!TEMAN-TEMAN BLOG!

Saturday 2 April 2011

Awan Andai Dapat Dicapai Saktilah Hamba - Saifudin

Sesi Bertemu RAM di Tun Jugah

2 April 2011 rasa bertuah sebab dapat bertemu dengan novelis yang terkenal iaitu Ramlee Awang Murshid (RAM). Last minute jugak tahu dia berada di Kuching hari ni, apa lagi aku terus pecut motor menuju ke Tun Jugah. Sebelum pergi ke TJ aku sempat capai dua buah novel karya RAM, sebab novel-novel yang lain semua tinggal kat kampung, yang penting aku dapatkan tandatangan dan bergambar dengan dia pun jadilah. Sampai di sana dah ada jugak peminat RAM ni dan dipaparkan sekali promo novel Sutera Bidadari yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi.



Memang dari dulu sejak di bangku sekolah aku ni memang peminat novel. Semasa di sekolah menengah aku meminati Khadijah Hashim. Mungkin korang pernah dengar novel Badai Semalam, Merpati Putih Terbang Lagi, Mira Edora, Cinta Kedua dan Laila Azwa Gadisku. Novel ni antara yang masih dalam simpanan aku. Sayang woo koleksi terbaik Khadijah Hashim. Sorang lagi ialah Ahadiat Akashah, yang ni memang aku memang minat sangat antara karya terbaiknya bagi aku ialah Hikayat Cinderella dan Lagenda Budak Setan.

Peluang Bersalaman Dengan RAM
Nasib Baik Ada 2 Novel Dalam Simpanan Untuk Ditandatangan Oleh RAM


Selepas itu aku mula mengenali karya RAM ni melalui Bagaikan Puteri. Dari muka surat pertama aku tak dapat berhenti membacanya kerana ingin mengetahui kisah pengembaraan Laksamana Sunan. Di sinilah aku mula mengenali watak Laksamana Sunan atau Saifudin. Teknik penceritaan RAM begitu jelas hinggakan aku sendiri berada di alam ciptaan RAM. Bagaikan Puteri ni disambung dalam novel yang seterusnya, Hijab Sang Pencinta, Cinta Sang Ratu, Cinta Sufi dan yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi ialah Sutera Bidadari. Dulu aku hanya mendengar nama RAM melalui novel Tombiruo, kerana banyak karyanya berunsur thriller dan suspens. Agak berbeza dengan penulis-penulis yang mengambil tema percintaan, RAM menggabungkan percintaan dalam suatu situasi suspens dan penuh thriller. Harap RAM akan terus berjaya di masa akan datang. Bagaikan Puteri tu kalau difilemkan mungkin boleh mengalahkan Hikayat Merong Mahawangsa.
Jeles Tengok Perempuan Ni Dapat Tandatangan Semua Novel Koleksi RAM




RAM Sedang Menandatangani Novel Koleksi Aku -Rayyan Fantasi dan Tombiruo



Kudos to RAM

4 comments:

  1. mcm ada pernah nampak buku dia ni kat kedai buku... tapi x penah baca lagi lah. nanti free2 time bleh lah pinjam kan?

    ReplyDelete
  2. banyak novel dia kat pasaran, tapi paling aku minat tulah trilogi Bagaikan Puteri huhuhuh...penulis ni asal dari Sabah tau..banyak cerita dia berlatarbelakang di negeri Sabah.

    ReplyDelete
  3. Hehehhehe..saya menggodek2 entri lama Adhie..dah boleh agak Adhie minat RAm bila tulis nama 'Adhie Saifuddin' :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh memang betul tekaan tu...maknanya UA ni pun penggemar RAM jugaklah kirannya

      Delete