!TEMAN-TEMAN BLOG!

Saturday, 19 February 2011

Gunung Serapi - Lagenda Cinta Tiada Kesampaian

Setiap kali aku melalui jalan Matang, mata aku pasti akan terpana dengan kemegahan gunung Serapi. Aku suka melihat gunung Serapi pada pagi hari kerana ia masih dilitupi kabus pagi dan awan yang mengindahkan lagi bentuk Gunung Serapi tersebut. Teringin juga aku nak mendaki gunung ini suatu hari (kalau ada group yang nak adakan pendakian gunung Serapi ni pls let me know).Dengan ketinggian 911 meter dari paras laut, ianya terletak Taman Negara Kubah. Di atas puncak tersebut terletak sebuah pemancar telekomunikasi. 





Sejak kecil lagi aku sudah biasa membaca kisah-kisah dongeng dan lagenda. Gunung Serapi pun mempunyai kisah lagendanya tersendiri seperti juga Gunung Santubong. Menurut lagenda Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang yang masyhur dengan kejelitaan adalah puteri kayangan yang diturunkan ke bumi dan merupakan puteri yang diturunkan oleh Dewata Raja Kayangan untuk meleraikan pertelingkahan antara dua kampung iaitu Kampung Pantai Biru dan Kampung Pasir Kuning. Satu lagi versi kedua-kedua puteri ini dikatakan puteri Sultan Brunei yang ditinggalkan oleh tujuh orang saudara mereka di kaki Gunung tersebut semasa rampasan kuasa di Brunei.

Kejelitaan kedua-dua puteri ini menarik minat Putera Serapi dari Matang melihat sendiri kejelitaan kedua-dua puteri itu. Ketampanan dan kegagahan Putera Serapi telah membuatkan Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang bertelingkah untuk merebut cinta Putera Serapi lantas menyebabkan Dewata Kayangan Murka lalu mengangkat Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang ke langit lalu disumpah Puteri Santubong sebagai Gunung Santubong dan Puteri Sejenjang menjadi Pulau Kera dan bersepaian menjadi Pulau Talang-Talang, Pulau Satang dan Pulau Lakir. Putera Serapi yang kecewa untuk meraih cinta puteri-puteri itu lalu membawa diri ke sebuah gunung dan terus menghilangkan diri dan kini dikenali sebagai Gunung Serapi.Itu merupakan lagenda yang pernah aku baca semasa masih kecil-kecil dulu. Jika dilihat dari jauh Gunung Santubong seperti seorang perempuan yang sedang berbaring dan rambutnya terurai.

Gunung Serapi dan Gunung Santubong mempunyai lagenda yang berkait rapat mungkin ada yang tahu dan mungkin tidak. Jika anda mempunyai versi lain lagenda Gunung Serapi bolehlah kita kongsi bersama. Kanak-kanak hingga yang dewasa mungkin sudah acapkali mendengar dendangan lagu Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang yang penuh maksud tersirat dan boleh dijadikan iktibar untuk kita semua.

2 comments:

  1. oklah tu... lain sikit. biasanya lelaki yg bergaduh berebut perempuan. boleh difelemkan mcm puteri gunung ledang... tp kena kreatip sketlah.

    ReplyDelete
  2. mungkin agak sukar nak difilemkan kerana sensitivity...kalau difilemkan memang aku nak tengok jugak :)

    ReplyDelete