Assalammualaikum...
Sekarang aku berada di Sibu esok dah kena balik Mukah semula..tapi petang tadi sempat jugak menjenguk tapak Borneo Cultural Festival 2013...Yelah duduk rumah elektrik pulak takde satu hari...So makluman kepada penduduk sekitar Sibu esok 30/06/2013 akan ada gangguan bekalan elektrik lagi dari jam 9 pagi hingga 5 ptg, hanya kawasan tertentu sahaja yang terlibat...
Time aku datang situ gerai-gerai masih belum buka lagi yelah sebab acara lebih banyak pada waktu malam... Kalau Mukah dikenali dengan Pesta Kaul, Kuching Rainforest Music Festival, Sibu pula popular dengan Borneo Cultural Festival.
Borneo Cultural Festival (BCF) ni memang setiap tahun di adakan di bandar Sibu ni dan diadakan di dataran bandar Sibu betul-betul berhadapan Wisma Sanyan, dulu aku pernah kerja dalam bangunan tu tingkat 27 siapa yang biasa dengan bangunan tu mesti tau syarikat paling atas tu ngeee...
BCF ni merupakan salah satu produk pelancongan yang mengetengahkan budaya pelbagai etnik di Sarawak. Lagi pun Sibu terdiri dari pelbagai kaum seperti Melayu, Melanau, Cina, Iban, Bidayuh dan Orang Ulu. Kat BCF ni lah korang boleh melihat macam-macam aktiviti kebudayaan yang diketengahkan oleh pelbagai kaum. Ini merupakan salah satu usaha untuk mempromosikan Sibu di dalam peta Sarawak sebagai bandaraya kebudayaan dan festival (ini tajuk Tesis aku dulu ni).
Kat tapak pesta BCF ni korang akan melihat sendiri secara dekat persembahan kebudayaan dari pelbagai kaum dan kat situ ada dibahagikan 3 pentas kecil dan satu pentas utama. Pentas kecil ni dibahagikan kepada Pentas Kebudayaan Cina, Pentas Kebudayan Melayu/Melanau dan Pentas Kebudayaan Dayak. Yang ni korang tak perlu risau sebab semua FREE tak payah tiket macam korang kena masuk ke Kampung Budaya Sarawak tu. Apa yang korang perlu sediakan ialah duit untuk membeli makanan jer... Kat sini macam-macam makanan tradisional turut dijual untuk dirasa dan dicuba bagi korang yang berkunjung ke BCF ni.
BCF ni berlangsung dari 20.06.2013 hingga 07.07.2013 bertempat di dataran Sibu. So, masih ada beberapa hari lagi acara ni akan berlangsung. Banyak program yang telah disusun atur oleh pihak penganjur dan yang paling best tu ada Akademi Fantasia Sibu hebat tak hebat BCF ni.
Bagi yang tak tahu macam mana nak ke Sibu kalau dari Kuala Lumpur korang boleh menaiki MAS (1 Penerbangan sehari), Air Asia atau Malindo (1 Penerbangan Sehari) secara terus ke Sibu penerbangan mengambil masa 1 jam 50 minit. Jika korang transit bandaraya Kuching pun boleh mengambil penerbangan Air Asia atau memilih Mas Wings mengambil masa 45 minit sahaja.
Kalau nak lebih adventure bolehlah menaiki bas (8 jam perjalanan) atau bot ekspress (4 jam perjalanan). Hotel pulak jangan risau banyak hotel berdekatan dengan tapak pesta BCF ni seperti RH Hotel, Paramaount dan juga hotel bajet murah untuk pilihan... Jadi datanglah berkunjung ke Sibu...Jangan lupa mencuba Kuih Kompia yang hanya ada di Sibu...JOM DATANG SIBU
No comments:
Post a Comment