!TEMAN-TEMAN BLOG!

Wednesday 31 July 2013

CONTEST BLOGGER JEJAKA JAMBU




Assalammualaikum...

Terima kasih kepada tuan tanah blog.lime.my yang menjemput aku untuk menyertai contest ni..

Blog dengan tagline "Everything You Can Imagine Is Real"..tuan tanah blog ni dikenali dengan panggilan Nan dan blognya memaparkan info-info berkenaan seni grafik dan artwork yang menarik.. Aku ni nak komen artwork memang tak boleh sebab bukan berjiwa seni hehehe... Cuba tengok bawah ni.. Memang awesome lah lukisan 3D ni...Nganga mulut kejap...



Kalau korang rajin geledah blog ni.. korang dapat melihat beberapa lagi artwork yang menarik macam ni..kerusi pun boleh jadi satu artwork yang hebat...


Nak tau lebih lagi pasal informasi artwork boleh lah geledah-geledah tuan tanah blog ni... 
Klik kat bawah ni untuk melawat ke blog tuan tanah blog hehehe...korang cekidaut lah kat sana yer... Ada contest jugak anjuran tuan tanah blog ni...nak menang powerbank KLIK SINI






SEGMEN : KUMPUL DUIT RAYA


Assalammualaikum...

Raya nak dekat jom kumpul duit raya..
Klik banner kat atas tu..

MyPerisai

Aplikasi ni aku dapat tahu dari saudara Bin Muhammad.. Mengandungi pesanan bersama Ustaz Dr Abdul Basit Abdul Rahman, doa2 daripada Al- Quran dan hadis, amalan sunat dan tips keselamatan umum

Aplikasi Terbaik Untuk iPhone dan Android Anda

Baru install kat henpon tq BM atas perkongsian..KLIK SINI
posted from Bloggeroid

Tuesday 30 July 2013

MANGSA KERAT SEBELUM AIDILFITRI!!!



Assalammualaikum...

Brutal tak tajuk entri aku tu.. Hahaha... Jangan pulak pikir aku kerat-kerat orang pulak.. Aku dah tahan nak kerat Kek Lapis Teduhan Kasih tu... Terus aku bukak bekas dia dan potong...Trending dengan drama Teduhan Kasih last month maybe sebab tu ada Kek Teduhan Kasih ni... Agaknya boleh meletop tak kek ni 2013 selepas Kek Lapis Ombak Rindu... Bila aku rasa kek ni....Alamak biasa jer (hampa huhuhuh).... Selepas tu aku potong pulak Kek Oren Chocolate Chip... Yang ni sedap rasa oren digabung dengan chocolate chips (aku suka)... Aku potong sikit jer nanti takder pulak untuk dihidang raya hehehe...


BINGKISAN AIDILFITRI....



Assalammualaikum... 

Dekat-dekat nak raya ni mesti banyak korang akan dapat hamper, biskut dan hadiah hari raya pemberian keluarga, kawan-kawan, kekasih dan sewaktu dengannya... Hari ni aku menerima kek lapis Sarawak dan biskut pemberian kawan yang datang dari Kuching... Terima kasih sahabat kerana masih ingatkan aku yang jauh tercampak di Mukah ni hehehe... Yang aku tak tahan tu kek tu nampak sedap... Yelah nama pun komersial satu tu Kek Teduhan Kasih dan satu lagi Kek Oren Chocolate Chips... Aduiii memang rasa nak kerat-kerat kuih tu sekarang...Macam manalah rasanya Kek Teduhan Kasih ni yer...nyum nyum memang lepas terawih jadi mangsa kerat akulah kek ni hehehe....

SIBU TERBAKAR LAGI

Sumber Gambar : I Love Sibu Facebook


Assalmmualaikum...

Ni ada lagi bangunan terbakar kat Sibu, menurut sumber bangunan yang terbakar ni terletak berhampiran dengan Dewan Suarah Sibu... Mungkin keadaan cuaca yang adakala panas membahang mengakibatkan banyak bangunan terbakar...Entahlah punca kebakaran masih belum diketahui....

MOOD DAH NAK BERAYA...


Assalammualaikum 

Tinggal seminggu lebih lagi nak beraya...Ni sebenarnya gambar tahun lepas aku buat jadikan kad raya tepek kat FB hehehe...Sekarang aku tepek pulak kat blog... Tahun ni belum buat lagi... Hati ni dah mula bunga api di hati nak beraya..Aku tak cuti panjang sebab tahun lepas aku dah cuti raya 3 minggu hehehe... Kasi chance kat pekerja muslim lain yang nak beraya sakan...tapi lepas diorang balik cuti beraya turn aku pulak cuti hehehe... Bagi korang yang dah mula bercuti dan balik kampung tu hati-hati di perjalanan... Yang belum bercuti tu sabar yer (termasuk aku)...Bagi yang tak dapat bercuti sabar dan sabar (kalau aku meraung tak cuti raya ni hehehe)...





Monday 29 July 2013

TUKAR KUPON DAPAT FOOD WARMERS....



Assalammualaikum..

Petang tadi sempat singgah kat Cosway kejap beli Spirulina dan niat nak redeem kupon yang aku dah kumpul.. Dah masuk tahun kedua aku menjadi ahli Cosway ni... Jangan pulak kata aku nak promote yer... Cuma aku ingin berkongsi pengalaman aku menjadi ahli Cosway ni... Sebenarnya mostly barangan seperti serbuk cuci, ubat gigi aku beli kat Cosway ni dan termasuklah supplement vitamin C, Spirulina, GlutaMix dan beberapa lagi supplemen yang lain... Yang bagusnya produk Cosway ni adalah berunsurkan organik dan harganya berpatutan.. Spirulina untuk 300 biji harga promosi RM50 untuk S/S beli 2 dapat 1 free..Nampak tak penjimatan kat situ...

Yang bagusnya Cosway ni kita akan mendapat 1 kupon untuk setiap pembelian RM30 dan akan mendapat kupon tambahan jika mencapai belian tahap tertentu pada setiap bulan. Setahun lebih aku menjadi pengguna Cosway, aku berjaya mengumpul hampir 200 lebih kupon, jadi hari ni aku menukarnya dengan 3-Tray Food Warmer yang bernilai RM399 ni hehehe kira percumalah sebab tukar dengan kupon sebanyak 145 kupon... Jadi bolehlah aku gunakan untuk Hari Raya nanti tak yah beli alat pemanas makanan di luar... So rumusannya aku akan terus menjadi pelanggan setia Cosway... 




Sunday 28 July 2013

SIMPLE GIVEAWAY BY MAHIRA RIDZUAN

KLIK BANNER NAK JOINNED

Assalammualaikum...

Sebelum aku melelapkan mata ni..aku titipkan bingkisan segmen GA ni untuk semua...tinggal berapa penyertaan lagi jadi penyertaan adalah terhad.. Hadiah menarik seperti kain pasang, novel, tudung dan duit raya

NI MANGSA TAGGED AKU UNTUK SEGMEN (MINTAK MAAF ZAHIR DAN BATIN SEBAB KORANG KENA TAGGED YER HEHEHE)


DAN

BILA HATI KATA NAK.....

Assalammualaikum

Masa bazaar walking kat sekitar Sibu petang tadi..tiba-tiba pulak hujan lebat... Aku pulak tengah menunggang skuter meredah hujan, apa lagi aku terus singgah kat sebuah shopping complex ni...Kira nak menumpang teduh kejap dari hujan... Jalan-jalan kat dalam shopping complex terpandang pulak minyak wangi Antonio Banderas warna biru...eh baru ker ni? kata ku dalam hati (cewah)..Hatiku terus katakan nakkan perfume tu... Sebab last time aku beli yang botol hitam tak nampak pulak warna biru ni... Yang hitam Seduction In Black yang ni pulak Splash Blue Seduction... KLIK SINI untuk melihat pilihan wangian Antonio Banderas... Apa lagi aku terus try... Berbanding dengan Seduction In Black wangian Seduction In Blue ni lebih woody dan fresh..Ada unsur-unsur fruity dalam wangian ni bila spray kat kulit...Tips memilih minyak wangi boleh rujuk entri aku yang ni KLIK SINI



Tak pikir-pikir dah ujan masih lebat jadi aku beli satu botol dan dapat miniature Banana Republic free hehehe... Kalau beli minyak wangi takder free gifts aku usaha jugak mintak free gifts, yang ni PR kena bagus dengan salesgirl... Bukan sahaja free gifts dapat tapi dapat jugak voucher membeli-belah... Since voucher tu pun expired hari ni terpaksalah jugak aku mencari barangan untuk ditukar dengan voucher....Masa tunjukkan resit untuk tukar voucher aku diberi segelas mug...sebab pembelian aku melebihi RMXXX (tak payah sebutlah ek kuikuikui)..Pilih punya pilih (pening gak ni carik barang yang boleh ditukar sama nilai dengan voucher)`akhirnya aku memilih baju kemeja lengan pendek tanpa perlu membayar apa-apa yelah dah redeem voucher sama nilai harga baju kira freelah baju ni... 

MINIATURE MALACHITE Banana Republic

KEMEJA YANG DITUKAR DENGAN VOUCHER

MUG FREE JUGAK


Jadi hari ni aku dapat 4 benda... 1) Minyak Wangi Antonio Banderas, 2) Miniature Minyak Wangi Malachite Banana Republic, 3) Baju Kemeja 4) Mug ...Hanya dengan satu botol minyak wangi hehehe...

PERADUAN TEKA KUIH RAYA, MENANG DUIT RAYA!

Assalammualaikum..

Petang-petang macam ni rajin plak rasa nak join segmen-segmen ni...manalah tau rezeki sangkut.. Ni pun gempak-gempak gak hadiahnya... Peraduan teka kuih raya dan nilai hadiah yang ditawarkan RM1480... WOWWOWOWOWOW


JAWAPAN AKU UNTUK SEGMEN NI :  136 biji BISKUT

NAK JOINED CONTEST NI KLIK BANNER KAT BAWAH DAN FOLLOW SEMUA ARAHAN..



Peraduan ini telah di sponsor oleh...

 

 









-----------------------------------------------------------------------------------------

LIKE THEM FIRST!! :)

This is how we show them the appriciate!


-----------------------------------------------------------------------------------------

Nak Kad Raya!!!

akuayut

Assalammualaikum wbt...

Sekarang memang kurang dah orang pakai kad raya buat ucapan ni rasanya... Korang nak kad raya jom join segmen anjuran adik Ayut ni...dia nak bagi kad raya kat bloggers yang terpilih... Manalah tau rezeki dapat kad raya... bolehlah tayang-tayang gantung buat hiasan kat rumah tu hehehehe... Segmen ni takder banner jadi aku ameklah header banner adik Ayut ni... Nak JOIN klik jer banner atas tu....
malam ni pukul 12 am tutup dah segmen ni...  sambil korang tunggu buat kek biskut dan kek tu klik jer banner tu hehehehe...

SELAMAT BERSEGMEN


Saturday 27 July 2013

BAZAAR WALKING HARI KE-18



Assalammualaikum...

Bazaar Walking aku hari ni menuju ke Bazaar Ramadan Kampung Bandung, Sibu...Dah sampai Sibu aku pun yippeee... Seperti biasa aku mencari menu yang berbeza sikit... Gerai kat Bazaar Kg Ramadan taklah semeriah di Bazaar Dataran Sibu... Jalan punya jalan aku berkenan nak membeli Kuih Chang ni... Pernah nampak kuih ni kan.... Tapi biasanya kuih ni kita lihat dijual oleh orang cina, tapi sekarang orang melayu pun dah boleh buat kuih ni... Kuih yang berasaskan beras pulut ni dibungkus dengan daun buluh.. Intinya ada pelbagai seperti daging dan ayam... Kuih ni popular di kalangan masyarakat Hokien dan kini banyak kuih chang yang halal dijual untuk dinikmati oleh semua muslim... Korang pulak berbuka apa hari ni? Selamat berbuka puasa...

BAZAAR RAMADAN KG BANDUNG, SIBU



SEMPAT JUGAK SINGGAH SINI TADI..SEBAHAGIAN KAMPUNG HILIR YANG TERBAKAR PADA BULAN LEPAS


ON THE WAY TO SIBU

Assalammualaikum....

Apa plan korang hujung minggu ni... Mesti ada yang balik kampung nak berbuka puasa termasuklah perantau seperti aku ni...Perantau ker... Since dekat-dekat nak raya ni takde kerja urgent nak disiapkan jadi aku plan balik Sibu hujung minggu ni... Aku memilih menaiki bas kes nak jimatkan kos minyak kereta.. Tambang dari Mukah ke Sibu RM20..3 Jam perjlanan

Tu lah menyesal plak beli kereta jenis auto... Minyak kalau guna untuk long distance memang mengalir macam air huhuhu... Aku beli kereta jenis auto ni dulu pun sebab time tu aku bekerja di Kuching jadi perlu menempuh traffic jammed... Takdelah lenguh kaki menekan pedal klac...

Okey aku nak ucapkan selamat berhujung mingu...Bagi yg dah mula cuti raya tu SELAMAT HARI RAYA MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN
....

posted from Bloggeroid

SEGMEN MARI TAMBAHKAN FOLLOWER BY DIK AN JULAI-OKTOBER


Assalammualaikum..

Malam ni merajinkan diri join segmen pulak huhuhu... Ni Segmen pertama oleh Dik An... Yang berkuatkuasa malam ni dan akan tamat pada 30 Oktober 2013...Wuiii lama tu kan kalau jalan-jalan raya berapa buah open house dapat pegi hehehe...Gurau jer... Bagi support sikit kat adik ni...Hadiah menarik seperti novel dan tudung bawal plain bakal menjadi milik peserta... Nak join senang jer klik banner kat atas...SELAMAT BERSEGMEN...

Friday 26 July 2013

"Tum Hi Ho"



Rasa nak layan hindustan plak malam ni... Lagu ni betul-betul touching hehehehe Layan dulu

KUIH PENYARAM AKA CUCUR JAWA

Assalammualaikum...
Alhamdulillah dah genap 17 hari kita berpuasa...Jalan-jalan kat bazaar ni dah tak tahu apa yang nak dibeli..Sama jer setiap hari...Last-last aku beli kuih penyaram.. Kuih penyaram ni kuih salah satu kuih tradisional yang biasa didapati di Sarawak..Kuih ni rasanya manis dan sedikit berminyak kalau orang Sarawak kata "berlinyok"... (berlinyok = berminyak)

Bentuk kuih yang leper dan bulat ni berbentuk seperti piring UFO jadi kat situ dah nampak keunikan kuih ni.. Kuih ni kalau betul cara membuatnya baru menjadi... Kekadang bila menggoreng kuih ni ia akan menggelembung jadi ia kurang gula...kalau terlebih gula pulak ia akan meleper dan tak kembang.. Kena adjust betul-betul bahan kalau nak membuatnya hehehe...Tak silap aku kuih ni ada jugak di Kedah kan tapi dikenali sebagai cucur jawa... Kuih ni aku suka makan bahagian tepinya sebab rangup...Selamat berbuka puasa korang...

Simple Segmen Saya Nak Kad Raya



Bestnya kalau dapat kad raya ni... Sekarang ni payah dah nak dapat kad raya
kalau dulu banyak terima kad raya bolehlah digantung kat rumah masa raya...
JOM join segmen ni siapa yang nak kad raya tu...
KLIK BANNER DI ATAS dan follow arahan yang simple...


SELAMAT BERSEGMEN

Thursday 25 July 2013

BUKAN CEREWET TAPI......

Assalammualaikum...

Macam mana puasa korang semua hari ni, dah genap 16 hari kita berpuasa... So harap-harap berpuasa hingga ke penghujung bulan Ramadan. Gaji dah masuk so mesti dah ramai yang berpusu-pusu ke pusat membeli-belah untuk membuat persiapan hari raya... Kalau cerita pasal persiapan ni..setiap tahun  awal bulan puasa aku akan membeli barang-barang untuk hari raya di sekitar Kuala Lumpur.. Yelah sambil berjalan-jalan sambil membeli-belah...

Kalau kat KL nak beli baju raya mesti tumpuan kat sekitar Jalan TAR, tapi aku suka membeli kain dan pakaian baju melayu di Jakel.. Sebab aku sukakan kualiti jahitan Jakel, sesuai pulak dengan saiz badan aku.. Biasanya aku akan beli kain untuk mak, dan baju melayu siap untuk ayah termasuk samping... Pilihan memang banyak kalau ke Jakel... Lagi satu aku sukakan layanan pekerja kat sini yang memang bagus dan tip top bagi aku... Melangkah masuk korang akan disapa dengan salam oleh pekerja-pekerja yang majoritinya wanita... 

GAMBAR IHSAN:GOOGLE

Masa aku mencari baju kurung untuk mak aku hari tu, siap pekerja tu tolong carik stok-stok baju kat dalam stor kat tingkat 1 atau 2, kesian pulak dia kena turun naik dari tingkat 5 ke tingkat paling bawah.. Yelah aku ni bab membeli memang cerewet sikit mesti nak jugak sama ada dari material warna, jenis kain dan corak... Kalau tak elok pada pandangan mata aku, aku memang tak beli pujuk rayulah peniaga macam mana pun janganlah harap aku nak beli... Macam kes aku di Jakel tu plak, mula-mula aku dah beli baju melayu untuk ayah aku, lepas tu nak carik baju kurung untuk mak aku pulak...Kenalah sepadan dengan warna baju melayu ayah aku... Aku rasa 2-3 kali staff tu turun naik sebab nak carikan warna yang sepadan..

Yang aku impressed sangat tu, staff tu tak sedikit pun merungut dan tetap tersenyum mencadangkan aku beberapa baju kurung... Memang bagus budak pompuan tu, tetap jugak melayan aku ni walaupun banyak demand hehehe..Tak ingatlah pulak nama dia tapi aku tengok rata-rata pekerja kat Jakel ni memang put customer in first place... itu yang aku lihat setiap kali aku membeli baju dan kain kat Jakel ni... Sebab tulah aaku suka pegi Jakel kalau nak beli pakaian untuk hari raya...Rasa seronok membeli-belah dengan layanan yang terbaik dari pekerja... Itulah tarikan utama pelanggan...

GAMBAR IHSAN GOOGLE

Jangan pulak jadi macam satu kes di sebuah gedung pakaian kat Mid Valley, staff tu bila mintak tolong carik saiz baju dah buat muka ketat macam orang hutang 50 juta, time aku tengah memilih baju tu jangan kata nak bangun dari kerusi yang dia duduk...Senyum pun takde... Part ni aku memang pantang sikit, bila dia jumpa baju yang aku nak tu.. Terus aku berkata "Takpelah dik, baju ni mungkin tak layak untuk saya pakai agaknya "suram" jer colornya... Walaupun saiz L tapi macam "ketat dan tegang".. , sebenarnya aku menyindir dia yang muka ketat sangat tu hehehe...entah dia tangkap ke tidak.. Aku ni bukan apa nak kata aku ni bagus dalam customer service tak jugak, sebab aku pernah bekerja dalam bidang perhotelan dan hotel berlainan..Sebab pelanggan mahu dilayan sesuai dengan apa yang telah mereka bayar.... Kalau kita layan pelanggan dengan baik Insya Allah kita akan dapat imbalannya..... Hhehe panjang pulak entri aku tengah hari ni... Okey selamat meneruskan ibadah berpuasa

SEBELUM TERLAMBAT

Assalammualaikum

Pagi ni tadi aku banyak bergegas ke sana sini kira macam jurugegaslah hehehe... Selepas hantar hadiah giveaway kepada peserta hari tu..aku bergegas plak ke bank nak tukar duit biasalah untuk masuk sampul raya nanti huhuhu... Nasib dah booking awal so takder masalah nak buat tukaran... Ramai juga yang menukar duit hari ni sebab macam limited sangat especially wang kertas seringgit tu... So sapa2 yg belum tukar duit cepat2 bergegas ke bank..nanti abis sebelum terlambat...

posted from Bloggeroid

GIVEAWAY DELIVERY

Assalammualaikum..

Hari ini dah mula menghantar hadiah GIVEAWAY kepada yang telah menghantar butiran kepada aku hari tu... so harap korang sabar...Sebab aku dok kat Sarawak jadi penghantaran barang mengambil masa 3-4 hari bekerja...



posted from Bloggeroid

NGANTUK SUDAHHHHHH

Assalammualaikum..

Alhamdulillah..siap dah packing hadiah untuk Segmen saya tempoh hari...  Esok dah boleh pos. Bagi sesiapa belum menuntut hadiah sila hantarkan butir-butir anda sebelum 31 Julai 2013.. 

posted from Bloggeroid

Wednesday 24 July 2013

PRE RAYA GIVEAWAY BY ADAM FAIZ


Pre Raya GiveAway By Adam Faiz bermula pada hari ini,22 Julai 2013,iaitu tepat  jam 12.00 malam sehingga 12.00 malam,30 Julai 2013.Semua Dijemput join.

Syarat-syaratnya:
  1. Terbuka kepada semua blogger yang bermastautin di Malaysia sahaja
  2. Follow blog Adam Faiz,Add Google+AdamFaiz dan Like fanpage di sidebar
  3. Klik semua simbol-simbol ini sehinggah habis loading : ❤❤❤❤
  4. Wajib follow blog,like fanpage,dan klik iklan para sponsor
  5. Buat entri yang bertajuk "Pre Raya GiveAway By Adam Faiz"
  6. Copy Coding yang disediakan dan paste ke dalam ruangan HTML dan Publish entri
  7. Tinggalkan URL entri anda ke ruangan komen entri ini sahaja
Senarai Sponsor:
  1. TGLSC| Follow blog| like:
  2. LD| Follow blog|like:
  3. STL| Follow blog|Like:
  4. SG|Follow blog| Klik iklan: | Like:
  5. DNT|Like:
  6. NFHBG|Like:
  7. CAM|Like:
Senarai Hadiah:
  1. 1x Dress Tajaan NFHBG
  2. 1x Blouse Tajaan NFHBG
  3. 1x fishtail Dress Tajaan DNT
  4. 1x Tudung tajaan DNT
  5. 10x lipstik jenama MAC tajaan DNT
  6. 3x Kuih Raya tajaan DNT
  7. 1x Shawl tajaan SG
  8. 1x Inner Bunga tajaan SG
  9. 1x Shawl Marya tajaan STL
  10. 1x Shawl Safeeya Tajaan STL
  11. 1x Cotton Tote bag tajaan TGLSC
  12. 1x Cotton Wallet Tajaan TGLSC
  13. 2x Pre inked stamp keychain tajaan LD
  14. 2x Oreo Chocolate tajaan CAM
Pemilihan Pemenang:
  1. Peserta yang mematuhi syarat 1 hingga 7 di atas
  2. Top refferal  bakal memenangi Dress tajaan NFHBG
  3. Random.org
JOM SUPPORT ADAM FAIZ,JOIN GIVEAWAY NI DENGAN KLIK BANNER KAT ATAS



Tuesday 23 July 2013

BAZAAR WALKING DATARAN SIBU PHASE II

Assalammualaikum..

Ini hari pertama jejak kaki kat bazaar ramadan sibu... malam ni dapatlah berbuka dan bersahur bersama famili.. Mula-mula pening jugak mencari menu kat Bazaar Ramadan...sehinggalah aku jumpa ni... kuih celorot..


Mengikut ceritanya kuih ni asalnya dari tanah jawa... dan amat popular di kalangan orang melayu sarawak.. kuih ni dibuat daripada tepung beras dan dicampur dengan gula apong...skrg pun dah ada yang perisa pandan untuk mempelbagaikan variasinya..

Aku tak pasti tempat lain ada tak kuih celorot ni... Bulan puasa nilah carik makanan yang jarang-jarang kita jumpa...Selamat berbuka puasa..
Bazaar Ramadan Dataran Sibu

Bazaar Ramadan -Dataran Sibu

posted from Bloggeroid

Transit Di Sibu

Assalammualaikum...

Baru jejak kat sibu.. Hari ni nak buka puasa dengan family... Esok pagi baru balik Mukah.. Bolehlah jalan-jalan kat bazaar Ramadan sibu hari ni... Mesyuarat lembaga pengarah pun dah selesai jadi dapat relax dari stress untuk sementara...

Tengok airport sibu ni... Dah banyak perubahan sikit dari dulu... masih dalam penambahbaikkan dan lebih selesa.. Transit kat sibu dulu semalam.. Petang nanti boleh boleh "terkayo kayo" bazaar ramadan sibu mana tau terserempak Cik Akak kat Sibu hehehehe...  

p/s : terkayo-kayo dalam bahasa sarawak mrayau-rayau

posted from Bloggeroid

Sunday 21 July 2013

CORETAN KU

Assalammualaikum...

Sekali lagi aku nak ucapkan tahniah kepada 10 orang pemenang SEGMEN GA yang pertama kali aku anjurkan... bagi yang tak berjaya jgn risau korang juga akan mendapat cenderahati kerana menyertai GA aku hari tu jadi bagi 68 orang lagi tu hantarkan butir2 korang ke email yang telah aku nyatakan...

Penghantaran hadiah mohon korang smua bersabar sebab skrg aku sedang travelling atas urusan kerja.. Insya Allah aku balik dari travelling akan update semua penghantaran hadiah.... Selamat bersungkey semua...




posted from Bloggeroid

PEMENANG SEGMEN GIVEAWAY X-CLUSIF PERTAMA BY ADHIE


Assalammualaikum... SEGMEN GA yang aku anjurkan dah tamat malam tadi. Mesti ramai yang tak sabar nak mengetahui pemenang GA ni... Berikut ialah senarai nama pemenang. Yang tak menang Insya Allah akan buat segmen lagi pada masa yang akan datang... CHECK IT OUT... 

p/s : pemilihan pemenang adalah sepenuhnya menggunakan khidmat random.org.


PEMENANG BUSINESS CARD ORGANIZER: PESERTA NO 3
IKHWAN YUSUFF
3 PEMENANG LITTLE TEDDY FAMOUS AMOS PESERTA NO : 21, 63 & 27
EIRA DZUHAIRAH, EJULZ & SHARIFAH AMARINA

2 PEMENANG HELLO GREEN BOTTLE AVON PESERTA NO : 36 & 45
MISS FEYQA & VENDETTATRAVELLER

 4 PEMENANG KEY CHAIN SINGAPORE PESERTA NO ; 8, 37, 12 & 72
TCCA ANUAR, MIEZA SUHAINI, PRINCESS NURULD, ADAM FAIZ




TAHNIAH KEPADA PARA PEMENANG..
BAGI YANG TIDAK BERJAYA JANGAN BIMBANG ADA GIVEAWAY 
SAGUHATI UNTUK ANDA DI ATAS SOKONGAN ANDA SEMUA...

SILA HANTARKAN BUTIR-BUTIR BERIKUT EMAIL : adhieblogspot@gmail.com
*MASUKKAN SUBJECT EMAIL : GIVEAWAY X-CLUSIF BY ADHIE*

1) NAMA :
2) NO PENYERTAAN:
3) ALAMAT :
4) EMAIL & URL BLOG :
5) NO TELEFON UNTUK DIHUBUNGI :


MOHON KERJASAMA AGAR KORANG SEMUA DAPAT HANTAR BUTIR-BUTIR DIRI UNTUK MENUNTUT HADIAH GIVEAWAY SEBELUM 11:59 malam 31/07/2013....TQ FOR YOUR SUPPORTS AND CONGRATS TO ALL THE WINNERS...LOOKING FORWARDS FOR THE NEXT SUPERB GIVEAWAY SEGMEN...SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN DAN SALAM LEBARAN :)...MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN