!TEMAN-TEMAN BLOG!

Wednesday, 26 June 2013

DISEBALIK LAPISAN 7 PETALA CINTA



Assalammualaikum CINTA.....

"CINTA bukanlah melemahkan...Tapi menguatkan... dan CINTA juga bukan menyedihkan tapi menggembirakan kita" - Hamka, 7 Petala Cinta

Itu merupakan salah satu dialog yang terdapat dalam filem 7 Petala Cinta ni. Last time aku dah menonton filem 99 Kali Rindu, dah akhirnya tercapai hasrat aku nak menonton 7 Petala  Cinta sebelum keluarnya 99 Kali Rindu. Hehehe filem ni macam dah basi yelah filem yang dah ditayangkan tahun lepas aku baru jer menonton dalam DVD...Anyway baca jerla review aku pasal filem ni....

Sinopsis :
Filem 7 Petala Cinta ini mengisahkan Attar (Aeril Azfrel) yang merupakan penjenayah yang menjadi buruan polis telah bersembunyi di masjid berhampiran Madrasah Qalbun Salim. Atta telah dibawa ke madrasah oleh Abi Ikhwan(Dini) dan mula mendalami Islam. Pada permulaan cerita ni korang akan menyaksikan majlis pertunangan Hamka (Fizo Omar) dengan Saidatul Nafisah (Shima Anuar). Suatu hari berita mengenai Hamka terbunuh di Yaman telah telah tersebar kerana perang saudara di negara tersebut.

Saidatul Nafisah menanti dengan setia hampir setahun kehadiran Hamka dari Yaman kerana dia yakin Hamka belum mati. Kemunculan Attar yang dibawa oleh Abi Ikhwan (ayah Saidatul Nafisah) ke Madrasah Qalbu Salim telah menemukan cinta dalam diam antara Atta kepada Nafisah. Tanpa Atta menyedari Hilma (Diana Amir) juga memendam perasaan terhadap Attar. 

Keimanan Attar juga turut diduga dengan kehadiran Nida (Putri Mardiana) yang merupakan seorang pelacur yang secara tidak sengaja menjadi salah seorang penghuni madrasah tersebut. Attar telah difitnah dan dihalau dari Madrasah. Perasaan bersalah Nida telah menceritakan perkara sebenar kepada Abi. Attar yang diterima kembali ke Madrasah pun terus dijodohkan dengan Saidatul Nafisah yang membuatkan Hilma merasa sedih. Malam perkahwinan Attar dan Saidatul telah dikejutkan dengan kepulangan Hamka. Nak tau siapa pilihan Saidatul antara Hamka dan Attar...Korang nengoklah sendiri yer hehehehe.

Review Aku :
Rasanya filem 99 Kali Rindu lebih penuh intipati dengan unsur-unsur keagamaan. Metrowealth seolah-olah bereksperimen terlebih dahulu dengan filem berunsur keislaman dalam 7 Petala Cinta sebelum menerbitkan filem 99 Kali Rindu. Mungkin sebelum ini banyak filem-filem Islamik terbitan Metrowealth namun dua naskah ini adalah yang terbaik bagi aku setakat ini. Okey kita letak tepi dulu filem 99 Kali Rindu ni sebab aku nak bagi komen filem 7 Petala Cinta dari sudut pandangan aku sebagai penonton. Sedikit sebanyak filem-filem Islamik terbitan Metrowealth telah banyak mencetuskan fenomena filem berunsur dakwah Islamik.

Filem arahan Azhari Zain yang pernah mengarah filem Santau, Zoo, Mantra, 3 2 1 Cinta, Flat 3A dan Keramat cuba menonjolkan kreativiti pengarahan dari sudut Islam. Bagi aku filem 7 Petala Cinta ni plot ceritanya biasa dan simple namun intipati dakwah yang ingin disampaikan mungkin tidak sampai bagi aku. 

7 Petala Cinta ini seolah-olah lebih menekankan hubungan rasa cinta antara Attar, Saidatul dan Hamka, kira macam kisah cinta 3 segi. Namun kehadiran Nida seorang pelacur yang menjadi salah seorang penghuni Madrasah menjadikan jalan cerita ini lebih menarik. Hati wanita mana yang tidak hancur kalau melihat bakal suaminya ditemui bersekedudukan dengan perempuan yang bukan muhrimnya.

Ada sedikit kepincangan dalam filem ini bila mana Saidatul Nafisah yang merupakan wanita muslimah melemparkan kata-kata yang sangat kesat bagi aku. "Orang busuk macam awak, pakai minyak wangi banyak mana pun tetap berbau bangkai"... Macam tu sekali dialog yang dilemparkan oleh Saidatul kepada Attar yang telah difitnah. Sepatutnya kata-kata itu tidak muncul dari seorang muslimah solehah, kerana dia bukan Tuhan untuk terus menjatuhkan hukum...Kalau aku pun memang sedihlah ditohmah macam tu sekali...Itu salah satu kelemahan yang aku lihat dalam filem ni.

Babak Attar yang ditangkap bersekedudukan dengan Nida agak kelihatan janggal bagi aku. Semasa Attar cuba melepaskan diri dari Nida secara tidak sengaja Attar telah menampar Nida. Tapi yang aku pelik tu
Attar boleh pulak cuba memegang Nida walaupun dia bukan muhrim selepas dia menampar Nida. Adoiyaiii time tu jugaklah diorang ni kena cekup oleh Abi Ikhwan dan Saidatul Nafisah juga turut menjadi saksi....

Kematian Hamka mungkin akan dilupakan oleh kita sebagai penonton untuk seketika. Tapi korang terfikir tak jika kita sebagai salah seorang ahli keluarga yang terkorban dalam perang di luar negara mesti kita ingin mengetahui cerita sebenar. Kalau mati mana kuburnya..takder ker usaha untuk mengesan mayatnya dan membawa kembali ke Madrasah...Tu lah yang malam perkahwinan Attar dan Saidatul tu muncul pulak sik Hamka ni dengan tiba-tiba blackout. Part yang memberi kesan kepada hati tu apabila Hamka menyerahkan Al-Quran yang ditulisnya sendiri kepada Saidatul Nafisah...macam sengaja kan nak bagi konflik cerita ni kat penghujung huhuhuhu. Apa-apa pun aku memang puji sinematografinya yang memang cantik....Harap-harap Metrowealth teruskanlah menerbitkan filem berunsur Islamik ni di masa hadapan....

Rating untuk filem ni dari 5 bintang aku bagi 3 jer.... 




No comments:

Post a Comment