!TEMAN-TEMAN BLOG!

Monday 2 December 2013

Kekuatan Cinta

Assalammualaikum..


Setiap kita dalam dunia ni memang mempunyai rasa untuk bercinta dan dicintai... Tapi tak semua melalui cinta yang indah dalam kehidupan... Bertuahlah bagi mereka yang merasai cinta yang tulus dan suci.. Cinta yang tiada berbaur dengan penipuan dan kecurangan... Sekali-sekala berbalah itu adalah lumrah.. Itu baru dunia bercinta... Belum lagi bila setelah akad nikah dilafazkan... Banyak pancaroba yang bakal kita akan lalui.

Cinta memang mempunyai kuasa magis yang boleh merubah seseorang menjadi luar biasa... Mengapa aku mengatakan demikian.... Bila bercinta kita yang mula-mula nampak serabai dan tak kemas... Mula hidup terurus dan pakaian pun segak dan kemas..Kalau selalu bangun lewat tu awal-awal pagi dah ceria dengan senyuman... Tangan capai telefon bimbit terus hantar mesej kepada si kekasih mengucapkan selamat pagi... Kalau yang student pulak tiba-tiba  rajin pegi ke kuliah walaupun subjek yang tak disukai... Itulah kekuatan cinta yang dapat mengubah kita dari seorang yang biasa menjadi luar biasa..semuanya kerana CINTA...

Tapi kadangkala harus diingat CINTA memang mengubah ke arah positif kalau betul caranya... Namun cinta juga boleh memberi natijah yang buruk dalam diri kita... Ada yang menemui kegagalan toreh lengan dengan pisau bunuh diri, terjun bangunan, minum racun dan macam-macam lagi... Semua benda di dunia ini mempunyai risiko.. Kita perlulah berfikir dengan waras... Jika cinta kita tulus dan ikhlas kekecewaan tak akan membuat kita lemah  dan takut untuk bercinta lagi... 

CINTA ADALAH PROSES SEPANJANG HAYAT.. APABILA KAMU MEMULAINYA.. MAKA KAMU HARUS TERUS-MENERUS MENEROKA SELURUH PELUSUK DUNIA CINTA YANG LUAS ITU... jangan plak korang nak mencari cinta baru tapi dengan cinta yang sedia ada hehehehe...

SELAMAT BERCINTA...

<sekadar luahan rasa aku di pagi Isnin ni hehehehe...>





Monday 25 November 2013

MUSIM BUAH TIBA LAGI


Assalammualaikum...

Musim buha kembali lagi.. Kalau yang ada dusun buah-buahan tu untunglah.. Time ni kena baik-baik ngan member-member yang ada dusun buah-buahan (motif berkawan hahaha)... Kalau kat Sarawak sekarang ni tengah meriah dengan buah durian, buah dabai dan buah engkalak..

Tengok gambar atas ni... Ni memang menu tradisional orang melanau ada sayur midin, sagu, buah dabai, engkalak (kaler pink org melanau panggil buah tebuluh) sedap buah ni makan dengan nasi... 


Yang kat atas ni siapa tak kenal.. Raja segala buah, buah durian... Mula-mula dijual harga mencecah sampai RM15 sebijik, tapi sekarang dah murah sebab banyak dah dijual.. Kalau driving dari Sibu ke Mukah, kat tepi-tepi jalan banyaklah orang-orang kampung yang jual buah durian ni...


Yang atas ni pulak..Hitam-hitam jangan sangka tak sedap.. Kalau dapat ni makan dengan nasi panas memang layan habis... Apa orang kata mak mertua lalu pun buat derk jer hahaha... Ni lah buah dabai.. Buah ni kena rendam dalam air panas sekejap bagi isi dia lembut.. Ada orang makan digaul dengan garam atau kicap.. Aku lebih suka kosong jer.. Makan dengan nasik panas-panas.. Biji dia jangan dibuang sebab dalam biji tu ada isi yang boleh dimakan lebih kurang macam isi kuaci... Biji tu dibasuh dan dijemur di tempat panas... Belah dua dan cungkil isinya... Masa baru musim buah ni sekilo harga RM20... pitamss


Yang ni buah engkalak... Kaler pink.. Kat Semenanjung tak tau panggil apa.. Kalau orang Melanau panggil buah tebuluh..Sama jugak macam dabai makan dengan nasik macam tu jer... Weekend aku merajinkan diri aku melawat kawan-kawan yang ada dusun buah dengan motip nak makan buah-buahan free hehehe..

Saturday 23 November 2013

MINGGUKU YANG SANGAT BUSY...

Assalammualaikum...

Apa khabar blogger-bloggers semua... Waaa aku baru memunculkan diri di blog hari ni... Busy kerja..busy nak masuk rumah baru...carik kontraktor lampu rumah.... Kontraktor lampu semua dah dapat... Pening jugak rupanya mencari kontraktor pasang semua lampu-lampu kat rumah... Aku ingat senang jer wah wah... Rabak poket ku ni weiii hahaha... Kan dah meroyan melalut bagai... Insya Allah next week kalau ikut jadual Khamis aku dah leh pindah siap wiring dan pasang lampu... Kalau saper-saper yang kat Sibu tu nanti aku nak jemput buat kenduri doa selamat sikit (Insya Allah majlis dalam awal Disember) sempena "naik rumah" kata orang Sarawak... hehehe...

Habis gak satu Sibu aku jelajah.. Macam-macam harga kontraktor letak kat aku... Ada tu yang boleh aku pengsan dan mata juling naik atas... Survey punya survey akhirnya dapatlah sebuah kedai yang dapat bagi aku best price lampu, kipas siap dengan wiring sekali... Nama kedai tu Hollywood Lighting kat jalan Ling Kai Cheng... Kedai-kedai lain sampai RM6K letak harga... Tapi yang Hollywood Lighting ni memang leh bargain punya terbaik... Chandelier plak aku beli kat Victoria Lighting nak letak kat ruang tamu rumah...Harga memang berbaloi-baloi... Jadi poket aku dah rabakkk.. Lepas ni telan maggie hahaha... Nak deco rumah...


Yang kat atas ni aku memang berkenan sangat-sangat... tapi yang aku pilih hari tu tak sempat nak snap, bateri henpon dah kong...huhu... Lebih kurang yang atas ni aku beli... Tapi panjang sikit... Taklah berjuntai-juntai sangat yelah rumah bujang wakakaka... Simple jer.. Harga pun boleh tahan... Yang atas ni reganya RM250... Tapi yang panjang sikit lebih mahal sikit tapi masih murah bagi aku, sebab kedai-kedai lain tengok harga pun aku leh terkentut durian tengok rega (haaa kan datang merapu dah aku)


Tak minat sangat chandelier yang berjuntai-juntai ni huhuhu...cancelled
Too Feminin...Tak kuasa aku hahahaha


Yang ni pilihan untuk lampu bilik tidur hehehe...romantik tak lampu dia

Janganlah hairan kalau aku 2-3 bulan ni macam chipsmore kejap ada kejap takde... Chipsmore pun tak macam aku wakakaka... Cik Akak Naomei ni bila nak belanja makan hahahaha... Satu Sibu pun tak pernah terserempak hehehe...Jangan marah Cik Akak gurau-gurau...Amboi Cik Akak bukan main lagi usik pakcik kat facebook yer huhuhuhu...

Friday 15 November 2013

November Giveaway by Cik Yaya.


Nak Join? Meh Klik Banner.

Assalammualaikum...

Lama dah rasanya tak join mana2 GA... jum join GA ni manalah tau ada tuah, GA oleh Cik Yaya ni...

Thursday 14 November 2013

KARI AYAM VERSI ADHIE

Photo: Jemput makan huhu

Assalammualaikum...

Hari ni mood ada bagus sikit.. Budak-budak office mintak masakkan kari ayam... Diorang beli bahan aku hanya masak huahuahua.. Kari ayam aku ni simple jer... Takdelah banyak berempah sangat.. Nak tau resepi... Mai sini aku share... Ni pun aku belajar dari kawan gak dulu masa masih tinggal kat Kuching... Yelah tinggal bujang kena pandai memasak gak...Tak kan nak bedal mi segera hari-hari

Bahan-bahannya :

1 kilo ayam (Aku guna bahagian sayap)
2 labu bawang besar (dicincang halus)
Rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga)
Sedikit air asam jawa
Cili Boh satu bungkus kecil (nak pedas lebihkan yang ni)
Kiub Ayam (4 ketul)
Rempah Kari (Suka guna Baba's) - 3 bungkus kecil
Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara memasak :

  1. Tumiskan bawang besar jangan  hangus sangat lepas tu masukkan rempah empat sekawan. Tunggu hingga naik bau.
  2. Masukkan ayam dan gaul rata dengan bahan tumisan hingga sebati.
  3. Masukkan rempah kari ayam dan gaul lagi sehingga rata..Kalau kering sangat masukkan sedikit air.
  4. Masukkan kan air dan biarkan sehingga pecah minyak..dan kemudian masukkan kiub ayam sedikit demi sedikit (tak payah garam sebab yang ni pun dah masin gak)
  5. Masukkan air asam jawa dan gaul rata dan cili boh serta gula
  6. Biarkan mendidih sehingga masak.SIAP
Kalau nak sedap lagi masukkan santan...Tapi santan kan banyak kolestrol hehehe..Jadi tak yah santan pun takpe..Kari ni sedap dimakan dengan roti bantal kata orang huhuhu... (Abis pantry berkecah aku kerjakan hua hua hua)



Photo: Atas permintaan budak2 office aku masak kari ayam kat pantry hari ni...huahuahuahua










TERIMA KASIH KATHY DAN BLOGGER MISTERI


Photo: Thank u bloggers...

Assalammualaikum...

Sepatutnya entri ni last month aku masukkan tapi yelah dok menghilang tak sempat nak upload.. Aku terim ni bulan lepas sebenarnya..dan nak ucapkan terima kasih kat Kathy... Kathy ni ada 2 blog so bolehlah singgah jenguk blog Kathy ni... Baik orangnya walaupun kenal kat blog jer huhuhu..( Kathy I, Kathy II) jadi aku dapat 2 penanda buku kaler merah... Yang satu lagi aku tak tahu dari siapa keychain berbentuk harimau PUMA... Nak ucap terima kasih kepada blogger misteri ni... Tak letak nama atau apa-apa hanya sekeping kertas putih tulis situ Giveaway... Apa-apa pun terima kasih...

Insya Allah jumpa kat next entri...(nak cepat menaip ni huhuhu...)

Wednesday 13 November 2013

Mengalah Bukan Bererti Kita Lemah Dalam Bercinta...

Assalammulaikum...


Gambar Ihsan Google
Huhuhu...macam-macam cerita bila aku menghilang ek... sampai Cik Akak yang comel tu pun kata aku ni merajuk bawa diri kat batu belah batu bertangkup...Sob sob sampai hati Cik Akak kan... hehehe... Takdelah menghilang mana pun aku menyibukkan diri dengan tugas jer.. Hehehehe.. Ni petang ni aku nak merapu sikit...Tapi ini realiti yang terjadi...

Nak tau kenapa aku menyibukkan diri sebab aku tengah down memang down sangat sebulan lepas huhuhu... Malu plak nak cerita.. Tapi takperlah manalah tau korang ada pengalaman bercinta... Wahhlaweiii aku bercinta...Hahaha... Aku ni payah nak jatuh cinta tapi bila dah jodoh tu nak wat mcm mana kan...

Tak, problemnya macam ni, kenal tu memang lah kat laman sosial korang taulah kat mana kan...Tak yah sebut dah boleh agak... Ingat nak jadikan kawan mula-mula...tup-tup jadi serius pulak huhuhu... Bila dah serius bercinta aku ni payah sikit...Perasaan tu memang letak 100% punya lah kat orang tu (korang janganlah gelak huhuhu)... yelah dah sayangkan...

Nak jadikan alkisah tragedi suatu hari.. Kerana aku tak reply satu sms yang si dia send kat aku... Imagine lepas 3 jam baru aku reply... Sebenarnya aku penat balik kerja tup tup terlelap bawak ke Isya (penat weeiii keja kat plantation)... Sekali ribut taufan datang melanda... Dengan selamba jer aku reply sms dia ni... Tapi takder jawapan... Aku call berkali-kali dia tak jawab...sah memang sah merajuk... Bila aku bukak aku punya facebook aku terbacalah update status dia...adeiii nampaknya semua status tu menuju kat aku... terasa dah buat salah... Tapi bukan sengaja pun... Nampak status dia nak kata nak bersendirian..Okey aku bagi masa... (dia di Sibu aku di Mukah)

Biarlah aku kasi reda dulu taufan haiyan ni... Aku tak call aku tak reply... Memang banyak sms aku hantar sebelum tu tapi tak berjawab... lama jugak aku tak contact dia... Rasa pulak aku nak jadi Mr Arrogant (aku pun nak ego jugak hehehehe)... Betul aku time tu memang down habis...kerja pun tak menentu (tu yang aku malas bercinta weiii)... Budak-budak office memang perasan aku asyik termenung jer....

Aku sengaja menyibukkan diri dengan buat kerja walaupun dalam kepala otak aku fikirkan pasal dia... Apa khabar agaknya dia? Dah makan ker? sihat ker? Nak jumpa memang aku pun kuat gak ngan ego aku huahuahua....

Sampailah satu masa tu aku belek-belek kat FB dia ~andai kata itu takdirnya, aku pasrah tapi aku sangat mrinduinya~ ... nampaknya dia ni rindu kat aku (perahsantan dah aku)... Aku hantar sms mintak maaf kat dia... Dia maafkan aku cuma dia kata dia masih sakit hati sebab aku tak reply sms dia tu...Aku reply lagi yang aku benar-benar mintak maaf walaupun rasanya bukan salah aku tertido pun huhuhuhu... betul tak? betul tak?...Dia yang prasangka macam-macam....

Agaknya kalau aku teruskan ego aku memang dah clash dah... Tapi hati memang dah sayang nak wat camner kan... Tu lah aku malas nak bercinta huahuahua...Hati aku ni kecik jer... Sekali sakit payah nak sembuhnya...Cewahhh...Takpelah at least aku ada gak tempat nak meluahkan kat sini kan...Tapi sekarang kita org dah okey...Harap-harap kekallah huhuhu.... Apa yang aku dapat belajar dari peristiwa ni salah seorang perlu mengalah dalam mengekalkan perhubungan... Ini adalah untuk memastikan hubungan akan berjalan dengan baik..Ego perlu diketepikan walaupun kita tak bersalah sebenarnya... Jangalah pendam lama-lama sangat kalau dah pasangan memohon maaf tu bincanglah baik-baik.. Jangan marah tak tentu hala makin parah pulak hubungan tu kalau dah dua-dua jadi api sorang kenalah jadi air..

Adakalanya pasangan kita ni perlukan ruang masing-masing..Jangan anggap sampai pasangan tak telefon atau sms mulalah nak prasangka bukan-bukan..Bukan maksud nak mengabaikan pasangan masing-masing..Adakalanya macam aku ni perlukan tempat untuk melepaskan tekanan lepas kerja...Yelah melepak ngan kawan-kawan kat mana-mana ker... Kalau yang pompuan tu paham-paham jerlah mesti shopping nak release tension...betul tak? betul tak? hehehehe (jangan marah yer org pompuan)... Tak bermaksud kita ni lupakan pasangan masing-masing... Give and take kata orang puteh... hehehe...

Dah-dah aku ni melalut... lepas kejadian tu aku dah okey sikit.... yelah hati sensitiflah katakan... Nasib baik masih mampu bedal 2-3 mangkuk laksa Sarawak... Kalau merana sampai tak makan tu tak taulah aku... Huhuhuhu....

Okeylah ni lah penyebab aku menghilang kat dunia blog ni sekejap.. Masa aku menghilang aku sempat ke Penang dan KL jap tenangkan hati hehehehe... (diam-diam aku gi Penang bawak diri tak bagi tau korang hehehe)... Janganlah gelak baca...segan plak bila dah cerita ni

Thursday 7 November 2013

Sebulan Menghilang...Ingin Kembali Berblog



Assalammulaikum...

Hampir sebulan aku menghilang dari update blog aku ni... Bukan menghilang ke mana pun ada cuma kekangan masa yang membuatku tak dapat nak update blog... Sekejap kat Kuching, sekejap kat Sibu...Sekejap di Mukah..sekejap di Igan huhuhu... Balik rumah atau hotel memang tengok katil terus mata dah nak terlelap bawa ke pagi... Hari ni pun aku ketandusan idea nak update apa huhuhu... Hanya nak bagitau kemunculan aku semula nak aktif blog balik hopefully taklah busy sangat sampai ke penghujung tahun ni... 

Diam tak diam dah penghujung tahun 2013, wahhh next year makin bertambah setahun umur aku... Tua sudahhh... budak-budak pun dah tak abang dah...sekarang panggil pakcik hahaha... Kalaulah boleh dikembali usia tu jadi muda kan best...Dah masuk 3 tahun aku attached kat Mukah ni, tak tau bila akan ditransfer balik ke Kuching... Kalau kekal kat sini bagus jugak... Dekat ngan kampung halaman aku di Sibu 2 jam driving...

Aku tak tau dah nak merapu kat sini huhuhu... ni pun curi-curi masa time keja update...Ada masa jumpa next entry

Tuesday 5 November 2013

REVIEW FILEM : THOR THE DARK WORLD

Assalammualaikum..

Wah lama dah aku tak update blog ni kan... Huhuhuhu balik jer dari KK hari tu lots of things happened ada yang baik ada yang buruk... Kalau aku nak cerita agak berjela-jela... Apa khabar teman-teman bloggers *rindu korang semua ehem ehem hehehe*... Salam Maal Hijrah 1435 H...

Since ni hari pertama aku kembali berblogging, mesti ramai yang dah nonton Thor : The Dark World.. Kalau yang belum tu ni aku nak share sikit pasal filem ni.

Selepas Man of Steel dan Iron Man 3, pawagam mula diterjah dengan kehadiran superhero Marvel yang memang hebat dengan kuasa masing-masing. Kali ini Thor: The Dark World telah memulakan tayangan pada 31 Oktober yang lalu dan aku berkesempatan untuk filem aksi superhero semalam.

all poster Review Filem Thor l The Dark World


Sinopsis :

Selepas satu tahun kisah The Avengers, Thor : The Dark World kali ini akan bertemu dengan musuh dari zaman kuno iaitu Malekith yang cuba menjadikan alam semesta ke dalam dunia kegelapan. Keadaan ini telah mempertemukan kembali Thor dan Jane Foster kerana Jane memiliki kunci untuk membuka kuasa kegelapan yang diinginkan oleh Malekith. Musuh terbaru Thor, Malekith telah berjaya memecah masuk Asgard untuk mendapatkan Jane yang bercadang untuk terjun alam semesta dan menjadi Nine Realms dalam kegelapan. Odin dan Asgard tidak boleh mengatasi musuh primitif ini dan sekali lagi Asgard dan dunia berada dalam medan pertempuran.

Review Aku :

Pembuka tirai filem ini kita akan dibawa ke zaman silam dengan memperkenalkan musuh Asgard iaitu Malekith yang cuba mendapatkan kunci yang mampu menakluki dunia... Kunci itu ialah Aether. Namun ia telah ditanam di tempat yang tidak dapat dikesan. Akhirnya Jane Foster yang berada di bumi secara tidak sengaja telah menemui kunci tersebut dan merasuk badannya dan telah membangunkan semula Malekith.. Situasi ini telah mempertemukan Thor dan Jane dan menyebabkan Jane dibawa ke Asgard.

Loki yang dikurung di Asgard telah bergabung dengan Thor untuk menentang Malekith. Aku sukakan babak apabila Loki menukarkan dirinya kepada Captain America walaupun sekejap namun agak lucu. Memang tidak dinafikan visual 2D dan efek dalam filem ini terbaik terutama kota Asgard yang mengagumkan dan detik pertempuran Thor dengan puak primitif dari zaman silam. Aksi yang hebat aku rasa menjadi kekuatan utama filem ini dan korang  akan terus lekat di kerusi panggung. Aku memang berpuas hati dengan jalan cerita yang tidak meleret dan sound efek yang memang WOW. Sukar dipercayai Loki sanggup mengorbankan nyawanya untuk Thor... Tapi apa-apa pun korang kena tunggu kesudahan cerita tersebut..there is a twist in the ending

Rating; 4/5

Monday 30 September 2013

HOTEL TRAVELLER KOTA KINABALU,

Assalammualaikum..

Lupa nak review pasal hotel yang aku duduk hari ketiga... Hotel Traveller aku tempah kat booking.com... Aku memang suka tempah kat booking.com ni sebab senang nak carik hotel yang sesuai dengan bajet aku, satu lagi lokasi yang aku nak jejalan tu..paling penting tempah dulu bayar kemudian hehehe..

Standard Double Room (Dengan Tingkap)
Okey hotel ni tak jauh jugak dengan Hotel Sri Iskandar yang aku stay hari pertama aku datang KK, betul-betul mengadap stesen Petron dan seberang jalan ada utama Centerpoint... Dua tiga langkah keluar dari hotel pun korang dah boleh jalan-jalan kat Pasar Malam Kampung Air jugak...ni sebab utama aku stay hotel ni dekat dengan pasar malam...

Bilik yang aku tempah ialah Standard Double Room kalau kat booking.com RM76 tidak termasuk caj 6%... Bilik kecik sikit dari Hotel Sri Iskandar hari tu, tapi tandas dan biliknya lebih bersih... TV masih standard TV kotak bukan flat screen yer... Almari takder tapi ada tempat untuk menggantung baju... Berbanding dengan Hotel Sri Iskandar hotel ni ada menyediakan air panas untuk minuman kat lobi, kalau rasa nak buat kopi atau teh tu bolehlah ambik air panas kat lobi...

Ada HBO kat Bilik
PENGGANTI ALMARI

Penting Ni Hot Shower Complete









RANAU KE KOTA KINABALU

Assalammualaikum..

Hari ketiga di Sabah aku bakal meninggalkan Kundasang dalam kenangan… Memang tak dapat lupalah tempat cantik dan tenang kat tempat.. Awal pagi dah aku menikmati hidangan sarapan pagi yang disediakan oleh pihak resort.. Ramai jugak orang pagi tu sampaikan berkongsi meja.. Takperlah leh gak kenal-kenalan hehehe… Aku target nak check out dalam pukul  11.00 pagi… Aku arrange transport dengan pihak resort untuk menghantar aku ke Pekan Kundasang… Sempat jugak membeli travelling kit bag ni kat rak souvenir Celyn Resort untuk kenangan…harga RM15.00


Sampai kat Pekan Kundasang lebih kurang jam 11.20 pagi… Aku mintak driver tu turunkan aku kat pasar buah-buahan dan sayuran sebab aku nak beli buah strawberry panggang dan buah  cinta yang sodap tu… Cuaca memang sejuk dengan angin pagi yang kuat…Lama-lama duduk sini memang boleh demam gak ni kalau tak biasa…

Aku mencari buah cinta sebenarnya ni huhuhu

Habis membeli-belah aku pegi  ke perhentian bas mini untuk menuju ke Kundasang, ada satu jer bas mini nasib baik..Tu pun masih menunggu bas penuh… Cuaca pun Alhamdulillah tak hujan jadi perancangan perjalanan tak terganggu… Menuju ke Pekan Ranau lebih kurang 20 minit dari Pekan Kundasang..Agak padat jugak bila berhimpit dalam bas mini ni…Tambang ke Ranau RM4.00



Tempat Menunggu Bas Mini Pekan Kundasang ke Ranau

Sedang Menunggu Bas Mini Penuh
Sampai kat Pekan Ranau aku berjalan seketika kat area-area sekitar Ranau ni, kalau dilihat lebih kurang macam Serian di Kuching… Aku tak ambik masa lama untuk berjalan sekitar Pekan Ranau jadi aku terus berjalan menuju ke Pusat Perhentian Bas Ranau-Kota Kinabalu…Kat area ni ada beberapa jenis pengangkutan untuk ke Kota Kinabalu untuk korang pilih bas mini (van), unser dan taxi… Caj yang dikenakan berbeza… Aku pilih bas mini…Tambang ke KK RM15.00.. 
\RANAU

PERHENTIAN RANAU - KINABALU (OPERASI 730 PAGI - 5.30 PTG)

Sepanjang perjalanan aku ambik kesempatan untuk tidur, singgah kat Tamparuli sempat ambik gambar jambatan gantung Tamparuli yang famous tu…Tapi hanya dari dalam bas, perjalanan Ranau ke KK 2 ½ jam…Sebab banyak singgah menghantar penumpang…Bas Mini betul-betul berhenti dekat Padang Merdeka, jadi senanglah aku berjalan kaki ke hotel yang aku telah tempah kat booking.com Hotel Traveller..masih kat area Kampung Air lagipun senang aku nak berjalan sekitar bandaraya KK ni semuanya berdekatan dengan hotel..Pasar Filipina, Pasar Malam Sinsuran, Pasa Malam Kampung Air dan pusat membeli-belah Centrepoint.. Check in bilik, aku tidur dan rehat sekejap…Penat weiii huhuhu….

Photo: Nilah jbatan tamparuli yg diorg selalu nyanyi tu...
Jambatan Tamparuli
Ralat:
Bagi yang nak tinggal di Celyn Resort, caj ke Pekan Kundasang RM40 bukannya RM20, sebab masa aku naik dari Pekan Kundasang ke Celyn Resort nak check in tu RM20 sahaja huhuhu...ada beza plak harganya bila aku chek-out...Caj resort ni mungkin agak mahal dan RM40 tu adalah harga untuk seorang one way....*Pitam kejap*....Caj ke Ranau sahaja seorang RM80.00...Nak bajet naik bas mini macam aku, tapi kena turun Pekan Kundasang dulu..Tak nak naik transport diorang dari Resort ke Pekan Kundasang...boleh golek-golekkan diri turun ke kaki bukit hehehe...



Sunday 29 September 2013

CELYN RESORT KUNDASANG

Assalammualaikum...

Entri ni bersambung dari yang semalam punya....Dah habis aku ronda-ronda sekitar Kundasang, aku call pihak resort pick up aku kat Pekan Kundasang (Celyn Resort ada menawarkan perkhidmatan mengambil tetamu hotel caj dikenakan kalau Pekan Kundasang ke Resort RM20)...Lebih kurang 25 minit sebuah van sampai.. Aku terus dibawa naik ke resort, lebih kurang perjalanan naik atas 25-30 minit agaknya...Mata aku memang tak henti menikmati permandangan dari kaki bukit menuju ke resort...Jalan sini agak teruk sikit sebab menggunakan jalan berbatu kecil...Kalau ada kenderaan sendiri mudahlah nak turun naik resort dan ke pekan Kundasang..Kalau macam aku yang venture dan gamble menapaklah jalan kaki naik atas...Huissh tak sanggup aku dengan keadaan jalan macam ni jalan kaki..Last-last aku golek-golek jer lah cepat sampai turun hehehehe...

Photo: On my way to resort

Celyn Resort ni aku buat tempahan kat booking.com (pernah dengarkan website ni tempah dulu bayar kemudian)...Kalau ikutkan nak stay kat Pine Resort tapi situ dah full..Ambik jerlah sini... Harga bilik Celyn Resort ni RM 235 termasuk sarapan pagi..kat sini bilik dia satu mengadap Gunung Kinabalu...satu lagi mengadap ke Lembah Perkampungan..Memang cantik permandangan kat sini..Cuma aku harap jalan menuju ke resort dapat diperbaiki...Celyn Resort bertaraf 3 bintang...Bilik memang cantik aku sampai lebih kurang pukul 12 tengah hari...Hari ni mood nak rehat dan golek-golek kat bilik jer hehehe....




VIEW DARI BALKONI BILIK...GUNUNG KINABALU MASIH BERSELIMUT LAGI
So hari memang decide nak rehat dan petang bolehlah jalan-jalan sekitar resort...Kat hotel ni ada menyediakan hidangan steamboat, sejuk-sejuk camni memang sesuai sangatlah nak makan stimbot...Tapi harga...Gigit jari dulu hehehe....Bilik hanya ada kipas siling... Memang sejuk sangat suhu mencecah 19 Darjah Celcius...Sejuk bangat, sambil duduk kat balkoni boleh lah hirup kopi ker teh menikmati permandangan huhuhu...

GAMBAR MENGGUNAKAN TRIPOD YER HEHEHE

Photo: Makin jelas sudah...4.39 pm
VIEW DARI BALKONI JAM 4.39 PM

SUHU MALAM TADI...BERSELIMUT JERLAH

Bagi korang yang nak stay kat resort ni lah bolehlah buat booking terus dengan pihak resort boleh klik website ni Celyn Resort, nak buat tempahan kat Agoda dan Booking.com pun boleh...Bilik ni menawarkan penginapan termasuk set sarapan pagi untuk dua orang...pengangkutan caj bergantung dengan tempat yang nak dituju...aku suggest kalau nak stay lama korang boleh turun kat Pekan Kundasang.. Dari Pekan Kundasang korang boleh ambik mana-mana bas mini (van..kat sini diorang panggil bas mini)..menuju ke Ranau tambang RM4 jer..kat sini pun boleh ambik bas mini ke Kota Kinabalu...Boleh jugak pergi ke Poring Hot Springs dan Canopy Walk (tambang sekitar di bawah RM10)...Bilik resort tidak menyediakan wi-fi..Tapi connection Digi dan Celcom baik... Aku menggunakan Hot Spot Wi-Fi handphone S4 aku untuk berinternet hehehe...Sesekali hadiahkan diri sendiri bercuti tempat macam ni best jugak...Penat lelah bekerja memang terbayar..

Valley Wings
LOBI HOTEL 

ADA COFFEE HOUSE KAT SINI

Yang lain tu biasa, tapi kat bilik ni ada DVD player...Bolehlah bawak DVD korang nak menonton movie kat bilik...TV siarannya tak berapa clear mungkin sebab atas bukit...Tak kisahlah..Bukan nengok TV pun...Nun aku nak nengok Gunung Kinabalu jer hehehe...Dinasihatkan nak duduk lama sini bawa bekalan makanan banyak-banyak...nak turun ke Pekan Kundasang tu memang payah sikitlah dan caj ke sana RM20 one way... Tapi resort ni ada menyediakan Room Service, menu hidangan dari RM18.00 ke atas... So sediakanlah maggie cup ker apa ker...nak bawak periuk nasi boleh kowt hehehe....

CHANNEL CINEMAX JER CLEAR...
MINUM KOPI HANGAT SODAP TIME NI

RASANYA NAK DATANG LAGI SINI...
Rasa nyesal plak tak stay lama-lama kat hotel tapi..Jadual perjalanan aku agak limited jadi duduk semalam..Next time bolehlah duduk lama-lama sikit...View dia Subhanallah kalau depan mata memang awesome giler...nasib baik aku tak masuk wad gila ahakss....Sorilah tak sempat nak blogwalking...tengah santai-santai macam ni..Insya Allah lepas balik dari Sabah aku terjah blog korang...Saper yang nak ole-ole dari Sabah tu tinggalkan nama, alamat rumah dan web blog korang dalam emel aku yer tajuk emel bolehlah letak NAK OLE-OLE DARI SABAH...adhieblogspot@gmail.com khas untuk follower blog ni sahaja yer..siapa cepat dia dapat limited jer ole-ole ni huhuhu (Macam segmen Giveaway pulak)





Saturday 28 September 2013

KOTA KINABALU KE KUNDASANG

Assalammualaikum...

Semalam dah jejak kaki kat Kota Kinabalu (KK), tapi belon ehhh salah kapal terbang landing jer hujan turun dengan lebat.. Penerbangan dari Miri ke Terminal 2 KK sampai lebih awal 10 minit...kalau biasa 50 minit..jadi 40 minit kiranya...Ada beberapa kali gak turbulence...nervous dan dalam hati berdoa semoga semuanya selamat... Alhamdulillah aku selamat sampai kat KK..


Sampai terus ambik teksi ke hotel... Hotel ni pun kira last minit gak aku booking, nasib baik masih ada kekosongan...Hotel Sri Iskandar...Mula-mula nak stay kat De Galleria Hotel..Tapi full house..nak tak nak ambik jer lah..faham-fahamlah weekend memang banyak gak pelancong datang time ni... Hotel Sri Iskandar ni kira okeylah taraf bajet...RM72 satu malam...Bolehlah buat letak kepala nak tidur...Bukan 24 jam kat bilik... Memang banyak kekurangan hotel ni, shower air panas takde.. Sinki pulak bocor..TV rosak (tapi ditukar pihak hotel bila aku komplen)...Nak tukar hotel lain memang payah hotel sekitar Kg Air ni memang penuh...(Kampung Air tak tau kenapa tempat ni dipanggil Kampung Air mungkin dulu ni pernah jadi tapak kampung)

KAT AREA NI MEMANG BANYAK HOTEL BAJET


BOLEHLAH BUAT BEREHAT MALAM

TAK BERANI NAK KOMEN HUHUHU HOT SHOWER TAKDE

Photo
PASAR MALAM KAMPUNG AIR
KK WATERFRONT

Sebab utama aku stay kat Kampung Air ialah pasal ada pasar malam yang famous kat sini...Kalau yang perempuan tu memang rambang matalah...brooch mutiara..rantai mutiara...segalalah mutiara huhuhu ada dijual kat sini... Kalau kat pasar Filipina tu mahal sikit...mungkin kerana tumpuan pelancong...Jadi kalau nak carik barang-barang cenderahati atau barang sendiri pergi kat Pasar Malam Kampung Air...Memang berbaloi-baloi nak memborong.... Aku hanya berjalan area sekitar ni sahaja sebab esok pagi berangkat awal ke Kundasang...

Seawal jam 630 pagi aku dah bertolak ambik bas mini ke Terminal Bas Inanam... Kat sini baru kaki nak jejak tanah dah berpusu-pusu penjual tiket datang kat aku (rasa artis plak dikerumuni orang hehehe)... Aku ambik bas paling awal menuju ke Ranau..Bas ekspress Tung Ma..Okeylah tiket RM15..Yang paling membuat jantung aku dup dap tu bila driver bas bawa bas 100 km/j dahlah jalan kat lereng-lereng bukit...Mungkin driver dah biasa dah hari-hari kan...

Photo


Korang kena ingatkan driver tu turunkan korang kat Pekan Kundasang nanti straight pulak dia ke Ranau...Menapaklah korang dari Ranau ke Kundasang tu nanti (jauh tu Ranau ke Kundasang entah-entah raya aji baru sampai kalau jalan kaki hehehe)...Sampai kat Pekan Kundasang aku dah nampak Gunung Kinabalu...last November dah pergi sini sebenarnya..Tapi tak sempat explore habis sekitar area ni..hanya singgah beli buah..Kali ni aku nak masuk kat War Memorial Park

Photo
SUBHANALLAH...CANTIK KAN

War Memorial Park betul-betul kat belakang Pekan Kundasang...Kira jaraknya macam korang campak batu macam tu hehehe...Mungkin orang tak perasan ada produk pelancongan ni kat sini..Sebab aku tak nampak signboard pun...Sebagai bekas student pelancongan...signboard tu penting hehehe pandai plak aku komplen..Yelah kurang-kurangnya orang menyedari ada produk pelancongan kat situ...harap Sabah Tourism Board buat sesuatu..Tiket masuk murah jer RM2 untuk kita warganegara Malaysia...IC kena tunjuk...baru dapat price RM2..


Masuk kat sini nikmatilah keindahan tanaman bunga dan tumbuhan dalam ni...sejuk mata dan tenang jugak dalam ni...Tempat ni sebenarnya adalah untuk menghargai pengorbanan tentera British dan Australia semasa perang dunia kedua...Ada 3 taman kat dalam ni Australia Garden, English Garden dan Borneo Garden...Landskapnya memang cantik...Hati-hati jangan cabut bunga kat sini...Denda RM100 kalau cabut bunga kat sini..

AUSTRALIA GARDEN

BORNEO GARDEN
BERLATAR BELAKANGKAN GUNUNG KINABALU
ENGLISH GARDEN


Lepas pusing-pusing kat War Memorial Park aku asyik dengan kamera DSLR aku tak henti merakam Gunung Kinabalu tu..Nampak macam dekat jer...Bilalah rezeki aku nak naik atas tu...Aku berjalan kat sekitar pasar buah dan sayur Kundasang ni...Cuaca memang sejuk sini..Bestlah kalau tinggal kat sini..tak payah pasang air-cond...Aku beli beberapa jenis buah-buahan untuk di bawa bekal ke resort...Dan sempat jugak aku membeli bekalan lain sebab aku tau resort tu memang jauh dan payah nak turun ke Pekan Kundasang beli makanan dan minuma...Pekan dia kecik jer pun boleh kira berapa kedai jer ada...Kat Pekan Kundasang ni ada KFC...nak bekal KFC pun boleh jugak hehehe...

To be continued hehehehe...(Nanti aku sambung lagi ek...)

Photo
TERBAIK DARI LADANG  (BUAH-BUAHAN DIJUAL DI PEKAN KUNDASANG)

#nota tambahan : Perjalanan KK-Kundasang 2 jam