!TEMAN-TEMAN BLOG!

Thursday 6 August 2015

REVIEW: TERIMA KASIH SI BABI HUTAN -TUHAN KINI AKU DATANG








Assalammualaikum

Okey hari tu aku ada ceritakan yang aku ada beli buku indie dengan tajuknya Terima Kasih Si Babi Hutan - Tuhan Kini Aku Datang (TKSB).. Okey buku ni merupakan kisah yang pernah berlaku seorang pelukis jalanan iaitu Lepat atau Ismail Arifin yang suatu ketika dahulu pernah menjadi sensasi pada tahun 90-an kisah kerana kes perebutan anak.

Buku ini dibahagi dengan menarik dalam satu kisah kepada 4 bahagian..

Bahagian 1 - Terima Kasih Si Babi Hutan... Tuhan Kini Aku Datang

Bahagian ini mengambil metafora haiwan dalam menceritakan penderitaan yang ditanggung olehnya. Pelbagai liku yang terpaksa dilalui untuk mendapat haknya sebagai penjaga yang sah untuk membawa balik anaknya ke Malaysia. Dalam hampir tidak waras dia mungkin telah disedarkan oleh kehadiran si Babi Hutan yang telah menyedarkannya bahawa dugaan yang ditimpa ke atasnya adalah ujian Allah kepada hambanya. Itulah yang diceritakn oleh sepohon kelapa yang menjadi saksi kepada apa yang telah berlaku.

Bahagian 1.1 - Hujan Batu Yang Menghentam Kepala Lalu Merobek Luka Lama

Menceritakan serba ringkas kepulangan dia dan anaknya ke Malaysia. Namun sekali lagi kegagalan mempertahankan hak penjagaan anaknya telah dirampas akibat ketidakadilan yang dia hadapi.

Bahagian 2 - Nasibnya Si Tikus Tanah

Dalam ni penceritaan lebih kepada perbualan anak dan ayah. Seorang ayah memberi semangat kepada anaknya untuk meneruskan perjuangannya. Namun keadaan sistem perundangan yang kurang memihak kepadanya. Maliki sahabatnya lah banyak membimbingnya dari tenggelam dalam kejahilannya menempuhi dugaan itu.

Bahagian 3- Kami Budak-Budak Berguru

Dalam bab ini kita akan melihat bagaimana manusia membuat penilaian terhadap orang lain tatkala ditimpa pelbagai masalah, semua masalah itu dikatakan berpunca dari diri mereka sendiri. Apa dilemparkan tentang kisahnya hanya dilihat pada satu sisi sahaja sehingga dia menjadi bahan tohmahan media yang memberi fakta dan kenyataan yang salah.

Ini bukan novel tapi ia adalah sebuah buku yang menceritakan kepincangan sistem yang dicipta manusia yang akhirnya tidak dapat membantu mereka sendiri. Membaca buku ini mengingatkan aku kepada kisah Natrah Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh... Perjuangan untuk mendapat hak penjagaan seorang anak dan sekaligus menyelamatkan akidah seorang anak gadis yang hidup dalam suasana Islam... (Suggest baca buku Nadra Hertogh Controversy..)

B



Wednesday 5 August 2015

PERTAMA KALI MEMBACA NOVEL INDIE @ FIXI

Displaying IMG_20150803_181449.JPG



Assalammualaikum.. tak jawab dosa...


Recently dengar cerita ramai dah yang beralih arah kepada novel Indie (aku baru lagi)...seperti satu trend baru ramai yang telah mula terjebak dengan novel indie. Mungkin ia masih baru di pasaran. Macam aku pun baru mula terjebak dengan novel Indie ni. Kalau pergi MPH memang tersusun novel Indie dalam satu rak khas..mungkin kulit buku kurang menonjol berbanding dengan novel-novel komersial yang sekarang ni banyak sangat menyentuh isu-isu cinta yang bagi aku makin klise... Kenapa aku katakan klise sebab jalan cerita hampir sama..cuma watak yang masih berubah... Mungkin sebab itu aku cuba beralih-arah kepada novel Indie pula...

Belum banyak penerbit yang menerbitkan novel Indie.. kalau aku sebut Karya Seni, Alaf 21, Karangkraft, Kaki Novel secara automatik ramai kaki novel dah familiar sangat-sangat... Setakat aku ketahui sekarang ni ialah Dubook Press (agak unik namanya...atau pelik sikit hehehe).. Jadi kira nak bagitaulah aku ni baru nak berjinak-jinak dengan genre novel indie ni.. So buku pertama yang aku beli ialah Terima Kasih Si Babi Hutan-Tuhan Kini Aku Kembali penulisnya Ismail Ariffin @ Lepat.. 

Kenapa aku beli buku ni kerana tajuknya nampak provokatif buat aku tertarik.. Dan satu lagi aku membaca kandungannya adalah penceritaan kisah hidup sebenar penulis tentang isu perebutan hak penjagaan anaknya dengan isteri dari luar negara.. Dan kes ni pernah menjadi bualan hangat pada tahun 90-an (aku pun baru tahu..check dengan pakcik google hehehe)

Apa-apa pun aku trylah nak hadam buku ni..boleh masuk ke tidak.. Hopefully bolehlah kan... Cuma gaya bahasanya yang agak mungkin janggal sedikit berbanding bahasa sastera novel.. Lagipun aku rasa target market novel ini lebih kepada generasi baru yang sudah berfikiran baru dan mindset yang lebih berjiwa muda.. lihat sahaja kepada cover buku yang bercorak abstrak dan lukisan yang agak bebas dan mengandungi maksud tertentu.. (aku pun kira dah tua tapi dah jemu baca novel cinta saja try nak beralih arah pulak)...

Bermulalah pengembaraan minda aku untuk mendalami novel indie ni...



Tuesday 4 August 2015

TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJK FILEM DAN NOVEL













Filem dan Novel (Koleksi Sendiri)

Assalammualaikum...

Lama dah tak memblogging ni.. kebetulan dan bukak ni aku nak share sikit pasal filem Indonesia ni... Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.

Sekarang memang banyak filem-filem dan drama tempatan yang telah mula mendapat perhatian produser filem yang mana target marketnya adalah pembaca novel. Okey kali ni aku nak review satu filem yang di adaptasi daripada penulis Indonesia yang terkenal iaitu Hamka. Sebelum keluarnya filem ni, aku dah mula membaca novel ni apabila melihat novel ni kedai MPH, nampak tajuknya yang agak unik aku membelek ringkasan pada kulit belakang buku. Membaca ringkasan sahaja sudah cukup membuat aku mengambil buku itu dan membayar di kaunter.

Novel ini menggunakan bahasa Indonesia tapi jangan risau bahasanya masih mudah difahami. Kisah Cinta Zainudin yang ditolak oleh keluarga Hayati kerana perbezaan suku. Cinta mereka berdua hanya tercurah di atas helaian kertas namun akhirnya Zainudin kecewa setelah mengetahui Hayati telah mengahwini Aziz. Kekecewaan ini menyebabkan Zainudin terlantar kesakitan namun kerana nasihat dari sahabatnya Muluk dia terus bangkit dan berhijrah ke Surabaya, Di sinilah Zainudin telah menukar namanya kepada Shabir dan mula menulis novel yang berdasarkan kisah cintanya dengan Hayati bertajuk Teroesir.

Sumber: Google

Kalau nak tau lebih lanjut bolehlah membeli novel ni. Kisah cinta yang tidak kesamapaian disebabkan oleh adat istiadat dan tidak direstui keluarga. Penghujung ceritanya sangat menyedihkan. Filemnya pula dengar khabar mengambil masa 5 tahun untuk disiapkan kerana penerbit mengambil ketelitian set penggambaran pada tahun 1930-an di daerah Minangkabau. Set penggambaran di atas kapal mungkin tidak sehebat Titanic namun ia tidak mencacatkan jalan cerita filem tersebut. Cuma filter filem yang berwarna biru agak mengganggu sedikit pandangan mata.


Kalau malas nak baca novel bolehlah mencari DVD ni pasaran. Durasi filem selama 2 jam 43 minit membuatkan aku terus tidak berganjak kerana rasanya inilah filem cinta Indonesia yang terbaik bagi aku selepas Ayat-Ayat Cinta.


ketahuilah bahawa Allah yg mjadikan matahari dan memberinya cahaya. Allah yang mjadikan bunga dan memberinya wangi. Allah yg mjadikan tubuh dan mberinya nyawa. Allah yg mjadikan mata dan memberinya penglihatan. Maka Allah pulalah yg mjadikan hati dan memberinya cinta. -Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck-


Selamat Hari Raya 
Maaf Zahir dan Batin
iKHLAS
aDHIE
  

Thursday 2 July 2015

AL-KISAH ALARM KERETA BERBUNYI

Assalammualaikum..

Salam Ramadan, pejam celik pejam celik tak lama lagi nak raya.. Radio pun dah start main lagu raya... Sayu oiii.. aku dok di perantauan, jauh dari family, berbuka puasa bujang jer huhuhu... Part sedih nak raya ni satu hal.. Ada lagi hal yang menyedihkan..

Alarm kereta aku bermasalah pulak time bulan-bulan puasa ni.. Hari tu aku tukarlah bateri kereta baru, bateri yang aku guna sebelum ni pun belum lagi sampai 6 bulan tapi dah kong, yelah lama aku tak start enjin rasanya 3 bulan kereta aku ni tak bergerak atas jalan.. Agaknya tu lah sebabnya dia merajuk..

Okey bila dah tukar bateri baru (free maintenance) jenama Yokohama.. Kalau kat Mukah aku beli RM350.00, kat Kuching dapat harga RM220.00.. Takperlah berkorban untuk kereta... Part menukarnya tu memang aku rasa tension, bayangkanlah bila dah pasang, alarm dan horn sekali bunyi punya bingit telinga aku.. Aduii aku dah risau sebab masa 1st tukar bateri baru takde pulak masalah ni.. Aku bersangka baik sahaja mungkin lama sangat tak start tu yang berbunyi nyaring tu...

Pinjam Pic Pakcik Google

Bunyi nyaring tu aku try nak off, cubalah raba-raba remote kereta aku kat sebelah dashboard kanan yang ada tanda kuning tu, masih jugak meraung... Aduh makin tension try call kawan-kawan yang ada kereta sama model aku, diorang bagitau try start engine dan running... Aku pun bawalah pusing-pusing atas jalan, check semua pintu kereta memang semua dah tutup rapat, lampu signal dua-dua berkelip-kelip dengan bunyi sekali yang nyaring... Aku rasa adalah dalam 5 kali bunyi nyaring tu masa aku bawa pusing-pusing then terus tukar jadi bunyi yang agak slow.. Lepas tu takde bunyi dah.. Allah sahaja yang tahu perasaan aku yang bawa kereta di atas jalan dengan bunyi yang nyaring.. Agaknya ada kot orang fikir aku curi kereta huhuhuhu....

Esok harinya aku terus ke Toyota Service Centre nak wat "medical check up" manalah tau kereta aku ni dah semput.. Nak kata aku ni pakai teruk takde jugak.. Bayangkanlah odometer baru jer 48K, kereta beli tahun 2011, baru tak baru kereta aku tu huhuhu... bila di check kat Toyota, kejadian tu memang normal kalau kereta lama tak dipakai dan bila tukar bateri baru... Kereta akan auto reset, kira macam komputer lah di reboot semula (keluar bunyi alarm) kira terkejut dari tidur yang lama lah, kereta tengah nak pick up balik setting.. OOOOO.. aku baru tau... sekarang ni aku kena rajinlah bawak kereta aku ni jalan-jalan tak nak dia merajuk lagi...huhuhu.. 

Part alarm tak berhenti berbunyi tu memang aku dah tahap nervous.. Takut lah apa-apa yang berlaku kat kereta aku.. Yelah makin pulak nak raya... Rosak satu hal... Keluar duit lagi nak servis kan satu hal... Dalam otak aku memang dah terfikir nak tukar alarm baru.. Tapi Alhamdulillah semuanya pulih seperti sediakala...

Pinjam Pakcik Google nyer gambar kereta

Friday 19 June 2015

BEYOND VEGIE BY SECRET RECIPE

Assalammualaikum..

Bulan puasa ni mesti pening fikirkan apa menu untuk berbuka.. Meh aku nak intro sikit tempat ni.. Kira salah satu tempat makanan yang sihat dan berkhasiat.... Lokasi restoran ni tak jauh dari pusat bandar Kuching terletak 1 1/2 Miles Rock Road berhampiran dengan bangunan Wisma Naim..

Aku ni kalau tak cerita pasal makan tak sah.. Ada jer tempat makan nak terjah.. Kali ni aku try terjah Beyond Vege.. Restoran yang berkonsepkan hidangan makanan vegetarian dan organik.. Kira makanan-makanan sihat..Nak ubah selera buka puasa..duduk jauh dari keluarga nak masak memang kadang-kadanglah jawabnya..

Masuk jer restoran ni dah terhidu bau wangian lemongrass atau dlm Melayunya serai... Rasa seperti berkunjung ke Spa.. Muzik yang sangat relax dan menenangkan..

Nak order apa yer... Walaupun hidangan vegetarian dan organik... Tapi semuanya memang nampak sedap-sedap.. Dari appetizers sampailah ke hidangan kek  yang bisa membuat aku tak kelip mata dan alunan gong bergema dengan rentak hip hop hehehehe..Kalau ikutkan nak jer order semua hehehe..

Untuk appetizer aku order Mushroom on Toasted Bruschetta... Main dish Teriyaki Soba.. dan Minuman Detox (Campuran Jus Lemon, Limau Nipis dan Apple).. Bruschetta tu masa panas-panas memang sedap.. terasa seperti makan mini pizza yang ranggup... Teriyaki Soba pula pergghh memang terbaik... Lengkap dengan rasa.. Apa yg terpapar kat gambar menu tu itulah rupanya sebenar... sebijik keluar dari gambar menu hehehe..

Teriyaki soba ni semuanya sayuran seperti cendawan shimeji, acar lobak dan timun yang disatukan dengan sos teriyaki.. Memang marvelous lah...
Apa-apa pun leh tengok pic kat bawah ni... 

Teriyaki Soba
Toasted Bruscheta
Detox

Thursday 18 June 2015

SALAM RAMADAN

Assalammualaikum

Lama dah tak menjenguk blog ni huhuhu.. Busy memanjang sejak transfer balik kerja kat Kuching nak post entri pun takde kekuatan.. Nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan buat rakan-rakan blogger yang masih mengingati diri ku ini... Semalam dah mula solat sunat terawih, jadi harap kita semua Istiqamah melakukan ibadah sepanjang bulan Ramadan... Bagi yang nak kurangkan weight tu ambiklah peluang ni untuk menjaga pemakanan... Hahaha jangan makan ikut nafsu.. Pegi bazaar Ramadan tengok itu nak beli... tengok ini nak beli... last-last simpan peti sejuk... (akulah tu hehehe)...

Ihsan: Pakcik Google
Semoga ibadah puasa kita tahun ini diterima oleh Allah. Marilah kita meraih segala ganjaran di bulan Ramadhan yang datang hanya setahun sekali. 

Sunday 25 January 2015

MI BRUNEI KANTIN MUZIUM SARAWAK

Assalammualaikum..
Cuaca sejuk-sejuk ni perut asyik nak mintak diisi je kan.. Kadang-kadang tak tahu dah nak makan apa.. Hurmm..

Pagi kelmarin kawan ajak pegi makan mi brunei.. memang pernah dengar mi brunei ni kat Kuching... Cuma yg aku pernah makan ialah mi brunei kat Sibu memang famous..

So trylah mi brunei ni kan.. Jangan tak rasa.. Order semangkuk mi brunei special memang agak lain dari mi brunei yg dijual di Sibu.. Kalau kat Sibu mi brunei ada isi daging dan perut lembu.. Kat sini mi bruneinya isi tulang lembu sepenuhnya..

Rasa memang tak samalah.. Agak berlainan yang aku makan kat Sibu.. Maaflah jujur aku bagitau member aku yg ni rasanya memang tak setanding mi brunei di Sibu.. Kalau kat Sibu sup dagingnya memang ada feel menghirup kuahnya... Mungkin lidah tak sama kot hehe tu yang diorang kata mi brunei kat Muzium Sarawak ni sedap... Lain-lain citarasa..

Kalau yang nak mencuba bolehlah berkunjung ke kantin yang terletak di belakang Muzium Sarawak...
MI BRUNEI SPECIAL

Wednesday 21 January 2015

NASI KERABU KAK PAH, ARIF HOTEL

Assalammualaikum
Kat Kuching senang dah nak cari makanan yang asal dari Semenanjung.. Hari ni nak cerita pasal satu tempat ni Nasi Kerabu Kak Pah yang terletak satu area dengan Arif Hotel.. Berhadapan Masjid Negeri..

Kat sini ada beberapa buah gerai makanan yang menghidangkan makanan dari utara Semenanjung Malaysia.. Kira paling famous ialah Nasi Kerabu..Bukan nasi kerbau yer hehehe...
Try pegi Gerai No. 9 ada tulis Nasi Kerabu Kak Pah.. Memang rekemen sangat nasi kerabu dia perghh.. solok lada lagi... Ada mcm2 nasi kerabu kat sini.. Nasi Kerabu Ayam Percik,Nasi Kerabu Burung Puyuh dan Nasi Kerabu Ikan... Ada juga nasi dagang.. Selera aku semestinya Nasi Kerabu Ayam Percik..

Harga sepinggan RM9.00.. Kalau mengidam nasi Kerabu ketika berada di Kuching bolehlah singgah sini.. Tapi dengar cerita ada satu lagi Nasi Kerabu yang sedap... Nanti nak try terjah.. Maybe dalam next entri kita cerita..

Okey itu dululah yer... Selamat malam


Nasi Kerabu Kak Pah

Thursday 15 January 2015

BBQ CHICKEN KOREAN RESTAURANT KUCHING


BBQ Chicken Kuching (Gambar Ihsan Google)

Assalammualaikum...

Seronoklah yang dapat BR1M kan berbunga-bunga ceria semua wajah... Tambah pula kakitangan kerajaan ada yang menerima bonus.. Jadi bijak-bijaklah berbelanja yer... Kalau ada yang rasa baik hati nak belanja aku boleh contact yer...hehehe

Okey ni nak cerita pasal tempat makan sekitar Kuching lagi... Baru-baru ni ada pegi sebuah restoran yang menghidangkan makanan ala Korea (confuse macam western food ada jugak hehehe).. Selalu aku lalu jer depan restoran ni yang terletak di Lower Ground, Plaza Merdeka Kuching... Restoran ni kalau tengok dari luar nampak ekslusif, lagipun ni merupakan premium branch kat Kuching selain dari cawangannya yang terletak di Riveredge Kuching...

Menu kat sini terdiri daripada Salad, Roti&Nasi, Ayam Panggang, Pasta, Burger, Sandwich dan banyak lagi pilihan yang mengiurkan... Kalau boleh semua nak dirasa.. Restoran ni kira famous di Korea dan kini telah membuka cawangan di seluruh Malaysia... Kat Sarawak ada di Kuching, Bintulu dan Miri... boleh KLIK SINI untuk mengetahui cawangan yang ada di seluruh Malaysia... Dan ia HALAL..

Keistimewaan hidangan restoran ini ialah ia menggunakan minyak zaitun asli untuk memasak.. Kira makanan berkhasiatlah rendah lemak dan kolestrol.. Ayam panggangnya diperap selama 24jam untuk memastikan rasanya diserap dalam isi ayam...

Kat bawah ni antara hidangan yang boleh aku rekemen kat korang untuk mencubanya.. Semuanya memang sedap.. Tapi aku suka Kochi sebab isi ayamnya yang lembut dan sedap bila dicecah dengan sos BBQ.. Bagi yang tak pernah try bolehlah mencuba hidangan kat sini khususnya penggemar ayam..Lagipun rendah kolestrol dan baik untuk kesihatan... asyik restoran segera yang sama jer kan.. Sesekali tukar selera apa salahnya... Duit BR1M pun dah masuk tuhh hehehe... Okey jumpa lagi next entri,,,
Sous-Vide Nasi Goreng (Harga RM10.50)

Kochi (Harga RM11.90)

Jerk BBQ Meal - RM19.50 (Diperap dengan lebih 30 rempah dengan sos BBQ istimewa)

Pizza pun ada... next visit lah try

Wednesday 14 January 2015

LEVEL UP FITNESS CENTRE.....JOM WORKOUT

Assalammualaikum...

2nd entry untuk tahun 2015 hehehe... Nak mula start berblog kembali dan share apa yang patut...

Yang sedang mencari-cari pusat gimnasium di sekitar Kuching mungkin boleh try tempat ni... Level Up Fitness Centre yang terletak di Jalan Padungan belakang bangunan bank HSBC... Dulu masa kerja kat Kuching memang aktif ke sini... jaga badan kata orang... Bila transfer ke Mukah stop gym dan badan pun naik mendadak... Makin pulak aku ni jenis suka makan...

Level Up Fitness Cawangan Padungan (Ihsan Google)

Level Up Fitness ni kira yang terbaik yang aku rasa setakat ni sekitar Kuching namun yurannya  memang agak mahal tapi memang berbaloi dengan harga dan fasiliti yang di tawarkan.. Okey nak jadi member korang akan dikenakan yuran kemasukkan RM189.00 dan kontrak setahun dengan bayaran RM149.00 bulanan...  Yang ni kira kena komited lah sebab gym ni dia akan ambik detail credit card/debit card dan akan automatik debitkan bayaran RM149.00 setiap bulan.. Kalau tak pergi memang rugilah kan... Tapi still ada pilihan lagi kalau tak join member.. dan hanya sekali-sekala jer pergi.. Boleh pilih untuk harian RM45, mingguan RM100 dan bulanan RM220.. Yang ni tak terikat dengan kontrak... Aku pilih yang bulanan sebab kekadang kekangan kerja jadi tak dapat pegi selalu..

Daftar dan pilih lah nak Workout yang mana


Bila dah join member korang akan diberi kad akses untuk menggunakan semua fasiliti dalam gym termasuklah sauna (ada hari tertentu jer untuk lelaki dan perempuan), peralatan gym, bilik mandi (hot and cold shower) disertakan dengan tuala sekali...

Apa yang menariknya gym ni ialah pelbagai workout yang korang boleh pilih mengikut kesesuaian stamina.. Seperti Body Combat, Body Pump, Yoga, Body Attack, Body Jam, Abs Express dan lain-lain lagi... Biasanya aku ikut session Body Combat dan Body Pump sebab yang ni memang betul-betul mencabar stamina...

Body Combat ni gabungan Muay Thai, Karate dan Taekwando.. So workout ni melibatkan seluruh badan.. Follow jer instructor depan dan kita ikut dengan rentak muzik yang memang rancak... Satu jam kita akan tumbukan dan tendangan dengan mengambil corak seni mempertahankan diri boxing, Capoeira tu semualah... Memang release stress dan membakar kalori sehingga 740 kalori.. Memang seronoklah..dalam group ramai-ramai jangan risau kalau korang baru kali pertama.. Instructor akan guide satu persatu.. yang penting dapat keluarkan peluh...

Satu lagi workout yang aku suka ikut ialah Body Pump... Yang ni banyak melibatkan workout angkat berat... Seluruh badan untuk membentuk biceps, triceps, menguatkan otot bahu dan kaki.. Kalau yang rasa nak build muscle boleh pilih kelas ni... Jangan terkejut perempuan pun ramai jugak ikut kelas ni.. Seperti Body Combat... Body Pump pun ada instructor kat depan yang kita akan follow.. Workout ni pun diiringi muzik-muzik yang rancak untuk motivate kita,,, Ikut kelas tak payah bayar apa masuk je ke gym korang boleh terus join kelas no additional fees

Body Pump (Ihsan Level Up Fitness Facebook Page)

Body Pump Class (Ihsan Level Up Fitness Facebook Page)
Kelas-kelas ni waktunya tak sama jadi kita akan diberikan jadual mingguan untuk jadual waktu kelas tersebut... Kalau habis kerja boleh lah ke gym ni hilangkan stress dengan workout-workout yang disediakan... Equipment kat gym ni pun diselanggara dengan baik..Okeylah kalau rasa
nak sihat dan nak keluarkan peluh bolehlah berkunjung ke gym... Memang mahal sikit tapi agak berbaloi untuk fasiliti dan kelas yang ditawarkan...Happy workout...

Ehek gambar baru-baru pegi gym

D'Airiz Cafe (Satok)... Selera Ala Thai




Assalammualaikum...

Masih tak lewat lagi untuk aku mengucapkan Selamat Tahun Baru.. Kiranya ni 1st entry aku untuk tahun 2015 kan kan... Berhabuk dah blog ni sebenarnya tanpa sebarang entry.. Sejak kembali ke Kuching ni aku dah mula kembali dengan hobi lama iaitu mencuba tempat makan di sekitar Kuching.. Kalau nak cerita kat Kuching ni memang banyak tempat makan yang sedap-sedap... Sebut jer nak makanan apa... Tapi nak mencari yang betul-betul sedap memang kena explore betul-betul..

Nak cerita satu restoran yang menghidangkan makanan ala-ala thai... Kat sini bagi penggemar makanan Thai memang rekemen kat D'Airiz Cafe.. Try lah order Tom Kha dan Nam Tok Nuer.. Nama pun restoran Thai.. Jadi makanan pun sebutan bahasa thai lah kan...

Tom Kha


Nam Tok Neur ni sebenarnya stik daging bergril yang telah dihiris halus-halus dan dicampur dengan herba dan cili.. Rasa memang berapi pedas makan dengan nasi putih memang layan sangat.. Satu lagi Tom Kha Goong (Tomyam Putih-Udang) yang ni nasib baik Tomyam putih sebab tiada rasa pedas.. Kalau tak mau berapi mulut menikmati semua makanan pedas-pedas nih... Tapi kalau ikutkan memang makanan Thai ni semua pedas-pedas.. Kalau kalah dengan rasa pedas jangan pegi ke restoran Thai hehehe..

Nam Tok Nuer


Suasana restoran ni memang bersih dan kira dalam kategori kelas A (tak sempat nak snap gambar restoran sebab betul-betul menikmati hidangan depan mata).. Sesuai untuk keluarga sebab kat sini semua makanan dalam pilihan hidangan saiz kecil, sederhana dan besar.. Kalau untuk saiz hidangan kecil sesuai untuk 3-4 orang (perut kecik-kecik lah kot hehehe).... Tom Kha Goong harga saiz kecil RM20.00, Nam Tak Neur saiz kecil RM17.00, Nasi Putih RM2.00... Kalau nak makan nasi goreng pun ada juga kat restoran ni Nasi Goreng Kampung, Nasi Goreng Cina, Nasi Goreng Ikan Masin, Nasi Goreng Daging dan beberapa jenis nasi yang susah benar aku nak sebut dalam bahasa thai hehehe...

Kat sini tiada istilah makanan untuk seorang... Kalau saiz kecik tu macam aku cakap tadi memang sesuai untuk 3-4 orang... Jadi makanan dihidangkan berdasarkan saiz iaitu Small, Medium dan Large.. Kalau dah Small boleh dimakan untuk 3 orang agak-agak yang Large tu banyak mana kuantiti yang dihidangkan.. Aku boleh rate makanan sini memang terbaik... Lagi pun ini pertama kali aku makan Tomyam Putih yang memang sedap..

Nak cari restoran ni senang jer.. Kalau yang stay kat Kuching.. Mesti familiar area Satok kan... Ada Celcom Centre satu deretan dengan D'Airiz Cafe ni...

Rating : 4.5/5

Waktu Operasi D'Airiz Cafe


Lokasi D'Airiz Cafe