!TEMAN-TEMAN BLOG!

Thursday 6 August 2015

REVIEW: TERIMA KASIH SI BABI HUTAN -TUHAN KINI AKU DATANG








Assalammualaikum

Okey hari tu aku ada ceritakan yang aku ada beli buku indie dengan tajuknya Terima Kasih Si Babi Hutan - Tuhan Kini Aku Datang (TKSB).. Okey buku ni merupakan kisah yang pernah berlaku seorang pelukis jalanan iaitu Lepat atau Ismail Arifin yang suatu ketika dahulu pernah menjadi sensasi pada tahun 90-an kisah kerana kes perebutan anak.

Buku ini dibahagi dengan menarik dalam satu kisah kepada 4 bahagian..

Bahagian 1 - Terima Kasih Si Babi Hutan... Tuhan Kini Aku Datang

Bahagian ini mengambil metafora haiwan dalam menceritakan penderitaan yang ditanggung olehnya. Pelbagai liku yang terpaksa dilalui untuk mendapat haknya sebagai penjaga yang sah untuk membawa balik anaknya ke Malaysia. Dalam hampir tidak waras dia mungkin telah disedarkan oleh kehadiran si Babi Hutan yang telah menyedarkannya bahawa dugaan yang ditimpa ke atasnya adalah ujian Allah kepada hambanya. Itulah yang diceritakn oleh sepohon kelapa yang menjadi saksi kepada apa yang telah berlaku.

Bahagian 1.1 - Hujan Batu Yang Menghentam Kepala Lalu Merobek Luka Lama

Menceritakan serba ringkas kepulangan dia dan anaknya ke Malaysia. Namun sekali lagi kegagalan mempertahankan hak penjagaan anaknya telah dirampas akibat ketidakadilan yang dia hadapi.

Bahagian 2 - Nasibnya Si Tikus Tanah

Dalam ni penceritaan lebih kepada perbualan anak dan ayah. Seorang ayah memberi semangat kepada anaknya untuk meneruskan perjuangannya. Namun keadaan sistem perundangan yang kurang memihak kepadanya. Maliki sahabatnya lah banyak membimbingnya dari tenggelam dalam kejahilannya menempuhi dugaan itu.

Bahagian 3- Kami Budak-Budak Berguru

Dalam bab ini kita akan melihat bagaimana manusia membuat penilaian terhadap orang lain tatkala ditimpa pelbagai masalah, semua masalah itu dikatakan berpunca dari diri mereka sendiri. Apa dilemparkan tentang kisahnya hanya dilihat pada satu sisi sahaja sehingga dia menjadi bahan tohmahan media yang memberi fakta dan kenyataan yang salah.

Ini bukan novel tapi ia adalah sebuah buku yang menceritakan kepincangan sistem yang dicipta manusia yang akhirnya tidak dapat membantu mereka sendiri. Membaca buku ini mengingatkan aku kepada kisah Natrah Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh... Perjuangan untuk mendapat hak penjagaan seorang anak dan sekaligus menyelamatkan akidah seorang anak gadis yang hidup dalam suasana Islam... (Suggest baca buku Nadra Hertogh Controversy..)

B



Wednesday 5 August 2015

PERTAMA KALI MEMBACA NOVEL INDIE @ FIXI

Displaying IMG_20150803_181449.JPG



Assalammualaikum.. tak jawab dosa...


Recently dengar cerita ramai dah yang beralih arah kepada novel Indie (aku baru lagi)...seperti satu trend baru ramai yang telah mula terjebak dengan novel indie. Mungkin ia masih baru di pasaran. Macam aku pun baru mula terjebak dengan novel Indie ni. Kalau pergi MPH memang tersusun novel Indie dalam satu rak khas..mungkin kulit buku kurang menonjol berbanding dengan novel-novel komersial yang sekarang ni banyak sangat menyentuh isu-isu cinta yang bagi aku makin klise... Kenapa aku katakan klise sebab jalan cerita hampir sama..cuma watak yang masih berubah... Mungkin sebab itu aku cuba beralih-arah kepada novel Indie pula...

Belum banyak penerbit yang menerbitkan novel Indie.. kalau aku sebut Karya Seni, Alaf 21, Karangkraft, Kaki Novel secara automatik ramai kaki novel dah familiar sangat-sangat... Setakat aku ketahui sekarang ni ialah Dubook Press (agak unik namanya...atau pelik sikit hehehe).. Jadi kira nak bagitaulah aku ni baru nak berjinak-jinak dengan genre novel indie ni.. So buku pertama yang aku beli ialah Terima Kasih Si Babi Hutan-Tuhan Kini Aku Kembali penulisnya Ismail Ariffin @ Lepat.. 

Kenapa aku beli buku ni kerana tajuknya nampak provokatif buat aku tertarik.. Dan satu lagi aku membaca kandungannya adalah penceritaan kisah hidup sebenar penulis tentang isu perebutan hak penjagaan anaknya dengan isteri dari luar negara.. Dan kes ni pernah menjadi bualan hangat pada tahun 90-an (aku pun baru tahu..check dengan pakcik google hehehe)

Apa-apa pun aku trylah nak hadam buku ni..boleh masuk ke tidak.. Hopefully bolehlah kan... Cuma gaya bahasanya yang agak mungkin janggal sedikit berbanding bahasa sastera novel.. Lagipun aku rasa target market novel ini lebih kepada generasi baru yang sudah berfikiran baru dan mindset yang lebih berjiwa muda.. lihat sahaja kepada cover buku yang bercorak abstrak dan lukisan yang agak bebas dan mengandungi maksud tertentu.. (aku pun kira dah tua tapi dah jemu baca novel cinta saja try nak beralih arah pulak)...

Bermulalah pengembaraan minda aku untuk mendalami novel indie ni...



Tuesday 4 August 2015

TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJK FILEM DAN NOVEL













Filem dan Novel (Koleksi Sendiri)

Assalammualaikum...

Lama dah tak memblogging ni.. kebetulan dan bukak ni aku nak share sikit pasal filem Indonesia ni... Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.

Sekarang memang banyak filem-filem dan drama tempatan yang telah mula mendapat perhatian produser filem yang mana target marketnya adalah pembaca novel. Okey kali ni aku nak review satu filem yang di adaptasi daripada penulis Indonesia yang terkenal iaitu Hamka. Sebelum keluarnya filem ni, aku dah mula membaca novel ni apabila melihat novel ni kedai MPH, nampak tajuknya yang agak unik aku membelek ringkasan pada kulit belakang buku. Membaca ringkasan sahaja sudah cukup membuat aku mengambil buku itu dan membayar di kaunter.

Novel ini menggunakan bahasa Indonesia tapi jangan risau bahasanya masih mudah difahami. Kisah Cinta Zainudin yang ditolak oleh keluarga Hayati kerana perbezaan suku. Cinta mereka berdua hanya tercurah di atas helaian kertas namun akhirnya Zainudin kecewa setelah mengetahui Hayati telah mengahwini Aziz. Kekecewaan ini menyebabkan Zainudin terlantar kesakitan namun kerana nasihat dari sahabatnya Muluk dia terus bangkit dan berhijrah ke Surabaya, Di sinilah Zainudin telah menukar namanya kepada Shabir dan mula menulis novel yang berdasarkan kisah cintanya dengan Hayati bertajuk Teroesir.

Sumber: Google

Kalau nak tau lebih lanjut bolehlah membeli novel ni. Kisah cinta yang tidak kesamapaian disebabkan oleh adat istiadat dan tidak direstui keluarga. Penghujung ceritanya sangat menyedihkan. Filemnya pula dengar khabar mengambil masa 5 tahun untuk disiapkan kerana penerbit mengambil ketelitian set penggambaran pada tahun 1930-an di daerah Minangkabau. Set penggambaran di atas kapal mungkin tidak sehebat Titanic namun ia tidak mencacatkan jalan cerita filem tersebut. Cuma filter filem yang berwarna biru agak mengganggu sedikit pandangan mata.


Kalau malas nak baca novel bolehlah mencari DVD ni pasaran. Durasi filem selama 2 jam 43 minit membuatkan aku terus tidak berganjak kerana rasanya inilah filem cinta Indonesia yang terbaik bagi aku selepas Ayat-Ayat Cinta.


ketahuilah bahawa Allah yg mjadikan matahari dan memberinya cahaya. Allah yang mjadikan bunga dan memberinya wangi. Allah yg mjadikan tubuh dan mberinya nyawa. Allah yg mjadikan mata dan memberinya penglihatan. Maka Allah pulalah yg mjadikan hati dan memberinya cinta. -Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck-


Selamat Hari Raya 
Maaf Zahir dan Batin
iKHLAS
aDHIE