!TEMAN-TEMAN BLOG!

Monday 3 November 2014

TUGAS BARU... DIVISION BARU... ORGANISASI YANG SAMA

Assalammualaikum...

Akhirnya aku dipindahkan kembali ke Kuching... setelah 3 tahun di Mukah di bahagian perladangan.. Banyak benda yang aku pelajari dalam masa 3 tahun... Kembali ke Kuching aku di tempatkan di bahagian lain pulak iaitu bahagian Pengurusan Sumber Manusia... Tugasan baru buat aku...Banzaiii

Ni baru dalam boot kereta...belum yang kat seat depan dan belakang...tak sanggup nak ambik pic

Pindah keluar barang dari bilik macam pindah dari rumah

2 hari yang lepas aku sibuk mengosongkan bilik aku di Mukah, yelah stay kuarters jadi kena kosongkan bagi peluang orang lain pulak... Banyak jugak barang aku macam pindah satu rumah... Angkut dari Mukah bawa balik ke Sibu... Sebahagian lagi akan dibawa ke Kuching untuk keperluan aku di sana...

Hiburan dalam Asia Star Bus
Hari Ahad tengah malam aku dah standby nak bertolak ke Kuching, memang sengaja ambik bas sebab barang pun banyak nak dipunggah ke Kuching... Bas double decker... Tidur memang tak lenalah perjalanan dari Sibu ke Kuching ambik masa 7 jam... Alhamdulillah perjalanan lancar dan sampai di Kuching lebih kurang jam 7.30 pagi... Sampai jer kat Kuching Sentral terus bawak barang-barang dan gerak ke pejabat aku yang terletak kat Satok...Lupa nak cerita..aku beli tiket online memang murah dari beli kat kaunter Bus Asia...Harga biasa RM60.00.. tapi kalau online hanya RM48.00 diskaun RM12.00... murahkan... siap ada TV kat seat lagi tu...(bas malam jer pun mata mengantuk lah weii hehehe)... Nak beli tiket ni boleh klik link BusAsia kat dalam tu korang boleh beli tiket untuk perjalanan dalam Sarawak...

Asia Star bas selamat sampai di Kuching

Biasalah 1st day kerja memang belum banyak benda nak dibuat... so aku dok melepak kat pejabat...huhuhu...

Thursday 23 October 2014

RIVERSIDE MAJESTIC HOTEL, KUCHING SARAWAK

Assalammualaikum...

Lama dah tak update blog ni... Bukan apa sibuk dengan kerja travel sana-sini rasa tak terlarat nak menjenguk blog yang dah bersawang.. Hari ni rasa nak review satu hotel kat Kuching yang recently memang selalu place aku stay bila travel ke Kuching untuk urusan kerja... Kalau yang rasa memang nak datang Kuching Sarawak dan mencari hotel yang bertaraf 5 bintang dengan layanan first class bolehlah stay hotel ni... Kalau yang bekerja Government tu ada special rate (murah dari harga normal)..kalau tak boleh check rate kat Agoda atau Booking.Com..Since aku keja gomen... so dapatlah rate murah yang berbaloi-baloi... Bolehlah hubungi pihak reservation untuk mengetahui harga bilik  Riverside Majestic 

Keistimewaan lain bilik ni ialah korang boleh request bantal yang lembut dengan haruman aromaterapi... Memang lena lah tido hehehe
PERMANDANGAN DARI BILIK HOTEL   BERHADAPAN SUNGAI SARAWAK...

DAPAT BILIK MACAM NI RASA TAK NAK BANGUN-BANGUN

Breakfast memang sedap kat sini, layanan staff pun sangat tip top (5 Stars punya layanan) hehehe... Breakfast kat sini menu utama akan bertukar setiap hari.. Hari ni nasi lemak, esok nasi tomato, lusa nasi minyak... So kenyanglah makan hidangan melayu setiap hari... Ada rendang daging, ayam masak kari dan pelbagai lagi... Bukan itu sahaja hidangan barat yang nak feeling mat salleh kerat-kerat roti tu pun banyak... Pelbagai jenis cheese turut menjadi hidangan...

SEMUA COMPLETE AIR MINUMAN, ALARM CLOCK, KALAU RASA LAPAR BOLEH CALL ROOM SERVICE PESAN MAKANAN (TAPI HARGA SEDIKIT MAHAL)
FEELING OMPUTEH KEJAP MAKAN SALAD JER-CAFE MAJESTIC BREAKFAST (KONON...)
 

Sekitar hotel ni tak payah risau bila mencari makanan pada waktu malam... Sepanjang waterfront terdapat beberapa kiosk menghidangkan makanan tempatan untuk korang menjamu selera (harga agak mahal sikit pilihan atas selera korang)... Kalau korang ingin sesuatu kelainan bolehlah menaiki perahu tambang untuk menyeberang (tambang RM1.00 seorang one way)... Tempat makan ni dikenali sebagai Tebingan Permaidani Boyan-Gersik-Sourabaya... Semua ada dari Mi Kolok, Nasi Ayam Penyet, Sate dan paling famous Sotong Tutok (Sotong Ketuk..eh betul ker aku translate ni).. Kalau nak seafood boleh try Top Spot bersebelahan dengan bangunan Standard Chartered.. (sekarang bangunan tu diubahsuai jadi UTC).. Top Spot Seafood tu kat level paling atas... (cari kedai nama ABC Topspot memang berbaloi)...

FAMOUS SEAFOOD CENTER- TOPSPOT SEAFOOD (RECOMMENDED ABC SEAFOOD)



PERCAYA ATAU TIDAK SEMUA HIDANGAN NI HANYA RM158.00 SAHAJA TAK TERMASUK MINUMAN (PIC KURANG JELAS)
YANG NI AMBAL FAVORITE AKU NI
OYSTER PANCAKE MUST TRY ALSO HEHEHE

SIAKAP 3 RASA...NAMPAK JER KURANG MENARIK KAN KAN TAPI LICIN NI AKU BEDALL HEHEHE

Kira kalau stay hotel ni persekitaran memang strategik.. Nak dapatkan teksi pun mudah.. Bagi yang kaki jalan bolehlah ambik angin di tebingan waterfront sambil menikmati permandangan terutamanya bangunan Dewan Undangan Negeri... Kalau ke Kuching tak sah kalau tak beli kek lapis kan kan kan... Kat seberang waterfront tu ada beberapa pengusaha kek lapis seperti Mira Kek House, Dayang Salhah, Afifi dan banyak lagi...  Rambang mata kalau nak memilih kek ni... Ikan terubok masin pun ada juga...

KEK LAPIS KEK LAPIS!!!!

MACAM2 DAH NAMA KEK LAPIS SEKARANG HEEHEHE

PERMANDANGAN WAKTU MALAM DEWAN UNDANGAN NEGERI

Wednesday 26 March 2014

Kelana Fashionista

INSTAGRAM

Assalammualaikum...
Wah lama dah aku tak menjenguk blog aku... Siang malam busy kerja sebab aku buat dua kerja sekarang hehehe... Mula-mula sekadar suka-suka aku buat perniagaan online last-last suka plak dengan dunia perniagaan online ni... Semuanya bermula dengan menjual minyak wangi.. Aku pada mulanya target kat customer di laman Facebook.. Memang sambutan menggalakkan macam tak percaya pulak.. Sedikit demi sedikit aku dah mula mempunyai pelanggan tetap yang membeli perfume... Lepas tu aku mula kenal beberapa peniaga online yang lain kira otailah diorang ni semua... Dari situ aku belajar sikit-sikit.. 

Terbuka pula hati aku untuk mencuba menjual barangan seperti beg tangan/wallet/kasut dan pelbagai lagi koleksi aksesori wanita dan lelaki.. Dari situ aku buat FB Fan Page Kelana Fashionista dan melalui Instagram menjual barang-barang..masih baru dan aku ni pun kira masih sedang merangkak-rangkak dalam dunia niaga online ni.. Nak buat pendapatan sampingan lah katakan...

Bolehlah jenguk-jenguk FB Fanpage: Kelana Fashionista untuk mencari bag tangan.. wallet.. minyak wangi dan macam-macam lagilah...Kebanyakkan customer aku ialah mereka yang nak membeli hadiah kepada isteri/ibu/kakak dan ada juga yang membeli hadiah kepada kawan dan juga hantaran perkahwinan..

Sebenarnya rindu gak dengan teman-teman bloggers yang dulu selalu bertegur-sapa kat laman maya nih... Yang selalu aku terserempak kat Facebook mestilah Cik Akak Naomei yang glemer hehe...Insya Allah kalau ada kesempatan saya akan blogwalking kat blog-blog korang yer..

Saya blogthru sini kejap buang semua sawang-sawang dan habuk yang agaknya dah tebal berapa inci dah kat blog aku ni... Kalau jual kat barang kat blog agaknya ada tak customer...hehehe

wassalam.

#takziah kepada keluarga penumpang dan anak kapal MH370.. Al-Fatihah