!TEMAN-TEMAN BLOG!

Monday 30 September 2013

HOTEL TRAVELLER KOTA KINABALU,

Assalammualaikum..

Lupa nak review pasal hotel yang aku duduk hari ketiga... Hotel Traveller aku tempah kat booking.com... Aku memang suka tempah kat booking.com ni sebab senang nak carik hotel yang sesuai dengan bajet aku, satu lagi lokasi yang aku nak jejalan tu..paling penting tempah dulu bayar kemudian hehehe..

Standard Double Room (Dengan Tingkap)
Okey hotel ni tak jauh jugak dengan Hotel Sri Iskandar yang aku stay hari pertama aku datang KK, betul-betul mengadap stesen Petron dan seberang jalan ada utama Centerpoint... Dua tiga langkah keluar dari hotel pun korang dah boleh jalan-jalan kat Pasar Malam Kampung Air jugak...ni sebab utama aku stay hotel ni dekat dengan pasar malam...

Bilik yang aku tempah ialah Standard Double Room kalau kat booking.com RM76 tidak termasuk caj 6%... Bilik kecik sikit dari Hotel Sri Iskandar hari tu, tapi tandas dan biliknya lebih bersih... TV masih standard TV kotak bukan flat screen yer... Almari takder tapi ada tempat untuk menggantung baju... Berbanding dengan Hotel Sri Iskandar hotel ni ada menyediakan air panas untuk minuman kat lobi, kalau rasa nak buat kopi atau teh tu bolehlah ambik air panas kat lobi...

Ada HBO kat Bilik
PENGGANTI ALMARI

Penting Ni Hot Shower Complete









RANAU KE KOTA KINABALU

Assalammualaikum..

Hari ketiga di Sabah aku bakal meninggalkan Kundasang dalam kenangan… Memang tak dapat lupalah tempat cantik dan tenang kat tempat.. Awal pagi dah aku menikmati hidangan sarapan pagi yang disediakan oleh pihak resort.. Ramai jugak orang pagi tu sampaikan berkongsi meja.. Takperlah leh gak kenal-kenalan hehehe… Aku target nak check out dalam pukul  11.00 pagi… Aku arrange transport dengan pihak resort untuk menghantar aku ke Pekan Kundasang… Sempat jugak membeli travelling kit bag ni kat rak souvenir Celyn Resort untuk kenangan…harga RM15.00


Sampai kat Pekan Kundasang lebih kurang jam 11.20 pagi… Aku mintak driver tu turunkan aku kat pasar buah-buahan dan sayuran sebab aku nak beli buah strawberry panggang dan buah  cinta yang sodap tu… Cuaca memang sejuk dengan angin pagi yang kuat…Lama-lama duduk sini memang boleh demam gak ni kalau tak biasa…

Aku mencari buah cinta sebenarnya ni huhuhu

Habis membeli-belah aku pegi  ke perhentian bas mini untuk menuju ke Kundasang, ada satu jer bas mini nasib baik..Tu pun masih menunggu bas penuh… Cuaca pun Alhamdulillah tak hujan jadi perancangan perjalanan tak terganggu… Menuju ke Pekan Ranau lebih kurang 20 minit dari Pekan Kundasang..Agak padat jugak bila berhimpit dalam bas mini ni…Tambang ke Ranau RM4.00



Tempat Menunggu Bas Mini Pekan Kundasang ke Ranau

Sedang Menunggu Bas Mini Penuh
Sampai kat Pekan Ranau aku berjalan seketika kat area-area sekitar Ranau ni, kalau dilihat lebih kurang macam Serian di Kuching… Aku tak ambik masa lama untuk berjalan sekitar Pekan Ranau jadi aku terus berjalan menuju ke Pusat Perhentian Bas Ranau-Kota Kinabalu…Kat area ni ada beberapa jenis pengangkutan untuk ke Kota Kinabalu untuk korang pilih bas mini (van), unser dan taxi… Caj yang dikenakan berbeza… Aku pilih bas mini…Tambang ke KK RM15.00.. 
\RANAU

PERHENTIAN RANAU - KINABALU (OPERASI 730 PAGI - 5.30 PTG)

Sepanjang perjalanan aku ambik kesempatan untuk tidur, singgah kat Tamparuli sempat ambik gambar jambatan gantung Tamparuli yang famous tu…Tapi hanya dari dalam bas, perjalanan Ranau ke KK 2 ½ jam…Sebab banyak singgah menghantar penumpang…Bas Mini betul-betul berhenti dekat Padang Merdeka, jadi senanglah aku berjalan kaki ke hotel yang aku telah tempah kat booking.com Hotel Traveller..masih kat area Kampung Air lagipun senang aku nak berjalan sekitar bandaraya KK ni semuanya berdekatan dengan hotel..Pasar Filipina, Pasar Malam Sinsuran, Pasa Malam Kampung Air dan pusat membeli-belah Centrepoint.. Check in bilik, aku tidur dan rehat sekejap…Penat weiii huhuhu….

Photo: Nilah jbatan tamparuli yg diorg selalu nyanyi tu...
Jambatan Tamparuli
Ralat:
Bagi yang nak tinggal di Celyn Resort, caj ke Pekan Kundasang RM40 bukannya RM20, sebab masa aku naik dari Pekan Kundasang ke Celyn Resort nak check in tu RM20 sahaja huhuhu...ada beza plak harganya bila aku chek-out...Caj resort ni mungkin agak mahal dan RM40 tu adalah harga untuk seorang one way....*Pitam kejap*....Caj ke Ranau sahaja seorang RM80.00...Nak bajet naik bas mini macam aku, tapi kena turun Pekan Kundasang dulu..Tak nak naik transport diorang dari Resort ke Pekan Kundasang...boleh golek-golekkan diri turun ke kaki bukit hehehe...



Sunday 29 September 2013

CELYN RESORT KUNDASANG

Assalammualaikum...

Entri ni bersambung dari yang semalam punya....Dah habis aku ronda-ronda sekitar Kundasang, aku call pihak resort pick up aku kat Pekan Kundasang (Celyn Resort ada menawarkan perkhidmatan mengambil tetamu hotel caj dikenakan kalau Pekan Kundasang ke Resort RM20)...Lebih kurang 25 minit sebuah van sampai.. Aku terus dibawa naik ke resort, lebih kurang perjalanan naik atas 25-30 minit agaknya...Mata aku memang tak henti menikmati permandangan dari kaki bukit menuju ke resort...Jalan sini agak teruk sikit sebab menggunakan jalan berbatu kecil...Kalau ada kenderaan sendiri mudahlah nak turun naik resort dan ke pekan Kundasang..Kalau macam aku yang venture dan gamble menapaklah jalan kaki naik atas...Huissh tak sanggup aku dengan keadaan jalan macam ni jalan kaki..Last-last aku golek-golek jer lah cepat sampai turun hehehehe...

Photo: On my way to resort

Celyn Resort ni aku buat tempahan kat booking.com (pernah dengarkan website ni tempah dulu bayar kemudian)...Kalau ikutkan nak stay kat Pine Resort tapi situ dah full..Ambik jerlah sini... Harga bilik Celyn Resort ni RM 235 termasuk sarapan pagi..kat sini bilik dia satu mengadap Gunung Kinabalu...satu lagi mengadap ke Lembah Perkampungan..Memang cantik permandangan kat sini..Cuma aku harap jalan menuju ke resort dapat diperbaiki...Celyn Resort bertaraf 3 bintang...Bilik memang cantik aku sampai lebih kurang pukul 12 tengah hari...Hari ni mood nak rehat dan golek-golek kat bilik jer hehehe....




VIEW DARI BALKONI BILIK...GUNUNG KINABALU MASIH BERSELIMUT LAGI
So hari memang decide nak rehat dan petang bolehlah jalan-jalan sekitar resort...Kat hotel ni ada menyediakan hidangan steamboat, sejuk-sejuk camni memang sesuai sangatlah nak makan stimbot...Tapi harga...Gigit jari dulu hehehe....Bilik hanya ada kipas siling... Memang sejuk sangat suhu mencecah 19 Darjah Celcius...Sejuk bangat, sambil duduk kat balkoni boleh lah hirup kopi ker teh menikmati permandangan huhuhu...

GAMBAR MENGGUNAKAN TRIPOD YER HEHEHE

Photo: Makin jelas sudah...4.39 pm
VIEW DARI BALKONI JAM 4.39 PM

SUHU MALAM TADI...BERSELIMUT JERLAH

Bagi korang yang nak stay kat resort ni lah bolehlah buat booking terus dengan pihak resort boleh klik website ni Celyn Resort, nak buat tempahan kat Agoda dan Booking.com pun boleh...Bilik ni menawarkan penginapan termasuk set sarapan pagi untuk dua orang...pengangkutan caj bergantung dengan tempat yang nak dituju...aku suggest kalau nak stay lama korang boleh turun kat Pekan Kundasang.. Dari Pekan Kundasang korang boleh ambik mana-mana bas mini (van..kat sini diorang panggil bas mini)..menuju ke Ranau tambang RM4 jer..kat sini pun boleh ambik bas mini ke Kota Kinabalu...Boleh jugak pergi ke Poring Hot Springs dan Canopy Walk (tambang sekitar di bawah RM10)...Bilik resort tidak menyediakan wi-fi..Tapi connection Digi dan Celcom baik... Aku menggunakan Hot Spot Wi-Fi handphone S4 aku untuk berinternet hehehe...Sesekali hadiahkan diri sendiri bercuti tempat macam ni best jugak...Penat lelah bekerja memang terbayar..

Valley Wings
LOBI HOTEL 

ADA COFFEE HOUSE KAT SINI

Yang lain tu biasa, tapi kat bilik ni ada DVD player...Bolehlah bawak DVD korang nak menonton movie kat bilik...TV siarannya tak berapa clear mungkin sebab atas bukit...Tak kisahlah..Bukan nengok TV pun...Nun aku nak nengok Gunung Kinabalu jer hehehe...Dinasihatkan nak duduk lama sini bawa bekalan makanan banyak-banyak...nak turun ke Pekan Kundasang tu memang payah sikitlah dan caj ke sana RM20 one way... Tapi resort ni ada menyediakan Room Service, menu hidangan dari RM18.00 ke atas... So sediakanlah maggie cup ker apa ker...nak bawak periuk nasi boleh kowt hehehe....

CHANNEL CINEMAX JER CLEAR...
MINUM KOPI HANGAT SODAP TIME NI

RASANYA NAK DATANG LAGI SINI...
Rasa nyesal plak tak stay lama-lama kat hotel tapi..Jadual perjalanan aku agak limited jadi duduk semalam..Next time bolehlah duduk lama-lama sikit...View dia Subhanallah kalau depan mata memang awesome giler...nasib baik aku tak masuk wad gila ahakss....Sorilah tak sempat nak blogwalking...tengah santai-santai macam ni..Insya Allah lepas balik dari Sabah aku terjah blog korang...Saper yang nak ole-ole dari Sabah tu tinggalkan nama, alamat rumah dan web blog korang dalam emel aku yer tajuk emel bolehlah letak NAK OLE-OLE DARI SABAH...adhieblogspot@gmail.com khas untuk follower blog ni sahaja yer..siapa cepat dia dapat limited jer ole-ole ni huhuhu (Macam segmen Giveaway pulak)





Saturday 28 September 2013

KOTA KINABALU KE KUNDASANG

Assalammualaikum...

Semalam dah jejak kaki kat Kota Kinabalu (KK), tapi belon ehhh salah kapal terbang landing jer hujan turun dengan lebat.. Penerbangan dari Miri ke Terminal 2 KK sampai lebih awal 10 minit...kalau biasa 50 minit..jadi 40 minit kiranya...Ada beberapa kali gak turbulence...nervous dan dalam hati berdoa semoga semuanya selamat... Alhamdulillah aku selamat sampai kat KK..


Sampai terus ambik teksi ke hotel... Hotel ni pun kira last minit gak aku booking, nasib baik masih ada kekosongan...Hotel Sri Iskandar...Mula-mula nak stay kat De Galleria Hotel..Tapi full house..nak tak nak ambik jer lah..faham-fahamlah weekend memang banyak gak pelancong datang time ni... Hotel Sri Iskandar ni kira okeylah taraf bajet...RM72 satu malam...Bolehlah buat letak kepala nak tidur...Bukan 24 jam kat bilik... Memang banyak kekurangan hotel ni, shower air panas takde.. Sinki pulak bocor..TV rosak (tapi ditukar pihak hotel bila aku komplen)...Nak tukar hotel lain memang payah hotel sekitar Kg Air ni memang penuh...(Kampung Air tak tau kenapa tempat ni dipanggil Kampung Air mungkin dulu ni pernah jadi tapak kampung)

KAT AREA NI MEMANG BANYAK HOTEL BAJET


BOLEHLAH BUAT BEREHAT MALAM

TAK BERANI NAK KOMEN HUHUHU HOT SHOWER TAKDE

Photo
PASAR MALAM KAMPUNG AIR
KK WATERFRONT

Sebab utama aku stay kat Kampung Air ialah pasal ada pasar malam yang famous kat sini...Kalau yang perempuan tu memang rambang matalah...brooch mutiara..rantai mutiara...segalalah mutiara huhuhu ada dijual kat sini... Kalau kat pasar Filipina tu mahal sikit...mungkin kerana tumpuan pelancong...Jadi kalau nak carik barang-barang cenderahati atau barang sendiri pergi kat Pasar Malam Kampung Air...Memang berbaloi-baloi nak memborong.... Aku hanya berjalan area sekitar ni sahaja sebab esok pagi berangkat awal ke Kundasang...

Seawal jam 630 pagi aku dah bertolak ambik bas mini ke Terminal Bas Inanam... Kat sini baru kaki nak jejak tanah dah berpusu-pusu penjual tiket datang kat aku (rasa artis plak dikerumuni orang hehehe)... Aku ambik bas paling awal menuju ke Ranau..Bas ekspress Tung Ma..Okeylah tiket RM15..Yang paling membuat jantung aku dup dap tu bila driver bas bawa bas 100 km/j dahlah jalan kat lereng-lereng bukit...Mungkin driver dah biasa dah hari-hari kan...

Photo


Korang kena ingatkan driver tu turunkan korang kat Pekan Kundasang nanti straight pulak dia ke Ranau...Menapaklah korang dari Ranau ke Kundasang tu nanti (jauh tu Ranau ke Kundasang entah-entah raya aji baru sampai kalau jalan kaki hehehe)...Sampai kat Pekan Kundasang aku dah nampak Gunung Kinabalu...last November dah pergi sini sebenarnya..Tapi tak sempat explore habis sekitar area ni..hanya singgah beli buah..Kali ni aku nak masuk kat War Memorial Park

Photo
SUBHANALLAH...CANTIK KAN

War Memorial Park betul-betul kat belakang Pekan Kundasang...Kira jaraknya macam korang campak batu macam tu hehehe...Mungkin orang tak perasan ada produk pelancongan ni kat sini..Sebab aku tak nampak signboard pun...Sebagai bekas student pelancongan...signboard tu penting hehehe pandai plak aku komplen..Yelah kurang-kurangnya orang menyedari ada produk pelancongan kat situ...harap Sabah Tourism Board buat sesuatu..Tiket masuk murah jer RM2 untuk kita warganegara Malaysia...IC kena tunjuk...baru dapat price RM2..


Masuk kat sini nikmatilah keindahan tanaman bunga dan tumbuhan dalam ni...sejuk mata dan tenang jugak dalam ni...Tempat ni sebenarnya adalah untuk menghargai pengorbanan tentera British dan Australia semasa perang dunia kedua...Ada 3 taman kat dalam ni Australia Garden, English Garden dan Borneo Garden...Landskapnya memang cantik...Hati-hati jangan cabut bunga kat sini...Denda RM100 kalau cabut bunga kat sini..

AUSTRALIA GARDEN

BORNEO GARDEN
BERLATAR BELAKANGKAN GUNUNG KINABALU
ENGLISH GARDEN


Lepas pusing-pusing kat War Memorial Park aku asyik dengan kamera DSLR aku tak henti merakam Gunung Kinabalu tu..Nampak macam dekat jer...Bilalah rezeki aku nak naik atas tu...Aku berjalan kat sekitar pasar buah dan sayur Kundasang ni...Cuaca memang sejuk sini..Bestlah kalau tinggal kat sini..tak payah pasang air-cond...Aku beli beberapa jenis buah-buahan untuk di bawa bekal ke resort...Dan sempat jugak aku membeli bekalan lain sebab aku tau resort tu memang jauh dan payah nak turun ke Pekan Kundasang beli makanan dan minuma...Pekan dia kecik jer pun boleh kira berapa kedai jer ada...Kat Pekan Kundasang ni ada KFC...nak bekal KFC pun boleh jugak hehehe...

To be continued hehehehe...(Nanti aku sambung lagi ek...)

Photo
TERBAIK DARI LADANG  (BUAH-BUAHAN DIJUAL DI PEKAN KUNDASANG)

#nota tambahan : Perjalanan KK-Kundasang 2 jam

Friday 27 September 2013

KEMBARA KU BERMULA


BACKPACK AKU NI SEMUA BENDA SUMBAT DALAM

Assalammualaikum...

Wah dekat seminggu aku tak update blog aku ni...berdebu-debu dan bersawang dah... Kalau yang singgah blowalking tu tolonglah lap-lapkan dan sapu ek hehehehe... Teka aku kat mana sekarang...Sekarang aku berada di Miri, semalam bertolak dari Sibu menaiki bas pukul 11.30 malam.. Sampai pukul 7 pagi di terminal bas miri... Kali ni aku nak gamble naik public transport jer....Kalau teksi dari terminal bas ke bandaraya miri tambangnya RM22.00...parah poket kalau travel bajet ni

Aku ambik cuti sehingga hari Isnin sebab aku plan akan ke Sabah petang ni tiket Air Asia beli last year pegi balik Miri-KK hanya RM69.00 sahaja hehehe... Air Asia tak provide servis dari Sibu ke KK lagi dah...Dulu pernah sekali naik dari Sibu-KK dengan Air Asia...itulah last flight..dengar cerita MasWings komplen..ekkk...entahlah...Jadi nak ke KK terpaksalah ambik flight sama ada dari Kuching atau Miri... Last aku gi Miri ni pun November last year...Since flight aku petang, jadi ronda-ronda dululah kat Miri ni... Lama dah rasanya aku tak naik bas ke Miri ni perjalanan 7 jam, adoiii memang tak leh tidor jalan dari Selangau ke Bintulu agak teruk sikit, yelah laluan lori-lori besar mana taknya sampai berlubang jalan... memang tak tenteramlah tidur dalam bas walaupun aku kat single seat..

TERMINAL BAS MIRI

Sampai jer kat terminal bas Miri, cuaca agak sejuk sikit, nasib baik standby dah pakai baju 2-3 lapis, sampai jer aku terus ushar sekitar area tu sambil tu belek-belek jadual bas untuk aku balik ke Sibu Isnin nanti... Dah selesai, aku terus ambik bas ke bandaraya Miri, sini nak dapat bas memang senang, just jalan kaki dalam 10 minit ke jalan besar dari terminal bas, korang akan nampak jejantas..ada bas stop kat situ... Tambang ke bandaraya Miri hanya RM1.00...
MOSTLY BAS DALAM BANDARAYA MIRI ADALAH BERHAWA DINGIN...TAMBANG RM1

TEMPAT MENUNGGU BAS

Bila dah jejak kaki kat area city pertama sekali aku nak carik tempat breakfast dan tempat aku boleh charging handphone dan laptop... Jadi melepaklah dulu kat Starbucks yang terletak kat Bintang Megamall... Sambil tunggu  segala gajet aku ni siap charging...aku nak makan dulu ngeh ngeh....Tak sabarnya nak ke Sabah petang ni...

CARAMEL MACHIATO DAN TUNA TOASTIES FAVOURITE AKU NIH HAHAHA

Thursday 19 September 2013

SEPETANG DI PANTAI DAMAI...TERIMBAS KEMBALI

Assalammualaikum...

Petang tadi sempat jalan-jalan sekitar pantai damai yang memang cantik ni... Sebenarnya aku ada sejarah kat sini...Sejarah apa? Imbas kembali... Di sinilah aku memulakan kerjaya pertama aku dalam perhotelan sebagai waiter... Kenapa tak percaya ker? Betullah habis aku study 2004 dulu aku terkial-kial mencari pekerjaan, akhirnya aku dapat rezeki kat sini..sekadar mencari pengalaman... Yang bestnya bekerja kat sini dulu ialah tips-tips yang aku dapat dari pelancong yang stay kat hotel ni... Bayangkan dalam sehari boleh dapat tips sampai 20-30 Dollar dan macam-macam lagi mata asing...tukar duit Malaysia berapa dah tu huhuhu... 

Tapi itu memang cerita lama..aku bekerja di sini sebagai waiter lebih kurang setahun...Dan kemudian aku diambil bekerja sebagai executive mempromosikan hotel, kampung budaya Sarawak, Damai Golf dan pakej-pakej pelancongan sekitar Damai... pun aku bekerja setahun jugak...memang aku dulu selalu tukar-tukar kerja..sekadar mencari pengalaman...rasanya dah 3 hotel tempat aku mencari rezeki dan bidang kerja pun berlainan.. Kawan-kawan yang sama batch kerja kat resort ni pun ramai dah berhenti kerana mendapat tawaran kerja di hotel lain...lost contact dah huhuhu...

Layan jerlah gambar kat bawah ni...lama dah tak klik-klik menggunakan DSLR...tengok masih ada bakat tak ambil gambar...

GUNUNG SANTUBONG

BARUK SUITE

PULAU SATANG



JANGAN MARAH SANTAI POSE KEJAP HEHEHE

GAMBAR KAT CHALET