Assalammualaikum..
Hari ni aku pergi terjah bazaar Ramadan kat Medan Niaga Satok Kuching (atau lebih dikenali sebagai Kubah Ria) mencari menu untuk berbuka.. Pusing punya pusing aku hanya membeli kuih bongkol.. Takde makanan yang menarik perhatian aku kat situ untuk berbuka... Maknanya aku berbuka dengan kuih bongkol jerlah...
Korang pernah dengar tak kuih bongkol, kalau orang Sarawak kuih ni memang popular masa bulan Ramadan kalau kat semenanjung lebih kurang macam tepung pelita lah, cuma kalau tepung pelita menggunakan gula pasir...yang kuih bongkol ni pulak menggunakan gula apong (adik beradik gula melaka hehehe).. Aku tak tau kenapa kuih ni cuma femes masa bulan ramadan jer...Kira kuih ni ikut musim lah kot... Aku paling suka makan kuih ni kalau sejuk, oleh kerana hotel ni takder peti ais dengan redanya berbuka nanti makan macam tu sahaja..Syukur jugaklah ada gak menu untuk aku berbuka petang ni Soya Cincau dengan Kuih Bongkol... Mungkin lepas terawih karang boleh ronda-ronda sekitar Kuching carik makanan yang berat sikit huhuhuhu.... SELAMAT BERBUKA PUASA (Waktu berbuka Kuching : 6:50 pm)
Baguslah, saya tak pernah dengar apatah lagi makan. Saya harap Adhei terus untuk mempromosikan kuih-kuih tradisional Sarawak. Dapat jugalah tahu.
ReplyDeleteaihh yakah Cik akak senggaut gilak nak menglik
ReplyDeleteNampak sedap je kuih nie? pos laju untuk is satu ya Adhie?
ReplyDeleteNampak macam kuih otak2 je..lebih kurang ke rasa dia?
ReplyDeleteKuih bongkol.. waa makanan kegemaran beta..
ReplyDeleteIs : boleh boleh... kalau tau memang Adhie bawak gi KL dah hehehe
ReplyDeleteZahara : kuih otak2...baru first time dengarlah kuih tu...kat mana leh dapat
Mieza: kegemaran rupanya... hehehe memang sedap kuih ni
first time aiza dengar nama kuih ni.. daun tu daun pisang ke adhie? macam lepat pula bila dibuka ya..
ReplyDeleteMiss Aiza :aah guna daun pisang... tapi rasanya memang lebih kurang sama dengan tepung pelita
ReplyDelete