!TEMAN-TEMAN BLOG!

Friday, 5 July 2013

RM1 DAN RM5 AKAN DIKURANGKAN PENGELUARAN MENJELANG AIDILFITRI


Assalammualaikum..

Khusyuk menonton rancangan BizMalaysia kat TV1 petang tadi, tengah-tengah layan rancangan tu pengacara rancangan mengumumkan bahawa BANK NEGARA MALAYSIA akan mengurangkan pengeluaran wang kertas RM1 dan RM5 melalui beberapa fasa bermula Aidilfitri ini... Aduiii boleh rabak macam ni dah tak ada wang kertas RM1 dgn RM5 ni macam mana nak bagi budak-budak yang datang beraya ke rumah... Bagi duit not merah nanti, abis raya makan serdak biskut raya lah maknanya hehehe... Seronoklah budak-budak dengar pengumuman ni yer.... 


Aku teringat peristiwa lucu ni berlaku kat kampung aku pada musim raya, sekarang budak-budak lain caranya beraya... Bergaya mengalahkan orang dewasa... Tak silap aku raya last year..Adalah grup budak-budak ni datang beraya, dalam ramai-ramai tu ada sorang budak ni memang comel darjah 3 perempuan..Sebelum masuk rumah tu aku dah perhatikan dia, pakai kasut tumit tinggi.... Siap dengan handbag ada bling bling melekat kat beg... Handphone (mak aihhh yang ni aku paling terkejut)..kecik-kecik dah ada hanphone... Make up jangan cerita dah macam orang nak masuk pertandingan ratu... 

Yang tu okey lagi... Diorang ni takkan sentuh punya kek ker biskut atas meja tu, letaklah kek Mami Jarum ker, Kek Lapis Cadburry ker...apa-apa kek lah takdernye nak menjamah... Air minuman pulak janganlah dihidang air sirap, air kopi atau air teh...Wajib air berkarbonat Coca Cola, Pepsi dan sewaktu dengannya... Kalau kat kampung aku hidang air sirap siaplah budak-budak ni akan jaja satu kampung nama pemilik rumah yang hidang air sirap ni hehehe...5-10 minit duduk habis air minuman diorang dah macam bagi signal nak balik.. Aku masuk bilik ambik sampul duit raya yang aku dah siap-siap letak duit dalam...Salam sorang-sorang bagi sampul duit raya tu, tiba giliran budak pompuan yang macam datin tu..Dia terus bukak kat depan aku...dan tarik helaian duit selamba jer dia bagitau "RM3 jer bang,".....aduiiii rasa nak rebah dah aku malunya...Budak tu selamba salam ngan aku dan terus balik ngan geng-geng dia.... Inilah budak-budak zaman sekarang...Kalau aku kecik raya dulu RM1 dah macam Orang Kaya Baru... dulu orang bagi 20 sen, 30 sen, 50sen ke atas tu kira bagus lah...


5 comments:

  1. hehe menar ya Cik Akak...kamek sekda anak buah tapi sepupu kecik2 ramai... mun not merah diberik sorang2 memang demam panas kmk lepas ya hehehe

    ReplyDelete
  2. Wah budak sekarang. Ibu bapa kena didik anak-anak supaya adab berziarah bukannya meminta derma. Kalau tuan rumah bagi, alhamdulillah. Bukannya mengata..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak2 sekarang pendedahannya berbeza dengan kita sekarang...jadi banyak pengaruh yang mungkin di luar kawalan ibu bapa...Nama pun budak2

      Delete
  3. hoho..klo dikurangkan kena bg angka besar tu..pokai la
    aah kan..budak2 skrg x pandang pun duit sen-sen tu
    klo dulu dpt angpau syiling dah excited..sampai pg umah yg sama 3-4 kali

    follower ke 113..jemput singgah ke blog Yumida & follow back klo sudi
    http://umikasum.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Raya tahun ni nampaknya rumah tertutup le...hehe.
    Nampaknya bg syiling je lah...yg penting ikhlas. Nak kaler merah, maaf! tak berupaya...

    ReplyDelete