Assalammualaikum..
Terima kasihlah kerana masih sudi mengunjungi blog aku yang serba hijau ni...Alhamdulillah hari ni dah genap 8 hari berpuasa.. Petang tadi Bazaar Walking kat Mukah ni, tekak aku teringin nak makan sesuatu yang manis.. Apa yang manis hurmmm banyak tu, boleh dikatakan semuanyalah manis dari semua jenis air dan kuih muih yang manis-manis...Tapi yang menarik perhatian aku tu mungkin belum jumpa hehehe... Akhirnya aku nampak gerai ni Kak Pah..aku pernah buat entri pasal kedai dia dalam blog aku boleh KLIK SINI Ada jugak dia bukak gerai kat Bazaar Ramadan Mukah ni...
Aku jenguk macam-macam ada... Lompat Tikam, Nasi Kerabu, Laksa Penang, Nasi Ayam Lada Hitam dan Cendol...Hurmm semuanya nampak sedap... Apa lagi aku beli lompat tikam dan laksa penang untuk berbuka... Boleh tahan jugak laris gerai Kak Pah ni, yelah satu-satunya gerai orang Semenanjung yang aku rasa di Bazaar Ramadan Mukah ni, jadi kalau nak carik selera makanan semenanjung singgahlah ke gerai Kak Pah ni... Tapi datang awal-awal kat gerai Kak Pah ni sebab makanan yang dijual kat sini memang laris
LAKSA PENANG |
Laksa Penang mesti korang biasa dengarkan, bahan yang menggunakan mi laksa dan air rebusan ikan bersama bawang, bunga kantan, asam keping, cili merah dan daun kesum..Satu lagi untuk dessert (speaking lah plak..pencuci mulut) lompat tikam... Yang ni memang tekak aku yang nak, bukan aku (ada plak tekak aku ngidam hehehe) sebab tekak aku nak diisi dengan benda manis-manis...
LOMPAT TIKAM |
Lompat tikam ni kalau letak dalam peti sejuk dekat-dekat nak berbuka puasa tu..campur dengan gula kabong pergghhh memang yummy hehehe...Lompat tikam ni dibuat daripada tepung beras bersama dengan gula kabong atau air nisan.. Kuih ni ada dua lapisan satu bahagian bawah warna hijau dan atas warna putih.. Sebab itulah perlunya gula kabung atau air nisan sebab bahagian atas tu tawar..Kuih ni popular di bahagian Pantai Timur.. Kalau kat Sarawak ada satu kuih yang lebih kurang sama rasanya dengan lompat tikam ni Kuih bongkol KLIK SINI... Okeylah ya aku nak memulakan langkah blogwalking...
Teringin pula nak makan laksa.
ReplyDeletekalau semenanjung mesti banyak kan pilihan laksa...ada laksa johor, laksa nyonya melaka...
ReplyDeleteSedapnya laksaaa..fav zara ni..hii..=D
ReplyDeletekalau kat Penang mesti lagi sedap
Deletetpi kt kedah pun ada tempat sedap gak..nama dia laksa ikan seekor..mmng dia letak ikan seekor atas laksa tu..sedappp!!..hee
DeletePetang ni hajatnya nak pergi bazar utk pertama kalinya selama berpuasa ni..tu pun sambil2 hantar kek kt customer..
ReplyDeletewahhh business ya Mieza...
Deletesemuanya nampak sedap..
ReplyDelete