Last Saturday, aku sempat singgah ke MBO The Spring, kiranya nak berteduh dari hujan sebab on the way balik dari Matang hujan agak lebat. Aku park motorbike dan terus naik ke tingkat 2 hopefully ada good midnight show. 12.30 midnight The Mechanic ditayangkan so aku terus ke kiosk dan membeli tiket. Aku pun bukan minat sangat Jason Statham, since aku ni memang kaki wayang hentam sajalah labu.
Aku ingatkan filem ni berkisar tentang mekanik, tapi rupanya bukan. Filem mengisahkan Arthur Bishop (Jason Statham) yang merupakan seorang "mekanik" gelaran kepada pembunuh upahan elit dengan menggunakan kod-kod tertentu dan bijak menghilangkan kesan pembunuhan tanpa dapat disyaki oleh sesiapa pun. Arthur kira yang paling professional di kalangan "mekanik" tersebut dan antara yang terbaik.Konflik mula berlaku bila dia terpedaya untuk membunuh rakan karibnya@mentornya Harry (Donald Sutherland) dan semua keadaan mula berubah. Steve (Ben Foster) anak Harry mahukan Arthur menjadi mentornya dan mengajar selok-belok tentang dunia pembunuh upahan tersebut. Tujuan Harry menyertai Arthur juga adalah kerana dia ingin membalas dendam terhadap pembunuh ayahnya itu. Berjayakah Harry membalas dendam? Sedarkah Harry bahawa pembunuh ayahnya adalah Arthur mentornya? saksikanlah sendiri filem penuh aksi ini.
The Mechanic ini juga merupakan filem remake dengan tajuk yang sama pada tahun 1972 lakonan Charles Bronson. Filem The Mechanic lakonan Jason Statham ini sebenarnya adalah menghiburkan atau boleh dikatakan filem "jantan". Penuh dengan adegan letupan, tembakan demi tembakan, patah tangan patah kaki, dan juga adegan kejar mengejar di jalan raya. Walaupun permulaan filem ini boleh buat aku menguap 2-3 kali akhirnya dapat membuat mataku celik untuk sejam yang berikutnya, kerana banyak adegan yang boleh dikatakan 18SG membuatkan aku tak senang duduk. -3 Stars-
No comments:
Post a Comment