!TEMAN-TEMAN BLOG!

Sunday, 28 July 2013

BILA HATI KATA NAK.....

Assalammualaikum

Masa bazaar walking kat sekitar Sibu petang tadi..tiba-tiba pulak hujan lebat... Aku pulak tengah menunggang skuter meredah hujan, apa lagi aku terus singgah kat sebuah shopping complex ni...Kira nak menumpang teduh kejap dari hujan... Jalan-jalan kat dalam shopping complex terpandang pulak minyak wangi Antonio Banderas warna biru...eh baru ker ni? kata ku dalam hati (cewah)..Hatiku terus katakan nakkan perfume tu... Sebab last time aku beli yang botol hitam tak nampak pulak warna biru ni... Yang hitam Seduction In Black yang ni pulak Splash Blue Seduction... KLIK SINI untuk melihat pilihan wangian Antonio Banderas... Apa lagi aku terus try... Berbanding dengan Seduction In Black wangian Seduction In Blue ni lebih woody dan fresh..Ada unsur-unsur fruity dalam wangian ni bila spray kat kulit...Tips memilih minyak wangi boleh rujuk entri aku yang ni KLIK SINI



Tak pikir-pikir dah ujan masih lebat jadi aku beli satu botol dan dapat miniature Banana Republic free hehehe... Kalau beli minyak wangi takder free gifts aku usaha jugak mintak free gifts, yang ni PR kena bagus dengan salesgirl... Bukan sahaja free gifts dapat tapi dapat jugak voucher membeli-belah... Since voucher tu pun expired hari ni terpaksalah jugak aku mencari barangan untuk ditukar dengan voucher....Masa tunjukkan resit untuk tukar voucher aku diberi segelas mug...sebab pembelian aku melebihi RMXXX (tak payah sebutlah ek kuikuikui)..Pilih punya pilih (pening gak ni carik barang yang boleh ditukar sama nilai dengan voucher)`akhirnya aku memilih baju kemeja lengan pendek tanpa perlu membayar apa-apa yelah dah redeem voucher sama nilai harga baju kira freelah baju ni... 

MINIATURE MALACHITE Banana Republic

KEMEJA YANG DITUKAR DENGAN VOUCHER

MUG FREE JUGAK


Jadi hari ni aku dapat 4 benda... 1) Minyak Wangi Antonio Banderas, 2) Miniature Minyak Wangi Malachite Banana Republic, 3) Baju Kemeja 4) Mug ...Hanya dengan satu botol minyak wangi hehehe...

10 comments:

  1. Lia pun beli minyak wangi tadi ... hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh...beli minyak wangi jugak yer...hehehe

      Delete
  2. Tagged :D

    http://vaneelea.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-by-mahira-ridzuan.html

    ReplyDelete
  3. pcl singgah sini, assalamualaikum Adhie. yes bila hati kata nak..kita ikutkan saja, mungkin itu yg pilihan terbaik.

    ReplyDelete
  4. wah!! Alhmdullilh..rezki tu..hee..=D

    ReplyDelete
  5. Wah, RMXXX boleh tahan juga tu. Yang penting wangi dan kepuasan apabila pakai.

    ReplyDelete