!TEMAN-TEMAN BLOG!

Sunday 20 February 2011

Rayyan Fantasi - Saspens, Seram, Dan Misteri


Aku baru sahaja selesai membaca Rayyan Fantasi, dengan tagline "Apa yang terfikir...itu ada!" Ramlee Awang Murshid berjaya membuatkan aku berimaginasi dalam dunia yang lain. Aku mengenali Ramlee Awang Murshid melalui novel Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta dan Cinta Sufi dan sambungannya bakal dikeluarkan tidak lama lagi iaitu Sutera Bidadari. Genre Rayyan Fantasi sesuatu yang mungkin agak berbeza tapi tetap berunsurkan thriller (memang selayaknya beliau digelar Novelis Thriller No.1 Malaysia). Penceritaan dalam novel ini teratur dan diselangi dengan teknik imbas kembali dan membuat kita tertanya apa yang bakal berlaku seterusnya.
 
Apabila membaca novel ini aku teringatkan Siri Heroes mengenai manusia dilahirkan dengan kuasa yang luar biasa tanpa mereka sedari. Aiddin watak utama dalam novel ini tidak mengetahui siapakah dirinya sebenar dan ayahnya Ibrahim banyak berahsia mengenai asal-usul mereka.  Pertunangan Aiddin dengan Feena berakhir apabila Aiddin hilang sewaktu pendakian ke Gunung Kinabalu (impian terakhir Aiddin setelah dia dikenalpasti menghidap barah otak). Plot penceritaan bertambah saspens apabila Aiddin kembali selepas 5 tahun dan konflik percintaan Aiddin dengan Feena mula bergolak apabila Feena sudah berkahwin dengan orang lain. Sekembalinya Aiddin bersama keluarganya, banyak siri pembunuhan ngeri berlaku Kalau nak tahu lebih lanjut cerita ni dapatkanlah di pasaran. Tak best pulak kalau aku ceritakan semuanya, bukan apa sekurang-kurangnya kita menyokong penulis-penulis Malaysia.



Aku pun recently membeli satu lagi karya Ramlee Awang Murshid "Penunggu Rimba" -Tombiruo. Buku ni diulang cetak dan merupakan buku yang mendapat jualan terlaris. Jadi takderlah aku asyik-asyik dimomok dengan novel-novel cinta, walaupun novel-novel genre sebegitu yang membuatkan aku membaca untuk sekali duduk. Jadi kawan-kawan marilah membaca karya-karya penulis tempatan. Tak sabar menunggu sambungan kisah Laksamana Sunan - Novel Sutera Bidadari.

No comments:

Post a Comment