!TEMAN-TEMAN BLOG!

Thursday, 6 June 2013

KESAYANGANKU : ZARA, TOMMY DAN CLEO...

Assalammualaikum

Aku ada 3 ekor kucing..namanya Zara, Tommy dan Cleo...


NAMA : ZARA FELINE BOUVIER
UMUR : 1 THN 4 BULAN


Nak cerita sikit pasal Zara ni. Zara ni aku beli masa Pesta Kaul Mukah 2012, macam tak percaya pulak aku boleh beli kucing parsi ni. Masa tu umur Zara 3 bulan dengan harga RM 600. Zara ni maintenance dia ada tinggi sikit, makan bukan boleh sebarang kalau bukan Royal Canin jangan haraplah dia nak jamah. Bayangkan kat Mukah ni sekilo Royal Canin RM28.00. Sekilo ni kalau untuk Zara seekor dalam 5 hari jer huhuhu... Nak buat camner kan dah minat ngan kucing kena jaga. Tapi Zara ni bukan jenis kucing yang manja-manja, jangan haraplah nak peluk-peluk dia memang dia akan lari punya. Kira dia ni Diva sikitlah. Hari tu masa aku gi bercuti di Singapore, aku tinggalkan Zara ni dalam keadaan pregnant di Pet House. Tak sangka pulak dia beranak masa aku tengah bercuti. Malangnya anaknya ketiga-tiga tu aku tak sempat tengok sebab Zara tak nak susukan anak dia jadi semua mati...Diva sangat dah beranak tak nak pulak susukan anak dia.... Lepas dia beranak hari tu, bulu-bulu badan dia ada sikit gugur.

NAMA : TOMMY DESCARTES HILLFIGER
UMUR : 1 THN 2 BULAN





Kucing aku yang kedua ialah Tommy. Yang ni kacukan kucing biasa dan Maine Coone. Tommy ni aku beli masa Zara dah berumur setahun dari seorang kawan kepada kawan aku. Masa tu Zara dah menjerit nak mengawan. Tak tahan pulak aku dengar jeritan dia yang pitching macam Ziana Zain tu. Terus aku carik seekor kucing jantan untuk Zara ni. Dah ada pasangan si Zara ni memang macam tak nak kat si Tommy ni. Tommy yang badan besar ni pun dia boleh bawa gaduh...entahlah...tapi lepas tu takde lah dengar suara dia menjerit macam Ziana Zain tu lagi... Anak yang Zara lahirkan masa aku tinggalkan di  Pet Shop tu pulak anak dia dengan kucing lain hehehe... Aku kahwinkan Zara ni dengan kucing jantan kawan aku nama kucing tu Morocco dah si Zara tu tak nak kat Tommy...Makan hatilah Tommy.


NAMA : CLEOPATRA ABIGAIL @CLEO  
UMUR : 6 BULAN




Dan yang ketiga ni kucing kawan aku Cleo. Aku pernah booked kat dia kalau kucing dia nama Giselle tu beranak lagi, anak dia seekor bagilah kat aku, jadi dapatlah sik Cleo ni yang putih melepak. Tak silap aku umur Cleo ni dah 6 bulan dah. Aku suka dia ni sebab dia suka manja-manja dengan aku. Tak macam Zara tu susah nak dibawak bermanja. Yang ni kalau tidor memang sebelah aku jer dia tidur tak boleh jauh. Cleo dan Tommy senang sikit jaga sebab pasal makanan dua ekor ni tak memilih. Zara jer makan Royal Canin. Yang lagi 2 ekor ni aku bagi Pro Diet campur dengan Royal Canin sikit.

Aku rasa cukuplah 3 ekor ni aku pelihara, maintenance cost pun bukannya murah huhuhuhu... Diorang makan Royal Canin aku pulak makan maggie.


3 comments:

  1. hamboi nama... curlaasss ko jah.

    ReplyDelete
  2. Kannn...nama kena gah nak glamer huhuhuh

    ReplyDelete
  3. mai ai..hahaha...

    mintak seekor ya eh...geram tengok eh

    ReplyDelete