Assalammualaikum wbt.
Wah meriahnya segmen GA sekarang ni sampai tak tahu nak join mana satu. Ada pulak tu sampai aku terjoin 2 kali kekekeke.... Macam dah musim pulak orang nak buat contest Give Away ni. Aku baru-baru ni terajin pulak nak update blog, belajar-belajar buat blog, selain dapat kenal kawan-kawan baru, baca cerita-cerita baru kat blog (aku suka terjah blog orang yang ada entri pasal travel my favourite)...Kalau kat FB tu asyik status sama jer aku baca hari-hari..
Tapi blogging ni keseronokan dia berbeza..Aku ni antara salah sorang "antoo" yang suka joined segmen Give Away ni, tengok jer banner mesti nak joined, bukan target hadiah pun.. Suka-suka jer nak join, dapat tak dapat tu belakang kira, yang bestnya aku dapat kenal blogger-blogger lain.. Bila tengok orang buat Give Away ni ada jugak rasa nak buat segmen yang sama, Insya Allah tengoklah rezeki balik dari KL nanti (yahooo Rabu ni turun KL) beli gift-gift yang boleh dijadikan hadiah segmen Give Away ni hehehe.. Aku harap blogging ni dapatlah menjalinkan ukhwah sesama blogger.. INSYA ALLAH
hehe..betul juga kan..dulu tak mahu sangat join.sekali dah cba pantang ada peluang semua nak rembat..hoho..tapi tgk juga la syarat2nya..
ReplyDeletenak buat GA? jemput saya juga.. :)
betul3. goodluck! :)
ReplyDeleteaiza suka join GA yang syaratnya mudah dipenuhi.. niat join untuk support rakan2 blogger, bukan nak sangat pun hadiah yang ditawarkan tu.. tapi kalau dapat alhamdulillah, suka sangat.. hehe..
ReplyDelete