!TEMAN-TEMAN BLOG!

Tuesday 10 July 2018

KITA ADALAH "PENUMPANG"

Novel terbitan Fixi memang selalu ada kelainan dari segi plot cerita yang misteri dan psiko. Penulis Fee Anyau yang berasal dari Kuching bermain dengan watak Jai yang mencari jawapan kepada kematian kawannya Eddie.

Sejujurnya memang agak lama untuk aku habiskan novel setebal 302 muka surat ini kerana jalan ceritanya agak slow. Persoalan misteri kematian Eddie yang menjadi kekuatan untuk aku terus membaca novel ini.

Bila baca buku ini membuatkan aku turut sama menjadi penumpang dalam fikiran, perasaan dan cerita Jai. Akhirnya akan terjawab siapa Jai yang sebenarnya.


Monday 9 July 2018

REVIEW NOVEL 3 BELAS

Kali terakhir aku mengemaskini blog aku adalah pada tahun 2015. Gila punya lama. Faktor kekangan masa membuatkan aku jarang-jarang dapat berkongsi cerita di blog ini.

Untuk permulaan aku nak bercerita pasal satu novel iaitu Novel 3 Belas. Buku ini aku dapatkan semasa pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018.

Meremang juga bulu roma dengan kisah-kisah pembunuhan psiko, dendam sadistik, makhluk halus, pencabulan, kematian, mistik dan paranormal yang juga diselitkan unsur humor dalam buku 3 Belas ini.


Terdapat 13 buah kisah yang disampaikan dengan gaya bahasa yang santai dan mudah dihadam untuk membacanya. Setiap cerita berbeza plot twistnya yang mungkin kita tak jangka.

Aku sendiri pun bila baca kisah nombor 3: Akak Cerita Tentang Saya Ke Tadi?, pada penghujung cerita, aku terus tutup buku. Boleh pulak penulis main-main dengan jiwa kita yang tengah seram.

Namun ia tetap tidak mematahkan keberanian aku untuk membaca kisah-kisah seterusnya hehehe. Nak lebih menghayati cuba baca buku ni seorang diri pada waktu malam. Berani ke tak berani?

Tegak bulu roma.





MAJLIS BERLANGGER MIJA MELANAU IGAN DI KUCHING 2018

Walaupun Syawal menghampiri penghujung, tapi masih banyak lagi majlis-majlis rumah terbuka dan ramah tamah Aidilfitri di adakan. Ini merupakan ruang untuk kita mengeratkan silaturrahim.

Kaum Melanau cukup dikenali dengan tradisi Majlis Berlangger (istilah bahasa Melanau adalah berkunjung) Mija (Meja) yang diadakan setiap kali bulan Syawal.

Majlis Berlangger Mija Kuchigen (Kuching-Igan) 2018 di Kediaman YB Dato' Murshid Diraja Dr. Juanda Jaya di Kuching dan dihadiri oleh semua warga Melanau yang berasal dari Kampung Igan yang menetap di Kuching.

Kemeriahan tradisi ini adalah pada hidangan tradisional kaum Melanau seperti Umai Ikan, Ikan Salai, Linut, Ulam-ulaman dan macam-macam lagi. Ada juga yang membawa sate dan Laksa Kedah untuk mempelbagaikan menu.

Majlis ini diadakan dengan tujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yang dianjurkan oleh Persatuan Melanau Igan Kuching.

Berikut ialah gambar sekitar Majlis yang telah berlangsung pada 7 Julai 2018.

Sebahagian Tetamu Yang Hadir

Antara Juadah Kuih Muih Tempatan

Umai Ikan - Makanan Tradisi Kaum Melanau

Sagu dan Ikan Salai

Selain makanan tradisi ada juga Laksa Kedah

Ulam-ulaman

Satay, Pulut Panggang dan Pelbagai lagi