!TEMAN-TEMAN BLOG!
Friday 30 August 2013
ME"WI-FI" DAN MENGOPI DI STARBUCKS
Assalammualaikum...
Sekarang tengah tunggu fligth balik ke Sibu.. Lusa drive balik ke Mukah... Isnin turun lagi ke Kuching... Abis duit majikan aku aku kerjakan untuk travelling huhuhuhuhu.... Lama dah tak melepak kat Starbucks lagi pun kat sini ada wi-fi free so bolehlah jenguk-jenguk blog kejap... Tu kat netbook tu korang boleh teka blog sapa aku tengah terjah sekarang ni huhuhuhu... Bloggers femes Sarawak...saper lagi kalau bukan Cik Akak yang yang awesome hehehe...
Kalau melepak kat starbucks ni aku suka Java Chips, Caramel Machiato, Green Tea latte dan Americano... Americano aku suka letak perisa vanilla kat dalam..Perisa tu boleh ambik free jer kat kaunter layan diri, ada perisa vanilla dan coklat yang korang boleh tabur sesuka hati hehehe dah free kan... Flight lambat lagi so melepak dulu sambil charging phone... Badan aku ni pun dah penat sebenarnya...Lama dah tak ke spa...Perlu release stress sekali-sekala...Kalau stress sangat nanti payah pulak nak buat kerja...
SALAM KEMERDEKAAN BUAT SEMUA BLOGGERS...
Thursday 29 August 2013
BORONG DVD
Assalammualaikum..
Hari ni berada di Kuching travel atas urusan kerja.. Esok transit Sibu sebelum balik ke Mukah..Bila dah sampai Kuching memang terjah shopping mall lah jawabnya.. Tadi gi kat Speedy Plaza Merdeka sempat borong DVD... Dah ada offer apa lagi angkut semua hehehe.. Dah lama sebenarnya aku nak beli koleksi Desperate Housewives ni... Bila dah ada offer buy 2 free 1 hurmmm tak fikir panjang dah..
Dulu aku memang minat nonton DW di saluran Astro...ada gak season yang aku miss nonton..Jadi balas dendam dengan beli koleksi DVD DW ni... Nanti leh marathon nonton DVD balik Mukah..
posted from Bloggeroid
BlogWalkThru
Assalammualaikum...
Minggu ni dan minggu depan penuh dengan tugasan luar huhuhu.. Jangan kecik hati ek kalau tak blogwalking blog korang... Mana yang sempat tu aku blog-walk-thru jer hehe (ingat drive thru jer blog walk thru pun ada gak)... Esok dah Jumaat.. Mesti ramai yg tak sabar nak berhujung minggu...
Jumpa next entri... Wasalam..
posted from Bloggeroid
Wednesday 28 August 2013
KOLEKSI GAMBAR DARI LENSA NIKON D5100
Assalammualaikum...
Hari ni semua letak gambar dalam entri...aku pun nak letak gambar gak dalam entri...Yang ni antara koleksi yang pernah aku ambil menggunakan kamera Nikon D5100 aku... sekadar hobi masa lapang.. sila kritik hehehe
Tuesday 27 August 2013
HATI-HATI DENGAN LANGGANAN PIHAK KETIGA
Assalammualaikum...
Bulat bijik mata aku bila terima bil telefon aku untuk bulan Ogos dengan jumlah RM201.89...rasa nak pitam kejap huhuhu...Bila aku check statement ada caj yang aku tak sedari telah masuk dalam bil bulan ni iaitu RM45.50...bila aku check dengan digi service diorang kata aku ada subscribe dengan pihak ketiga...Bila pulak??? Aiyoo terus aku mintak cara nak batalkan servis tu... Banyak tu ...
Rupanya ini dicaj setiap kali bila mesej tu masuk ke dalam phone aku... tak pasal-pasal kena bayar RM45.50 bulan ni... Banyak tu boleh beli barrel KFC...
posted from Bloggeroid
REVIEW: BLEU DE CHANEL PERFUME
Asslammualaikum
Hari ni aku nak review pasal perfume yang aku beli hari tu Bleu de Chanel.. Ini adalah merupakan kali pertama aku membeli jenama Chanel... Chanel ni lebih dikenali dengan haruman Chanel no 5 yang mempunyai dua wangian berbeza untuk lelaki dan wanita... Bleu de Chanel ni menjadikan Gaspard Ulliel sebagai ikon untuk perfume ni iaitu seorang pelakon Perancis..
Chanel de Bleu ni wangiannya tidak sangat menyengat hidung itu yang penting bila aku memilih minyak wangi..Pertama kali cuba dah terus rasa nak membelinya... Dengan gabungan unsur woody baunya masih lembut lagi dan sesuai digunakan untuk acara malam....Selepas beberapa ketika bauan ni akan bertukar menjadi bauan lebih fruity dan lebih fresh..Ada sedikit persamaan dengan Calvin Klein-Truth dan Azzaro-Chrome.. Yang bagusnya bauannya memang bertahan lama..
Review aku:
Bau : 4/5
Ketahanan Bau : 4.5/5 (6-7 jam atau lama lagi baunya masih melekat di pakaian walaupun satu hari)
Penggunaan : 4/5 Lebih sesuai untuk acara malam sebab baunya tidak menusuk hidung
Keseluruhan : 4.5/5 memang perfume yang bagus untuk dicuba bagi yang sukakan bauan woody dan gabungan fruity smells (sesuai dijadikan hadiah juga hehehe)
Monday 26 August 2013
MEGA GIVEAWAY BY DJH & AHKAK GOJESS
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Angah dan Ahkak Gojess kali ni telah bekerjasama untuk membuat MEGA GA.Kenapa mega ga?? Sebab hadiah yg sangat2 best!! :D
GIVEAWAY ni akan berjalan selama 2 minggu sahaja!! :D
Syarat-Syarat Menyertai GIVEAWAY ini ialah:
1. FOLLOW Blog penganjur AHKAKGOJES & DJHAdd To Circle Google +Mohamad Khairil  dan Like DiariJejakaHangat.
2. Wajib LIKE.FOLLOW blog sponsor2 berikut.
3. Buat entri bertajuk MEGA GIVEAWAY BY DJH & AHKAK GOJESS
4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini. *WAJIB
5. Pemenang akan ditentukan melalui cabutan bertuah secara manual
BLOG PENGANJUR*WAJIB
|AHKAKGOJES | DJH |
BLOG SPONSOR*WAJIB
Add To Circle Google Kathy Rbain
LIKE FANPAGE SPONSOR*WAJIB
FOLLOW TWITTER *WAJIB
SILA KLIK UTK LIHAT HADIAH
SENARAI PESERTA
Harap korang support GA Angah dengan Ahkak Gojes ni :D
Sunday 25 August 2013
PENCARIAN BLOGLIST SEMPENA KEMERDEKAAN BY MRS MAHADI
Assalammualaikum...
Malam ni selang-seli dengan joined GA dan update entri hehehe... Klik banner atas nak joined... Sepintas lalu aku tengok pemilik blog Mrs Mahadi adalah blogger baru tapi followernya dan mencecah 2++ ..Jom terjah pemilik blog ni sambil join GA dia...
KENALI RAMLEE AWANG MURSHID
KALI PERTAMA AKU BERTEMU RAM
Assalammualaikum...
Siapa kenal Ramlee Awang Murshid (RAM)... Mesti ramai yang kenal dengan novelis thriller no. 1 Malaysia.. Aku mula mengenali karya  RAM dan jatuh cinta dengan karyanya selepas membaca novel Bagaikan Puteri... Bagi aku membaca Bagaikan Puteri dan disambung dengan Sunan Musafir, ia adalah seperti membaca sebuah cerita yang penuh fakta yang menarik dan digabung dengan percintaan yang penuh mistik dalam sebuah karya novel berbahasa Melayu.
Memang menarik jalan cerita novel tu, dan novel tersebut telah menjadi rangkaian cerita dalam enam buah novel semuanya diakhiri dengan Sunan Musafir... Kisah pengembaraan Laksamana Sunan yang memang menarik untuk dibaca bagi sukakan novel yang penuh saspens dan misteri.. Banyak jugak novel-novel lain yang ditulis oleh RAM yang penuh dengan unsur thriller sehinggakan dia dikenali sebagai novelis thriller no. 1 Malaysia... Bulan Oktober nanti RAM bakal menerbitkan karya terbarunya Magis..yang menggabungkan semua watak-watak yang pernah dia tulis...Saifudin, Tombiruo, Ryu-Watanabe, Mikhail dan Carlos disatukan dalam satu cerita novel... KLIK SINI
KENALI RAM :
Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah penulis novel berunsur seram dan juga bekas wartawan Radio Televisyen Malaysia (RTM) (1986-2010).
Ramlee Awang Murshid dilahirkan di PaparSabah merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis seram dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002.
Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit.
Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002) sudah menghasilkan 13 novel dan antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu.
Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.  (Sumber Wikipedia)
ANTARA KOLEKSI DALAM SIMPANAN AKU
IGAUAN MAUT TERBITAN DBP 1995 DICETAK SEMULA
(MEMENANGI HADIAH SASTERA NEGERI SABAH 1994/1995)-  BARU BELI
KOLEKSI BARANGAN RAM
PENCARIAN BLOGLIST 4 BULAN BY KATHY RBAIN
banner dan entri di paku sehingga 30 ogos 2013
setelah 4 bulan menyepi tanpa sebarang segmen akhirnya kathy muncul lagi dengan SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST 4 BULAN.kali ini kathy mencari bloglist untuk bulan September sehingga Disember 2013.semua akan di bloglist di Kathy Bloglist dalam kategori bloglist 4 bulan. namun ada syarat2 yang perlu di penuhi untuk melayakkan anda menjadi bloglist kathy iaitu
1. mempunyai blog dan aktif update entri.buat entri segmen bertajuk PENCARIAN  BLOGLIST 4 BULAN BY KATHY RBAIN
2. follow blog INI dan INI
3. add G+
4. like fanpages
5. setiap penyertaan akan di bloglistkan setelah segmen berakhir. dua orang peserta bertuah yang di pilih secara random akan di review blognya dan menerima hadiah misteri dari kathy.
6. segmen bermula pada 25 Ogos 2013 sehingga 30 Ogos 2013 jam 11.30 malam.JOM PAKAT JOIN RAMAI2.
SEGMEN GIVEAWAY FIZIZAIDI WITH BLOGGER AWESOME
Assalamualaikum
Fuyyohhh cantik betul banner ni..Gempak tu ada Cik Akak, Fizi, Acik.. semua bloggers awesome dan tahap kebabomm... Meh joined segmen ni KLIK BANNER bawah ni
Selamat bersegmen korang yang sudi menyertai segmen GA yang tidak seberapa ini dan kepada stalker O< jemput join GA ini juga^^..jangan segan-segan..kita berkenal kenalan selain dapat mengikat ukwah sesama blogger.. pepatah ada berbunyi tak kenal maka tak cinta.
Segmen ini available on a month dan fizi mencari pemenang bagi 4 katagori hadiah iaitu 3 helai Jersey dengan tempekkan nama korang pada Jersey..tempek pun bolee, peluang untuk memiliki Simcard TuneTalk yang bernilai Rm35 , 2+ pemenang Top-up untuk hubungan telekomunikasi yang lebih lama dengan orang tersayang dan 2 pemenang bertuah bakal di review oleh BLOG AKU PENGHIBUR tak minat ke blog di review oleh blogger terkenal lagi mesra? rugi woo tak join
Hanya 5 langkah mudah diperlukan :
1. Follow blog FIZIZAIDI KARYAKU, AKU PENGHIBUR, BLOG MADAH CINTA & PHEONIXCHARLOTTE  Add To Circle Google+ FIZIZAIDI, AKU PENGHIBUR & BLOG MADAH CINTA.
2. klik iklan  iklan nuffnang pada blog PHEONIXCHARLOTTE tunggu sampai habis loding ye kekawan.
3. Buat entri bertajuk "Segmen Giveaway fizizaidi With Blogger Awesome!"
4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini.
Segmen ini akan tamat pada 19/09/2013 |12:00 malam dan pemilihan pemenang bakal di dipilih oleh Brother Random.org sendiri dan Senarai pemenang akan diberitahu pada 22/09/2013
Assalamualaikum
Segmen ini available on a month dan fizi mencari pemenang bagi 4 katagori hadiah iaitu 3 helai Jersey dengan tempekkan nama korang pada Jersey..tempek pun bolee, peluang untuk memiliki Simcard TuneTalk yang bernilai Rm35 , 2+ pemenang Top-up untuk hubungan telekomunikasi yang lebih lama dengan orang tersayang dan 2 pemenang bertuah bakal di review oleh BLOG AKU PENGHIBUR tak minat ke blog di review oleh blogger terkenal lagi mesra? rugi woo tak join
Hanya 5 langkah mudah diperlukan :
Buat entri bertajuk "Segmen Giveaway fizizaidi With Blogger Awesome!"
Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini.
Segmen ini akan tamat pada 19/09/2013 |12:00 malam dan pemilihan pemenang bakal di dipilih oleh Brother Random.org sendiri dan Senarai pemenang akan diberitahu pada 22/09/2013
Apa tunggu lagi, jom meriahkan segmen ini^^
Apa tunggu lagi, jom meriahkan segmen ini^^
DIA DAH JADI IBU
Assalammualaikum..
Terkejut aku bila aku sampai rumah si Zara dah melahirkan 4 ekor anak. Aku pun tak expect Zara jadi ibu dalam masa terdekat ni... 3 ekor warna hitam dan seekor lagi warna kelabu.. Sebenarnya ni kali kedua Zara melahirkan.. cuma anak-anak yang dilahirkan kali pertama tak survive... Sedih gak.. Tapi kali ni dia dah jadi ibu lagi... Happy sangat...
Nampaknya bertambah lagi keluarga kucing aku ni... Aku tak decide lagi nama baby kitten ni.... Tunggu sampai 3 bulan huhuhu...
posted from Bloggeroid
Saturday 24 August 2013
MAGIS : KARYA TERBARU RAMLEE AWANG MURSHID
GAMBAR SUMBER:FACEBOOK RAMLEE AWANG MURSHID FAN CLUB (RAMFC)
Assalammualaikum...
Selamat berhujung minggu... Dengar cerita Ramlee Awang Murshid akan menerbitkan novel terbarunya tang bakal berada di pasaran pada Oktober 2013.. Aku ni peminat semua hasil karya RAM ni.. mula meminatinya selepas membaca novel Bagaikan Puteri sehingga Sunan Musafir.. Okey nak tau sinopsisnya aku share kat korang :
Sinopsis:
Fenomena Halo telah mengheret 5 manusia yang berlainan tempat dan berbeza tahun ke sebuah dunia magis. Sebuah dunia di hujung waktu ketika tamadun serta peradaban manusia mulai terhakis. Mereka yang terpilih terjebak ke lokasi yang berbeza-beza.
Saifudin bertemu  Syeikh Tauban - satu-satunya manusia penjaga masjid . Dipercayai masjid terakhir yang terselamat.
Tombiruo yang kini berwajah manusia dan tampan, jatuh cinta pada seorang perempuan Tur-Kus yang rupawan bernama Juvia.
Ryu-Watanabe diselamatkan orang-orang Memalik yang menghuni underground city di Derinkuyu.
Mikhail pula bergaul hidup dalam gerombolan dubuk yang pandai berkata-kata.
Manakala Carlos menjadi tawanan perang di Buyuk Bulsinatur. Dia dijagai perempuan pendamping bernama Cinnie.
Masa secara perlahan-lahan telah mempertemukan mereka. Namun di antara mereka ada yang berpihak kepada kejahatan yang diterajui seekor makhluk gagah dipanggil Tuan Turak - pemimpin boneka di sebalik satu kuasa yang lebih kejam lagi dahsyat.
Apabila dunia semakin dihampiri Dukhan (asap tebal), maka peperangan tidak mampu dielakkan lagi. Mereka bertempur sampai mati!
Friday 23 August 2013
BELEK-BELEK GAMBAR LAMA
GAMBAR RAYA JUGAK RUMAH ARWAH NENEK SEBELAH IBU - KAMPUNG HILIR SIBU
GAMBAR RAYA DULU-DULU (TAK INGAT BERAPA UMUR AKU NI)
KAMPUNG BANDUNG, SIBU (RUMAH ARWAH NENEK SEBELAH AYAH)
YANG TINGGI TU AKU HEHEHE SKEMA JER SEBELAH TU ADIK AKU.. MASA NI
AKU DAH BERPINDAH SEKOLAH DI KL (UMUR 12 TAHUN)
Assalammualaikum...
Belek-belek album lama dalam komputer aku ni.. terjumpa koleksi gambar masa zaman aku masih kecik... heheeh...ni memang gambar lama yang aku scan dan simpan dalam komputer untuk koleksi peribadi...Hari ni aku tayang kat korang.. cerita pasal zaman aku kecik-kecik dulu aku rasa takderlah sangat kenangan manis sangat.. Sebagai seorang anak lelaki sulung aku ni dah terdidik untuk berdikari dan belajar apa itu kesusahan... Bila ingat balik rupanya masa kecik dulu aku pernah jadi bisnesmen hahaha...
Ayah aku seorang anggota polis dan tahap disiplin memang kaw-kaw, sebab itu aku tidak dimanjakan sangat.. Budak-budak sekarang kalau aku tengok mintak itu ini semua mak ayah bagi... Aku kalau nak kan sesuatu aku kena usaha sendiri, macam mana? aku kutip botol kicap untuk dijual... Time tu botol kicap kalau 1 botol 1 sen harga pasaran time tu di Sibu, kalau dapat genggam seringgit memang Pakcik Kayo....Biasanya aku jual kat kedai runcit kampung...Sehari kadang-kadang dapatlah 20 sen..kalau pesaing tak ramai dapatlah banyak botol kosong hehehe..kerja part time ni aku buat pada hujung minggu atau bila takde sekolah agama petang... Pegi sekolah hanya dibekalkan 50 sen itu pun dibahagi untuk sekolah pagi dan sekolah agama pada waktu petang..
Bila ayah aku transfer ke KL, kami sekeluarga ikut sekali... Ayah aku kira dapat naik pangkatlah.. Tapi ayah dan ibu aku tidak mahu kami adik beradik biasa dimewahkan... Dah terbiasa dengan kesusahan, bersekolah di KL pun masih dibekalkan 50 sen, kat KL tak tau pulak area mana nak carik income sampingan.. Secara tak sengaja aku kenal seorang makcik yang jual nasi lemak ni, tiap pagi sampai ke sekolah aku akan ke rumah flat yang bersebelahan ambik nasi lemak dari makcik ni dan tiap kali sebelum kelas bermula aku akan berjalan dari satu kelas ke kelas jual nasi lemak.. Bangunan sekolah ada 2 jadi kelas pun tak banyak time tu.. Aku hanya dapat upah 10 sen untuk setiap nasi lemak yang aku jual...Habis sekolah aku akan bagi hasil jualan kat makcik tu dan terima upah.. kadang-kadang dapatlah banyak...kadang-kadang sikit...
Biasanya duit yang aku dapat aku akan kumpul dan simpan untuk beli bahan bacaan seperti majalah Dewan Pelajar sebab aku suka baca cerpen kat dalam tu..Aku tak tahu mana dah pergi semua koleksi majalah Dewan Pelajar aku tu sebab asyik pindah sana-sini, kalau dapat kumpul upah banyak dapatlah beli buku cerita sebab aku ni memang suka membaca... Bila teringat balik kisah tu aku akan senyum sorang, sebab sampai sekarang ayah aku tak tahu bisnes gelap aku tu hehehehe..
Bila lihat budak-budak sekarang, sanggup tak diorang mencari botol-botol kosong di ceruk-ceruk tong sampah rumah orang... Usung beg plastik nasi lemak dari satu kelas ke satu kelas.. Mungkin sukar nak jumpa situasi macam tu pada zaman ni.. Sekarang ni budak-budak darjah 3 pun dah pandai pegang I-Pad...Aku dulu nak pegang kereta kawalan jauh tu pun memang susah... Cuma aku bersyukur aku tidaklah sampai tahap meminta sedekah....
BILA AKU DAH TUA...
Assalammualaikum... Ni aku dapat satu applikasi baru infonya aku dapat dari blog Mieza Jhaa hehehhe..adoiii tu lah rupa aku pada tahun 2047...diedit menggunakan aplikasi Aging Booth..
posted from Bloggeroid
RINDU DENDAM
Assalammualaikum...
Walaweiii rindu dendam.. betul aku rindu nak blogwalking geng-geng bloggers nak tau apa cerita korang semua... masih ada yang open house ker?..
Ptg tadi sempatlah gak bloghopping beberapa blog...Malam ni nak balas rindu dendam kat korang yang terjah blog aku yang MC beberapa hari lepas raya... Korang tunggu yer... Malam ni aku tak makan malam aku kasi hadam peanut butter sandwich tu... mood nak makan berat-berat belum ada huhuhu aku takut nanti perut aku terkejut lagi macam hari tu...
posted from Bloggeroid
Giveaway Merdeka Bersama ahmadhasif.info
KLIK BANNER UNTUK JOIN
Assalammualaikum...
Rasanya ni segmen yang pertama aku joined lepas raya yang dianjurkan oleh bro Ahmad ni.. Terima kasih sebab sudi jemput aku untuk joined segmen ni... Lagipun syarat-syaratnya mudah.. hanya klik banner kat atas dan follow syarat-syarat tersebut.. Tarikh tutup 25 Ogos 2013..JOM JOIN RAMAI-RAMAI
Hadiah untuk pemenang :
Special Prize :
mendapat topup RM5  x 1
only for top referral
Top Prize:
Menjadi agen topup (tuk pendaftaran agen Saya akan bayar, dapat modal RM5) x 3
Saguhati :
Review blog bertuah x 5
Wednesday 21 August 2013
BACK IN ACTION
Assalammualaikum...
I'm back..kesembuhan dah 90% tapi batuk-batuk masih lagi.. Cuma aku tak boleh sangat minum ubat batuk yang doktor tu bagi... Mata aku akan mengantuk dan menyukarkan aku untuk menyudahkan tugasan yang bertimpa-timpa yang diberi pada aku sekembali dari Kuching... Sekarang aku di dah berada di Sibu..Transit semalam..esok seawal jam 5 pagi bertolak ke Mukah mula bertugas lagi...Minggu dan minggu depan aku kena siapkan mental dan fizikal aku sebab minggu depan aku akan ulang-alik Kuching kerana tugasan yang telah diserahkan..
Nampak tak kasut atas tu.. Korang tau tak aku dah pakai kasut tu dah 3 Tahun...Hehehe memang aku takde perasaan nak membeli baru walaupun hari raya sebab raya aku hanya selesa memakai sandal jer... Aku di Mukah bekerja di sektor perladangan jadi nak membeli kasut kulit tu memang jangan haraplah... jadi kena standby setiap masa untuk turun ke ladang bila diperlukan.. Nak dijadikan cerita.. Semalam aku kena tegur pihak pengurusan di HQ (kuching) sebab kasut aku tu macam tak sesuai di pejabat (HQ Kuching), yelah HQ kat sini aku kena ikut peraturan sebab diwajibkan memakai tali leher, baju kemeja dan seluar slacks... Kalau kat Mukah aku hanya memakai baju biasa sahaja dengan seluar dockers, kasut yang gambar kat atas tu lah...
Bila kena tegur aku bergegas ke Plaza Merdeka dengan separuh demam huhuhu... Sampai kat Plaza Merdeka aku bukannya ke tempat rak kasut, aku gi kaunter perfumes Parkson...Hehehe kenapa sebab aku nak dapatkan voucher percuma untuk beli kasut...Pilih-pilih punya pilih aku 2 wangian Ermengildo Zegna dan 1 wangian 007 James Bond Ocean Blue... Jadi aku dapat voucher RM70..tapi sebelum tu aku kena ayat sales promoter jual minyak wangi tu dulu mesti bagi aku free gifts... Ayat punya ayat dapatlah travelling bag percuma... Apa lagi terus ke bahagian rak kasut, puas jugak carik..tapi aku mencari yang ada diskaun kalau retail items aduiii pejam matalah... Last-last berkenan kat kasut Bonia (ini pertama kali aku memakai kasut jenama Bonia), harga pun boleh tahan lepas diskaun, tolak dengan voucher dapatlah murah...
TRAVELLING BAG PERCUMA
Waktu tu memang Parkson macam lengang sangat, aku jer yang membeli-belah sakan kat situ, ada jugak sales promoter tegur, "Dah abis raya dah bang, baru nak shopping," aku cuma senyum...Kasut tu pagi tadi untuk masuk pejabat sebelum berjumpa pihak atasan takut kena tegur lagi... Agaknya kalau kat Mukah kasut ni memang simpan kotaklah huhuhhuhu...Sejak bekerja di Mukah aku memang jarang-jarang pakai smart kecuali bila ada acara tertentu jer atau mesyuarat dengan pihak lembaga pengarah...
Aku pun tak tahu kenapa tiap kali aku nak membeli barang di Parkson aku akan ke kaunter minyak wangi dulu sebab nak dapatkan voucher percuma, bagi aku ia seumpama aku dapat duit dan aku boleh guna voucher tu membeli barangan lain di Parkson... Rasanya ada beberapa lagi minyak wangi aku yang belum pakai dan disimpan huhuhu... Lagipun aku memang suka buat koleksi minyak wangi huhu
Tadi kat Kuching Airport sempat lagi ni singgah duty free shop, apa lagi aku capai satu botol minyak wangi Chanel - Bleu (hahaha)... Memang kalau dah antu minyak wangi memang pantang nampak minyak wangi hehehehe..