!TEMAN-TEMAN BLOG!

Sunday 1 September 2013

REVIEW FILEM : ELYSIUM


Assalammualaikum...

Sudahkah korang menonton filem Elysium.. Okey bagi sesiapa yang belum menonton filem ni mai sini aku review sikit filem futuristik ni.

Sinopsis :
Pada tahun 2154, planet bumi telah tercemar dan telah mewujudkan dua kelas manusia iaitu yang hidup di bumi dan yang tinggal di Elysium. Bagi golongan yang kaya, mereka akan dapat tiket untuk tinggal di Elysium sebuah tempat di luar angkasa yang selesa dan mewah. Bukan itu sahaja, penduduk Elysium ni bebas dari sebarang penyakit kerana setiap rumah memiliki sebuah peralatan (Med-Pods) yang boleh menyembuhkan pelbagai penyakit. Kehidupan di Elysium ini menjadi impian setiap penduduk bumi, namun mereka perlu membayar harga tiket yang mahal untuk ke sana.

Perbezaan status sosial telah menyebabkan manusia di bumi tidak dibenarkan masuk ke Elysium dan usaha ini diketuai oleh Setiausaha Pertahanan Rhodes (Jodie Foster) yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menyekat penduduk bumi masuk ke Elysium. Keadaan ini telah membuat manusia tiada henti mencuba untuk menyelinap ke Elysium yang penuh dengan kemewahan. Kehadiran Max (Matt Damon) yang cuba menyelamatkan nyawanya yang dijangka mati dalam masa 5 hari telah merubah segala-galanya. Max secara tidak sengaja memperolehi data apabila dia merompak John Carlyle (William Fitchner) seorang bilionaire yang sering berulang-alik antara Elysium dan Bumi untuk menguruskan kilangnya di bumi. Max mula menjadi buruan kerana data itu mengandungi maklumat penting yang bakal merubah pemerintahan di Elysium.

Review Aku :

Pengarah District 9 Neil Blomkamp sekali lagi menampilkan filem yang berunsur futuristik dengan bajet $40 juta. Pelakon seperti Matt Damon dan Jodie Foster adalah merupakan kekuatan utama filem ini dengan kesan khas dan aksi yang menarik. Pada awal cerita, kita akan menyaksikan kesusahan yang dihadapi oleh penduduk Bumi yang mengalami kehancuran kerana pencemaran. Hanya golongan yang kaya mampu untuk ke Elysium yang setiap hari dilayan oleh robot-robot (droids).

Secara keseluruhannya plot cerita memang menarik dan tidak meleret rasa menyampah tu takde...Biasanya kalau filem tu buat aku bosan sama ada aku akan tidur atau keluar panggung... Filem  Hollywood memang tidak dapat dinafikan dengan kesan yang memang menarik dan bajet pun memang tinggi. Konsep jalan cerita aku rasa ia adalah idea terbaik untuk filem futuristik kerana menggambarkan dunia manusia yang dibina di luar angkasa akibat pencemaran di bumi..(sayangilah bumi anda)..Filem ini banyak menekankan perbezaan darjat antara yang miskin dan kaya (inequality) bila mana kita sudah ketahui yang miskin akan terus ditekan oleh golongan yang kaya akan terus memonopoli dengan kuasa wang ringgit..itu juga terjadi di dunia kita sekarang

Apa-apa pun filem ini memang menghiburkan dengan set studio yang menarik dan lakonan Matt Damon dan Jodie Foster yang memang awesome dan memang berbaloi untuk ditonton.

Rating Aku :8/10

11 comments:

  1. Belum tengok lagi. Dah lama tak ke Pawagam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau filem Hollywood ni special effects nya memang awesome

      Delete
  2. mama pun belum tengok lagi.. takde masa... hihih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takper mama...nanti leh nonton kat DVD ngan family...filem ni worth to watch

      Delete
  3. lama tak tengok wayang...

    ReplyDelete
  4. best juga. lama nad x jejakkan diri ke panggung hehe

    ReplyDelete
  5. ops filem futuristik ker? yang paling best di mata is Terminator oleh kerana Adhie cakap best is nak kena pegi tengok nie hehehehe, Hollywood punya filem memang gempak la sebab dorang banyak duit nak buat macam2 studio Hollywood pulak lebih besar 5 kali ganda negeri Pahang, kalau negara kita pun besar macam tu insyaallah kan?

    ReplyDelete