!TEMAN-TEMAN BLOG!

Tuesday, 25 June 2013

KISAH ROTI GARDENIA




Assalammualaikum....

Wah berhabuk dan bersawang dah aku punya blog ni hehehe fuhh fuhh fuhh ...berapa hari dah tak update lepas aku sampai KL hinggalah balik Sarawak tak ada masa langsung nak log in kat blog..dengan menyiapkan projek tahun akhir lagi...Alhamdulillah semua dah siap, Insya-Allah akan konvo bulan Okt/Nov di UTM Skudai Johor... Doakan saya yer kawan-kawan...

Ni cerita pasal KL aku tiba-tiba rasa nak share satu benda ni.. Kira benda ni macam trend lah kalau orang Sarawak turun KL..ROTI GARDENIA... Mungkin bagi orang KL gardenia ni sesuatu yang biasa. Yelah cuba korang gi LCCT mesti roti ni memenuhi ruang rak kedai-kedai di balai berlepas untuk memenuhi permintaan pelanggan terutamanya yang akan balik ke Sarawak macam aku.. Hari tu gi KL aku dah beli siap-siap kat Mydin Sinar Kota sebab kalau berangkat dari KLIA memang takde kedai jual roti ni di KLIA...memang berbondong-bondonglah aku angkut roti tu menaiki LRT menuju ke hotel...Tak kisahlah mata orang memandang hehehe... Ni jerlah buah tangan untuk budak-budak office dan kawan-kawan di Sarawak.. Korang jangan hairan especially kalau kat LCCT kedai-kedai kat balai berlepas akan kehabisan stok roti gardenia...Macam tu sekali penangan roti gardenia ni...



Roti ni memang takde kat Sarawak, kalau ada pun YA AMPUN harganya berlipat kali ganda, kalau betul-betul ngidam bolehlah beli sebungkus dua... Kalau kat Sarawak ada dua kedai yang jual roti ni di Kuching satu kat belakang Parkson Riverside dan satu lagi di Stesen Petronas OneTJ...Harga tepuk dada tanya wallet hehehe...

Tips kalau korang nak ke Sarawak bawak roti Gardenia ni memang dah cukup dah.. Makin pulak kalau korang beli perisa Butterscotch tu memang terbaiklah... Budak-budak office aku suka Butterscotch dan Sambal Ikan Bilis...

6 comments:

  1. cik akak paling suka jagung jak eh..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. perisa Jagung ya selalu best selling...hehehe

      Delete
  2. butterscoth kt sini pon mahal jugak tau...ehe
    tp ok.nnti kite org dr semenanjung g sane bawak 1 kontena...ehehe :) gurau je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah mengidam mahal tu letak tepi hehehehe...kalau bawak satu kontenan jangan lupa roger roger aku sini ek hehehehe

      Delete
  3. mmg byk permintaan suh beli menda alah ni... tp aku buat bodoh aje. malas nak berangkut.

    ReplyDelete