Assalammualaikum wbt.
Hari tu cerita pasal coklat, malam ni nak cerita pasal kopi pulak. Hurmm siapa minat minum kopi tak kisahlah white coffee ker black coffee yang penting namanya kopi. Aku memang dari dahulu lagi suka kopi, lebih-lebih lagi kopi hitam KOPI O KAWW. Teringat masa belajar dulu kopi inilah yang membantu aku untuk menghilangkan rasa mengantuk bila belajar lewat malam. Sekarang pun kopi masih menjadi kegemaran aku tambahan pulak sekarang ni banyak franchise seperti Starbucks dan Coffee Beans lagilah aku gilakan kopi. Paling suka Java Chips Frapuccino kalau ke Starbucks. Tapi tak bolehlah selalu ke Starbucks, segelas kopi tu dah berbelas ringgit, rabak poket huhuhuhu.
Mai sini aku nak cerita apa kebaikkan kopi ni setelah belek-belek kat internet. Ini terpulanglah kepada individu mungkin ada yang masih prejudis terhadap kopi, masing-masing ada citarasa. So harap-harap entri aku ni bolehlah dijadikan sebagai perkongsian ilmu kita semua.
Kita sering mendengar tentang keburukan kopi kepada kesihatan. Kajian mendapati lebih dari 400 million cawan kopi diambil setiap tahun, menjadikannya sebagai minuman yang paling popular di dunia. Di US sahaja misalnya, 107 juta orang (52% daripada jumlah penduduk) meminum kopi secara rutin harian. 57 juta yang lain minum kopi beberapa kali setiap minggu. Aku sendiri rasanya kalau Kopi Radix pagi, tengahari dan malam huhuhuhu.
Kopi dan Kafein
Sebut kopi mesti korang kaitkan dengan kafein, dan kafein ni memberi kesegaran kepada orang yang mengantuk. Ia membantu kita menghilangkan mengantuk apabila ia merangsang susunan saraf otak, sistem pernafasan serta sistem pembuluh darah dan jantung. Kafein sering kali dijadikan salah satu bahan pelengkap pada ubat sakit kepala kerana ia mampu menyempitakn pembuluh darah ke otak (vasokonstriksi) sehingga pelebaran pembuluh darah di daerah otak yang merupakan penyebab sakit kepala.
Kopi Bergula Meningkatkan Prestasi Otak
Kajian di Barcelona, Sepanyol menunjukkan bahawa secawan kopi yang bergula boleh meningkatkan prestasi otak. Saintis di Universiti Barcelona di sini mendapati pengambilan kafein dan gula serentak dapat meningkatkan prestasi otak seperti daya ingatan. Kopi manis merupakan cara terbaik untuk otak menghadapi cabaran pekerjaan.
Agen Antioksida
Antioksida yang dimiliki kopi berfungsi seperti tentera yang menjadi perisai tubuh daripada radikal bebas.
Yang aku nyatakan di atas adalah antara kebaikkan kopi. Di pasaran pun banyak jenis kopi ada pasaran, kopi tongkat ali, kopi ginseng, kopi radix dan sebagainya. Aku sendiri mengamalkan minum Kopi Radix setiap hari, bukan niat nak promosi tapi sekarang pun ada juga kopi radix yang palsu so hati-hati. Kebaikan kopi radix ini ialah ia memang banyak sebab ia mengandungi sinergi 7 herba berkhasiat huhuhu yang ni aku tak nak cerita panjang nanti orang kata aku promote barang pulak...
Okey berbalik cerita kopi tadi, kalau kita tengok negara-negara orang Barat, minum kopi memang sebahagian dari budaya mereka. Lihat sahaja filem-filem Hollywood kita mesti akan melihat mereka breakfast ke Starbucks order kopi dan dibawa ke tempat kerja. Kita mungkin melihat ia dari sudut negatif kerana menganggap kopi tidak baik. Tapi jangan risau sekarang ni pun dah banyak di pasaran kopi yang tanpa kafein sebagai pilihan kepada mereka yang alah kepada kafein.
Bagi kaum lelaki ini ada satu berita baik, kajian baru mendapati lelaki yang minum kopi dengan kerap mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat kanser kelenjar prostat. Menurut pengkaji Lorelei Mucci, ScD, MPH Professor Madya dalam bidang epidemiologi di Harvard School of Public Health, lelaki yang minum kopi paling kerap mempunyai peluang 20% lebih risiko diserang penyakit kanser prostat. Malahan kopi juga mengurangkan risiko penyakit diabetis jenis 2, parkinson, batu hempedu dan juga kanser hati.
So apa lagi....Mai secawan...kopi....hehehe bancuh-bancuh kopi sambil update blog
Cik Akak...kmk suka nescafe paket ijo 3 in 1 :D
ReplyDeletetok.. tok xde chatbox ke tok... tq follow... dah follow balik . patut la bau kopi dari tadi ;P
ReplyDeleteCucu...terima kasih singgah kat blog atok ni yer...tak sangka lak bau kopi kuat sangat heheheeh... Chatbox atok tak wat lagi cu... kejap lagi atok ambik spanar ngan screwdriver atok buat yer... :)
Delete