!TEMAN-TEMAN BLOG!

Monday, 16 September 2013

KEDAI RAKYAT 1 MALAYSIA SIBU


Assalammualaikum...

Hari ni berkesempatan menerjah Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) yang masih baru lagi beroperasi di Sibu ni... Bawak mak ngan ayah aku ke sini saja nak jenguk-jenguk, jangan pulak orang tanya kita tak tau kewujudan KR1M di tempat sendiri..Terletak di Sibu Trade and Exhibition Centre.. Walaupun lokasinya agak tersorok namun boleh dikatakan ramai jugak yang berkunjung ke sini..

Melangkah masuk ke dalam KR1M ni, ia seperti mengambil konsep pasar mini dengan menjual barangan keperluan harian pada kadar harga yang rendah.. "Rakyat Didahulukan" mungkin itu apa yang mahu YAB Perdana Menteri kita laksanakan bagi membantu meringankan beban penduduk kawasan bandar yang berpendapatan rendah... 


Menariknya KR1M ni bagi aku ialah pembungkusan kepada pek-pek kecil yang seperti beras, serbuk masakan seperti kari dan juga lampin pakai buang yang dipek dalam kuantiti sederhana untuk memberi pilihan kepada pengguna membeli mengikut kemampuan...Yelah kalau yang bergaji bulan tu bolehlah membeli dalam kuantiti yang banyak dan disimpan...bagaimana pula dengan mereka yang bergaji hari..Bekerja dan menerima gaji pada hari yang sama... Di sinilah kebaikkannya pek-pek kecil ini dapat membantu memberi pilihan dan berbelanja membeli keperluan barangan harian..




Mungkin penjenamaan barangan KR1M masih baru bagi rakyat Malaysia, aku sendiri pun masih baru juga nak mencuba sendiri produk yang dilabelkan di bawah nama KR1M Malaysia...Kicap, makanan tin, biskut, minuman berkarbonat...dan tidak lupa makanan sejuk beku seperti burger, kentang goreng pun turut ada dijual di sini... Harganya memang rendah dari jenama-jenama yang lain...Produk-produk jenama lain yang dijual di KR1M ni mungkin sedikit mahal berbanding dengan pasaraya lain di sekitar Sibu...Rasanya aku datang sini pun sebab nak membeli produk label KR1M, try dulu okey ke tidak hehehe...barang yang beli tadi seperti Kicap, Sos, Susu dan Beras...Apa-apa pun pertama kali datang sini, memang barang-barang di sini menarik perhatian pelanggan seperti aku dengan harganya yang berpatutan dan murah...


17 comments:

  1. Ok tak harga barangan di kedai 1msia kat sibu nie...selalu parents sy beli brg dapur d eveween kat bdr tu je..

    http://www.wadahberbicara.my/

    ReplyDelete
  2. Barang jenama KR1M murah berbanding jenama biasa...

    ReplyDelete
  3. Betul-betul murah.. Jom beli barangan 1 Malaysia..

    ReplyDelete
  4. hihi..cik akak bok ninjak sekali jak kat sia...
    memang best...tulah...malas nak ngak sia

    ReplyDelete
  5. kimi pun suka pergi KR1M , sebab barang2 murah, kualiti pun ok.

    ReplyDelete
  6. Sik ajak kamek tewk. Kamek boring da jark sik kuwar kat Rajang towk. Hihi.

    ReplyDelete
  7. aiza pernah pergi yang di kajang selangor.. barangan jenama 1 malaysia tu memang murah, tapi barang lain harga standard (ada yang lebih mahal dari tesco)..

    ReplyDelete
  8. mama kan, masa kedai ni baru bukak kat jb, mama teruja nak pergi... harga boleh lah.. tapi sayang, jauh sangat dari rumah mama.....

    ReplyDelete
  9. Baguslah...ada pilihan buat pengguna untuk berbelanja. Pilihan di tangan masing2...

    ReplyDelete
  10. wah teratur dengan kemasnya bangganya saya jadi rakyat Malaysia hehehehe. save22 satu iskandarx.com

    ReplyDelete
  11. tak ada di sekitar yg berdekatan ...

    ReplyDelete
  12. menarik..kt tmpat ambe pn ada 1..tp xpnh lg masuk..nk juga ushar harga kr1m ni..siap2 boleh borong lg he3..

    ReplyDelete
  13. Zara pernah masuk sekali je kedai satu malaysia dekat tempat zara..hehehe

    ReplyDelete
  14. kat tempat saya ada 2 KR1M, brg2 memang harga boleh beli, pilih jer, tapi tak banyak pilihan......

    ReplyDelete
  15. Pernah beli coco crunch & milo brand KR1M ... Bebudak x suka, jenuh nak menghabiskan ...Wallahu'alam...

    ReplyDelete
  16. Sebenarnya bagus juga apabila ada kedai macam ni.

    ReplyDelete