!TEMAN-TEMAN BLOG!

Thursday, 4 July 2013

BILA ADHIE MENULIS



Assallammualaikum..

Alhamdulillah makin ramai kawan-kawan blogger dalam blog...Sebenarnya blog ni lama dah aku set up cuma  lepas aku set up aku jarang publish apa-apa entry... Sehinggalah aku balik melancong dari Singapura lepas tu aku mulalah rajin-rajin publish entri kat dalam ni... Lepas tu sikit demi sikit belajarlah tambah-tambah apa-apa yang patut kat blog ni anyway thank you to blog PUAN BUI sebab kat blog dia ada tutorial membuat blog..

Ini Blog Bui
MINTAK IZIN YER PUAN BUII PINJAM BANNER hehehe
Tapi blog aku memang masih tahap amatur bertatih-tatih lagi kata orang...Jeles jugak nengok blog blog orang lain yang cantik... Sehingga entri ini ditaip geng-geng follower aku dah 97 orang okeylah tu daripada sebelum ni... Sebenarnya aku tengah tunggu blog aku mencapai 100 followers boleh ker... Sebab aku nak buat segmen GIVEAWAY... Masa turun KL last month aku dah siap-siap beli gift-gift untuk GIVEAWAY...Simpan dulu kasi meriah blog aku ni dulu...Atau ada yang nak cadang aku proceed jer segmen GIVEAWAY ni hehehe tak pernah lagi buat segmen GIVEAWAY ni.. Sebarang komen atau cadangan dari korang amat dialu-alukan...

7 comments:

  1. buatlah..lak cik akak tolong promosikan...hihi...
    cik akak support 100 peratus tau

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, singgah kali pertama dan follow balik. Terima kasih follow blog saya.

    ReplyDelete
  3. Salam, Bagus kembali aktif! Semoga anda teruskan update entri. Insyaallah...jika anda rajin berkomunikasi sesama blogger dan sertai segmen, dgn mudah saja follower anda bertambah dan ianya pasti memberi semangat dan keseronokan ber blogging. Selamat maju jaya :)

    p/s: terima kasih menjadi sahabat dan teruskan bersama Relaks Minda :)

    ReplyDelete
  4. jika buat giveaway aiza support.. insya-Allah akan join..

    ReplyDelete