Macam mana puasa korang semua hari ni, dah genap 16 hari kita berpuasa... So harap-harap berpuasa hingga ke penghujung bulan Ramadan. Gaji dah masuk so mesti dah ramai yang berpusu-pusu ke pusat membeli-belah untuk membuat persiapan hari raya... Kalau cerita pasal persiapan ni..setiap tahun awal bulan puasa aku akan membeli barang-barang untuk hari raya di sekitar Kuala Lumpur.. Yelah sambil berjalan-jalan sambil membeli-belah...
Kalau kat KL nak beli baju raya mesti tumpuan kat sekitar Jalan TAR, tapi aku suka membeli kain dan pakaian baju melayu di Jakel.. Sebab aku sukakan kualiti jahitan Jakel, sesuai pulak dengan saiz badan aku.. Biasanya aku akan beli kain untuk mak, dan baju melayu siap untuk ayah termasuk samping... Pilihan memang banyak kalau ke Jakel... Lagi satu aku sukakan layanan pekerja kat sini yang memang bagus dan tip top bagi aku... Melangkah masuk korang akan disapa dengan salam oleh pekerja-pekerja yang majoritinya wanita...
GAMBAR IHSAN:GOOGLE |
Masa aku mencari baju kurung untuk mak aku hari tu, siap pekerja tu tolong carik stok-stok baju kat dalam stor kat tingkat 1 atau 2, kesian pulak dia kena turun naik dari tingkat 5 ke tingkat paling bawah.. Yelah aku ni bab membeli memang cerewet sikit mesti nak jugak sama ada dari material warna, jenis kain dan corak... Kalau tak elok pada pandangan mata aku, aku memang tak beli pujuk rayulah peniaga macam mana pun janganlah harap aku nak beli... Macam kes aku di Jakel tu plak, mula-mula aku dah beli baju melayu untuk ayah aku, lepas tu nak carik baju kurung untuk mak aku pulak...Kenalah sepadan dengan warna baju melayu ayah aku... Aku rasa 2-3 kali staff tu turun naik sebab nak carikan warna yang sepadan..
Yang aku impressed sangat tu, staff tu tak sedikit pun merungut dan tetap tersenyum mencadangkan aku beberapa baju kurung... Memang bagus budak pompuan tu, tetap jugak melayan aku ni walaupun banyak demand hehehe..Tak ingatlah pulak nama dia tapi aku tengok rata-rata pekerja kat Jakel ni memang put customer in first place... itu yang aku lihat setiap kali aku membeli baju dan kain kat Jakel ni... Sebab tulah aaku suka pegi Jakel kalau nak beli pakaian untuk hari raya...Rasa seronok membeli-belah dengan layanan yang terbaik dari pekerja... Itulah tarikan utama pelanggan...
GAMBAR IHSAN GOOGLE |
Jangan pulak jadi macam satu kes di sebuah gedung pakaian kat Mid Valley, staff tu bila mintak tolong carik saiz baju dah buat muka ketat macam orang hutang 50 juta, time aku tengah memilih baju tu jangan kata nak bangun dari kerusi yang dia duduk...Senyum pun takde... Part ni aku memang pantang sikit, bila dia jumpa baju yang aku nak tu.. Terus aku berkata "Takpelah dik, baju ni mungkin tak layak untuk saya pakai agaknya "suram" jer colornya... Walaupun saiz L tapi macam "ketat dan tegang".. , sebenarnya aku menyindir dia yang muka ketat sangat tu hehehe...entah dia tangkap ke tidak.. Aku ni bukan apa nak kata aku ni bagus dalam customer service tak jugak, sebab aku pernah bekerja dalam bidang perhotelan dan hotel berlainan..Sebab pelanggan mahu dilayan sesuai dengan apa yang telah mereka bayar.... Kalau kita layan pelanggan dengan baik Insya Allah kita akan dapat imbalannya..... Hhehe panjang pulak entri aku tengah hari ni... Okey selamat meneruskan ibadah berpuasa
haha gila cerewet, tapi kdg kdg cerewet sgt susah.. buat pekerja annoying seriously.. dulu masa jadi casshier kfc. ada satu customer cerewet gila, ayam nak besar je. tak fikir pasal customer lain. sebab customer request. bagi jela,, senyum kan je..tapi lelama naik lemak lemak customer ni, ada ke suruh hantar mknan dia dekat meja dia, padahal angkat tray tu self service. ambik kn straw pun suruh casshier. padahal satu meal yang dia beli tak mampu nk bayar gaji kitorang. haha
ReplyDeletehahaha...tapi biarlah cerewet bertempat tapi kalau dah macam yang awak cakap sampai pelanggan mintak antar ke meja sedangkan dah nyata self service...tu memang melampau hehehe
Deletesetuju sangat.. kalau barang yang dijual tu bagus macam mana pun, tapi pekerjanya muka ketat mesti rasa serik nak masuk kedai tu lagi.. ucapkan selamat tinggal sahaja la.. sebagai pelanggan kita memang berhak untuk memilih.. bukan bermaksud kita ni cerewet, tapi kita nak yang terbaik.. baru puas hati..
ReplyDeletesaya ni memang pantang sikit tengok muka pekerja muka ketat2 ni...macam tak sudi jer nak bekerja hehehe
DeleteKita tidak dapat membaca hati orang...kadang kala kena bersangka baik. Mungkin orang tu sedang tertekan dgn masalah yg berat. Sabar dan beredar aje lah...
ReplyDeleteTapi kalau layanan tip top...memang best je nak membeli :)
bagi saya janganlah dibawa sangat masalah tu ke tempat kerja..takut pulak tengok muka ketat2 ni hehehe...ambiklah cuti ker..
Deletesama jugak..tapi kmk kat kedey makan..ambik order muka manas2.ni nyaman kita nak..n then,apa yang kmk order dtg,kmk trus angkat..mun sik pun slow service..kmk xmok nunggu lamak bah
ReplyDeleteyalah sapa maok servis mcm ya...muka mejus kata org hehehe..barang makan diantar ya rezeki...
Deleteyalah...kita mestilah mok bgs dilayan..sbb ya kmk suka kat kfc jak cmya,,,haha..tp parents n husband kmk xsuka kat kfc,,haha
DeleteSaya pula tidak suka orang mengekor saya bila saya masuk kedai. Kadangkala rimas pula.
ReplyDeleteBila dah pilih dan nak beli baru panggil staf tu.
Tapi, kalau staf tu buat muka macam tu rasanya tinggalkan saja kedai tu. Layanan mesti mesra.
tak leh tahan kalau macam tu huhuhuhu
Deletedeno paling tak suka bila shopping, pekerja tu mengekor je kita sampai kita nak masuk fitting room.. rimas kan...
ReplyDeletelepas tu mesti deno tak jadi beli kat situ.. hohoho.. bukan cerewet tapi tak suka
yelah lain oranng lain kehendaknya...
DeleteSaya tak suka kalo g pasaraya, sales girl tu mengekor je ke mn sy pergi. Mcmlah kita ni nk amik brg dlm tu & mcmlah kita ni tak mampu nk bayar. Taksuka2. Muka dahla kelat. Mcm2 ragam manusia ni kan?
ReplyDeletekalau ikut jer takperlah bagi saya...tapi bila ekori kita lepas tu kita mintak tolong sesuatu muka dah mencuka tu yang tak tahan tu...keluar jelah dari kedai
Deleteeh, bukan kat pasaraya. kat shopping complex. dh pagi slh pula taipnya
ReplyDeleteposa takpe typo hehehe
Deletemama pantang bila mama pergi beli baju, ada yang tukang mengekor, bila kita tak beli muka kelat ketat!..
ReplyDeletemama pun apa lagi, dok mendajal lah dia.. ambik baju sepah-sepah kan....hihi
hehehe kesianlah diorang melipat balik baju bersepah tu
Deletebiasanya Cik Akak kmk tok mun kmk sekpat apa yg kmk maok kmk sik akan puas hati hehehehe mesti maok juak
ReplyDeletehuhu..mcm2 peragai kita jumpe..tapi bguskn staf jakel tu..
ReplyDeletekita pelanggan bukanla nak layanan terlalu istimewa sgt tpi cukupla sekadar..bila kita memerlukan bantuan mereka boleh membantu..bgi zara cam tu pun dah cukup..walaupn letih macam mana pun wajah tu selalulah mengukir senyuman..dulu pun zara pernah jadi jaga kaunter klinik..mcm mana kerenah pesakit pun muka ni masih trsenyum..heee..=D
ReplyDeletebetul betul...owh pernah kerja kat klinik...kat situ lagilah banyak karenah pesakit nak dilayan hehehe...yang penting senyummm
DeleteAssalammualaikum Adhie, wah dah macam write Sponsored Post errkk? hehehehe bagus bagus, try trigger entri yang ada kat Nuffnang nanti leh dapat Auditorial pulak, ermm baju raya is pakai yang lama-lama je hehehe jimat tapi is tak pernah try Jakel rasanya tak slah kalau tahun nie try Jakel kan?
ReplyDeletewaalaikumsalam... sekadar luahan seorang pelanggan setia di Jakel hehehe... Bolehlah try Jakel tu Is...jahitan dan kualiti kainnya tu yang saya suka...
Delete