!TEMAN-TEMAN BLOG!

Friday 22 April 2011

Chinese Ghost Story - Twilight versi Hong Kong


Chinese Ghost Story (2011)

Lama dah rasanya aku tak update blog ni. Biasanya kalau aku update mesti pasal movie terbaru atau tempat makan menarik. Hari ni memang aku nak cerita pasal movie Hong Kong terbaru. 21 April pembukaan tayangan filem Chinese Ghost Story. Ketika pertama kali melihat poster filem ni di MBO tak terfikir pun ini adalah remake kepada filem Chinese Ghost Story yang pernah popular pada era 80-an masa tu aku sekolah rendah lagi huhuhu. Anyway, selepas melihat trailer filem ni di YouTube aku pun bersemangat nak menonton filem ini sebab dulu suka tengok Joey Wong yang memegang watak Siu Sin dalam versi asal filem ni.
versi asal Chinese Ghost Story (1987)


Kisah yang diadaptasi daripada karya pada kurun ke-17 oleh seorang penulis cina iaitu Pu Songling, mengisahkan percintaan di antara manusia Ning Caichen dan hantu Nie Xiaoqian. Kisah ini telah diadaptasi menjadi filem beberapa kali sebelum ini dan filem yang aku rasa popular ialah hasil produksi Tsui Hark yang menampilkan Leslie Cheung dan Joey Wong sebagai pendukung watak utama. Pada pendapat aku ini merupakan filem Twilight Saga versi Hong Kong.
Romantis - Cinta Antara dua Makhluk


Secara ringkasnya filem ini adalah merupakan kisah percintaan antara Caichen dan Siu Sin yang dipertemukan secara tidak sengaja di pergunungan berpuaka Gunung Hitam. Penduduk kampung di sekitar pergunungan ini tidak berani mendekatinya kerana sesiapa menjejakkan kaki ke sana mereka tidak akan kembali lagi. Ning Caichen cuba membantu penduduk kampung tersebut untuk mendapatkan sumber air. Disinilah Caichen dan Siu Sin (Liu Yifei) bertemu dan Siu Sin yang pada mulanya ingin membunuh Caichen telah jatuh cinta. Siu Sin lalu menceritakan kepada Caichen bahawa rohnya telah diperangkap oleh Pohon Puaka di pergunungan tersebut dan terpaksa menjadi hamba kepada puaka tersebut. Seperti biasa aku tak nak cerita sampai habis nanti hilang suspens korang bagi sesiapa yang belum tengok filem ini.

Pemburu Hantu


Pada pendapat aku filem versi terbaru ini sangat menarik dan tema percintaan sangat ditekankan berbanding Chinese Ghost Story yang asal. Kalau versi asal temanya lebih tertumpu kepada usaha mereka untuk memusnahkan  Pohon Puaka tersebut. Tapi versi 2011 ini lebih serius menekankan plot konflik perasaan cinta antara manusia dan hantu. Babak sedih memang boleh buat kita leleh air mata. CGI dan kesan khas memang sesuai dengan teknologi masa kini berbanding pada era 80-an. Sinematografinya pun menarik. Babak cemas ketika bertarung memang sudah biasa bagi filem Hong Kong dan di selang seli dengan babak romantis antara Caichen dan Siu Sin. 
Liu Yifei - Hantu Jelita Chinese Ghost Story (2011)

Sebenarya aku memang jarang sangat menonton filem Hong Kong di pawagam kecuali ia betul-betul menarik minat aku untuk beli tiket. Sesiapa yang belum menonton versi asal tu bolehlah beli DVD dan buat perbandingan. Tapi bagi aku kedua-dua versi mempunyai kelebihan masing-masing. Anyway 4 stars for this movie. Rasanya mesti ada sequel, kita tunggu dan lihat sebab Chinese Ghost Story versi asal mempunyai 3 sequel Chinese Ghost Story 1 (1987), Chinese Ghost Story 2 (1990) dan Chinese Ghost Story 3 (1991). Apa-apa pun Chinese Ghost Story 2011 memang menyentuh perasaan. REALLY TOUCHING.
Adegan Cemas

4 comments:

  1. aku tak lahir lagi time filem asal dibuat... hehehe... heroin dia tu wa menat... dia ada berlakon siri condor lovers kot... cun!

    ReplyDelete
  2. time ni aku sekolah rendah lagi huhuhu

    ReplyDelete
  3. aah DVD Chinese Ghost Story I.II.III ni pun ada gak...tapi aku punya koleksi dulu VCD jer hehehe

    ReplyDelete