MY COLLECTION OF PERFUMES
Pernah tak korang rasa macam tak tahu nak pilih perfume yang mana? Aku pun selalu juga di dalam dilema bila part memilih perfume ni. Aku ni kira antu perfume lah jugak, siap buat koleksi perfume, tambahan kalau botol tu unik dan menarik. Ada yang aku beli sendiri ada jugak yang kawan hadiahkan. Biasanya kalau aku bosan menunggu flight kat airport tu, memang kedai perfume Eraman tempat aku melepak hehehe. Minyak wangi ni ada pelbagai jenis, ada Eau De Toilete (EDT) dan Eau De Parfum.
Kedua-kedua ni berbeza sebab EDP lebih tahan lama berbanding dengan EDT. Biasanya EDP harganya lebih mahal dari EDT. Kita biasa mendengar wangian Calvin Klein, Carolina Herera, Hugo Boss, Ralph Lauren, Paco Rabanne, Gucci, Burberry dan banyak lagi jenama wangian. Tapi tak semestinya yang mahal tu bagus...sebab aku sendiri pernah terbeli perfume yang mencecah harga RM300 dan natijahnya hanya disimpan tanpa diguna sebab tidak serasi dengan aku. Satu pengajaran buat aku....Dan untuk elakkan kejadian macam ni korang bolehlah mencuba tips-tips yang aku share kat sini yang aku baca dari majalah dan pengalaman sendiri.
Beli Minyak Wangi Waktu Lunch Hour
Time korang rehat tengah hari tu kalau tak ke mana-mana bolehlah singgah kat kaunter perfume survey dulu mana perfume yang korang berkenan. Menurut pakar pada waktu ini deria manusia sangat sensitif dan memberi korang kelebihan untuk memilih wangian yang sesuai dengan lebih tepat. (Patut jugaklah kalau tengah hari kedai memasak jarak yang jauh pun dapat hidu bauan masakan hehehe)
Haruman Sesuai Dengan Jiwa
Yang ni kalau korang tak pasti bolehlah tanya kat sales girl tu wangian yang sesuai dengan jiwa korang. Biasanya diorang akan tanya sama ada kita nak bauan yang "soft" atau "strong". Nanti diorang akan recommend dan spray atas sekeping kertas untuk korang hidu. Amaran jangan spray ke badan dulu. Kalau dah banyak sangat perfume korang hidu tu cepat-cepat hidu bijian kopi. Sekarang semua kaunter perfume ada menyediakan sebalang bijian kopi untuk korang hidung bagi hilang pening-pening cium bau perfume tu
Hadkan Pilihan
Biasanya aku hadkan pilihan kepada 3-4 jenis wangian. Yelah hidung kita ni kalau hidu banyak sangat dah tahu nak pilih mana satu. Daripada 3-4 jenis wangian tadi korang pilih satu yang korang betul-betul berkenan, pilih betul-betul nanti menyesal tak sudah.
Jangan Tergesa-gesa
Ambil masa korang untuk memilih wangian ni. Jangan tergesa-gesa memilih makin pulak perfume tu mahal. Bila korang dah memilih satu wangian yang korang berkenan tu, bolehlah spray sikit ke pergelangan tangan. Jangan digosok sebab akan menghilangkan bauan sebenar wangian ni. Biarkan ia kering sendiri sambil tu korang senyum kat salesgirl tu dan kata korang akan datang dalam masa lebih kurang setengah jam lagi. Dalam tempoh setengah jam tu bolehlah korang jalan-jalan sekejap dan datang semula. Kalau korang rasa serasi dengan bauan tu selepas tempoh setengah jam tadi bolehlah membeli. Macam mana nak tahu serasi ke tidak bauan tu masih kekal berbau dan baunya tidak berubah seperti masa kita spray tadi.
Free Gift Dan Baucer
Yang ni paling aku suka memilih perfume. Kat sini kena pandai-pandai ringankan mulut bertanyakan free gift kalau membeli perfume. Kebiasaannya free gift seperti miniature, travelling beg, body wash dan baucer tunai. Kalau pandai mengayat boleh dapat semua tu hehehe...
Untuk pengetahuan korang setakat ini perfume yang aku suka ialah Gucci Guilty Intense dan Carolina Herera CH Sport Men.
GUCCI GUILTY INTENSE
CAROLINA HERERA CH SPORT MEN
Hopefully tips yang aku beri ni bolehlah membantu korang memilih perfume yang sesuai...
No comments:
Post a Comment