!TEMAN-TEMAN BLOG!

Tuesday 27 December 2011

Ombak Rindu - Redha Itu Ikhlas, Pasrah Itu Menyerah........



Dah lama tak update blog aku ni, cuti-cuti macam ni ambik peluang update blog aku yang tak seberapa ni. Okey semalam aku baru berkesempatan menonton filem Ombak Rindu yang kini dengar khabar telah mencecah RM12 juta, ternyata penangan adaptasi novel ke filem begitu hebat sekali. Show kelmarin pukul 5.00 ptg memang full house, dan aku agak terlewat sikit ke panggung jadi duduk di bahagian depan. Aku pun mula-mula hairan jugak kenapa cineplex di Sibu ni agak lewat menayangkan filem ni setelah Ombak Rindu beberapa minggu ditayangkan di pawagam-pawagam lain.

Rata-rata sesiapa yang lepas menonton filem ni akan meletakkan status mereka di Facebook; "Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah..."

Aku pernah membaca novel ini semasa aku masih lagi bergelar mahasiswa, waktu itu novel Ombak Rindu hasil tulisan Fauziah Ashari memang mendapat sambutan. Novel ni disambung lagi dengan rentetan kisah cinta Izzah dan Hariz dalam Rindu Cintaku dan Cinta Tiada Akhirnya....mungkin filem ini akan ada jugak kesinambungannya kita tunggu jelah atau Ombak Rindu The Series... :p



Sinopsis filem:
Izzah gadis kampung dibawa oleh pakciknya ke bandar dan dijual di sebuah kelab malam untuk dijadikan pelacur. Peristiwa hitam itu telah mempertemukan Izzah dan Hariz yang menjadi pelanggan pertamanya, dan Hariz telah membelinya untuk dijadikan perempuan simpanan. Rayuan dan tangisan Izzah memohon agar dirinya dinikahi dan dia berjanji tidak akan menuntut sebarang hak sebagai isteri membuatkan Hariz menikahinya. Izzah dan Hariz menikah secara senyap walaupun Hariz tiada mempunyai perasaan terhadap Izzah.

Ego seorang lelaki akhirnya tewas dengan layanan si isteri yang tiada pernah jemu memberi layanan yang mesra walaupun sering di herdik dan ditengking. Ketika cinta mula hadir di hati Hariz terhadap Izzah, Hariz dipaksa bernikah dengan Mila seorang pelakon popular. Hariz pada mulanya menentang perkahwinan itu namun terpaksa tunduk kepada kehendak keadaan. Ketika inilah pelbagai pergolakan berlaku di dalam percintaan Hariz dan Izzah.

My review:
Sebelum menonton cerita ni memang aku tak harap sangat jalan ceritanya sama seperti novel. Novel yang mengambil masa mungkin 4-5 jam untuk dihayati mungkin agak sukar untuk digarap semuanya menjadi sebuah naskah filem. Dulu aku pernah kecewa dengan novel Lagenda Budak Setan yang pernah diterjemahkan ke layar perak.

Ombak Rindu versi Osman Ali telah digarap dengan baik walaupun ada sedikit kecacatan kecil yang dapat kita lihat. Bagi aku sesiapa yang tidak pernah membaca novel ini masih boleh memahami jalan cerita filem ini walaupun jika dilihat ada beberapa watak dirombak dan jalan cerita diolah dan divisualkan dalam filem 2 jam sahaja.

Maya Karin (Izzah), mungkin ramai yang masih belum dapat menerima dia memegang watak ini termasuklah aku kerana bagi aku Maya Karin hanya sesuai membawa watak gadis moden. Bagi aku Lisa Surihani lebih sesuai memegang watak Izzah yang banyak bermain air mata. Aaron Aziz (Hariz), tak payah dipertikaikan lagi lakonannya yang memang pada permulaan jalan cerita agak kasar masa dia ketuk pintu villa tu pun macam taiko yang nak meroboh pintu rumah ala ala Along nak collect hutang hehehe...Lisa Surihani (Mila), mungkin ada beberapa scene kita lihat watak garang Mila agak over, yelah dalam filem ni dia jadi anak yang biasa dimanjakan keluarganya dan mendapat apa saja yang dia mahu, hinggakan perkahwinan dia dengan Hariz pun  diteruskan atas kehendaknya...NO EXCUSES huhuhuhu. Bront Palare (Mail), pemuda kampung yang mencintai Izzah, dia berjaya membawa watak Mail dengan gayanya tersendiri.Azizah Mahzan (Datuk Sufiah), tak perlu aku cakaplah memang lakonan dia ni OVER THE TOP sebagai wanita konglomerat.

Aku memuji dengan olahan  Osman Ali yang berjaya membuai perasaan penonton untuk mendalami jiwa Izzah dan Hariz. Mungkin ramai yang berlinangan air mata ketika menonton cerita ini. Walaupun ada beberapa kecacatan pada filem ini namun masih boleh dimaafkan lagi bagi aku kot hehehehe...

Pak Dollah yang secara tiba-tiba datang ke rumah Hariz dan menyatakan kepada Datuk Sufiah bahawa Hariz adalah anaknya. Rasanya tak salah kalau pengarah mungkin boleh memasukkan elemen imbas kembali bagaimana suami Datuk Sufiah merayu kepadanya menyerahkan Hariz... Masa aku menonton ni, ramai yang ketawa melihat Zaidi Omar (Pak Dollah) mengajuk rayuan itu...I think better dalam flashback....Pada awal cerita itu pun kalau dilihat Izzah ada mengutip seekor anak kucing dan membawa balik ke Villa, yang aku hairan tu sampai kat rumah anak kucing tu dah jadi besar pulak agaknya dalam perjalanan ke villa tu Izzah bagi baja lembu kot hehehehe....

Sinematografi filem ni memang menarik dan cantik dan keindahan laut ombak yang menghempas pantai sesuai dengan tema filem ini. Permandangan luas saujana mata memandang, Tanah Tinggi Cameron memang membuai perasaan dengan jalan cerita yang penuh melodrama ni.



Tahniah buat Osman Ali kerana berjaya menggarap naskah novel Ombak Rindu dengan baik sekali. So hopefully akan ada kesinambungan kisah cinta Izzah dan Hariz ni sepertimana novelnya...dengar cerita coming soon Ombak Rindu The Series (hurmmmm)

Rate : 4 Bintang

Tuesday 9 August 2011

OREO CHEESE CAKE - MUDAH DAN SEDAP

Salam Ramadhan kawan-kawan. Alhamdulillah dah seminggu berlalu kita menunaikan rukun Islam yang ketiga. Masa ni lah bazaar Ramadan meriah dengan pelbagai jenis makanan yang mungkin hanya ketika bulan puasa sahaja kita jumpa. Kalau kat Sarawak ni bubur pedas memang melambak semasa bulan puasa. Kalau yang rajin tu memang masak sendiri kat rumah. Okeylah tak nak tulis panjang-panjang, hari ni aku nak share satu resepi yang aku pernah belajar dari sorang kawan. Selain tu juga aku ada modified sikit dengan melihat resipi kat youtube. Taip jer resepi Cheese Cake memang banyak yang boleh korang pelajari dan modified kalau dah tau asasnya.

Oreo Cheese Cake

Bahan-bahan yang diperlukan:

250 gm Cream Cheese Philadephia
2 sudu makan butter (Buttercup)
1 tin susu pekat manis
4 bungkus Salt Cheese Crackers
2 bungkus Oreo
Susu segar

Cara membuatnya:


Masukkan 250 gm Cream Cheese dan gaul sedikit demi sedikit dengan 1 tin susu pekat manis. Masukkan butter dan gaul hingga menjadi gebu. Kemudian sediakan acuan (ikut suka saiz yang diinginkan) ratakan sedikit dengan adunan tadi pada acuan.Setelah rata adunan tadi, celupkan Salt Cheese Crackers ke dalam susu segar (untuk melembutkannya) dan susun di atas permukaan adunan yang telah diratakan tadi. Buat 2 atau lapisan crackers sehingga menutupi seluruh acuan tersebut.

Kemudian ratakan lagi dengan adunan, dan kali ini lapiskan dengan biskut Oreo sama juga lembutkan biskut Oreo dengan mencelup ke dalam susu segar. Lapis berselang-seli dengan Salt Cheese + Adunan Cheese + Oreo hingga habis. Setelah habis melapis tekan adunan tadi untuk memadatkannya. Setelah itu bolehlah dimasukkan ke dalam peti sejuk untuk semalaman. (Korang boleh juga taburkan Nestum yang dikisar pada setiap lapisan). Mudah bukan so lepas ni bolehlah dihidangkan semasa berbuka puasa atau ketika hari raya.

SELAMAT MENCUBA

Gambar kurang memuaskan harap maaf :

Bahan-bahan OREO CHEESE CAKE
Susu + Cream Cheese + Butter
Adunan Cream Cheese
Ratakan Di Dalam Acuan
Salt Cheese Crackers yang telah disusun

Biskut Oreo

Lapis hingga habis

Inilah hasilnya

Wednesday 27 July 2011

Dalam Mihrab Cinta - Menitiskan air mata cinta pada-Nya



Sekarang ni macam musim pulak banyak filem dan drama diadaptasi dari novel-novel yang popular. Kalau suatu ketika dulu juga karya Khadijah Hashim seperti Mira Edora dan Laila Azwa Gadisku pernah diterbitkan dalam bentuk drama dalam filem. Bercerita pasal novel, baru-baru ni aku membeli DVD Dalam Mihrab Cinta, hasil karya Habiburrahman El Shirazy. Aku mula mengenali karya beliau ni selepas menonton filem Ayat-Ayat Cinta sedang meletop. Filem Dalam Mihrab Cinta ni diarahkan sendiri oleh beliau.

Filem ni mengisahkan seorang pemuda bernama Syamsul (Dude Harlino) yang berhasrat belajar di sebuah sekolah pondok di Kediri. Dalam perjalanannya ke Kediri dia mengenali Zizi (Meyda Sefira) adik kepada pemilik sekolah pondok di Kediri tu. Namun perkenalan Zizi dan Syamsul membuatkan Burhan (Boy Hamzah) iri hati. Syamsul telah dituduh mencuri dan difitnah oleh Burhan teman sebiliknya tu. Fitnah itu telah menyebabkan Syamsul dibuang dari sekolah tu, dan kembali ke kampung halamannya. Malangnya keluarga Syamsul sendiri juga tidak dapat menerima dirinya yang telah dituduh menjadi pencuri.

Syamsul lalu membawa dirinya ke ibu kota dan mula terjebak sebagai penyeluk saku. Secara tidak sengaja dia telah ditawarkan menjadi guru mengaji. Kegiatannya sebagai penyeluk saku masih diteruskan dan dalam waktu yang sama dia juga dipandang mulia kerana digelar ustaz. Apabila dia mengenali Syilvie (Asmirandah) seorang gadis yang solehah, hidup Syamsul telah berubah dan telah bertaubat dari melakukan kegiatan menyeluk saku. Klimaks cerita ni apabila Syamsul terpaksa memilih antara dua gadis iaitu Zizi dan Syilvie. Siapakah yang bakal menjadi pilihannya? Korang nonton sendiri ya...

Menonton filem Dalam Mihrab Cinta ni memang sangat santai, jalan ceritanya pun mudah difahami. Unsur-unsur dakwah memang tidak diketepikan dalam filem ni. Apa-apa pun karya Habiburrahman El Shirazy memang terbaik. Bagi yang belum menonton tu dapatkan segera DVD di pasaran

Sunday 17 July 2011

Kak Lehot - Mulutnya Memang Berbisa

Sebut sahaja nama Kak Lehot, memang orang akan kenal siapa dia. Namun dia hanya dikenali melalui kata-katanya yang agak berbisa dengan menggunakan dialek bahasa Sarawak. Kak Lehot telah menjadi fenomena baru bagi pendengar-pendengar Cats FM. Isu-isu yang disuarakan oleh Kak Lehot selalunya berkaitan dengan isu-isu realiti masyarakat. Rancangan ini ke udara dalam segmen "Zon Inggar". Bagi yang kurang arif bahasa Sarawak tu Inggar ni maksudnya "menyampah" dalam bahasa rasmi.

Rugilah bagi yang belum mendengar celoteh kak Lehot yang berbisa ni setiap pagi jam 8.30 pagi di Cats FM. Kadang-kadang tu orang Sarawak sendiri pun tak paham perkataan yang disebut Kak Lehot ni sebab bahasa yang digunakan adalah bahasa orang-orang lama. Kiranya macam kita mendengar nenek kita "ngerepak" (membebel) macam tu lah lebih kurang.

Mungkin ada jugak yang kurang selesa dengan kata-kata Kak Lehot ni, tapi jika kita buka fikiran dan minda kita, apa yang diperkatakan oleh Kak Lehot tu adalah realiti sebenar dalam kehidupan masyarakat kita. Isu-isu seperti pukul isteri, jurujual yang tak nak senyum, minah rempit dan sebagainya adalah satu sindiran buat kita. Ini secara tidak langsung membuatkan kita berfikir atas kealpaan kita sendiri. Kak Lehot juga secara sinis menyindir orang-orang pergi ke kenduri kahwin yang suka menayang-nayang barang kemas masing-masing, apa-apa pun memang itulah realiti yang berlaku di sekeliling kita.


Kak Lehot popular dengan tag-linenya "Kau tek kacak!". Tag-linenya kini sering disebut oleh orang tempatan terutamanya di Kuching. Tapi hati-hati yer, bagi yang kurang arif dengan bahasa Sarawak jangan sebut sebarangan. Tak pasal-pasal lebam biji mata. Tag-line ni boleh jadi gurauan jika disebut dalam intonasi yang betul. Salah sebut orang akan ingat kita ni sengaja carik pasal.

Apa-apa pun Kak Lehot memang makin popular, korang boleh check facebooknya, tapi takde gambar menunjukkan siapakah Kak Lehot sebenarnya. Gambar profile Kak Lehot dalam Facebook gambar kartun digambarkan sebagai seorang wanita dalam usia nenek-nenek, yang bersanggul tinggi dan memakai skirt pendek, duduk di atas kerusi pejabat. SIAPA KAK LEHOT?????

Untuk pengetahuan korang boleh dengar segmen Kak Lehot setiap Isnin-Jumaat, jam 8.30 pagi. Kalau terlepas jangan risau, lawati laman web Cats FM dan korang boleh dengar siaran ulangan segmen Kak Lehot.

Monday 27 June 2011

Astana Grilled Burger - Burger yang ada UUUMMMPPHHH!!!!

Kualiti Gambar Kurang Memuaskan :) Macam2 Grilled Burger Ada






Salam semua lama dah tak update blog ni. Kalau tak pasal movie mesti pasal makanan. Kejap tadi aku baru balik dari area Petra Jaya, aku dengar pasal Astana Grilled Burger ni, siap masuk surat khabar. Memang bukan calang-calang stall burger lah kalau masuk surat khabar. Member ofis aku pun rekemen jugak burger ni jadi lepas solat Maghrib kat Masjid Bahagian aku ronda-ronda sekitar Jalan Astana carik lokasi stall ni. Mula-mula pusing area ni macam takde jer, ingat tutup ker apa, tapi dengan semangat waja aku yang nak mencuba burger grilled ni membuatkan aku teruskan pencarian.

Nasib baik ada BlackBerry boleh jugak aku navigate lokasi tu. Pusing-pusing dalam pukul 7.30 pm tu lokasi yang ditunjukkan nampak gelap, yang aku nampak cuma sebuah stall satay, tak silap aku stall satay tu namanya One Stop Satay. Aku belok masuk ke perkampungan Kampung Masja, sebab kat BB aku menyatakan lokasi tu berada di Jalan Layang-layang dan rumah no 136. Masuk ke jalan tu nampak nombor rumah, hmmm gelap agaknya tak berniaga, tak puas hati pusing lagi nampak macam ada seseorang tengah sibuk kat stall tapi kenapa gelap. Aku drive keluar balik ke main road dan park tak jauh dari stall satay, owh masih gelap tapi nampak pekerja tu tengah sibuk meng"grilled"kan burger tu. Waktu itu dalam hati aku berkata, "Agaknya diorang sengaja bergelap sebab takut kena cekup DBKU kot!". (Jangan marah yer tokey AGB).

Sampai jer aku situ, lampu baru switch on, stall baru nak start operasi. Since ni first time aku datang, aku nak cuba Grilled Burger Black Pepper. Waktu aku sampai tu cuma aku dan ada dua lagi customer sampai. Tapi lepas aku balik singgah solat Isyak di Masjid Jamek, aku lalu lagi, dah mula nampak banyak dah kereta park tepi jalan. Memang femeslah AGB ni, korang kalau datang sini nak take away atau makan kat situ pun boleh cos ada meja disediakan untuk lepak. Soft drink ada dijual, yelah kalau boring-boring tu leh lepak kat situ sambil tengok kereta lalu-lalang hehehe sebab stall ni memang terletak kat main road Jalan Astana.

AGB Black Pepper -Memang Ada UUMMPPH!!! 

Anyway AGB, I HEART UR BURGER, nanti nak try yang lain plak. Kalau makan kat McD kita sanggup bayar burger sampai RM5-6 apa kata korang try Astana Grilled Burger ni, memang boleh lawanlah McD punya burger. Ada pelbagai pilihan, yang aku baru cuba tadi AGB Black Pepper memang ada UUUUMMPHHHH!!!! Rasa sekali pasti nak lagi....maybe nak try yang XL tu :). ALL THE BEST AGB!!!

Sunday 12 June 2011

KL Gangster - Filem Aksi 2011

Salam, hari ni aku berkesempatan untuk menonton KL Gangster di MBO. Dengar cerita filem ni dah mencecah RM 1.5 untuk hari pertama tayangan. Patutlah hari tu mula-mula pegi MBO awal-awal terpampang notis fully seated. Aku ni memang bukan kategori peminat filem Melayu (maaf cakap), yelah biasanya filem Melayu ni too komersial, tapi lepas menonton KL Gangster mind set aku memang berubah. Filem ni memang lain daripada yang lain.

Aku memang takde menonton filem-filem berunsur gangsterisme yang lain sebelum ni, tapi filem ni memang kaw-kaw dengan adegan pertarungan memang ala-ala Hong Kong tu, sapa yang suka tengok darah, dahi kena hantuk, badan kena hempap dengan meja ini memang sesuai untuk korang. Dialog yang memang gangster habis memang rasa kita sedang berada di persekitaran gangster. Kisah Malik (Aaron Aziz) yang baru keluar dari penjara cuba dipujuk oleh anggota kumpulan King (Ridwan Hashim) kira taiko area KL yang paling berkuasa. Tapi Malik menolak, dan terjadi perselisihan faham antara Shark (Anak Angkat Taiko) dan Malik menyebabkan geng-geng gangster ni cuba membunuh Malik. Jadi tak nak cerita lebih-lebih, korang boleh tengok sendiri kat pawagam. Memang 4/5 bintang aku kasi terus. Filem ni turut juga memaparkan kisah kekeluargaan dan sedikit sebanyak memberi pengajaran kat kita.

Filem ni jugak diselitkan dengan lawak jenaka daripada Zizan RL yang memang kita tahu lawak selambernya memang mencuit hati. Tergelak gak nengok Zizan yang tak serupa gangster ni. Cuma yang aku agak confused Shark (Syamsul Yusof) tu bangsa apa sebenarya, yelah nengok cara cakap macam bukan Melayu, tapi pelat-pelat Melayu tu masih ada. Apa-apapun memang best cerita ni. Tapi rasanya kan filem memang akan ada prequel. Yelah permulaan kisah Malik sebelum dia masuk penjara. KL Gangster - The Beginning....rasanyer :)

Sunday 22 May 2011

Nur Kasih The Movie - Kisah Cinta Agung Nur dan Adam




Salam semua, mungkin ramai yang ternanti-nanti filem Nur Kasih The Movie dan dikatakan Nur Kasih The Movie ini telah menjadi satu fenomena di Malaysia. Kesinambungan percintaan Adam dan Nur Amina. Drama yang telah menarik minat 19 juta penonton ketika ia ditayangkan di TV3 setiap hari Jumaat. Waktu tu memang aku tak ikut drama ni di kaca televisyen hanya mendengar cerita teman-teman yang sering berborak pasal drama ni. Fenomena drama Nur Kasih ketika itu menyebabkan ramai yang sanggup menunggu di depan kaca televisyen setiap jam 9.00 malam. Aku mula menonton drama ni selepas aku membuat pembelian online DVD Drama Nur Kasih, tak rugi jugak beli memang sesuai untuk koleksi. Yelah jarang drama Melayu dibuat dalam format DVD.

Nur Kasih The Movie adalah salah sebuah filem yang memang antara aku masukkan dalam senarai untuk ditonton, dan selepas ini Ombak Rindu pula bakal ditayangkan di pawagam. Garapan Kabir Bhatia dan Mira Mustafa memang menjadi dan dalam drama Nur Kasih kita dipertontonkan dengan kisah cinta Adam, Nur dan Aidil. Banyak pengorbanan yang telah mereka pertaruhkan untuk meraih cinta masing-masing. Apakah lagi pengorbanan yang perlu mereka lakukan untuk cinta dalam Nur Kasih The Movie.

Permulaan cerita ni di selitkan dengan beberapa adegan dari Drama Siri Nur Kasih, suara latar Dato Rahim Razali membuat aku tertanya-tanya apa kaitan watak Dato Rahim Razali ini kelak. Bila mendengar suara beliau rasa menonton filem Puteri Gunung Ledang pulak. Plot Nur Kasih The Movie dipaparkan dengan beberapa konflik apabila Adam berhadapan dengan situasi anak-anak muda yang keruntuhan akhlak, dan secara realiti menggambarkan teknik unsur dakwah yang cuba digunapakai oleh Adam untuk membimbing mereka ke jalan yang benar. Nur pula berhadapan dengan dugaaan apabila mengetahui Adam bertarung dengan maut. Aidil kasihnya sebagai seorang abang sentiasa menjadi tunjang kepada Nur dan Adam dalam menempuh dugaan walaupun dia sendiri telah kehilangan org yang dia cintai Aku tak nak cerita panjang nanti spoil pulak korang punya mood nonton movie ni. Tahniah Tiz Zaqyah, Remy dan Fizz untuk lakonan yang mantap.

Comel Adik Mia dalam Movie ni


Kisah yang berunsur dakwah Islam ni memang menarik untuk ditonton. Banyak paparan realiti dengan kehidupan kita sehari-hari dan ia betul-betul menyentuh perasaan. Sentuhan Khabir Bhatia dan Mira Mustafa memang tidak dapat dinafikan, dengan kehadiran adik Mia yang betul-betul comel dengan keletahnya yang mengusik perasaan. Permandangan yang menarik di Tanah Arab dan kehijauan sawah di perkampungan sangat artistik, cuma teknik CGI agak mencacatkan seperti letupan kereta api, orang yang terbakar semasa kemalangan, suasana pembersihan kemalangan dan pandangan kota Jordan dari bilik hotel yang mungkin aku sendiri sebagai penonton dapat membezakannya. Apa-apa pun tahniah, kerana sebelum ini aku memang bukan antara penonton filem Melayu di pawagam memang rasa kagum dengan filem ini. Daripada 5 bintang aku bagi 4 bintang.

Tuesday 10 May 2011

The ROOMATE - Siapa Teman Sebilik ANDA!!!

Siapa nak berroomate ngan Rebecca???

Last Saturday aku tak tau nak watper, jadi I took the liberty to watch movie. So I looking forward to watch The Roomate, yelah lagipun tiket free hehehehe, kalau tak bagus memang tak luak pun. 6.45pm the movie start. Tak ramai yang menonton yelah maybe dah minggu-minggu akhir tayangan.Of course kalau tajuk THE ROOMATE mesti cerita pasal budak-budak kolej.
Suspens!!


Sara meninggalkan kampung halaman dan boyfren (ada krisis ngan bf) untuk memasuki sebuah universiti di LA. Seorang pelajar yang bercita-cita nak jadi fesyen designer. Permulaan cerita ni Sara masuk bilik dia tapi belum tau siapa bakal menjadi teman sebilik. On first day, macam biasa kalau kisah pelajar kolej tak akan lari dari scene parti tak hengat sampai pagi. Sara berkenalan dengan Tracy salah teman kolej yang kaki parti. Lepas balik parti Sara menyedari biliknya dah ada penghuni baru iaitu Rebecca. Rebecca gadis kaya yang misteri dan akhirnya jadi teman baik Sara. Jadi permulaan cerita kita dah agak siapa Rebecca ni.
Be My BFF!!!


Sara dan Rebecca mula rapat apabila Tracy meninggalkan Sara di sebuah kelab malam berseorangan. Sara menelefon Rebecca untuk meminta bantuan mengambilnya di kelab tersebut. Di sinilah Rebecca mula bersifat protective terhadap Sara.Dalam masa yang sama Sara mengenali seorang pelajar lelaki iaitu pemain dram indie-band. Mungkin kerana nak melupakan ex-bf nya Jason, Sara mula bercinta dengan Steven.

Roomate Yang Overprotective


Plot cerita ni mula suspense bila Tracy telah diserang kat bilik mandi. Dari segi ancaman dan ugutan itu korang mesti dah agak siapa yang menyerang Tracy. Ketika inilah rakan-rakan Sara mula menjauhkan diri kerana mereka curiga dengan Rebecca. Rebecca yang terlalu over protective kat Sara dan menyebabkan Sara kurang selesa. Siapa-siapa jer yang buat pasal kat Sara ni memang jadi mangsa lah oleh budak Rebecca ni tanpa pengetahuan Sara. Even anak kucing pun menjadi mangsa Rebecca. Korang boleh tonton sendiri apa yang telah Rebecca lakukan kat anak kucing tu. Memang sadis!!!

Siaplah Kena ngan Mental Lady ni!!!

Namun yang agak aku mengecewakan ialah penghujung cerita ni sepatutnya menceritakan lebih lanjut lagi tentang kisah silam Rebecca yang memang mempunyai masalah mental disorder. Apakah sebenarnya yang telah menyebabkan Rebecca menjadi pesakit mental tersebut masih misteri. Siapa budak perempuan yang gambarnya dilukis oleh Rebecca? Patutnya Sara dapat mengorek sikit rahsia siapa Rebecca sebenarnya ketika berada di rumah teman sebiliknya yang misteri itu. Sara hanya mengetahui yang Rebecca masih dalam proses rawatan dan perlu makan sejenis pil untuk rawatan tersebut.

Apa-apa pun memang psycho lah si Rebecca ni dan totally maniac. Hati-hatilah kalau dapat roomate macam Rebecca ni. Kalau aku compare Scream 4 ngan The Roomate, movie ni memang worth to watched. Aku boleh letakkan dalam kategori B.

Thursday 5 May 2011

Komik Utopia High - Kenakalan Budak Sekolah

Utopia High ni merupakan komik yang dicipta oleh kartunis Slaium atau Sau Lim. Siri Utopia High ni disirikan dalam majalah Utopia dan kini muncul dengan Utopia High – Reunion untuk menjadi koleksi peminat komik.
Aku cerita sikit watak-watak dalam Utopia High ni:

1)      Dodol – Pelajar baru Utopia High dan merupakan kawan baik Donut.
2)      Antibiotic – Pelajar yang berpenyakit dan sentiasa membawa pek glukosanya.
3)      Bush – Murid yang menyalahgunakan kuasanya sebagai pengawas
4)      Miss Mimi – Guru Pendidikan Moral dan sangat mementingkan kesempurnaan.
5)      Britney – Pelajar perempuan yang memang minat giler kat sorg lelaki yang bernama Legolas last-last jatuh cinta kat Donut.
6)      Sophia- Dodol memang minat giler kat budak pompuan ni.
7)      Mr Warehouse Sale – Yang ni memang aku selalu gelak bila baca, tiap kali dia nak mulakan kelas mulalah dia buat direct selling. Siapa nak dapat markah lebih dalam exam tu memang kena beli barang yang dia jual.
8)      Bad Boy – Kawan baik Dodol, Donut dan Antibiotic. Memakai sarung tangan berbentuk Penguin di mana yang menyimpan sifat jahat Bad Boy.
9)      Dr Devil – Sarung tangan berbentuk Penguin dan bersifat bengis. Kejahatan Bad Boy terselah kat Dr Devil.
10    Mr. Hitla – Guru yang memang digeruni budak-budak Utopia High siapa lagi kalau bukan guru disiplin
Utopia High


Korang minat komik. Memang berlambak komik kat pasaran. Kalau dulu aku kumpul komik macam Dragon Ball, Legenda Zu dan Parang Gila. Selain dari majalah APO!, Aku pun minat gak kat satu komik ni Utopia High. Mula-mula keluaran Utopia High bermula dengan kisah Dodol yang baru masuk sekolah. So sebagai pelajar baru dan mula berkawan ngan budak-budak nakal (tapi baik sebenarnya), Donut yang terer kung-fu, Antibiotik yang memang selalu usung pek glukosa ke mana sahaja, Bad Boy with his puppet, Dr Devil. Ni komik pertama Utopia High dan memang lucu-lucu kisah diorang ni.
Utopia High - Hunting High&Low


Lepas tu pulak keluar Utopia High Hunting High & Low. Donut return balik kat Utopia High. Dalam edisi kedua ni Donut lebih serius dan telah dilantik jadi pengawas. Geng-geng Donut mula mempertikaikan kredibilitinya dan menganggap dia telag mengkhianati persahabatan diorang. Nak tau lebih lanjut dapatkan Utopia High Hunting High & Low. 
Utopia High - Freak Club

Jilid ke-3 pula muncul Utopia High – Freak Club. Jilid ke-3 ni mengisahkan penubuhan Freak Club kat budak-budak yang dipinggirkan atau boleh dikatakan loser untuk melepaskan tekanan yang ada dalam diri. Donut yang jadi pengawas atau pengganas. Antibiotic hilang tanpa dapat dikesan. Dodol pun hilang begitu juga Bad Boy. Nak tau korang bacalah sendiri komik ni
Terbaru - Utopia High Reunion

Finally keluar jugak Utopia High – Reunion. Aku masih tak baca lagi sebab baru jer beli komik ni. Mesti gelak goleng-goleng kalau baca keletah diorang ni.

Antara paparan dalam Utopia High - Reunion

Monday 2 May 2011

THOR 3-D Memang Tukul Habis Punyer....

Tahun ni memang banyak karakter-karakter komik bakal ditayangkan di pawagam. Balik dari bercuti di Sibu aku terus bergegas ke MBO nak dapatkan tiket menonton Thor 3-D. Aku ni bukan fanatik sangat karakter-karakter super hero ni, yelah tak pernah pun baca komik Thor ni. Tapi tengok trailer memang buat aku rasa nak nonton movie ni. Banyak jugak karakter Marvel Superheroes bakal menemui anda semua di pawagam.

Thor yang Dibuang Ke Bumi


Okey cerita sikit pasal movie ni, permulaan cerita korang pasti kagum dengan kesan CGI yang memang boleh terjojol bijik mata, lebih-lebih lagi kalau korang nonton movie ni dalam 3-D. Opening cerita ni dimulakan dengan prebiu pendek di mana heroin movie ni Natalie Portman secara tak sengaja terjumpa Thor ni semasa membuat dia buat kajian. Kemudian ada flash back macam mana kisah Thor tu tercampak ke bumi, dari alamnya yang dikenali sebagai Asgard. Thor ni kira telah “dibuang daerah” oleh ayahnya kerana sikapnya yang angkuh dan di mana tindakannya yang luar kawalan telah membuat kecoh di alam Asgard.

Kerajaan Asgard


Babak dalam movie ni banyak memaparkan alam Asgard yang memang cantik dan da bomb dengan binaan bangunan yang begitu futuristic dengan pencahayaan yang memang memukau mata. Tempat tu memang cantik jadi dengan bantuan teknik CGI, kesan 3-D makin membuat aku kagum dengan alam Asgard ini.


Apa-apa pun aku tak nak cerita sangat pasal movie ni, takut spoil korang punya mood nak menonton. Tapi memang tak rugi menonton movie ni dengan karakter-karakter yang tidak membosankan dan setiap babak menceritakan dengan details terhadap benda-benda yang berlaku. Tapi aku kalau menonton movie macam ni, kesan CGI tu yang memang boleh buat aku tahan duduk di kerusi pawagam. 4 bintang aku kasi kat movie ni. Really worth to watch

Romantis

Sunday 1 May 2011

Yanni - Truth Of Touch.....Sentuhan Hypnotis



Yanni ni kira yang yang paling femes dalam dunia muzik instrumental. Selepas album Voices, baru-baru ni dia ada keluarkan album terbarunya, Truth Of Touch. Bagi yang biasa dengan irama instrumental alunan Yanni pasti akan teruja untuk mendapatkan album terbaru Yanni ni. Yanni banyak menggunakan elemen muzik yang berbeza dan penggunaan instrumen yang pelbagai. Its really do relax your mind and soul.


Truth Of Touch ni ada 15 tracks ke semuanya. Selepas mendengar keseluruhan album ni terdapat 2 tracks yang mempunyai vokal wanita iaitu Can’t Wait dan Secret. Can’t Wait dengan vokal penuh nyanyian Leslie Mills, lirik “Surround me, completely, lost somewhere in your arms” begitu syahdu disatukan dengan elemen muzik yang membuai perasaan. Begitu juga dengan track Secret yang dinyanyikan oleh Chloe Lowery got that haunting feeling while listening to it.
 

Yang menariknya album Yanni kali ini ada album jazz dengan penampilan Arturo Sandoval bermain trumpet. Jika di dengar secara teliti track ini menghasilkan elemen muzik yang menarik antara piano dan trumpet. Pada permulaannya muzik agak perlahan dan kemudian rentaknya semakin rancak digabungkan dengan muzik piano, trumpet dan vokal menjadi latar muzik ini. It’s a pretty cool combination. Selain itu favorite track aku ialah, Truth Of Touch, Seasons, Voyage, Guilty Pleasure dan Nine. 

Memang tidak dinafikan album terbaru Yanni sesuai untuk didengar oleh semua peringkat umur. Sesiapa yang sebelum ini mengikuti perkembangan Yanni memang akan menyukai album terbaru Yanni ini. Aku suka mendengar muzik-muzik yang dihasilkan oleh Yanni bila ingin membuat kerja atau merehatkan minda. Apa yang pasti penggemar muzik Yanni seperti aku ni memang kagum dengan elemen muzik yang ditampilkan oleh Yanni.