Bertolak jam 6:45 petang dari Hatyai dan tiba di Bangkok jam petang tadi. Belek tiket sepatutnya tiba Bangkok jam 10:30 pagi, entahlah kenapa lewat. Mungkin hanya atas kertas sahaja. Nasib tiada terkejar sebarang program di Bangkok hari ini. 19 jam dalam keretapi nasib baik ada internet, bolehlah layan Netflix.
Kalau ikutkan lebih murah menaiki kapal terbang yang mengambil masa yang singkat untuk ke Bangkok. Sesekali teringin juga pengalaman dan suasana kembara yang baru. Merasa jugalah makan,
tidur, mandi dan solat dalam gerabak keretapi.
Dah lama sebenarnya simpan angan-angan menaiki "Sleeper Berth" gerabak keretapi yang berkatil. Kali ini tertunai sudah salah satu "bucket list" aku. Perancangan cuti mulanya hanya ke Bangkok. Alang-alang cuti ambil keretapi dari Hatyai, dan dapat singgah Hatyai sekejap.
Dah lama sebenarnya simpan angan-angan menaiki "Sleeper Berth" gerabak keretapi yang berkatil. Kali ini tertunai sudah salah satu "bucket list" aku. Perancangan cuti mulanya hanya ke Bangkok. Alang-alang cuti ambil keretapi dari Hatyai, dan dapat singgah Hatyai sekejap.
Mula-mula sekali ialah beli tiket. Aku sarankan beli online sebab kalian boleh pilih jenis gerabak, stesen dan waktu yang bersesuaian dengan kalian. Aku beli secara atas talian di https://www.thairailwayticket.com/eTSRT/ Harga TB1105 (RM168.01) untuk kelas 2 dan berhawa dingin.
Ada dua pilihan katil dan harga pun tak sama. Macam aku, aku memilih katil sebelah bawah atau "lower berth" sebab bertingkap dan boleh melihat pemandangan.
Setiap coach "sleeper berth" ini dijaga oleh seorang atendan. Tugas mereka ialah mengubah tempat duduk menjadi katil, dan dapat dilihat mereka melakukan tugas dengan tangkas dan pantas. Mereka juga turut memberi maklumat perhentian stesen seterusnya.
Cadar, sarung bantal dan selimut pun turut diberikan dari dalam plastik. Semuanya mereka yang bantu pasang. Setiap katil ada langsir dan ianya boleh ditutup untuk tujuan privasi.
Waktu ini semua penumpang sedang lena dibuai mimpi |
Pastikan kalian siap-siap beli bekal untuk makan malam dan sarapan pagi. Dalam keretapi ini ada gerabak khas untuk cafe. Tapi makanan tidak dijamin kehalalannya.
Cafe di Dalam Keretapi Hatyai ke Bangkok |
No comments:
Post a Comment