!TEMAN-TEMAN BLOG!

Wednesday 26 March 2014

Kelana Fashionista

INSTAGRAM

Assalammualaikum...
Wah lama dah aku tak menjenguk blog aku... Siang malam busy kerja sebab aku buat dua kerja sekarang hehehe... Mula-mula sekadar suka-suka aku buat perniagaan online last-last suka plak dengan dunia perniagaan online ni... Semuanya bermula dengan menjual minyak wangi.. Aku pada mulanya target kat customer di laman Facebook.. Memang sambutan menggalakkan macam tak percaya pulak.. Sedikit demi sedikit aku dah mula mempunyai pelanggan tetap yang membeli perfume... Lepas tu aku mula kenal beberapa peniaga online yang lain kira otailah diorang ni semua... Dari situ aku belajar sikit-sikit.. 

Terbuka pula hati aku untuk mencuba menjual barangan seperti beg tangan/wallet/kasut dan pelbagai lagi koleksi aksesori wanita dan lelaki.. Dari situ aku buat FB Fan Page Kelana Fashionista dan melalui Instagram menjual barang-barang..masih baru dan aku ni pun kira masih sedang merangkak-rangkak dalam dunia niaga online ni.. Nak buat pendapatan sampingan lah katakan...

Bolehlah jenguk-jenguk FB Fanpage: Kelana Fashionista untuk mencari bag tangan.. wallet.. minyak wangi dan macam-macam lagilah...Kebanyakkan customer aku ialah mereka yang nak membeli hadiah kepada isteri/ibu/kakak dan ada juga yang membeli hadiah kepada kawan dan juga hantaran perkahwinan..

Sebenarnya rindu gak dengan teman-teman bloggers yang dulu selalu bertegur-sapa kat laman maya nih... Yang selalu aku terserempak kat Facebook mestilah Cik Akak Naomei yang glemer hehe...Insya Allah kalau ada kesempatan saya akan blogwalking kat blog-blog korang yer..

Saya blogthru sini kejap buang semua sawang-sawang dan habuk yang agaknya dah tebal berapa inci dah kat blog aku ni... Kalau jual kat barang kat blog agaknya ada tak customer...hehehe

wassalam.

#takziah kepada keluarga penumpang dan anak kapal MH370.. Al-Fatihah

5 comments:

  1. patutlah lama tak muncul ..apa2pun tahniah dan semoga sukses... ana request to follow yr IG adhie... support rakan2 blogger..

    ReplyDelete
  2. all the best adhie..

    ReplyDelete
  3. wuyooo tahniah tahniah dah berkembang pesat yer sekarang.semoga lebih berjaya lagi lepas ni...Tahniah

    ReplyDelete
  4. Semoga anda kaya dan berjaya di dunia dan akhirat. Ameen :)

    ReplyDelete