!TEMAN-TEMAN BLOG!

Wednesday 6 February 2019

SEROMBONG KILANG SAGU LAMA MUKAH



Jika bersiar-siar di Pasar Lama Mukah, pasti akan melihat serombong yang tidak digunakan lagi ini. Ia adalah merupakan mercu tanda bandar Mukah. 



Serombong yang mempunyai sejarah dan ceritanya yang sendiri ini terletak bersebelahan  Kuil Tai Shan Ting Tua Pek Kong.  Dengan ketinggian 20 meter ianya masih kukuh dan merupakan tinggalan sebuah kilang sagu pada abad ke-19 untuk perusahaan kanji sagu.
.
Kerana kejatuhan harga sagu pada abad ke-20, banyak kilang sagu tidak dapat meneruskan operasi. Dinasti Brooke mengabaikan tanaman tradisional ini dengan memperkenalkan tanaman dagangan baru.
Namun kini industri sagu daripada pokok rumbia ini masih berkembang dan kekal sebagai sumber utama ekonomi di sekitar Mukah kerana ia adalah makanan ruji masyarakat Melanau di sini. 

4 comments: