ROTI ROBIN HOOD |
Assalammualaikum
Alhamdulillah dah 2 hari kita menunaikan ibadah berpuasa, 2 hari juga aku berbuka puasa di Kuching.. Oleh kerana masa berbuka tadi hanya makan Kuih Bongkol jer, perut masih mahu lagi diisi huhuhu...Jom aku bawak korang gi satu tempat ni, dulu aku pernah buat entri pasal Kopi O Corner cawangan Kubah Ria nak baca KLIK SINI, hari ni aku nak try pulak Main Branch dia, sebab yang ni kira paling lama sebelum wujudnya cawangan Kopi O Corner Kubah Ria... Kopi O Corner yang terletak di flyover Satok ni telah melalui proses renovation.. Memang nampak perubahan ketara dari Kopi O Corner yang lama..
Banyak pilihan menu kat sini, dari Nasi Lemak, Mi, Roti Canai, Prata dan lain-lain lagi... Paling femes kat sini ialah Mi Kolok.. Tapi malam ni aku nak cuba pula satu menu ni namanya Roti Robin Hood.. Catchy jer namanya kan...Roti Robin Hood ni ialah roti canai bawang yang digulung dan dihidangkan bersama kuah dal dan telur mata... Memang tak menyesallah aku order, kuah dalnya pun memang sedap... Aku tak tau kenapa namanya Roti Robin Hood... Tapi apa yang penting rasanya memang sedap... Kalau turun Kuching tu singgahlah Kopi O Corner... Korang pun boleh gak try prata roll dia...Sekali rasa pasti nak lagi...
Untuk pengetahuan korang sepanjang bulan Ramadan ni menyediakan buffet Ramadan jugak, dan harganya memang berbaloi iaitu RM21.90 untuk dewasa manakala bagi kanak-kanak bawah 10 tahun RM11.00. Sepanjang bulan Ramadan ni jugak waktu operasi Kopi O Corner ialah dari pukul 6.00 pm hingga 5.00 am...
wah macam sedap je. aish tetiba lapar~
ReplyDeleteOh, tak tau la bila berpeluang ke sana.
ReplyDeleteAssalamualaikum Adhie, Aik ingat kan Robin Hood nie ada kat Britain je hehehehehe. Nampaknya is nak kena travel seluruh alam nie masih ada lagi makanan blum is ketahui namanya.
ReplyDeleteteringin nak p sana gak..=D
ReplyDeleteAmboi,.nma roti..hehe.,,roti bekmen ada x?
ReplyDeleteTak sampai le hasrat nampaknya kalau nak merasa roti robin hood ni...jauh bebeno...
ReplyDeleteFirst time dengar. Terliur kamek entamnya..
ReplyDeleteHehh..meleleh di bulan puasa ni.. teringat kt kebab..tringin
ReplyDeletesangat menarik
ReplyDeleteTcca : Betul memang sedapp..sesedap namanya hehehehe
ReplyDeleteCik Akak : duhal ktk sik suka telur kuning mantak hehehe tapi kmk mun masak telur mesti pastikan kuning yg sik masak agik cair hehehe
TI : kalau TI turun Sarawak Insya Allah nanti saya akan tunjukkan tempat menarik di Sarawak..
Is : banyak makanan yang kita tak tau keunikannya di Malaysia...sebab tu Adhie suka explore mencari-cari makanan yg jarang kita dengar
Zahara : kalau sarawak..Kuching adalah pusat pelancongan memang tak rugi pegi sini
adrianna : rasanya mcm ni nak rupa roti bekmen ya hehehehe....
BM : semenanjung pun apa kurangnya dengan keunikan makanannya tersendiri....(^_^)
Isabel : kmk pun pertama kali juak coba sebenarnya...biasa kmk makan prata roll mun g Kopi O Corner
Mieza Jhaa: woohhh kebab sedap tu...
Liana : thanks