!TEMAN-TEMAN BLOG!
Saturday, 19 February 2011
Sanctum Teknologi 3-D Adakah Hanya Satu Daya Tarikan
Baru-baru ini aku menonton Sanctum 3D. Semasa di MBO The Spring Kuching dalam kepala aku ketika itu memikirkan sama ada untuk menonton Burlesque atau Sanctum. Selepas melihat perkataan Sanctum dengan hujungnya 3D dan juga ia diinspirasi dari kisah benar, aku tertarik untuk mengetahui perjalanan cerita tersebut. Trailernya pernah aku tonton dan secara automatik aku dalam kepala ku tergambar sekumpulan penjarah gua telah sesat di dalam gua.
Tambahan pula filem ini diterbitkan oleh James Cameron kerana banyak karya filemnya melibatkan pengalaman di dasar laut, sebut sahaja filem Piranha II: The Spawning dan The Abyss. Namun filem yang pernah membuat aku begitu die hard fans dengan James Cameron ialah Titanic. Kelahiran Avatar juga membuatkan aku teruja menonton teknologi 3-D
Jadi itu tidaklah mengejutkan jika beliau memegang peranan sebagai penerbit eksekutif untuk filem Sanctum-3D tambahan pula pengalaman menyelam di bawah air dirakam secara 3D menggunakan teknik kamera yang sama dia gunakan untuk filem dokumentari seperti Aliens of Deep dan Ghosts of the Abyss. Filem Sanctum ini memaparkan sekumpulan penjarah gua yang terkandas di dalam gua yang telah dibanjiri oleh air. Gua yang dikatakan terbesar, indah dan mempunyai ruang eksplorasi yang sukar.
Ketua pasukan penjarah gua tersebut Frank (lakonan Richard Roxburgh) digambarkan sebagai seorang lelaki yang tidak mempunyai sifat sentimental atau boleh dikatakan tegas dalam membuat keputusan. Anda boleh lihat sendiri bagaimana Frank membuat keputusan yang agak drastik terhadap rakan-rakan sepasukannya untuk mengelakkan perjalanan mereka mencari jalan keluar tidak dilengahkan. Turut serta dalam pasukan beliau ialah Carl (Ioan Gruffurd) dan teman wanitanya Victoria (Alice Parkinson), dan anak Frank sendiri Josh (Rhys Wakefield). Dalam pengembaraan mereka mencari jalan keluar dari gua tersebut, semuanya adalah terserah kepada Mother Nature/Human Nature. Saksikanlah sendiri jika ingin mengetahui sama ada kesemua mereka terselamat.
Apa yang ingin aku persoalkan di sini ialah rasanya sebagai penonton membayar RM17.00 untuk mendapatkan pengalaman teknologi 3D tersebut adakah ia berbaloi? Aku akan menjawab tidak, kerana filem Sanctum 3D tidak memberi pengalaman yang menarik untuk ditonton secara 3D. Unsur-unsur drama lebih banyak ditekankan dan sedikit unsur-unsur saspens yang cukup membuat kita takut untuk merasai hidup di dalam gua yang gelap.Tepuk dada tanya selera.
Labels:
Filem
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment