang luar biasa? Kalau dulu kita pernah dimomok dengan Twilight Saga percintaan vampire dan manusia kali ni Hollywood mengangkat cinta antara zombie dan manusia pulak.



Filem ini berkisar hubungan cinta antara R (Nicholas Hoult) dan Julie (Teresa Palmer). Pasukan Julie telah diserang sekumpulan zombie, dan entah macam mana timbul perasaan R ni nak menyelamatkan R. Julie mula perasan yang R ni berbeza dari zombie yang lain. Di sinilah titik permulaan R sedikit demi sedikit berubah menjadi manusia.

Review :
Kalau yang fanatik cerita zombie tu, buangkan perasaan jauh-jauh nak menonton filem ni. Jangan expect filem ni sama seperti Resident Evil sebab babak lawan-lawan dengan zombie memang kurang hanya di awal cerita jer. Filem ni lebih kepada komedi romantik. Sebab apa aku katakan dia filem komedi romantik sebab dari monolog si R ni korang dapat rasai kebosanan hidup sebagai zombi.  Dalam ni ada zombie yang baik dan zombie yang jahat. Kategori yang jahat tu zombie Bonie iaitu sekumpulan zombie yang dah jadi skeleton...



Apa-apa pun genre filem komedi romantik ni aku rasa bolehlah layan DVD ni sambil aku boring-boring melipat baju yang segunung tak berlipat. So takdelah elemen terkejut, suspens dan rasa nak terjerit menonton filem ni. Ia lebih kepada perasaan jiwang rasa cinta antara manusia dan zombie. Ni first time aku nonton zombie yang cool dan juga pandai berkata-kata... Kategori okey just another clever spin on zombie movie.

My rating : 6.5/10




Wednesday 22 May 2013

LANA DEL REY: The Next Nancy Sinatra


Assalammualaikum...

Sejak beberapa minggu ni memang aku asyik layan lagu minah ni.. Bagi aku dia mempunyai suara yang unik dan tak salah kalau aku katakan yang dia ni the next Nancy Sinatra..She brings back the pop culture of the 60s..Mana2 aku pegi memang lagu dia aku dengar ...In my collection Sony MP3 Player..dalam kereta..in my laptop...

Sedikit background pasal Lana Del Rey ni,

Nama Real : Elizabeth Woolridge Grant
D.O.B. : 21 Jun 1986
Asal : Amerika
Profesion : Penyanyi dan Penulis Lagu
Album : Lana Del Rey a.k.a. Lizzy Grant (2010), Born To Die (2012)

Aku mula terjebak minat kat dia ni masa belek2 kat youtube..dan aku mainkan video Born To Die...Lirik dia memang menarik tambahan pulak rupa dia yang memang cantik...dengar cerita dia ada sign kontrak untuk Next Model Management...okey ler tu rupa pun memang cantik....Kalau malam2 memang aku akan pasang lagu dia sampai aku tertido... Antara lagu yang aku minat Born To Die, Blue Jeans, Video Games, Dark Paradise, Summertime Sadness dan Lucky Ones... Yang terbaru dia ada keluar single untuk OST The Great Gatsby lagu Young and Beautiful... Really adore her voice and talent.

BORN TO DIE


YOUNG AND BEAUTIFUL  : OST THE GREAT GATSBY



CARI INCOME MELALUI BLOG???

Dalam ebook percuma blogger 4 digit, akan saya kongsikan bagaimana seorang blogger boleh membuat duit dengan adsense sehingga 4 digit tiap-tiap bulan. Saya tidak ingin mengenakan sebarang bayaran kerana penerokaan saya pada suatu ketika dulu adalah pahit. Banyak ebook berbayar yang saya beli cuma bungkusannya sahaja yang gempak.



Isi kandungan ebook Blogger 4 Digit.

Perkongsian saya tidak akan tertumpu kepada perkara teknikal sebab saya percaya ramai tidak menghadapi masalah tersebut. Saya ingin berkongsi syarat dan prinsip membina hubungan "win-win" situation dengan GOOGLE.

Saya akan mendedahkan realiti dan persoalan berdasarkan keadaan blogger Malaysia sekarang :


  • "Bagaimanakah satu klik boleh mencecah RM1 dengan Adsense? Jauh berbanding dengan RM0.25"
  • Jenis website yang sesuai untuk dipasang Adsense.
  • Adsense dalam blog BAHASA MELAYU? Lihat penjelasan dari specialist GOOGLE sendiri.

BANYAK BLOG YANG BERJAYA MEMPUNYAI TRAFIK TINGGI TETAPI TIDAK KETAHUI NILAI DI SEBALIK ITU, JADI AKIBAT DARIPADA ITU MEREKA TIDAK DAPAT MENIKMATI PULANGAN YANG SEWAJARNYA MEREKA MILIKI.

Nak tau macam mana? Jum sertai Give Away Blog 4 Digit dan syarat penyertaannya adalah mudah.

  1. Memiliki blog yang berusia tidak kurang dari 3 bulan. Demi keadilan semua, adalah dilarang menggunakan blog baharu yang ditubuhkan semata-mata untuk give away ini.
  2. Menuliskan sebuah post di blog anda dan menyatakan sebab ingin memiliki blog/website yang mampu menjana pendapatan tinggi.
  3. Tambah Jejak Trend dalam blog list/friend list. Blog yang terpilih berpeluang untuk dimasukkan dalam blog list blog Jejak Trend yang bakal ditambah sidebar nanti..
  4. Berminat hanya klik DI BAWAH.






MY NOVEL REVIEW : Kontrak Janji Setia Antara Kita...



Assalammualaikum...

Aku baru selesai membaca novel Kontrak Janji Setia Antara Kita ni.... 2 malam aku ambik masa nak habiskan setebal 770 muka surat bermula dari malam semalam aku baca memang tak boleh pejam mata. Karya sulung Aii Fariza...Tahniah buat penulis yang berjaya meletakkan novel ni sebagai koleksi "emas" aku (kira koleksi kesayangan lah ni novel ni lepas ni huhuhuhu)...

Novel ni aku beli masa aku di POPULAR Kuching, dan novel ni tersenarai sebagai salah satu novel yang best selling. Tambahan pula ada diskaun 25% untuk ahli POPULAR. Harga Semenanjung RM27, S/S RM30 Terbitan Kaki Novel setebal 770 muka surat.

Review Aku :

Dua watak utama dalam novel ni iaitu Rafiq dan Sakinah. Rafiq seorang lelaki yang serik untuk menerima kehadiran seorang wanita dalam hidupnya setelah ditinggalkan oleh isterinya Suraya. Ibunya Datin Noraini telah menyatukan Rafiq dengan Sakinah kerana mahu cucunya Shafiq merasai kasih sayang seorang ibu. Kehadiran Sakinah sebagai suri hidupnya masih tidak dapat membuang perasaan bencinya kepada kaum Hawa setelah dicurangi oleh bekas isterinya....Mereka berdua terjebak dalam satu perkahwinan untuk memenuhi kepentingan masing-masing...

Ternyata perkahwinan yang bersandarkan kepada surat perjanjian tu benar-benar mengikat Sakinah sebagai isteri Rafiq. Rafiq masih meragui kejujuran Sakinah dan masih dihantui kecurangan bekas isterinya. Sakinah ni pulak memang boleh tahan lagi dengan ego suaminya ni... Sedar tak sedar Rafiq dah mula sayang kat bini dia ni dan mulalah cintan-cintun asmaradana segalanya.

Tengah diorang ni asyik cintan cintun tetiba ada plak dua orang mamat ni Zulfi Hakimi dan Tengku Rizal yang suka kat Sakinah ni... Maunya tak cemburu si Rafiq makin plak si Rafiq yang memang panas baran dan menyangka Sakinah sama macam bekas bini nya tu. Dah tu pulak ada minah yang ambik kesempatan si best friend Rafiq iaitu Maria yang memang minat giler kat Rafiq sejak zaman belajar dulu...

Macam-macamlah fitnah muncul (jahat pompuan ni rasa nak pelempang).. Kesian si Sakinah sampai satu ketika dia masuk hospital kerana cemburu buta si Rafiq ni... Bekas bini si Rafiq si Suraya ni datang pulak makinlah menetes-netes air mata si Sakinah ni....Sampai satu masa Sakinah mula membenci si Rafiq dan minta cerai... Korang bacalah sendiri...sama ada diorg bercerai atau tidak huhuhuhu....tak nak aku buat spoiler kat sini...

Antara petikan dalam novel tu :

Petikan I:
"Ambil ni." Rafiq menyerahkan dokumen kepada Sakinah
"Apa ni?" tanya Sakinah hairan.
"Baca dan kemudian kau perlu tandatangan surat perjanjian tu,"arah Rafiq.

Petikan II:
"Kemas barang kau sekarang! Mulai hari ini aku tak nak tengok muka kau lagi dalam rumah ni." Rafiq melemparkan beg berisi pakaian yang berada di atas katil ke lantai bilik di hadapan isterinya yang masih terduduk lesu. Benci sungguh Rafiq menonton kepiluan di wajah isterinya. Sememangnya perempuan seperti Sakinah layak dilayan begitu. Baru puas hatinya.

Petikan III:
"Lepaskan Kinah"
"Apa maksud Kinah?" Cemas Rafiq menyoal. Gerun jiwanya mendengar permintaan itu

Novel ni memang buat aku tersangkut nak meneruskan pembacaan. Tapi siang busy dengan kerja jadi aku luangkan sebelah malam untuk menghabiskan novel ni. Hanya 2 malam aku berjaya menghabiskan dan sememangnya aku salute kat penulis yang memang berjaya membuat aku tidor lewat malam....Jalan cerita yang sempoi dan konflik yang tidak banyak...Plot penceritaan yang menarik dan penulis memang berjaya menghidupkan karakter dalam imaginasi pembacaan aku...and the HAPPY ENDING... Memang highly recommended kepada pembaca novel...

Rate aku 9/10

Tuesday 21 May 2013

NOVEL: Kontrak Janji Setia Antara Kita



Assalammualaikum...


Excited betul aku baca novel ni...tak tido lagi ni tau sebab dari satu bab ke satu bab aku nak tau apa yang terjadi  antara Rafiq dan Sakinah.... Bila si dara bertemu dengan duda yang ego kerana dendam cintanya pernah dicurangi oleh bekas kekasihnya Suraya... Sakinah menjadi mangsa keadaan, kebencian Rafiq disasarkan kepada Sakinah hingga perkahwinan mereka terikat dalam satu kontrak.... Aku excited nak abiskan now dah page 311 dari 770 pages....Boleh ker??? Peminat novel should buy this I really recommended...

Okey nak sambung balik...mata masih tak leh lelap lagi ni...

Sunday 19 May 2013

Lelaki dan Novel...Tak Jantan Dan Jiwang Karat!!

Assalammualaikum...

NOVEL NOVEL...novel dan lelaki...satu isu bagi kita yang biasa2 jer, tapi tiba2 tadi terdetik aku nak menulis kat blog ni pasal minat atau hobi lelaki membaca novel. Tadi aku sempat makan malam bersama seorang kawan yang sama sekerja...Dia bertanya hujung minggu ko biasa buat apa? Aku cakaplah kalau tak keluar aku hanya duduk rumah, nonton DVD ker TV ker...mengemas rumah ker... dan baca novel...

Menyebut baca novel dia tergelak... Jiwangnya ko ni...baca novel. Aku sentap kejap..Well salah ker baca novel. Tak semestinya aku baca novel cintan-cintun jer...Macam2 genre novel ada di pasaran ...Thriller..Keagamaan...Sejarah dan macam2 lagi... Golongan Adam yang membaca novel seolah dipandang tidak berjiwa kental... Mungkin ini salah satu faktor penyumbang utama kenapa kaum lelaki tidak membaca novel...

Sebahagian Dari Koleksi Buku dan Novel

Kebanyakkan kita akan menganggap apabila seorang lelaki membaca novel tu tak nampak maskulin.. Bagaimana pula dengan penulis novel lelaki adakah mereka tidak cukup maskulin... Faisal Tehrani, Ahadiat Akashah dan Ramli Awang Murshid. Penulis2 A Samad Said adakah mereka menulis hanya untuk dibaca oleh golongan Hawa... Aku sendiri mula minat membaca sejak di bangku sekolah rendah lagi. Bermula dengan buku kanak2 Sang Kancil dan Kisah Lagenda Rakyat sehingga aku mengenali karya Khadijah Hashim dan novel pertama yang aku baca Merpati Putih Terbang Lagi (masih tersimpan rapi dalam koleksi aku) berkisar tentang seorang pemuda yang cuba membawa perubahan kepada masyarakatnya yang ditentang oleh pemimpin lama...

Masa aku di sekolah menengah aku masih teringat dimana ada satu sesi dikhaskan setiap hari Rabu pagi kami semua dikehendaki membaca sebuah buku dan sesi ni kami hanya membaca dan membaca..So ramailah yang bawak novel2 ke sekolah setiap Rabu untuk sesi ini

Selain Khadijah Hashim aku juga meminati Ahadiat Akashah masterpiecenya iaitu Lagenda Budak Setan (telah difilemkan) dan Hikayat Cinderella. Apa yang menarik perhatian aku mengenai karya Ahadiat ialah teknik penceritaan dalam novelnya apabila seseorang watak itu berada di sebuah tempat Ahadiat begitu teliti menceritakan keindahan tempat tersebut seolah2 kita sendiri berada di sana...

Minat aku membaca diteruskan hingga menyambung pelajaran di peringkat universiti. Waktu lapang banyak so ruang masa untuk menghabiskan 400-500 muka surat novel dalam masa sehari itu sudah biasa. Waktu tu masih aku teringat, aku membaca novel karya Fauziah Ashaari yang turut diadaptasi ke layar perak iaitu Ombak Rindu..dan sambungan ini disusuli dengan Rindu Cintaku dan Cinta Tiada Akhirnya... Hingga kini aku masih meminati hasil karya Fauziah Ashaari...

Kemudian aku beralih kepada novel yang lebih berunsur thriller karya Ramlee Awang Murshid...Karyanya paling aku minati ialah Bagaikan Puteri yang juga bersambung dalam beberapa siri novel hingga ke Sunan Musafir...Siti Rosmizah juga salah seorang penulis yang aku minati kini muncul dengan novel ke-5 iaitu Curi-Curi Cinta...

Hakikatnya aku dan novel memang tak boleh dipisahkan.. Namun aku tidak menghadkan pembacaan aku hanya kepada novel..Aku juga membaca buku2 untuk Pembangunan Diri dan buku ilmiah yang lain untuk membantuku dalam kerjaya...Kalau yang cepat meletakkan golongan lelaki yang membaca novel ni membuang masa, jiwang karat dan hingga merendahkan seorang lelaki tidak cukup jantan kerana membaca novel...STOP MENGUTUK!!! Kita mempunyai mempunyai minat masing2 jadi janganlah mengutuk lelaki yang membaca novel ni... Minat masing2 adalah keunikan kita sendiri. Apa yang pasti setiap yang kita baca itu adalah ilmu.


Filem: Mencari Cinta...Tiada Orang Yang Sempurna Sehingga Dia Mula Jatuh Cinta

Assalammualaikum...





MENCARI CINTA aku nonton di kat DVD jer yer... Aku membeli DVD sebab terbaca sinopsisnya yang hampir2 menyerupai novel yang pernah aku baca 7 Hari Mencintaiku karya Siti Rosmizah. Walaupun filem ni pernah menerima kritikan kerana kontroversi babak lakonan Rusdi Ramli dan Nora Danish yang daring di ranjang.

Sinopsis cerita :
Permulaan cerita Razlan (Rusdi Ramli) menerima berita pertunangannya telah dibatalkan dan Myra (Nora Danish) telah ditinggalkan oleh bakal suaminya Malik pada saat akhir hari pernikahan. Kiranya Myra dan Razlan berkongsi takdir yang sama. Demi menjaga maruah keluarga Tan Sri Johan (Mahmud Ali Basha) terpaksa meneruskan pernikahan tersebut. Tan Sri Johan meminta pertolongan Ramlah (Maimon Mutalib) yang juga isteri arwah abang angkatnya iaitu ibu Razlan. Myra disatukan dengan Razlan atas kehendak keluarga. Keegoan Myra dilembutkan dengan sifat lelaki  penyayang oleh  Razlan walaupun menyedari Myra masih tidak dapat menerimanya sebagai suami.


Review aku :
Mulanya aku sangkakan filem hampir sama dengan novel 7 Hari Mencintaiku. Jalan cerita yang hampir sama cuma novel 7 Hari Mencintaiku banyak lagi konfliknya (siapa yang baca mesti tahu frankly say aku 2 kali baca novel ni huhuhuhu). Filem ni mengangkat tema percintaan selepas perkahwinan. Ego seorang wanita menerima cinta seorang lelaki yang tidak disukainya menjadikan jalan cerita ni menarik. Kesabaran Razlan meraih cinta Myra kerana mencari keserasian dan cinta yang tiada dalam hati Myra.Lakonan Rusdi Ramli memang tidak boleh disangkal dengan kredibilitinya sebagai pelakon digandingkan dengan Nora Danish yang turut berlakon dengan cemerlang. Tapi aku lebih prefer watak Nora Danish dalam filem Aku Terima Nikahnya.

Konflik cerita dalam filem ni berlaku dengan pantas dan sukar ditafsirkan perkara yang terjadi. Kehadiran Milah (Fauziah Gous) dan Malik (Riezman Khuzaimi) menagih kembali cinta mungkin agak longgar dan kurang berkembang. Kisah cinta dengan kekasih lama sangat ringkas dan tidak nampak ancaman menjadi "pembunuh" cinta yang mula hadir antara Myra dan Razlan.



Cuma agak sedikit kurang sesuai seolah-olah kemesraan Razlan dan Myra hanya digambarkan di atas ranjang dan ini menyebabkan filem ini mendapat kontroversi hangat. Babak Rusdi Ramli membuka baju 3-4 kali rasanya tak perlu kot dan kurang relevan dengan jalan cerita yang sepatutnya kemesraan Razlan dan Myra bukan hanya disuntik dengan menonjolkan aksi mesra suami isteri di atas ranjang. Jadi aku rasa filem ni lebih menonjolkan elemen erotik dari romantisnya hubungan suami isteri yang melalui percintaan selepas pernikahan. Ending filem ni... hati ku berkata.... Itu sajer ker endingnya??


OST-Mencari Cinta


Rating aku 3/5



MY NOVEL REVIEW: Lelaki Eksklusif...Semua Yang Aku Lakukan Eksklusif Untuk Dirimu

Assalammualaikum...



Aku baru sahaja selesai membaca novel Lelaki Eksklusif. Memang recently takde masa nak baca novel sibuk dengan beban kerja yang melambak. Terbitan Karya Seni dengan harga RM18 Semenanjung dan RM21 S/S....Penulisnya Wan Awliya Rayqal setebal 413 muka surat...

Pada mulanya aku membeli novel ni salah satu sebabnya ialah tajuknya iaitu LELAKI Eksklusif. Mungkin jarang2 genre novel yang memaparkan kisah lelaki kan kecuali karya yang ditulis oleh Ahadiat Akashah banyak bermain dengan emosi seorang lelaki.

Ini adalah pandangan secara peribadi aku....Secara keseluruhan cerita ni agak santai takde berat sangat bagi aku watak utamanya Wan Mukhriz yang telah kembali ke Malaysia setelah membawa diri ke negara orang. Kehadirannya tidak disenangi oleh ibu tirinya serta neneknya (biasalah kes menantu tak disukai). Pemergian Wan Mukhriz juga adalah kerana kekasihnya sendiri iaitu Sharina yang telah dirampas oleh adik tirinya Wan Ariff.

Konflik cerita ini mula terjadi apabila Wan Mukhriz mengenali Nora seorang gadis yang agak lasak atau tomboy bekerja di bahagian despatch. Hubungan antara majikan dan pekerja telah menyebabkan Wan Mukhriz mula jatuh hati kepada Nora. Sehinggalah terjadi satu peristiwa Wan Mukhriz telah menyelamatkan Nora dari menjadi mangsa kahwin paksa oleh ayah Nora yang mahu menikahkannya dengan lelaki yang lebih tua untuk melangsaikan hutang2 judinya (lagi2 kahwin paksa). Demi menyelamatkan Nora, Wan Mukhriz telah menikahi Nora. Perkahwinan ini dirahsiakan oleh Wan Mukhriz kerana menyedari Wan Ariff juga turut menaruh perasaan terhadap Nora.

Wan Ariff yang turut menyukai Nora telah sedaya-upaya menggoda  Nora namun tidak berjaya tanpa menyedari Nora telah sah menjadi isteri Mukhriz...Mungkin itulah yang eksklusifnya...Nora hanya milik Wan Mukhriz biar apa pun yang terjadi. Wan Ariff yang terkenal dengan sifat manja apa sahaja yang dia inginkan semua diberi sehinggakan Sharina yang merupakan kekasih Wan Mukhriz turut dirampas dan bakal menjadi tunangannya hanya kerana ingin menyakitkan hati Wan Mukhriz.

Bagaimana pulak dengan Sharina yang pernah dirampas oleh Wan Ariff dari Wan Mukhriz...? Korang mesti nak tau jadi aku tak nak spoil mood korang baca novel ni hehehehe...Adakah Wan Ariff dapat memiliki Nora sedangkan Nora adalah isteri orang....?

Okey pada pendapat aku novel ni kategori yang santai untuk dibaca. Jalan cerita diolah dengan baik, aku memang dah boleh agak endingnya macam mana. Kalau watak Sharina dikembangkan dalam novel mungkin sedikit sebanyak dapat menambah konflik dalam jalan cerita ni. Bahasa ringan dengan jalan cerita yang ringan. Dengar cerita novel ni bakal didramakan siap ada gambar Nora Danish tengah pegang novel ni....kita tunggguuuuu!!!