!TEMAN-TEMAN BLOG!

Saturday, 8 June 2013

JOM BUAT KERABU RUMPAI LAUT.....

Assalammualaikum wbt...

Pagi tadi sempat ke Pasar Basah Mukah beli bahan untuk membuat kerabu rumpai laut. Sekarang ni dah macam trend rumpai laut mendapat sambutan. Kalau pegi Sabah rumpai laut memang senang nak cari. Hari ni aku nak share kat korang macam mana nak buat kerabu rumpai laut ni, nak membuatnya takderlah susah mana, tapi melilau jugak carik bahan ni sorang-sorang kat Pasar Basah Mukah yelah duduk bujang kan hehehe...


KERABU RUMPAI LAUT TUNA

100 gm Rumpai Laut (ikut banyak mana korang suka kalau 100 gm ni aku sorang makan memang tak habis bolehlah sedekah kat jiran sebelah rumah nanti hehehe)
Bawang Besar (Dipotong kecil)
Cili Padi (Dihiris halus -Nak pedas banyakkan yang ni)
2 Biji Limau Kasturi (Ambil Airnya)
Bunga Kantan (Dihiris halus - Payah jugak nak carik ni pagi tadi nasib baik ada)
Timun (Dipotong dadu)
Kerisik (Kalau tak nak letak pun takper)
1 Tin Tuna (Aku ambik yang Ketulan Dalam Minyak)
Serbuk Tumix - Sesedap rasa (Yang ni orang malas macam aku jer guna - Tak nak guna ni korang boleh perasakan dengan gula dan garam)

Cara Membuatnya :

  1. Rumpai laut tu korang rendam semalaman pastikan air ditukar setiap masa untuk menghilangkan bau hanyir, takderlah hanyir mana pun macam hanyir ikan tu jer. Korang boleh guna mana-mana warna rumpai laut ni ada yang ungu violet dan kuning emas. Aku guna yang kuning emas
  2. Okey dah rendam bersihkan betul. Dah bersih korang potong kecik-kecik senang nak makan nanti jadi takderlah macam janggut sangkut kat mulut korang yer :)
  3. Masukkan rumpai laut yang dah potong tadi dalam satu bekas dan gaul dengan bahan-bahan seperti bawang, cili, bunga kantan dan timun. Dah serasi semua bahan baru dimasukkan air limau nipis. Masuhkkan tumix sikit ikut rasa dan kerisik dan gaul lagi. Biarkan sekejap.
  4. Lepas tu masukkan Tuna dan gaul sekali lagi hingga semua bahan serasi.
  5. Dah boleh hidang makan dengan nasi atau sapu atas roti pun sodap...
SELAMAT MENCUBA











HASILNYA....






3 comments:

  1. wah pandainya buat resepi...hahaha...
    kalah cik akak :)

    agak-agak sedap tak nie....
    tengok je dah cik akak nak cuba :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Akak cubalah dulu...kalau ikut anak tekak saya ni memang boleh telanlah hehehehe

      Delete
  2. sure sedap dan awet muda.....hehe

    ReplyDelete