!TEMAN-TEMAN BLOG!

Sunday, 7 July 2013

MENU UTARA DI MUKAH

Assalammualaikum...

Lewat sikit aku makan tengah hari ni yelah sebab misi nak mencari rak buku... Kira makan lewat petang (hi-tea kata orang puteh hahaha), tiba-tiba pulak teringin nak makan menu utara.. Menu utara ada ker kat Mukah ni? Haaa yang itu korang jangan terkejut, menu utara ni memang ada kat Mukah.. Aku bawak korang terjah ke satu tempat ni namanya Kafe Kak Pah Nasi Kandar.. Kak Pah ni orang semenanjung jadi memang specialities menu dia kat sini makanan orang dari sebelah sana... Kak Pah ni pun ada jugak menyediakan Nasi Kandar, tapi hari ni aku nak makan nasi kerabu... Korang tau nasi kerabu tu macam mana rupanya... Ni bagi yang tak tau gambar ada kat bawah..


NASI KERABU KAK PAH


TEH C SPECIAL - PERISA PANDAN

Bagi orang Semenanjung nasi kerabu ni kira femes lah kat belah Terengganu dan Kelantan. Nasi yang berwarna biru ni dihidangkan dengan ikan kering atau ayam goreng, solok lada, keropok, budu, ulam-ulaman seperti bunga kantan, taugeh, timun, daun kesum, kacang panjang dan lain-lain lagi. Ulam-ulaman ni akan dihiris halus dan diletak ditepi nasi. Kalau dulu nasi warna biru ni menggunakan daun telang tapi dah moden kan sekarang semua segera jadi menggunakan pewarna sahaja..

KAFE KAK PAH NASI KANDAR\
Kalau korang nak tau kedai Kak Pah ni kat mana, satu bangunan dengan Public Funiture (memang nak gi sini pun mencari rak buku) di pasar Mukah, susah-susah sangat carik Pejabat Tenaga Kerja Mukah, sebelah pejabat tu Public Furniture dan kedai Kak Pah tak jauh bersebelahan selang 2 kedai kat situ... Dah kenyang petang-petang ni mata pun mulalah nak terkatup kan...Dua tiga hari ni asyik entri pasal makan jer kan hehehe...yelah balas dendam sebelum nak berpuasa minggu depan...

15 comments:

  1. nasi kerabu biru is my feveret!! :) hee~ best kan dpt makan nasi kerabu!

    ReplyDelete
  2. betul Aisya... sekali sekala nak merasa masakan orang utara...nasib kat Mukah ni ada hehehe... Kalau g semenanjung merata boleh carik nasi kerabu ni... tapi saya suka solok lada..kat sini dia tak letak solok lada.. (^_^)

    ReplyDelete
  3. first time kamek nangga nasik warna biru.. Hihi..

    ReplyDelete
  4. Isabel mun ktk g sibu ada sigek kedey makan kat kg datuk ya nasik lemaknya warna hijau... (^_^)

    ReplyDelete
  5. ada ye nsi kerabu warna biru.. hii tak pernah makan dan tahu..heee
    singgah sini blik ye..=)

    ReplyDelete
  6. Cik Akak memang ada nasik warna biru...cuba carik kat sibu ada nasi warna purple..nasik goreng dabai hehehe

    ReplyDelete
  7. tu dia..masuk gak tekak adhie ngn nasi kerabu ek.bk ni xlalu lgsg

    ReplyDelete
  8. hehehe...feveret ni.. kalau turun KL g pasar malam kat Jalan TAR tu mesti carik, kekadang carik nasik dagang dengan ayam percik

    ReplyDelete
  9. sedapnya, lama tak makan nasi kerabu

    ReplyDelete
  10. adik keyme...memang menjilat jari ni hehehehe

    ReplyDelete
  11. eh, baru perasan air tu, perisa pandan ? tak pernah tahu..

    ReplyDelete
  12. itu lah nama Teh C Special ada perisa pandan...memang rasa pandan... ada sesetengah orang suka masukkan gula apong (kalau kat semenanjung gula apong ni lebih kurang gula melaka lah)

    ReplyDelete
  13. sedapnya nasi kerabu....singgah dan follow sini..

    ReplyDelete
  14. Wah, nasi kerabu, my favourite food....

    ReplyDelete
  15. nasi kerabu tu kegemaran aiza.. bulan puasa ni nak kena cari..

    ReplyDelete