!TEMAN-TEMAN BLOG!

Wednesday, 10 July 2013

BERBUKA PUASA SEJAUH 700 KM



Assalammualaikum

Macam mana puasa pada hari pertama ni.Berbuka puasa apa jer hari ni. Mesti ramai yang terjah-terjah bazaar ramadan kan... Hari ni aku berbuka puasa pada hari pertama sejauh 700km..Macam mana jauh tak tu huhuhuhu... Takdelah aku sekarang berada di Kuching baru sampai petang tadi berlepas dari Lapangan Terbang Mukah menaiki pesawat TWIN OTTER.. Ni satu-satunya pesawat MAS paling kecik sebab airport Mukah hanya mampu menampung pesawat Twin Otter sahaja..passenger pun tak ramai tadi termasuk aku 4 orang jer..Kalau naik pesawat ni memang bingit telinga sebab bunyi enjin yang kuat dahlah sejam dalam pesawat tu... Datang Kuching ni bukan nak jalan-jalan tau, esok aku kena menghadiri mesyuarat di HQ... Paling tak sukalah meeting ni adoiiii..


Sampai jer Kuching International Airport terus gi McDonalds beli Samurai Burger ambik yang double,  sampai tadi lebih kurang pukul 610 pm..Kat Kuching waktu berbuka puasa 650 pm...Better beli awal takut tak sempat pulak beli makanan sampai hotel nanti.. Korang nak tau tak pagi tadi aku tak sahur huhuhuhu memang terlajak pagi tadi solat Subuh pun lewat apa boleh buat...Ni yang balas dendam makan Samurai Burger double ni huuhuhuhu.Alamak kurma takder (T_T) ..... Malam ni dengan malam esok nampaknya bertarawikh di Kuchinglah aku... Takpelah nasib hotel yang aku stay ada masjid yang dekat...




3 comments:

  1. Pst pst. Welcome to Kuching :D Diam hotel cney? Selamat berpuasa :D

    ReplyDelete
  2. untungnya pergi kuching. hehe amboi dah rasa burger samurai. tak ajak pun~

    ReplyDelete
  3. Kesiannya. Tak apa, asalkan dapat berbuka. Sahur pagi nanti jangan lupa ya.

    ReplyDelete