!TEMAN-TEMAN BLOG!

Saturday, 14 September 2013

REVIEW: ZIKIR TERAPI 2 HAFIZ HAMIDUN

Photo: Terbaru dari hafiz hamidun

Assalammuailaikum...

Bagi sesiapa pernah membeli album pertama Zikir Terapi Hafiz Hamidun, beliau sekali lagi mengenengahkan sekali lagi konsep yang sama untuk album yang keduanya. Album pertamanya telah mencatat 150,000 unit jualan sepanjang tempoh setahun setengah berada di pasaran..Bagi aku Hafiz bijak menjadikan zikir terapi sebagai pendekatan yang lebih kepada hiburan rohaniah Islamik..Menggunakan muzik yang memang menenangkan dan suara Hafiz itu sendiri menjadi kekuatan utama albumnya.


Bercerita pasal albumnya yang kedua ni, aku rasa tidak mustahil album ini juga akan turut mengungguli pasaran tempatan.. Kenapa aku berani mengatakan demikian, sebab Hafiz telah mencipta satu pasaran tersendiri dengan branding Zikir Terapi dan trademark Hafiz itu sendiri...Dan terhasillah album zikir Terapi 2 dari komposer dan artis ini yang lebih fokus kepada market segmennya tersendiri..Album yang diterbitkan oleh Arteffects International dengan kerjasam Neorecord dan Warner Music Malaysia ni sudah berada dipasaran...

Kekuatan utama album ini semestinya kepada penghayatan oleh Hafiz dalam mengalunkan zikir-zikir menggunakan muzik yang universal... Memang banyak alunan piano menjadi muzik latar, dan sesuai sebagai muzik terapi yang lebih menenangkan dan mendamaikan.. Terdapat satu track di mana Hafiz menggunakan elemen muzik Jawa dalam track Subhanallah Walhamdulillah...Memang membuai perasaan dan mengasyikkan apabila mendengarnya...Berbanding dengan album pertamanya, kali ini Hafiz banyak bermain dengan elemen latar muzik yang berimejkan nusantara seperti Melayu, Zapin dan Jawa...

Memang album ni sepatutnya menjadi salah satu koleksi CD korang...Memang tak rugi mendengar keseluruhan tracknya mampu memberi ketenangan kepada pendengar...Fully recommended to buy...Harga hanya RM21.90 memang berbaloi untuk dibeli..Beli yang original tau untuk menyokong industri hiburan Islam kita...

Antara kandungan track :
  1. Rabbi Zidni
  2. Ilahi Lasy
  3. Zaljalali Wal Ikram
  4. Malikul Haq
  5. Allahu Ya Rahman
  6. Maghfirah
  7. Tubna Ilallah
  8. Subhanallah Walhamdulillah
  9. Karimu Antallah
  10. Rabbibil Mustofa
  11. Habib

9 comments:

  1. Banyaknya. Tahniah!

    Suara yang merdu mengalun zikir, pasti menenangkan jiwa.

    ReplyDelete
  2. aiza suka mendengar alunan zikir terpi dari hafiz hamidun..

    ReplyDelete
  3. pernah dngar zikir dia..tpi tak tahu nama dia..hehehe..mng sedap pun..=D

    ReplyDelete
  4. bunda memang suka zikir terapi hafiz ni..

    ReplyDelete
  5. Ada rezeki kamek beli. Hihi.

    Click Nuffnang kitak.

    ReplyDelete
  6. adik kathy memang minat sangat kat HH ni..

    ReplyDelete