!TEMAN-TEMAN BLOG!

Sunday 30 June 2013

KFC 40th Anv FREE Snack Plate Combo With Flask Purchase



Assalammualaikum..

KFC telah mengadakan Ulang Tahun ke-40, so diorang buat promosi setiap pembelian Thermos rekaan khas berharga RM 25.90 (Tidak termasuk cukai kerajaan) ni akan mendapat Snack Plate percuma Aku baru jer sambar dua thermos ni ada empat warna semuanya...merah dan pink tak sempat lagi beli huhuhu... Petang tadi pegi KFC Mukah dah takde promo thermos ni...huhuhu sedih tak lengkaplah koleksi aku ni. 

Aku ni memang suka kumpul benda-benda macam ni aku pun tak tau naper aku minat kumpul collectible items ni dah macam hobi pulak, masa McDonalds buat promo free gelas Coca-Cola dulu pun aku sanggup pergi McD banyak kali semata-mata nak dapatkan gelas Coca Cola tu. KFC ni buat promo beli set thermos+Snack Plate RM 25.90 kalau calculate Snack plate RM12 (anggaran kasar) + Thermos RM15.. Kalau ikutkan harga thermos ni RM89.90... Nampaknya kat KFC Mukah dah abis dah promosi atau memang promosi ni hingga penghujung Jun sahaja...Tak sempat nak melengkapkan koleksi ni huhuhu

SINGGAH MAKAN DI RED CARROT CAFE

BEEF NOODLES TENGOK ISI DAGING DIA BANYAK KANNNNNN!!!
Assalammualaikum..

Kali ni aku bawak korang ronda-ronda makan kat salah satu restoran. yang memang aku suka jugak melepak kalau balik ke Sibu. Macam rancangan JJCM pulak dah, anyway aku nak introduce satu tempat makan ni namanya Red Carrot Cafe. Pagi-pagi dah buat entri pasal makanan ni kan... Restoran yang berhawa dingin ni ada dua cawangan satu di Jalan Pedada, atas Sugar Bun tak jauh dengan Delta Mall Sibu, dan cawangan yang terbaru ialah di Farley.

NAK BUAT ORDER TICK KAT MENU YANG BERKENAAN DAN PASS PADA WAITER (KUALITI GAMBAR KURANG MEMUASKAN HARAP MAAF)


Kat sini ada pelbagai hidangan seperti makanan tempatan dan makanan barat. Kalau kat sini aku suka makan Beef Noodles yang memang sedap dan Red Carrot+Apple Juice minuman wajib. Harga jangan risau memang tak mahal Beef Noodle RM 6.95 dan Red Carrot+Apple Juice RM 6.90




Suasana cafe ni memang nampak cosy dan menarik...paling penting kebersihannya mendapat pengiktirafan ranking A oleh pihak SMC. Cafe ni juga mendapat pengiktirafan HALAL so tiada kerisauan untuk mencari tempat makan halal di Sibu ni... Sebenarnya kat Sibu ni kalau rajin explore banyak sebenarnya tempat makan yang menarik untuk kita singgah makan, nanti ada masa aku cerita pasal tempat yang lain pulak... Okey SELAMAT BERHUJUNG MINGGU korang semua.

Segmen Bloglist Julai & Ogos By Cik akak


Assalammualaikum

Selamat pagi apa sarapan kitak orang tek? Cepat-cepat breakfast takut sekda letrik kelak...Hehehe tetiba cakap Sarawak ni kan..Okey ni ada satu segmen anjuran CIK AKAK ni yang juga orang Sarawak...Apa kata kita meriahkan segmen ni sambil menambah kenalan blogger KLIK JER BANNER KAT ATAS NI sambil menambah kenalan manalah tau boleh menang hadiah top up dari Cik Akak ni hehehe....

SELAMAT BERSEGMEN


Segmen Tambah Follower By Sh.Amarina


Assallammualaikum

FOLLOWER TERKINI : 83

Jom join segmen ni... Klik Banner kat atas...

TARIKH TAMAT : 31 JULAI 2013


Saturday 29 June 2013

BORNEO CULTURAL FESTIVAL 2013: JOM KE SIBU


Assalammualaikum...

Sekarang aku berada di Sibu esok dah kena balik Mukah semula..tapi petang tadi sempat jugak menjenguk tapak Borneo Cultural Festival 2013...Yelah duduk rumah elektrik pulak takde satu hari...So makluman kepada penduduk sekitar Sibu esok 30/06/2013 akan ada gangguan bekalan elektrik lagi dari jam 9 pagi hingga 5 ptg, hanya kawasan tertentu sahaja yang terlibat... 

Time aku datang situ gerai-gerai masih belum buka lagi yelah sebab acara lebih banyak pada waktu malam... Kalau Mukah dikenali dengan Pesta Kaul, Kuching Rainforest Music Festival, Sibu pula popular dengan Borneo Cultural Festival.





Borneo Cultural Festival (BCF) ni memang setiap tahun di adakan di bandar Sibu ni dan diadakan di dataran bandar Sibu betul-betul berhadapan Wisma Sanyan, dulu aku pernah kerja dalam bangunan tu tingkat 27 siapa yang biasa dengan bangunan tu mesti tau syarikat paling atas tu ngeee... 


BCF ni merupakan salah satu produk pelancongan yang mengetengahkan budaya pelbagai etnik di Sarawak. Lagi pun Sibu terdiri dari pelbagai kaum seperti Melayu, Melanau, Cina, Iban, Bidayuh dan Orang Ulu. Kat BCF ni lah korang boleh melihat macam-macam aktiviti kebudayaan yang diketengahkan oleh pelbagai kaum. Ini merupakan salah satu usaha untuk mempromosikan Sibu di dalam peta Sarawak sebagai bandaraya kebudayaan dan festival (ini tajuk Tesis aku dulu ni).


Kat tapak pesta BCF ni korang akan melihat sendiri secara dekat persembahan kebudayaan dari pelbagai kaum dan kat situ ada dibahagikan 3 pentas kecil dan satu pentas utama. Pentas kecil ni dibahagikan kepada Pentas Kebudayaan Cina, Pentas Kebudayan Melayu/Melanau dan Pentas Kebudayaan Dayak. Yang ni korang tak perlu risau sebab semua FREE tak payah tiket macam korang kena masuk ke Kampung Budaya Sarawak tu. Apa yang korang perlu sediakan ialah duit untuk membeli makanan jer... Kat sini macam-macam makanan tradisional turut dijual untuk dirasa dan dicuba bagi korang yang berkunjung ke BCF ni.

BCF ni berlangsung dari 20.06.2013 hingga 07.07.2013 bertempat di dataran Sibu. So, masih ada beberapa hari lagi acara ni akan berlangsung. Banyak program yang telah disusun atur oleh pihak penganjur dan yang paling best tu ada Akademi Fantasia Sibu hebat tak hebat BCF ni. 





Bagi yang tak tahu macam mana nak ke Sibu kalau dari Kuala Lumpur korang boleh menaiki MAS (1 Penerbangan sehari), Air Asia  atau Malindo (1 Penerbangan Sehari) secara terus ke Sibu penerbangan mengambil masa 1 jam 50 minit. Jika korang transit bandaraya Kuching pun boleh mengambil penerbangan Air Asia atau memilih Mas Wings mengambil masa 45 minit sahaja. 

Kalau nak lebih adventure bolehlah menaiki bas (8 jam perjalanan) atau bot ekspress (4 jam perjalanan). Hotel pulak jangan risau banyak hotel berdekatan dengan tapak pesta BCF ni seperti RH Hotel, Paramaount dan juga hotel bajet murah untuk pilihan... Jadi datanglah berkunjung ke Sibu...Jangan lupa mencuba Kuih Kompia yang hanya ada di Sibu...JOM DATANG SIBU



ALAHAI BILA DAH BLACKOUT



Assalammualaikum...

Malam ni blogwalking dan terjah blog orang jer kerja aku... Tadi pun lepas balas dendam nonton Teduhan Kasih via tonton.com sebab yesterday aku miss episod yang 26 tu...(Heshhhh memang sakit hati aku ngan watak si Ayu tu...dapat bini macam tu campak dengan bom tangan je)

Yelah semalam kan satu Sarawak blackout lebih kurang 5.40 pm dah takde elektrik...kira pecah rekod lah Sarawak semalam ek Earth Hour paling lama, pukul 12 tgh malam baru ada elektrik...Punyalah panas cuaca malam tadi memang tak boleh nak tidur...Bila dah kepanasan kat rumah terus aku bawa kereta melepak kat mana-mana..Nasib minyak dah siap-siap isi penuh. Waktu ni memang stesen minyak petrol tidak akan beroperasi...Adoiiii sekali tengok bandar Mukah dah macam ada pesta pulak...Penuh dengan kereta sepanjang jalan. Sibuknya dah macam siang pulak...Kedai-kedai makan tak yah cerita mostly penuh, kira candle light lah diorang ni...Kedai-kedai lain banyak dah tutup awal mungkin dah tahu blackout mesti lama punya...

Pusing punya pusing kat sekitar Mukah, aku melepak kat kedai makan nama dia Shaff Cafe ni pekena Char Kuey Tiaw...Dalam gelap-gelap pun makan jugak, at least adalah jugak angin kat luar. Memang tak sangka blackout ni lama bangattt...Balik rumah memang tak dapat tidurlah adoiii...Dah ada elektrik baru mata dapat dilelapkan....Rupanya ada litar pintas kat Kemena Bintulu...Kira jimat jugaklah elektrik satu malam ek... Hopefully lepas ni takdelah blackout lagi...

Friday 28 June 2013

DILEMA ANTARA I-PAD MINI ATAU GALAXY NOTE 8.0



Assalammualaikum

Hari ni tadi buat survey-survey kat kedai handphone dan gadget ni.. Aku sebenarnya teringin nak beli salah satu gadget ni tapi tengah pening mana satu nak pilih. I Pad Mini atau Galaxy Note 8.0 dua-dua ni menarik perhatian aku..Google kat online review mostly pilihan diorang I-Pad Mini...Dua-dua ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.... Kira nak mintak recommendation lah siapa-siapa yang ada pakai dua gadget ni.. Kiranya aku guna gadget ni pun bukan apa satu senang nak check email bila aku on-the-go.. Currently aku check email hanya melalui BB Phone aku jer...kecik  jer mata nak baca  emel tu...Bukan apa kerja banyak memerlukan emel... Satu lagi aku suka layan muzik or movie, bila travel takde lah boring duduk berjam-jam dalam bas atau kapal terbang....Jadi siapa-siapa boleh tolong rekomen antara I-Pad Mini or Galaxy Note 8.0 ni...HEEELLLPPP!!!! Tengah pening nak pilih mana satu ni hehehehe

Wednesday 26 June 2013

KENAPA MESTI KERJA 8 JAM SEHARI?????


Assallammualaikum..

Tiba-tiba terpikir pulak dalam sehari kita ada 24 jam, jadi memang dah ditetapkan untuk kita bekerja untuk 8 jam sehari. Tapi korang pernah terfikir kenapa kita di tetapkan bekerja selama 8 jam sehari....Bayangkan kalau kita bekerja kurang dari 8 jam sebagai contoh kita hanya bekerja 3 jam sehari apa akan terjadi...Mungkin kita seronoklah sebab masuk office pukul 8 lepas tu pukul 11 pagi dah boleh balik (aku pun suka). Setelah aku bertanya dengan sifoo terbaik yang aku ada iaitu Mr Google akhirnya aku bertemu jawapan asal-usul kenapa kita bekerja 8 jam sehari... Cekidaut....



Semasa abad ke-18 kebanyakkan kilang beroperasi 24 jam dan 7 hari seminggu kerana bagi mereka ini merupakan cara terbaik untuk memaksimumkan output pengeluaran. Kalau lihat pada masa sekarang pun untuk memastikan tahap effisien pekerja, seseorang pekerja itu akan bekerja antara 10-12 jam sehari dan ia merupakan satu perkara normal masa ni...

Pada abad inilah seorang lelaki bernama Robert Owen ni melihat situasi bekerja 24/7 ni tidak akan bertahan lama dan pada ketika inilaha dia telah memulakan kempen seseorang pekerja itu sepatutnya bekerja kurang daripada 8 jam sehari. Dengan slogan "8 hours labour, 8 hours recreation and 8 hours rest".

Dalam Al-Quran pun ada dinyatakan "Dan kerana rahmat-Nya, Dia jadikan untuk kamu malam dan siang, supaya kamu berehat pada malam itu dan supaya kamu mencari sebahagian kurnia-Nya (pada siang hari) dan supaya kamu bersyukur". (Al-Qashahs :73)


optimal work time, henry ford

Tapi sebenarnya bekerja selama 8 jam telah digunapakai oleh Ford dan sekaligus mengubah standard piawaian bekerja pada masa itu. Ford telah mengurangkan tempoh bekerja kepada 8 jam sehari malahan beliau jugak telah menetapkan pembayaran gaji 2 kali ganda kepada pekerjanya pada masa itu. Apa yang berlaku memang mengejutkan kebanyakan industri ketika itu, Ford Motor Company telah memperolehi untung dua kali ganda dalam tempoh 2 tahun. Produktivi pekerja yang sama, dengan tempoh bekerja hanya 8 jam sehari membuatkan industri lain turut mengguna pakai standard masa bekerja yang sama. 

Pada tahun 1937, Amerika Syarikat telah menetapkan standard masa bekerja ialah 8 jam sehari seperti mana yang termaktub dalam Fair Labor Standards Act. Ia dinyatakan seorang pekerja tidak boleh bekerja lebih dari 44 jam seminggu dan jika melebihi masa, majikan dikehendaki membayar Overtime.

Jadi itulah asal-usulnya bagaimana kita telah ditetapkan untuk bekerja 8 jam sehari, ia tidak dilihat dari segi sudut saintifik malahan ia adalah sesuatu yang normal yang telah diwarisi oleh kita ni sejak zaman revolusi industri lagi... Jadi gunakanlah masa dengan sebaiknya.... Kalau dah ditetapkan masa bekerja 8 jam tu jangan pulak leka dengan Facebook lah, YouTube lah...Online Game dan macam-macam lagi....Tak berkat tau duit gaji kita....

DISEBALIK LAPISAN 7 PETALA CINTA



Assalammualaikum CINTA.....

"CINTA bukanlah melemahkan...Tapi menguatkan... dan CINTA juga bukan menyedihkan tapi menggembirakan kita" - Hamka, 7 Petala Cinta

Itu merupakan salah satu dialog yang terdapat dalam filem 7 Petala Cinta ni. Last time aku dah menonton filem 99 Kali Rindu, dah akhirnya tercapai hasrat aku nak menonton 7 Petala  Cinta sebelum keluarnya 99 Kali Rindu. Hehehe filem ni macam dah basi yelah filem yang dah ditayangkan tahun lepas aku baru jer menonton dalam DVD...Anyway baca jerla review aku pasal filem ni....

Sinopsis :
Filem 7 Petala Cinta ini mengisahkan Attar (Aeril Azfrel) yang merupakan penjenayah yang menjadi buruan polis telah bersembunyi di masjid berhampiran Madrasah Qalbun Salim. Atta telah dibawa ke madrasah oleh Abi Ikhwan(Dini) dan mula mendalami Islam. Pada permulaan cerita ni korang akan menyaksikan majlis pertunangan Hamka (Fizo Omar) dengan Saidatul Nafisah (Shima Anuar). Suatu hari berita mengenai Hamka terbunuh di Yaman telah telah tersebar kerana perang saudara di negara tersebut.

Saidatul Nafisah menanti dengan setia hampir setahun kehadiran Hamka dari Yaman kerana dia yakin Hamka belum mati. Kemunculan Attar yang dibawa oleh Abi Ikhwan (ayah Saidatul Nafisah) ke Madrasah Qalbu Salim telah menemukan cinta dalam diam antara Atta kepada Nafisah. Tanpa Atta menyedari Hilma (Diana Amir) juga memendam perasaan terhadap Attar. 

Keimanan Attar juga turut diduga dengan kehadiran Nida (Putri Mardiana) yang merupakan seorang pelacur yang secara tidak sengaja menjadi salah seorang penghuni madrasah tersebut. Attar telah difitnah dan dihalau dari Madrasah. Perasaan bersalah Nida telah menceritakan perkara sebenar kepada Abi. Attar yang diterima kembali ke Madrasah pun terus dijodohkan dengan Saidatul Nafisah yang membuatkan Hilma merasa sedih. Malam perkahwinan Attar dan Saidatul telah dikejutkan dengan kepulangan Hamka. Nak tau siapa pilihan Saidatul antara Hamka dan Attar...Korang nengoklah sendiri yer hehehehe.

Review Aku :
Rasanya filem 99 Kali Rindu lebih penuh intipati dengan unsur-unsur keagamaan. Metrowealth seolah-olah bereksperimen terlebih dahulu dengan filem berunsur keislaman dalam 7 Petala Cinta sebelum menerbitkan filem 99 Kali Rindu. Mungkin sebelum ini banyak filem-filem Islamik terbitan Metrowealth namun dua naskah ini adalah yang terbaik bagi aku setakat ini. Okey kita letak tepi dulu filem 99 Kali Rindu ni sebab aku nak bagi komen filem 7 Petala Cinta dari sudut pandangan aku sebagai penonton. Sedikit sebanyak filem-filem Islamik terbitan Metrowealth telah banyak mencetuskan fenomena filem berunsur dakwah Islamik.

Filem arahan Azhari Zain yang pernah mengarah filem Santau, Zoo, Mantra, 3 2 1 Cinta, Flat 3A dan Keramat cuba menonjolkan kreativiti pengarahan dari sudut Islam. Bagi aku filem 7 Petala Cinta ni plot ceritanya biasa dan simple namun intipati dakwah yang ingin disampaikan mungkin tidak sampai bagi aku. 

7 Petala Cinta ini seolah-olah lebih menekankan hubungan rasa cinta antara Attar, Saidatul dan Hamka, kira macam kisah cinta 3 segi. Namun kehadiran Nida seorang pelacur yang menjadi salah seorang penghuni Madrasah menjadikan jalan cerita ini lebih menarik. Hati wanita mana yang tidak hancur kalau melihat bakal suaminya ditemui bersekedudukan dengan perempuan yang bukan muhrimnya.

Ada sedikit kepincangan dalam filem ini bila mana Saidatul Nafisah yang merupakan wanita muslimah melemparkan kata-kata yang sangat kesat bagi aku. "Orang busuk macam awak, pakai minyak wangi banyak mana pun tetap berbau bangkai"... Macam tu sekali dialog yang dilemparkan oleh Saidatul kepada Attar yang telah difitnah. Sepatutnya kata-kata itu tidak muncul dari seorang muslimah solehah, kerana dia bukan Tuhan untuk terus menjatuhkan hukum...Kalau aku pun memang sedihlah ditohmah macam tu sekali...Itu salah satu kelemahan yang aku lihat dalam filem ni.

Babak Attar yang ditangkap bersekedudukan dengan Nida agak kelihatan janggal bagi aku. Semasa Attar cuba melepaskan diri dari Nida secara tidak sengaja Attar telah menampar Nida. Tapi yang aku pelik tu
Attar boleh pulak cuba memegang Nida walaupun dia bukan muhrim selepas dia menampar Nida. Adoiyaiii time tu jugaklah diorang ni kena cekup oleh Abi Ikhwan dan Saidatul Nafisah juga turut menjadi saksi....

Kematian Hamka mungkin akan dilupakan oleh kita sebagai penonton untuk seketika. Tapi korang terfikir tak jika kita sebagai salah seorang ahli keluarga yang terkorban dalam perang di luar negara mesti kita ingin mengetahui cerita sebenar. Kalau mati mana kuburnya..takder ker usaha untuk mengesan mayatnya dan membawa kembali ke Madrasah...Tu lah yang malam perkahwinan Attar dan Saidatul tu muncul pulak sik Hamka ni dengan tiba-tiba blackout. Part yang memberi kesan kepada hati tu apabila Hamka menyerahkan Al-Quran yang ditulisnya sendiri kepada Saidatul Nafisah...macam sengaja kan nak bagi konflik cerita ni kat penghujung huhuhuhu. Apa-apa pun aku memang puji sinematografinya yang memang cantik....Harap-harap Metrowealth teruskanlah menerbitkan filem berunsur Islamik ni di masa hadapan....

Rating untuk filem ni dari 5 bintang aku bagi 3 jer.... 




GOLDEN BONBON NOUGAT

Assalammualaikum...

Lama betul tak makan nougat ni. Santai petang-petang macam ni balik dari kerja terus membuka bungkusan Almond Nougat Golden BonBon yang aku beli masa kat KLIA hari tu. Jangan pulak ingat nugget yang digoreng tu yer hehehe...Yang ni nougat yang dimakan macam tu sahaja. Rupanya yang macam tempe tu kalau masuk mulut memang nikmat dan asyik hehehehe...Ada dua jenis nougat ni satu yang crunchy kalau makan memang macam rasa nak patah gigi keras (aku tak suka yang ni) dan satu lagi yang soft (yang ni aku suka sebab lembut macam marsmallow). Yang aku beli ni ada 6 jenis perisa iaitu Honey Almond, Maple, Cranberry, Blueberry, Orange dan Coffee...




Bahan utama yang digunakan dalam nougat ni ialah Almond. Kandungan 50% Almond dari California, madu 25% dan putih telur. Isi kandungan Almond yang tinggi dalam setiap nougat ni akan membuatkan ianya kurang manis dan menerbitkan bau wangi. Memang besar-besar hirisan almond yang dimasukkan dalam nougat ni. Bagi yang menjaga kesihatan tu jangan risau sebab ia bebas kolestrol, bebas gluten, bebas lemak dan yang penting ia HALAL untuk dimakan oleh orang muslim. 

JANGAN RISAU IA HALAL

INI BUKAN TEMPE TAPI NOUGAT YER


TAHNIAH KEPADA SYURA YANG MENJUARAI MASTERCHEF 2.....

Assalammualaikum..

Tahniah buat Syura yang telah menjuarai Masterchef-2... Kat bawah ni gambar hidangan dua peserta akhir Masterchef-2 Syura dan Celina


HIDANGAN OLEH SYURA
Pembuka Selera

Hidangan Utama

Pencuci Mulut

HIDANGAN CELINA

PEMBUKA SELERA

HIDANGAN UTAMA

PENCUCI MULUT

DUNIA IMAGINASI: CIRQUE DU SOLEIL WORLDS AWAY


Assalammualaikum..

Last night menonton satu DVD yang bagi aku memang menarik...Korang pernah tak mendengar Cirque Du Soleil...okey kalau tak.. pernah dengar Circus. Mesti pernah dengar kan... Kalau masa aku kecik-kecik dulu kalau masa Tahun Baru Cina ker, Raya ker atau time cuti-cuti sekolah selalu ada ditayangkan kat TV persembahan sarkas orang putih ni. Tapi sekarang aku lihat macam dah jarang-jarang ada persembahan sarkas dalam TV, itu pun pernah suatu ketika dulu Royal London Circus datang ke Malaysia (aku tak berpeluang untuk nengok pun huhuhu).. 



Okey aku nak cerita pasal Cirque Du Soleil, yang ni kira salah satu sarkas yang paling popular dari Kanada. Cirque Du Soleil ni maksudnya Circus of The Sun. Bagi yang pernah membaca buku Blue Ocean Strategy korang akan tahu pasal zaman kemalapan zaman sarkas ni, Cirque Du Soleil telah mengubah sarkas kepada standard yang tinggi yang kini banyak dipersembahkan di Las Vegas. Dengan faktor kos, harga tiket dan lokasi ini memang salah satu penghalang orang macam aku nak menonton persembahan sarkas yang ala-ala teater ni...secara LIVE


Penerbit filem terkenal James Cameron menerbitkan filem Cirque Du Soleil dalam bentuk 3D bersama dengan Andrew Adamson yang memaparkan dunia imaginasi secara teatherical dari sudut aksi-aksi akrobatik yang menarik. Kalau korang pernah menonton DVD Celine Dion Live In Vegas persembahan tarian latarnya mengambil koordinasi dari Cirque Du Soleil... Melihat sahaja DVD ni atas rak Speedy Video Mid Valley tanpa berfikir panjang aku terus beli..


Cerita ni bermula dengan seorang gadis bernama Mia bertemu dengan seorang lelaki sarkas Aerialist dan secara tak terduga lelaki itu telah jatuh ke atas tanah ketika persembahan. Situasi ini telah membawa Mia ke dunia yang penuh imaginasi yang mengingatkan kita kepada filem Alice In Wonderland. Mia telah bertemu dengan pelbagai keajaiban dan makhluk-makhluk aneh ketika mencari lelaki sarkas itu... Dengan muzik latar yang menarik dan juga lagu-lagu popular The Beatles....Aksi akrobatik memang WOW ada berani nak bergayut tinggi macam diorang macam dalam DVD ni..


Walaupun tak dapat pergi ke Vegas untuk menyaksikan secara LIVE...tapi menonton DVD Cirque Du Soleil  Worlds Away ni memang layan abisss dan AWESOME... Aku suka muzik latar dalam ni...Harap-harap satu hari nanti dapat jejak kaki ke Vegas dan menonton secara LIVE pulak...

TRAILER: CIRQUE DU SOLEIL WORLDS AWAY

Tuesday 25 June 2013

SUATU HARI DI MASJID AL-BUKHARY JALAN HANG TUAH



Pada hari Jumaat yang lepas 21 Januari 2013, aku berpeluang untuk bersolat Jumaat di Masjid A-Bukhary ni.. Kalau tak tanya dengan pekerja-pekerja hotel memang tak tahu aku kewujudan Masjid ni tak jauh dari Bukit Bintang. Masa sampai kat masjid ni sempat berborak dengan penjual nasi di sekitar masjid tu.. Kata mereka masjid ni dah 5 atau 6 tahun dibina. Sebelum masjid ni didirikan tapak asalnya adalah surau Babul-Jannah (berusia 147 tahun). Terdapat beberapa buah rumah pangsa di sekitarnya dan tak jauh dari dari LRT Hang Tuah...Masjid ni terletak betul-betul berhadapan dengan Victoria Institution..


Kalau korang berjalan kaki dari area Bukit Bintang tak lah jauh sangat ikut jer laluan LRT tu korang akan sampai.. Kalau malas nak berjalan boleh ambik LRT dari Bukit Bintang atau Imbi (berhadapan Melia hotel) tapi kalau hari Jumaat tak digalakkan sangat mengguna LRT time ni sebab sesak...

Masjid dengan kubah berwarna biru bersulamkan dengan ayat-ayat suci Al-Quran ni dibiayai pembinaannya oleh Yayasan Albukhary (ditubuhkan oleh jutawan terkenal Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary) dengan kos RM12.2 juta dengan ukiran kesenian Melayu dan negara Arab. Dua buah menara yang terdapat di masjid mengambil ciri-ciri senibina Masjid Nabawi, Madinah. Dengan keluasan 2,700 meter persegi dan boleh memuatkan 1,600 jemaah pada satu-satu masa. Apa yang unik bagi aku sekitar masjid banyak pokok-pokok tamar menghiasi sekitar masjid ni.

Pohon-pohon Tamar Menyambut Kedatangan Umat Islam Menunaikan Solat


Pandangan dari Stesen LRT Hang Tuah



KISAH ROTI GARDENIA




Assalammualaikum....

Wah berhabuk dan bersawang dah aku punya blog ni hehehe fuhh fuhh fuhh ...berapa hari dah tak update lepas aku sampai KL hinggalah balik Sarawak tak ada masa langsung nak log in kat blog..dengan menyiapkan projek tahun akhir lagi...Alhamdulillah semua dah siap, Insya-Allah akan konvo bulan Okt/Nov di UTM Skudai Johor... Doakan saya yer kawan-kawan...

Ni cerita pasal KL aku tiba-tiba rasa nak share satu benda ni.. Kira benda ni macam trend lah kalau orang Sarawak turun KL..ROTI GARDENIA... Mungkin bagi orang KL gardenia ni sesuatu yang biasa. Yelah cuba korang gi LCCT mesti roti ni memenuhi ruang rak kedai-kedai di balai berlepas untuk memenuhi permintaan pelanggan terutamanya yang akan balik ke Sarawak macam aku.. Hari tu gi KL aku dah beli siap-siap kat Mydin Sinar Kota sebab kalau berangkat dari KLIA memang takde kedai jual roti ni di KLIA...memang berbondong-bondonglah aku angkut roti tu menaiki LRT menuju ke hotel...Tak kisahlah mata orang memandang hehehe... Ni jerlah buah tangan untuk budak-budak office dan kawan-kawan di Sarawak.. Korang jangan hairan especially kalau kat LCCT kedai-kedai kat balai berlepas akan kehabisan stok roti gardenia...Macam tu sekali penangan roti gardenia ni...



Roti ni memang takde kat Sarawak, kalau ada pun YA AMPUN harganya berlipat kali ganda, kalau betul-betul ngidam bolehlah beli sebungkus dua... Kalau kat Sarawak ada dua kedai yang jual roti ni di Kuching satu kat belakang Parkson Riverside dan satu lagi di Stesen Petronas OneTJ...Harga tepuk dada tanya wallet hehehe...

Tips kalau korang nak ke Sarawak bawak roti Gardenia ni memang dah cukup dah.. Makin pulak kalau korang beli perisa Butterscotch tu memang terbaiklah... Budak-budak office aku suka Butterscotch dan Sambal Ikan Bilis...

Friday 21 June 2013

Nasi Lemak Atan... Memang Da Bomb

Nasi Lemak Atan 07

Assalammualaikum...

Jenuh berjalan di KL hari ni dari Bukit Bintang ke KLCC berjalan kaki...balik Sibu ni memang aku perlu buat urutan kaki..Kat KLCC Isetan tengah sales giler-giler aku memang tak tahan...yang tu nanti aku cerita.. Ni aku nak cerita pasal satu tempat Nasi Lemak 80 sen ni. Kalau turun KL gerai nasi lemak ni memang wajib singgah, yelah satu bungkus 80 sen, seingat aku harga nasi ni dulu harganya 50 sen masa zaman aku bersekolah menengah (pernah bersekolah menengah di Sek Men Padang Tembak Jln Semarak) di KL dulu... Nasi lemak ni memang aku bawak bekal kalau ke sekolah dulu... Istimewanya nasi ni, sambal nya masih seperti yang lama tak manis dan tak pedas sangat... Uniknya makan kat sini korang boleh pilih lauk pauk macam sambal sotong, paru, sambal kerang, telur goreng dan macam-macam lagi untuk ditambah makan bersama Nasi Lemak bungkus tu..


Makan kat sini uniknya layan diri, kalau korang makan kat situ ambik nasi lemak tu dan duduk terus pilih meja duduk. Nak bawak balik pun boleh...jangan pulak tak bayar...kembung perut korang tu karang. Kalau rasa nak tambah lauk pauk pilih jer untuk variasikan nasi lemak korang tu. Aku suka makan paru dan sambal sotong kalau datang sini. Tapi hari ni aku hanya makan 2 bungkus Nasi Lemak dan paru jer, perut aku masih kenyang angin sebab banyak berjalan hari ni huhuhu... Macam2 orang gelar gerai nasi lemak ni..Nasi Lemak Pondan lah...Nasi Lemak Cashier Muka Ketat lah...tapi orang tetap jugak datang makan situ... Yang buat aku suka nasi lemak ni ialah dibungkus dengan daun pisang...yelah baru asli nasi lemak dalam daun pisang...Sekarang aku tengok orang letak dalam plastik...

Nasi Lemak 2 Bungkus dengan Paru
Pasal orang kata cashier tu muka ketat sebab takde senyum aku rasa janganlah terus menghukum, tadi baik jer aku borak ngan abang cashier tu bercerita pasal hal kamera, yelah korang tak ajak borak tu muka dia ketat tu macam orang hutang 40 juta hehehe...Jangan marah yer abang cashier... Tapi dah sifat dia macam tu kot, bukan aku nak backing ek sebab betul tadi aku memang borak ngan abang tu..Baik jer dia..



Okeylah kalau korang nak pergi sini senang jer korang turun kat stesen Monorail Chow Kit, turun ikut platform no 2 yer...Jangan salah platform, turun dari platform tu nanti korang terus nampak deretan pasar malam kat Chow Kit terletak kat Lorong Haji Hussein 3 kat sebelah Hotel City Villa....Bolehlah cuba...Beroperasi dari pukul 6pm - 5am

Thursday 20 June 2013

Bertemu Rindu Di Mid Valley....



Assalammualaikum...

Sekali lagi aku menjejak kaki ke KL..Sampai jer hotel check-in keluarkan barang dari beg, terus menuju ke Mid Valley.. Aku rindu dan setiap kali ke KL aku mesti cari, biar di mana berada aku akan kejar...cewahhh tu lah yang tajuk entri dah macam tajuk drama slot Akasia tu. Turun ke Mid Valley sampai kat Metrojaya dah rasa macam suasana raya dah huhuhu..sebab baju-baju melayu raya dah sedia untuk dijual...Kat sini aku pejam mata..Tak mau aku tengok, sebab aku dah awal-awal beli baju Melayu hari tu masa turun kat JB..Beli  banyak-banyak pun yang tahun-tahun lepas masih boleh pakai...budget punya pasal...



Kalau korang nak tau apa yang aku rindukan kat Mid Valley ni ialah Nasi Bojari Mdm Kwan...Nasi Bojari ni adalah nasi yang paling famous kat Mdm Kwan...Harga memang boleh tahanlah, tapi memang berbaloi dengan kenikmatan rasanya... Sampai jer kat Mdm Kwan tu aku tengok memang ramai orang, siap ada beratur lagi kat luar tunggu giliran untuk duduk... Aku datang sorang jadi takde masalah untuk mencari tempat duduk hehehe...Aku order Nasi Bojari dan Jus Mangga..dalam sepuluh minit makanan dah sampai... Memang aku puji kesedapan Nasi Bojari ni; hidangan nasi yang colourful, ditambah dengan ayam goreng, sambal udang dan rendang daging dan dihidang di atas helaian daun pisang... Sekali sekala bolehlah ke sini, kalau selalu kopak jugak masuk sini.. Korang boleh klik link ni MDM KWANS untuk mengetahui menu-menu lain yang ada, aku dengar Nasi Lemak dia pun boleh tahan gak, tapi aku hanya sukakan Nasi Bojari...sebab tu bertemu rindu dengan Nasi Bojari di Mid Valley...


NASI BOJARI MDM KWANS dan JUS MANGGA



Satu hari ni memang aku kat Mid Valley ni jer, kalau tak tahan iman memang semua nak diborong, kat Speedy Video jer dah sekian belum lagi ke MPH mata rambang mencarik novel... Kedai-kedai baju memang aku just window shopping jer (sabar-sabar huhuhu) sebab bulan Julai nanti turun lagi ke KL masa bulan puasa cari barang untuk raya...So skrg belek-belek harga dulu lagipun bukan time Mega Sale... Pusing-pusing kat Mid Valley nampak kereta yang cantik kat bawah ni...Fullamak cantik giler...giler pun tak cantik macam tu...Cuma mampu berangan jerlah nak pakai kereta macam ni...



Okeylah esok sambung lagi...penat sangat turun naik mrt (need reflexology) dahlah KL sekarang memang panas sebab masa landing KLIA tadi pun tengok cuaca berjerubu...fuuhhh