!TEMAN-TEMAN BLOG!

Friday 15 November 2019

TRIP SOLO DARI KL SENTRAL - PADANG BESAR - HATYAI - BANGKOK

PERJALANAN MENAIKI KERETAPI DARI HATYAI KE BANGKOK

Bertolak jam 6:45 petang dari Hatyai dan tiba di Bangkok jam petang tadi. Belek tiket sepatutnya tiba Bangkok jam 10:30 pagi, entahlah kenapa lewat. Mungkin hanya atas kertas sahaja. Nasib tiada terkejar sebarang program di Bangkok hari ini. 19 jam dalam keretapi nasib baik ada internet, bolehlah layan Netflix.

Image may contain: table and indoor


Kalau ikutkan lebih murah menaiki kapal terbang yang mengambil masa yang singkat untuk ke Bangkok. Sesekali teringin juga pengalaman dan suasana kembara yang baru. Merasa jugalah makan, 
tidur, mandi dan solat dalam gerabak keretapi.

Dah lama sebenarnya simpan angan-angan menaiki "Sleeper Berth" gerabak keretapi yang berkatil. Kali ini tertunai sudah salah satu "bucket list" aku. Perancangan cuti mulanya hanya ke Bangkok. Alang-alang cuti ambil keretapi dari Hatyai, dan dapat singgah Hatyai sekejap.

Image may contain: 1 person, sitting and indoor


Mula-mula sekali ialah beli tiket. Aku sarankan beli online sebab kalian boleh pilih jenis gerabak, stesen dan waktu yang bersesuaian dengan kalian. Aku beli secara atas talian di https://www.thairailwayticket.com/eTSRT/ Harga TB1105 (RM168.01) untuk kelas 2 dan berhawa dingin.

Ada dua pilihan katil dan harga pun tak sama. Macam aku, aku memilih katil sebelah bawah atau "lower berth" sebab bertingkap dan boleh melihat pemandangan.
Setiap coach "sleeper berth" ini dijaga oleh seorang atendan. Tugas mereka ialah mengubah tempat duduk menjadi katil, dan dapat dilihat mereka melakukan tugas dengan tangkas dan pantas. Mereka juga turut memberi maklumat perhentian stesen seterusnya.


Image may contain: bedroom and indoor

Cadar, sarung bantal dan selimut pun turut diberikan dari dalam plastik. Semuanya mereka yang bantu pasang. Setiap katil ada langsir dan ianya boleh ditutup untuk tujuan privasi.

Image may contain: indoor
Waktu ini semua penumpang sedang lena dibuai mimpi

Pastikan kalian siap-siap beli bekal untuk makan malam dan sarapan pagi. Dalam keretapi ini ada gerabak khas untuk cafe. Tapi makanan tidak dijamin kehalalannya.

Image may contain: 1 person, sitting

Image may contain: one or more people and indoor
Cafe di Dalam Keretapi Hatyai ke Bangkok

Thursday 14 November 2019

TRIP SOLO DARI KL SENTRAL - PADANG BESAR - HATYAI - BANGKOK

PART 6 - HARI TERAKHIR DI HATYAI

Pejam celik pejam celik dah masa untuk meninggalkan Hatyai. Aku hanya banyak menghabiskan masa dengan menikmati makanan di Hatyai. Insya Allah akan datang lagi ke Hatyai lebih lama. Hari ini akan menaiki keretapi menuju ke Bangkok

No photo description available.
Tiket Keretapi Hatyai ke Bangkok


Selamat tinggal Hatyai, rasanya tiada yang tertinggal. Hanya kenangan yang tertinggal di "syurga makanan" ini. Sekarang menaiki keretapi menempuh perjalanan lebih kurang 16 jam menuju ke Bangkok.

Image may contain: Mohd Safudin Mohamad Tahir, standing and outdoor
Menaiki Keretapi KOC Kelas 2
Keadaan KOC Kelas 2. Bersih sangat...

Setiap gambar ada kenangan. Tapi tidak semua kenangan ada gambar, biar ianya tersimpan dalam memori. Terima kasih Hatyai kerana berjaya menggemukkan aku untuk dua hari ini hehehe. "Khap khun khap, Hatyai." Malam ini tidur dan makan di dalam keretapi.

Image may contain: screen


TRIP SOLO DARI KL SENTRAL - PADANG BESAR - HATYAI - BANGKOK

Part 6 Jalan-jalan Di Hatyai

Hatyai adalah syurga makanan dan lokasi membeli-belah bagi pelancong. Memang rambang mata jugalah kalau ke Hatyai ini. Aku ni bukan kaki shopping jadi hanya "lintas hormat" di setiap tempat yang menjadi tumpuan membeli-belah pelancong. Aku lebih kepada menikmati suasana, dan mengenali budaya orang Hatyai. Sebelum ini hanya ke Krabi, di sini dapat mengenali lebih dekat budaya orang Thai. Selain itu semestinya mencuba makanan di Thailand.

Di Hatyai memang mudah untuk mencari makanan halal. Berdekatan Hotel Lee Garden banyak restoran-restoran Halal, hanya pilih ikut selera. Hari ini hari terakhir aku di Hatyai,  check-out hotel dan berjalan-jalan di sekitar pusat bandar Hatyai. Keretapi lambat lagi, dijadualkan jam 6.45 petang waktu hanya akan bertolak dari Hatyai.



Image may contain: one or more people and people standing

Image may contain: 1 person, standing and shoes


Image may contain: 1 person



TRIP SOLO DARI KL SENTRAL - PADANG BESAR - HATYAI - BANGKOK

PART 5

Sepanjang berada di Hatyai, aku baru perasan payah nak jumpa tong sampah di sini. Kawan aku bagi tahu kerajaan Thailand bimbang berlakunya kejadian bom diletakkan di dalam tong sampah.

Image may contain: one or more people, sky and outdoor
Tiada Tong Sampah tapi Tetap Bersih


Masuk pusat membeli-belah pun terpaksa melalui mesin pengimbas. Apa yang aku perasan juga walaupun tiada tong sampah, tidak nampak sampah berselerak pun.

Hatyai pernah menjadi sasaran serangan bom yang mengakibatkan kematian pada September 2006, Mei 2007 dan Mei 2014.

Image may contain: outdoor
Gerai yang terletak di bawah jejambat
Image may contain: sky, car and outdoor
Menara Jam di Hatyai


Image may contain: one or more people
Mesin Pengesan di Dalam Pusat Membeli Belah Hatyai









.

Wednesday 13 November 2019

TRIP SOLO DARI KL SENTRAL - PADANG BESAR - HATYAI - BANGKOK

Part 4 - Pasar Terapung Khlong Hae

Image may contain: one or more people, sky, crowd, outdoor, nature and water

Pilihan kenderaan untuk bergerak di Hatyai ialah Tuk Tuk, Grab Car Dan Grab Ride (Motorsikal). Setibanya di Hatyai aku terus mengambil Grab Car TB130 menuju ke Pasar Terapung Khlong Hae. Dari Pasar Terapung Khlong Hae balik ke hotel aku menaiki Grab Ride TB60.

Untuk pengembara solo macam aku ini, lebih mudah Grab Ride, harganya separuh dari Grab Car. Kalau kalian datang cuti dengan kawan-kawan boleh pilih Tuk Tuk atau Grab Car, kongsi tambang. Untuk Tuk Tuk kena tawar harga dan bandingkan harga dengan Grab Car.

Sepanjang menggunakan Grab Ride, Google Translator sangat penting. Agak sukar untuk berkomunikasi dengan pembawa Grab Ride di sini.



Image may contain: 1 person, outdoor and food

Image may contain: 3 people, outdoor

Di pasar terapung Khlong Hae pelbagai makanan halal dijual di sini. Seperti berada di Malaysia kerana majoriti pelancong yang berkunjung di sini ialah rakyat Malaysia. Makanlah sepuasnya dari hujung ke hujung sehingga kenyang.

Image may contain: food

Image may contain: food and outdoor

Image may contain: food

Image may contain: 1 person, food



TRIP SOLO DARI KL SENTRAL - PADANG BESAR - HATYAI - BANGKOK


PART 3 - HOTEL THE BEDROOM HATYAI

No photo description available.Image may contain: outdoor


Di sinilah aku menginap selama 2 hari 1 malam di Hatyai sebelum meneruskan perjalanan ke Bangkok keesokkannya. Hanya TB450 untuk satu malam, dan terletak di pusat bandar Hatyai. Dengan harga bilik yang tak cecah RM100 dan lengkap semuanya.

Image may contain: indoor

Selain biliknya yang unik, hotel ini dilengkapi dengan mini gym, tempat lepak dan pantri. Katil di bahagian atas, sementara ruang menonton tv di bawah. Tandas tip top bersih, aku suka.

Image may contain: indoor

Semasa check-in kalian dikehendaki membayar deposit TB350, untuk card access pintu masuk utama. Jadi keselamatan tak perlu risau, orang luar memang tidak dapat masuk. WiFi pun ada, jadi tak perlu risau nak kemaskini segala media sosial kalian hehehe.

Image may contain: indoor

Memang puas hati, walaupun duduk tidak lama. Pekerja pun ramah dan mesra. Cuma satu sahaja, hotel ini tiada lift. Jadi kurang sesuai bagi yang ada masalah kelelahan untuk naik tangga.


Sambung Part 4 - Aktiviti di Hatyai (akan bersambung hehehe)

Tuesday 12 November 2019

TRIP SOLO DARI KL SENTRAL - PADANG BESAR - HATYAI - BANGKOK

PART 2 : PADANG BESAR - HATYAI


Alhamdulillah sampai sudah di Padang Besar waktu Malaysia jam 1.00 petang dan waktu Thailand adalah 12.00 tengah hari. Perancangan awal hendak menaiki keretapi klasik ke Hatyai, tapi tukar perancangan dari Padang Besar aku memilih untuk menaiki Mini Van ke Hatyai.


Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang
.


Kenapa? Sebab keretapi klasik ke Hatyai bergerak 3.45pm waktu Thailand, dan tidak mahu buang masa hampir 4 jam menunggu keretapi tersebut. Itu belum lagi perjalanan masa yang diambil untuk ke Hatyai.

Sampai di stesen KTM Padang Besar, kalian naik ke tingkat 1 dan perlu berjalan melalui jejantas menuju ke pos imigresen Padang Besar, Malaysia. Waktu ini kalian akan dikerumuni oleh pembawa van. Hati-hati tadi nyaris juga aku terkena.



Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang berdiriImej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang berdiri, luaran dan dalaman


Terselamat dari pujuk rayu pemandu van yang nak caj aku TB1000 (RM137.++) terus ke Hatyai. Nasib aku baik apabila disapa seorang kakak ini bagi tahu dia menyediakan perkhidmatan menghantar menggunakan motorsikal. Pos Imigresen Malaysia/Pos Imigresen Thailand/ Stesen Mini Van Padang Besar. Oleh kerana aku seorang jadi tidak fikir panjang setuju dengan caj RM7.

Selesai urusan di Pos Imigresen Padang Besar Thailand, kakak itu terus menghantar aku ke stesen Mini Van. Di sini kira pusat Mini Van membawa penumpang dari Padang Besar ke Hatyai.



Imej mungkin mengandungi: 1 orangImej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang duduk, kereta dan dalaman


Di stesen Mini Van Padang Besar Hatyai, hanya beritahu penjaga kaunter tiket Mini Van hotel kalian dan Mini Van akan menurunkan anda depan hotel yang dinyatakan. Caj yang dikenakan Hanya TB50. Perjalanan dari Padang Besar ke Hatyai mengambil Masa lebih kurang 45 minit. Kalau aku bayar TB1000 tadi kan kerugian dah situ.

Jumpa di Hatyai...

TRIP SOLO DARI KL SENTRAL - PADANG BESAR - HATYAI - BANGKOK

Part 1 - KL Sentral ke Padang Besar

Lama dah bersawang blog aku ni hehehe... Nak update perjalanan solo aku dari Kl Sentral - Padang Besar - Hatyai dan Bangkok. Impian yang dah lama aku simpan untuk merasai pengalaman menaiki ETS dan keretapi.

Perjalanan solo pertama kali menaiki ETS. Menuju ke Padang Besar dan seterusnya ke Hatyai. Berada di Hatyai selama dua hari. Nak merasa naik ETS. Almaklum, ETS dah lama beroperasi tapi tak berpeluang lagi nak mencuba.

Lepas Hatyai, baru ke Bangkok menaiki keretapi bertemu rakan-rakan backpacker di sana. Insya Allah kalau tiada halangan, turut menjelajah Phra Nakhon Si Ayutthaya atau lebih dikenal dengan Ayutthaya yang menyimpan berbagai peninggalan sejarah kota terbesar kedua dari kerajaan Siam.




Menempuh perjalanan dari KL Sentral ke Padang Besar yang bertolak seawal jam 7.12 pagi dan dijangka sampai jam 1.00 petang perut mesti lapar. Kalau tiada bawa bekal jangan risau dalam ETS ini ada cafe.


Imej mungkin mengandungi: makanan


Harga kira standard serendah RM7.00 ada Nasi Lemak Pak Roslan, Nasi Tomato Ayam Masak Merah, Mi Goreng, Lasagna dan beberapa lagi hidangan ringan. Oleh kerana tempat duduk aku satu coach dengan cafe ini, iaitu Coach C mudah untuk aku bergerak membeli makanan.


Kemudahan lain:- 

Setiap tempat duduk ada disediakan soket yang terletak bawah tempat duduk. Manalah tahu nak caj handphone atau nak guna laptop. Tetapi perlu membongkok sedikit jika hendak menggunakannya.


Imej mungkin mengandungi: kasut

Pastikan minta izin orang sebelah kalian dulu, nanti salah faham pula. Manalah tahu sebelah kalian seorang awek yang berskirt pendek, tak pasal-pasal kena pelangkung ketika kalian terbongkok-bongkok nak pasang plug peralatan elektronik kalian.
.
Kalau yang datang berkeluarga tu boleh pilih kerusi yang berdepan (face to face) kerana ada meja. Senang kalau nak makan, tambahan pula meja di cafe ETS adalah terhad. Ini antara pilihan kerusi yang berdepan.

COACH A - kerusi 14&15
COACH B - kerusi 13&14
COACH C - kerusi 10&11
COACH D - kerusi 1&2
COACH E - kerusi 13&14
COACH F - kerusi 14&15

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang duduk dan minum


Tiada penerangan foto disediakan.

Tiket ETS aku beli online dengan tambang sehala RM76 (Gold Class). Biasanya tiket ETS memang cepat habis terutama hujung minggu dan musim perayaan. Beli online untuk elakkan kehabisan tiket. Pautan untuk pembelian tiket: https://www.ktmb.com.my/BookingJourney.html

Surau juga turut disediakan, dan tandas yang bersih dan selesa.

Imej mungkin mengandungi: dalaman





Bersambung Part 2 - Padang Besar ke Hatyai