!TEMAN-TEMAN BLOG!

Sunday 24 April 2011

Scream 4 - Nak Jerit ke Nak Menguap!!!


Salam kepada yang suka visit aku punya blog ni, seperti biasalah tadi petang aku pegi menonton Scream 4. Yelah Scream 1-3 dah tengok jadi nak tau apa plak yang berlaku dalam sequel yang no 4 ni. Dalam Scream 4 mestilah Sidney Prescott menjadi tunjang utama filem. Dalam filem ni dia yang telah menjadi penulis buku tersohor kembali ke Woodsboro dan merupakan destinasi akhir untuk promo buku yang dia tulis. Sampai jer kat bandar dia jumpa balik member-member yang pernah sama-sama ngan dia dalam Scream 1-3 dulu. Syerif Dewey dan Gale yang akhirnya berkahwin dan juga bertemu ngan cousin dia Jill dan makciknya Kate. Kemunculan Sidney umpama satu sumpahan di bandar Woodsboro kerana Ghostface juga turut muncul dengan beberapa siri pembunuhan. Mestilah korang akan berteka-teki sepanjang menonton filem ni Siapakah ghostface itu?
Bermulanya teka-teki siapakah Ghosface-Scream 4


Rasanya filem ni “perencah” mungkin kurang, langsung takder plot agar penonton dapat merasai inilah sequel yang ditunggu selepas Trilogi Scream yang dihasilkan oleh Kevin Williamson dengan kutipan yang mencecah jutaan dollar. Rasanya plot Scream 4 ni macam tiada satu tarikan yang boleh membuat aku duduk dengan rasa cemas. Aku tak taulah tujuan skrip filem ni memilih tarikh memperingati peristiwa pembunuhan tu sama dengan hari Sidney ni muncul kat bandar Woodsboro ni. Tidak salah kalau aku katakan aku menguap beberapa kali menonton movie ni. Aku lebih suka kalau karakter Gale, Sydney dan Dewey lebih banyak interaksi sebab apabila digabung dengan generasi baru fokus kepada 3 karakter asal ni buat aku rasa hilang tumpuan di tengah-tengah jalan cerita.

babak suspens in the end boleh jadi lucu
Ada juga tu babak yang sepatutnya suspens aku pulak boleh geli hati. Macam satu babak tu Alison menerima panggilan daripada Ghostface part ni memang suspens bila dia cuba berlari ke arah keretanya. Cuba teka apa yang berlaku seterusnya? Alison ni dengan selamber jer keluar kereta dan siap jenguk bawah kereta (aku senyum sinis bengong apa carik pembunuh tu). Sorry I spoiled u guys punya suspens yg belum nengok movie ni huhuhu.

Tidak seperti Trilogi Scream yang mempunyai babak yang memang membuat kita suspens dan banyak adegan ganas dengan lumuran darah. Yang nyatanya Scream 4 ni memang boring sebab korang dah agak Ghostface tu akan muncul kat mana, kalau tak kat pintu atau tingkap. Adegan jatuh-jatuh tangga tu memang dah sinonim ngan filem Scream ni. Komen aku pembunuhan kejam ni terlampau klise dan secara visual nya memang membonsankan. Kalau korang jenis yang suka tengok adegan ganas-ganas dengan berliter-liter darah memancut filem ni memang kurang memaparkan adegan seperti itu.


Babak hadang-hadang pintu ni ermmm klise...

Rasanya Scream 4 ni memang kurang serius untuk menonjolkan adegan ganas kerana penonton memang menunggu adegan seperti ini (itulah tujuan utama aku sebagai penonton nonton filem ni). Kalau dulu memang aku akan kesian nengok mangsa yang dibunuh oleh Ghostface ni dalam siri 1-3, dalam Scream 4 ni rasa kurang suspens pulak tahap ketakutan aku pun down jugak (siap menguap lagi). Kategori filem ni memang aku hanya bagi C- sahaja. Better wait for the DVD on the rack.

 

Friday 22 April 2011

Chinese Ghost Story - Twilight versi Hong Kong


Chinese Ghost Story (2011)

Lama dah rasanya aku tak update blog ni. Biasanya kalau aku update mesti pasal movie terbaru atau tempat makan menarik. Hari ni memang aku nak cerita pasal movie Hong Kong terbaru. 21 April pembukaan tayangan filem Chinese Ghost Story. Ketika pertama kali melihat poster filem ni di MBO tak terfikir pun ini adalah remake kepada filem Chinese Ghost Story yang pernah popular pada era 80-an masa tu aku sekolah rendah lagi huhuhu. Anyway, selepas melihat trailer filem ni di YouTube aku pun bersemangat nak menonton filem ini sebab dulu suka tengok Joey Wong yang memegang watak Siu Sin dalam versi asal filem ni.
versi asal Chinese Ghost Story (1987)


Kisah yang diadaptasi daripada karya pada kurun ke-17 oleh seorang penulis cina iaitu Pu Songling, mengisahkan percintaan di antara manusia Ning Caichen dan hantu Nie Xiaoqian. Kisah ini telah diadaptasi menjadi filem beberapa kali sebelum ini dan filem yang aku rasa popular ialah hasil produksi Tsui Hark yang menampilkan Leslie Cheung dan Joey Wong sebagai pendukung watak utama. Pada pendapat aku ini merupakan filem Twilight Saga versi Hong Kong.
Romantis - Cinta Antara dua Makhluk


Secara ringkasnya filem ini adalah merupakan kisah percintaan antara Caichen dan Siu Sin yang dipertemukan secara tidak sengaja di pergunungan berpuaka Gunung Hitam. Penduduk kampung di sekitar pergunungan ini tidak berani mendekatinya kerana sesiapa menjejakkan kaki ke sana mereka tidak akan kembali lagi. Ning Caichen cuba membantu penduduk kampung tersebut untuk mendapatkan sumber air. Disinilah Caichen dan Siu Sin (Liu Yifei) bertemu dan Siu Sin yang pada mulanya ingin membunuh Caichen telah jatuh cinta. Siu Sin lalu menceritakan kepada Caichen bahawa rohnya telah diperangkap oleh Pohon Puaka di pergunungan tersebut dan terpaksa menjadi hamba kepada puaka tersebut. Seperti biasa aku tak nak cerita sampai habis nanti hilang suspens korang bagi sesiapa yang belum tengok filem ini.

Pemburu Hantu


Pada pendapat aku filem versi terbaru ini sangat menarik dan tema percintaan sangat ditekankan berbanding Chinese Ghost Story yang asal. Kalau versi asal temanya lebih tertumpu kepada usaha mereka untuk memusnahkan  Pohon Puaka tersebut. Tapi versi 2011 ini lebih serius menekankan plot konflik perasaan cinta antara manusia dan hantu. Babak sedih memang boleh buat kita leleh air mata. CGI dan kesan khas memang sesuai dengan teknologi masa kini berbanding pada era 80-an. Sinematografinya pun menarik. Babak cemas ketika bertarung memang sudah biasa bagi filem Hong Kong dan di selang seli dengan babak romantis antara Caichen dan Siu Sin. 
Liu Yifei - Hantu Jelita Chinese Ghost Story (2011)

Sebenarya aku memang jarang sangat menonton filem Hong Kong di pawagam kecuali ia betul-betul menarik minat aku untuk beli tiket. Sesiapa yang belum menonton versi asal tu bolehlah beli DVD dan buat perbandingan. Tapi bagi aku kedua-dua versi mempunyai kelebihan masing-masing. Anyway 4 stars for this movie. Rasanya mesti ada sequel, kita tunggu dan lihat sebab Chinese Ghost Story versi asal mempunyai 3 sequel Chinese Ghost Story 1 (1987), Chinese Ghost Story 2 (1990) dan Chinese Ghost Story 3 (1991). Apa-apa pun Chinese Ghost Story 2011 memang menyentuh perasaan. REALLY TOUCHING.
Adegan Cemas

Saturday 2 April 2011

Awan Andai Dapat Dicapai Saktilah Hamba - Saifudin

Sesi Bertemu RAM di Tun Jugah

2 April 2011 rasa bertuah sebab dapat bertemu dengan novelis yang terkenal iaitu Ramlee Awang Murshid (RAM). Last minute jugak tahu dia berada di Kuching hari ni, apa lagi aku terus pecut motor menuju ke Tun Jugah. Sebelum pergi ke TJ aku sempat capai dua buah novel karya RAM, sebab novel-novel yang lain semua tinggal kat kampung, yang penting aku dapatkan tandatangan dan bergambar dengan dia pun jadilah. Sampai di sana dah ada jugak peminat RAM ni dan dipaparkan sekali promo novel Sutera Bidadari yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi.



Memang dari dulu sejak di bangku sekolah aku ni memang peminat novel. Semasa di sekolah menengah aku meminati Khadijah Hashim. Mungkin korang pernah dengar novel Badai Semalam, Merpati Putih Terbang Lagi, Mira Edora, Cinta Kedua dan Laila Azwa Gadisku. Novel ni antara yang masih dalam simpanan aku. Sayang woo koleksi terbaik Khadijah Hashim. Sorang lagi ialah Ahadiat Akashah, yang ni memang aku memang minat sangat antara karya terbaiknya bagi aku ialah Hikayat Cinderella dan Lagenda Budak Setan.

Peluang Bersalaman Dengan RAM
Nasib Baik Ada 2 Novel Dalam Simpanan Untuk Ditandatangan Oleh RAM


Selepas itu aku mula mengenali karya RAM ni melalui Bagaikan Puteri. Dari muka surat pertama aku tak dapat berhenti membacanya kerana ingin mengetahui kisah pengembaraan Laksamana Sunan. Di sinilah aku mula mengenali watak Laksamana Sunan atau Saifudin. Teknik penceritaan RAM begitu jelas hinggakan aku sendiri berada di alam ciptaan RAM. Bagaikan Puteri ni disambung dalam novel yang seterusnya, Hijab Sang Pencinta, Cinta Sang Ratu, Cinta Sufi dan yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi ialah Sutera Bidadari. Dulu aku hanya mendengar nama RAM melalui novel Tombiruo, kerana banyak karyanya berunsur thriller dan suspens. Agak berbeza dengan penulis-penulis yang mengambil tema percintaan, RAM menggabungkan percintaan dalam suatu situasi suspens dan penuh thriller. Harap RAM akan terus berjaya di masa akan datang. Bagaikan Puteri tu kalau difilemkan mungkin boleh mengalahkan Hikayat Merong Mahawangsa.
Jeles Tengok Perempuan Ni Dapat Tandatangan Semua Novel Koleksi RAM




RAM Sedang Menandatangani Novel Koleksi Aku -Rayyan Fantasi dan Tombiruo



Kudos to RAM