!TEMAN-TEMAN BLOG!

Friday, 5 July 2013

BILA AKU JADI KAMBING HITAM


Assalammualaikum...

Bagi orang melayu perumpamaan Kambing Hitam ni merujuk kepada orang yang dipersalahkan atas sesuatu kejadian tapi orang tu sebenarnya tidak bersalah. Kesian kambing hitam sebab tak pasal-pasal jadi rujukan... Tapi peribahasa tu hari ni aku sendiri yang merasanya. Yelah petang tadi kan ada management meeting, suddenly adalah sorang hamba Allah ni secara tiba-tiba menimbulkan isu laporan yang aku buat tidak memenuhi kehendak boss kitaorang... YA ALLAH SABAR-SABAR... Memang aku sabar aku tunggu time aku nak tembak balik...

Ada ke patut, semua data dan maklumat dah aku bagi kat dia..Bolehlah pulak dia katakan aku yang tak masukkan data dalam laporan sedangkan part tu dia yang buat... Maunya tak berasap telinga aku macam hutan terbakar kat Indonesia tu... Aku hanya bagi data, tugas dialah memasukkan data dalam laporan... Cara aku nak tembak dia balik senang jer, aku tunjukkan data dan maklumat yang dia dah tandatangan received nasib baik aku bawak hardcopy dalam meeting... Jadi bukan salah aku tak masukkan data tu... Dah tu dia diam... Sebenarnya tugas dia menyediakan laporan jadi bukan salah aku lah kan data tu tak dimasukkan dalam report... Manusia ni perangai dia kalau kerja tak siap mulalah menuding jari kat orang ish ish ish...Tak baik tau...tak pasal-pasal aku mengembek jadi KAMBING HITAM...


No comments:

Post a Comment