BEEF NOODLES TENGOK ISI DAGING DIA BANYAK KANNNNNN!!! |
Assalammualaikum..
Kali ni aku bawak korang ronda-ronda makan kat salah satu restoran. yang memang aku suka jugak melepak kalau balik ke Sibu. Macam rancangan JJCM pulak dah, anyway aku nak introduce satu tempat makan ni namanya Red Carrot Cafe. Pagi-pagi dah buat entri pasal makanan ni kan... Restoran yang berhawa dingin ni ada dua cawangan satu di Jalan Pedada, atas Sugar Bun tak jauh dengan Delta Mall Sibu, dan cawangan yang terbaru ialah di Farley.
NAK BUAT ORDER TICK KAT MENU YANG BERKENAAN DAN PASS PADA WAITER (KUALITI GAMBAR KURANG MEMUASKAN HARAP MAAF) |
Kat sini ada pelbagai hidangan seperti makanan tempatan dan makanan barat. Kalau kat sini aku suka makan Beef Noodles yang memang sedap dan Red Carrot+Apple Juice minuman wajib. Harga jangan risau memang tak mahal Beef Noodle RM 6.95 dan Red Carrot+Apple Juice RM 6.90
Suasana cafe ni memang nampak cosy dan menarik...paling penting kebersihannya mendapat pengiktirafan ranking A oleh pihak SMC. Cafe ni juga mendapat pengiktirafan HALAL so tiada kerisauan untuk mencari tempat makan halal di Sibu ni... Sebenarnya kat Sibu ni kalau rajin explore banyak sebenarnya tempat makan yang menarik untuk kita singgah makan, nanti ada masa aku cerita pasal tempat yang lain pulak... Okey SELAMAT BERHUJUNG MINGGU korang semua.
Cik Akak ada masa g lah sia hehehe patut tokey cafe ya merik voucher makan ngan kmk sebab nolong pomot cafenya
ReplyDeletewah.. nampak sedap juga beef noodle tu.. jauhnya nak pergi ke sibu..
ReplyDeletememang sedap mi ni Mizz Aiza...hehehe kalau ada rezeki turun Sibu singgahlah ke cafe ni
DeleteSAYA NAK BEEF NOODLES TUUUU!!!!
ReplyDeleteeh ehh ehhh...ingat dah naik taxi dah membawa diri
Delete