!TEMAN-TEMAN BLOG!

Wednesday 12 June 2013

Drama Ramadan Yang Hilang Slot Samarinda TV3



Assalammualaikum wbt...

Kalau Ramadan tiba mesti akan ada slot drama menarik sepanjang bulan Ramadan. Yang aku suka tu pengarah drama yang hebat ni Shahrulezad Mohameddin sekali lagi mengarah drama untuk slot TV3. Aku memang minat semua arahan dia ni Syurgamu Ramadan dan 7 Ramadan. Para pelakon yang membintangi drama ni iaitu Eira Syazira, Zamarul Hisham, Azizah Mahzan, Zila Bakarin dan Syatilla Melvin.

Memang tak payah dipertikaikan lah kalau terbitan Radius One ni memang meneruskan legasi sebagai produksi yang mendapat kepercayaan TV3 untuk memenuhi slot Samarinda apabila tibanya ramadan. Drama-dramanya sebelum ni seperti Seputeh Qaseh Ramadhan, Syurgamu Ramadhan, Ramadhan Terakhir dan 7 Ramadhan memang mendapat tempat di hati penonton kerana dramanya yang menyentuh perasaan.

Sama-samalah kita tunggu drama ni ditayangkan, tak sabar nak melihat Eira Syazira berlakon...tengok poster pun dah tertarik nak menonton

2 comments: