!TEMAN-TEMAN BLOG!

Monday, 16 September 2013

REVIEW FILEM : WORLD WAR Z


Assalammualaikum

Selamat menyambut hari Malaysia.. Cuti-cuti ni tak tak buat apa jadi layan movie jerlah.. Yang ni movie yang aku telah tonton yang secara dasarnya untuk menghilangkan bosan sambil sambil berehat sebelum mula bekerja esok hari..

Sinopsis:

Filem yang berdasarkan novel dengan tajuk yang sama karya Max Brook mengisahkn virus yang telah menyebabkan manusia di seluruh dunia bertukar menjadi zombies. Populasi manusia yang menjadi zombies telah menyebabkan kemusnahan dunia yang sukar dikawal walaupun oleh pasukan tentera. Gerry Lane(Brad Pitt) yang merupakan bekas perisik PBB telah dipanggil semula untuk bertugas untuk mengenalpasti punca wabak yang telah menyebabkan populasi manusia seluruh dunia menjadi zombies. Gerry Lane meninggalkan keluarganya untuk mendapat penawar bagi virus tersebut yang mungkin boleh menyelamatkan populasi manusia.

Review Aku :

Babak permulaan cerita memang telah nampak impak dan aksi cemas apabila zombies telah menyerang manusia dan serangan bertubi-tubi membuatkan kita rasa cemas. Plot cerita yang pantas dengan jumlah zombie yang super mega ramainya telah menjadikan dunia dalam situasi yang memang mencemaskan. Bersandarkan lakonan Brad Pitt yang memang tidak dinafikan kehebatan lakonannya turut menjadi kekuatan utama filem untuk terus ditonton. 

Elemen kekeluargaan banyak ditekankan dalam filem ini yang mana Gerry Lane sanggup bertarung nyawa dengan kembali bertugas demi memastikan keluarganya selamat. Jangan terkejut ada sesuatu yang membuatkan kita terfikir bila mana pertengahan filem ini kita dibawa ke Israel yang secara realitinya adalah sebuah negara yang kejam telah berubah menjadi sebuah negara yang mempunyai perasaan belas ihsan dengan membawa masuk populasi manusia masuk ke negaranya. Tembok tinggi yang dibina adalah dijadikan propaganda untuk mengelakkan zombies masuk ke negara Israel... (OOppppss bukan ke tembok ni dibina oleh Israel untuk memisahkan Palestine/Israel...nampak tak permainannya di situ)... Walau apapun Israel tetap tewas di tangan zombies..Mungkin ini satu propaganda kepada penonton untuk mengubah persepsi negara Israel yang kejam dan bertukar menjadi negara penyelamat dalam filem ni...

Secara keseluruhannya plot dan jalan cerita mungkin tidak membosankan untuk ditonton... Abaikan dulu propaganda yang disampaikan oleh Hollywood yang memang selalu menjadi "penyelamat dunia" katernyer...Propaganda Israel yang bukan negara kejam....Penghujung cerita yang kurang memberi impak membuatkan aku down sikit...Dalam hati aku berkata, "Macam tu jer ker," durrgghhh...Biasa jelah filem ni hehehe....Hilang semangat terus bila tengok ending macam tu...Tapi aku tetap puji kesan khas yang dipaparkan dalam menggambarkan kemusnahan dunia yang dikatakan World War..dan serangan zombie kuantiti yang ramai dan mempunyai aksi yang pantas menyerang manusia....

Rating Aku : 3/5

8 comments:

  1. Hehehe..dah tngok..best jgk jln cite dia..selamat hari malaysia..=D

    ReplyDelete
  2. rasa tringin mek mok nangga juak
    lamak eh kmk beli cd
    nak nangga kat wayang x penah...hehe..selamat beristirehat adhie
    kalau free, jemput LIKE post ni:

    https://www.facebook.com/yumida00000/posts/446287318817861

    TQ :)

    ReplyDelete
  3. malangnya family pcl tak gemar/digalakkan menonton wayang...sekadar review sy suka jgk membacanya..t.kasih

    ReplyDelete
  4. dh tgk movie nie..mmg best..rugi x tgk hhehe :)

    ReplyDelete